You are on page 1of 7

SMK ZON R1 WANGSA MAJU

KERTAS KERJA
AMALAN BAIK MURID
2020

ANJURAN BERSAMA
 Unit Hal Ehwal Murid

 Unit Kokurikulum
(Persatuan Sejarah, Kenegaraan dan Rukun Negara)

 Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


1.0 PENGENALAN
Ahli jawatankuasa Unit Hal Ehwal Murid, Persatuan Sejarah, Kenegaraan dan
Rukun Negara serta Panitia Pendidikan Sivik bergabung tenaga untuk mengadakan
Program Amalan Baik Sekolahku Rumahku,Kelasku Kesayanganku. Program ini
melibatkan semua murid Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1 Wangsa Maju.
Dalam usaha melahirkan generasi berjiwa penyayang, masyarakat masa kini perlu
sentiasa didedahklan dengan kecintaan kepada masyarakat sekitar.

2.0 RASIONAL

Penganjuran aktiviti ini bermatlamatkan mewujudkan amalan baik dalam


kalangan warga sekolah di samping mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan
warga sekolah. Program ini menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia
supaya semangat patriotisme dan kecintaan kepada sekolah dipupuk dalam kalangan
warga sekolah dan nilai amalan baik ini diterjemahkan pada kain rentang yang
disediakan. Harapan agar aktiviti yang dilaksanakan ini akan memberikan manfaat dan
pendedahan kepada murid. Selain itu juga sebagai pemangkin untuk memupuk
hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid-murid dan guru-guru.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang mempunyai jati diri yang tinggi, rasa cinta dan bangga
terhadap negara, bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga dapat
mengetahui betapa pentingnya memelihara perpaduan dan menzahirkan kecintaan dan
rasa sayang kepada sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Murid-murid menunjukkan sikap sayang akan sekolah dan sentiasa menjaga
dengan rapi bilik darjah.

4.2 Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati erti perpaduan dan persefahaman.

4.3 Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati
hak orang lain.

4.4 Membimbing murid meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah serta
membentuk kemenjadian murid.
5.0 BUTIRAN PROGRAM

TARIKH : Sepanjang bulan September hingga November 2020


TEMPAT : Kelas masing-masing

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid : 956 orang (Peralihan, Tingkatan 1,2,3,4 dan 5)

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

7.1 Perbincangan dengan pentadbir

7.2 Menyiapkan kertas kerja

7.3 Membentuk Ahli Jawatankuasa

7.4 Mengadakan mesyuarat dan taklimat bersama Jawatankuasa Kerja

7.5 Pelaksanaan Program sepanjang bulan September hingga November 2020

7.6 Menggantung kain rentang di sepanjang pagar padang DBKL ketika majlis
penutup

7.7 Penghakiman untuk tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap tingkatan

7.8 Pengisian data amalan baik dalam SSDM oleh semua guru

tingkatan dan guru mentor tingkatan

7.9 Penyampaian hadiah dan cenderahati

7.10 Pengisian markah PAJSK untuk penyertaan dan pencapaian


8.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Kain rentang 37 m RM 320.00
2 Plaka 3 warna RM 210.00
3 Hadiah 15 Hamper RM 750.00
JUMLAH RM 1280.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Panitia Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan RM 530.00

2 Bantuan Kokurikulum RM750.00

10.0 JAWATANKUASA KERJA:

JAWATANKUASA INDUK
TARIKH : SEPTEMBER HINGGA OKTOBER 2020
TEMPAT : SMK ZON R1 WANGSA MAJU

PENGERUSI : CIK SUZANA KHUMARIAH BT ZAINAL ABIDIN


TIMBALAN PENGERUSI 1 : EN. FAZARI BIN WARIS ( PK HEM )
2 : CIK WOON SEET LENG (PK KOKURIKULUM)
NAIB PENGERUSI 1 : PN. FADZILAH BT HAMDAN (PK PENTADBIRAN)

2 : PN. FARIDA BT AMIR (PK PETANG)

PENYELARAS PROGRAM 1 : PN. NORDYANAULI BT MD. YUSOFF


PENYELARAS PROGRAM 2 : PN. NORHASLINIE BT IBRAHIM

SETIAUSAHA : PN. NORHASLINA BT CHE HASSAN

JAWATANKUASA KERJA
AJK GURU JUSTIFIKASI TUGAS
PENGACARA En.Mohammad Khairuzzamani bin - Memaklumkan
MAJLIS Kamarulzaman (pagi) tentang
En. Nor Hamizi bin Nor Idzhar (petang) pertandingan

BUKU Pn. Nor Aslina bt Md. Desa - Menyediakan buku


ATURCARA aturcara untuk
tujuan
dokumentasi.

HAKIM Pn. Norazian bt Rona (pagi) - Menyediakan


PERTANDINGAN En. Rohizal bin Mat Arop (pagi) kriteria
Cik Eunice Tee Jun Ai (petang) penghakiman
- Menghakimi
Cik Nurlailawati bt Ismail (petang)
pertandingan untuk
mendapatkan
pemenang

AGIHAN KAIN 1. Pn. Norhaslinie bt Ibrahim (pagi) - Memotong kain


RENTANG sepanjang 1 m
DAN PELAKA 2. Pn. Nordyanauli bt Md.Yusoff (pagi) untuk setiap kelas.
- Mengagihkan
3. Pn. Maznah bt Fauzi (petang) kepada setiap kelas
- Mengutip semula
4. Pn. Nor Azleen bt Abd Hadi (petang) dan
menyerahkannya
kepada penyelaras.
MENGGANTUNG En. Wan Ahmad Faizal bin Wan Abdullah - Menggantung kain
DAN En. Hafizullah Hafifie bt Abd Majid rentang sehari
MENURUNKAN sebelum perasmian
penutup
KAIN RENTANG
- Menurunkan kain
rentang selepas
program .
PENYELIA Cik Siti Rohana bt Deraman (pagi) - Menyediakan
HADIAH Pn. Norhaslina bt Che Hassan (pagi) hadiah tempat 1,2,3
Pn. Farena bt Toha (petang) kepada kain
rentang yang
Pn. Zakiah bt Azemi (petang)
menepati tema dan
tercantik setiap
tingkatan
- Memastikan hadiah
disampaikan
kepada pemenang
JURUFOTO Pn. Rafiza bt Abd Rashid @ Abd Aziz (pagi) - Mengambil gambar
Pn. Siti Ainon bt Abdullah (petang) sebelum, semasa
dan selepas
program
dijalankan.
- Menyerahkan
gambar kepada
AJK dokumentasi.

DOKUMENTASI Cik Nursyafiqah Hanim bt Mustaffa - Menyediakan


Cik Siti Nur Aidah bt Md. Ayob dokumentasi yang
lengkap dalam
masa 2 minggu
selepas program
dijalankan.

11.0 PENUTUP

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program ini agar
tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid-murid dan sekolah. Semoga dengan
pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan memberi kesan serta kesedaran dalam diri
murid-murid dalam erti kata lain menanamkan sikap kecintaan kepada tempat menimba ilmu
iaitu sekolah dan seterusnya jua menanamkan perasaan cinta akan negara.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

_______________________________ ________________________
(NORDYANAULI BT MD. YUSOFF) (FAZARI BIN WARIS)
Setiausaha Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Disahkan oleh :

_________________________________________
(SUZANA KHUMARIAH BT ZAINAL ABIDIN)
Pengetua

You might also like