You are on page 1of 41

BAHAGIAN C

ULASAN,
RINGKASAN DAN
RUMUSAN

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


PERBEZAAN ULASAN, RINGKASAN DAN RUMUSAN

BI ULASAN RINGKASAN RUMUSAN


L
1 Pendahuluan tidak wajib Tiada pendahuluan Ada pendahuluan
Petikan membincangkan
…………………………
2 Wajib ada isi tersurat (yang - Lima isi tersurat - 6 isi tersurat
terdapat dalam bahan) dan isi - Tiada isi tersirat - Tiada isi tersirat
tersirat (yang tiada dalam
bahan)
3 Penutup tidak wajib Penutup tiada Ada penutup
Kesimpulannya, semua
pihak perlu …….
4 1 perenggan sahaja 1 perenggan sahaja 1 perenggan sahaja
5 80 hingga 100 patah perkataan Tidak melebihi 100 patah Tidak melebihi 100
perkataan patah perkataan
6 Tiada arahan khusus dalam Ada arahan khusus dalam -Tiada arahan khusus
soalan. soalan. dalam soalan.
-Arahan tersembunyi
dalam petikan.
(Perlu baca petikan untuk
mengetahui kehendak isi
tersurat)
7 -Tiada isi tersurat/tersirat = Isi= 5 x 2 =10 markah Pendahuluan = 2 markah
Maksimum 8 markah Bahasa = 5 markah Isi tersurat = 6 x1 = 6
-Penandaan secara impression Jumlah = 15 markah markah
- Markah penuh = 15 markah Penutup = 2 markah
Bahasa = 5 markah
Jumlah = 15 markah

8 PILIH SATU SAHAJA

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


ULASAN

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


TEKNIK MENJAWAB ULASAN

Cadangan isi tersirat


- Punca
- Usaha
- Cadangan
- Kesan
Penanda wacana bagi menghubungkan isi:
1. Selain itu,
2. Di samping itu,
3. Seterusnya,
4. Berikutnya,
5. Tambahan pula,
6. Akhir sekali,
Teknik SuSi
AYAT 1 Gambar/ maklumat/ iklan/ poster/ statistik/rajah/ menunjukkan
(Su1) ……………………………………………………………..
Ayat 2 Tersirat 1
(Si1)
Ayat 3 Tersurat 2
(Su2)
Ayat 4 Tersirat 2
(Si2)
Ayat 5 Tersurat 3
(Su3)
Ayat 6 Tersirat 3
(Si3)
Ayat 7 Tersurat 4
(Su4)
Ayat 8 Ayat cadangan
(Si4) Oleh itu, semua pihak perlu …………………………………………….

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


LATIHAN 1
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

Gambar rajah tersebut menunjukkan __________________________________.

Isu salah laku disiplin pelajar sekolah ________________________________________.

Ponteng sekolah mencatatkan kes salah laku yang paling tinggi iaitu sebanyak __________
peratus. Hal ini berlaku kerana ________________________________________________.

Selain itu, kes kurang sopan berada di kedudukan kedua iaitu sebanyak _______________
kes. Pelajar sering
__________________________________________________________.

Di samping itu, ______________________ mencatatkan kes yang paling sedikit iaitu


sebanyak __________________ kes. Perkara ini boleh
_____________________________.

Oleh itu, semua pihak perlulah _____________________________ supaya


_______________________.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


LATIHAN 2
Lihat poster di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

LATIHAN 3
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


LATIHAN 4
Lihat iklan di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

LATIHAN 5
Lihat statistik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


LATIHAN 6
Lihat poster di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

LATIHAN 7

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

LATIHAN 8
Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

LATIHAN 9

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

LATIHAN 10
Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

LATIHAN 11
Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


LATIHAN 12
Lihat iklan di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

LATIHAN 13

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

LATIHAN 14
Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


LATIHAN 15
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

RINGKASAN
PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU
Penanda wacana bagi menghubungkan isi:
1. Selain itu,
2. Di samping itu,
3. Seterusnya,
4. Berikutnya,
5. Tambahan pula,
6. Akhir sekali,
AYAT 1 Kehendak soalan + isi 1

Ayat 2 Selain itu, + isi 2

Ayat 3 Di samping itu , + isi 3

Ayat 4 Seterusnya + isi 4

Ayat 5 Berikutnya + isi 5

TEKNIK MENJAWAB RINGKASAN

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


LATIHAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang cara-cara
menjaga kesihatan diri. Panjangnya ringkasan hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan.
Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu. Kesihatan
merujuk keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah. Terdapat pelbagai
langkah yang boleh diamalkan untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Langkah pertama
ialah kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. Perkara yang kedua dengan
mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan.
Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita
hendak melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara
kaedah yang dapat diambil termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-
kurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih
pada peringkat awal seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu,
sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal
pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang
baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam
kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh
pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang
dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh
dapat berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi
menggantikan cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan
menerusi senaman. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia
hendaklah mengamalkan senaman yang konsisten. Rehat dan tidur secukupnya juga
merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak
kurang dari lapan jam sehari. Individu yang tidak mempunyai rehat yang cukup berasa letih
dan mudah jatuh sakit, malah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang
dilakukan.
Sebagai kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan. Oleh itu, sudah
sampai masanya untuk kita mengambil berat tentang kesihatan diri. Tiada cara lain untuk
kekal sihat selain mengubah gaya hidup harian agar tahap kesihatan semakin meningkat
dari sehari ke sehari.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai
Kesihatan’ oleh Nur Amira Talib, Dewan Siswa, November
2016)

LATIHAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang langkah-
langkah memulihara alam sekitar. Panjangnya ringkasan hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan.
Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan
kehidupan manusia kerana kita banyak bergantung pada sumber semula jadi. Namun
begitu, alam sekitar kini semakin tercemar kerana terdapat pihak yang tidak
bertanggungjawab melakukan pencemaran, termasuklah pembuangan sampah di sungai,
penggunaan baja kimia dan pembuangan sisa toksik.
Permasalahan alam sekitar memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak
dan perlu ditangani secara bersama. Setiap lapisan masyarakat seharusnya menyuburkan
amalan gaya hidup yang mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah demi
memulihara alam sekitar dan sumber yang semakin berkurang. Hutan yang menjadi sumber
ekonomi negara juga perlu dipulihara dan diurus dengan baik untuk memastikan
kelangsungan peranan serta sumbangannya kepada kesejahteraan manusia sejagat.
Bencana banjir dan tanah runtuh yang kerap berlaku ada kaitan dengan kegiatan
pembalakan dan kemusnahan hutan. Oleh itu, kerajaan negeri dan pihak berkuasa
tempatan perlu menghentikan kegiatan pembalakan haram untuk mengelakkan kejadian
yang lebih buruk berlaku.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


Pencemaran sungai terus berlaku di mana-mana sahaja sehingga menimbulkan
pelbagai masalah. Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk menyelamatkan sungai di negara
kita, termasuk mengadakan Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh negara.
Dengan berbuat demikian, orang ramai sentiasa diingatkan tentang pentingnya menjaga
sungai. Skop pendidikan di sekolah tentang alam sekitar juga perlu diperluas dalam usaha
mendidik generasi muda agar menyedari kepentingan sungai.
Kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal yang diurus dan
diklasifikasikan sebagai hutan perlindungan, hutan berhasil, hutan lipur dan hutan
penyelidikan dan pembelajaran. Kawasan hutan ini bukan sahaja menjadi habitat kepada
haiwan, malah berperanan sebagai muzium hidup yang memaparkan kehidupan alam
semula jadi yang perlu dipelihara. Dalam usaha menjaga alam sekitar, bukan kerajaan
sahaja yang harus dipertanggungjawabkan, tetapi semua pihak perlu melibatkan diri secara
akur. Kempen kesedaran perlu ditingkatkan pada peringkat sekolah, institusi pengajian
tinggi dan masyarakat awam. Pelaksanaannya memerlukan kerjasama setiap individu
dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). UMW Toyota telah
menyumbangkan sebanyak RM6 juta bagi mendedahkan golongan pelajar sekolah terhadap
kepentingan memelihara alam sekitar dan menghijaukan bumi.
Secara tuntasnya, alam sekitar yang sihat penting untuk menjamin kesejahteraan
rakyat. Semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga dalam pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar demi kehidupan yang berkualiti pada masa depan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memelihara
Alam Sekitar’ oleh Samat Buang, Dewan Siswa,
Disember 2016

LATIHAN 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian, buat satu ringkasan tentang masalah-
masalah yang melanda bidang sukan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan.
Pencapaian cemerlang beberapa orang atlet negara di arena antarabangsa baru-
baru ini cukup menggembirakan seluruh peminat sukan tanah air. Pada masa yang sama,
kita turut diceriakan dengan kejayaan hebat atlet paralimpik di peringkat antarabangsa.
Muhammad Ziyad Zolkefli meneruskan kecemerlangan dengan memecah satu lagi rekod
dunia acara lontar peluru lelaki F20 pada kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2017 di
London, baru-baru ini. Seorang lagi atlet paralimpik, Abdul Latif Romly turut cemerlang
dengan meraih emas dan memperbaik rekod lompat jauh yang diciptanya sendiri pada
tahun 2015.
Kejayaan mereka membuktikan bahawa atlet Malaysia juga mampu pergi jauh dan
mencipta kegemilangan di peringkat antarabangsa. Namun kita sering kali masih
berhadapan dengan masalah ketandusan atlet terutamanya barisan pelapis untuk beberapa
jenis sukan. Masalahnya, pengurusan bakat sukan di negara ini tidak konsisten dalam
melahirkan atlet sukan yang hebat di peringkat antarabangsa. Misalnya, apabila seseorang
muncul secara tiba-tiba kita hanya fokus kepada seseorang atlet tanpa mempedulikan pelan
penggantian kepada atlet tersebut. Selain itu, negara juga berdepan dengan masalah
kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


sukannya. Hal ini menyebabkan para atlet tidak mendapat latihan yang sewajarnya untuk
menghadapi kejohanan pada peringkat antarabangsa.
Salah satu masalah yang terlalu lama berlaku tanpa sebarang penyelesaian ialah
tampuk kepemimpinan persatuan sukan yang sering bertukar ganti. Malah tidak kurang
hebatnya individu yang terpilih untuk mengetuai sesebuah persatuan sukan namun
hakikatnya keadaan yang sama terus berlaku. Masing-masing masih gagal untuk melahirkan
barisan atlet bertaraf antarabangsa secara konsisten. Hakikatnya negara ini tidak pernah
ketandusan bakat baharu. Malang sekali apabila wujudnya pelbagai kerenah birokrasi
sehingga menghancurkan masa depan atlet muda berbakat dengan begitu sahaja. Hal inilah
yang menjadi masalah dan dilema sukan negara. Semua persatuan sukan di negara ini
seharusnya membuat anjakan paradigma. Hentikanlah daripada terus bersandiwara dan
bersembunyi di sebalik bayangan kejayaan seorang dua atlet tetapi lupa akan hakikat
bahawa mereka tidak ada pengganti apabila bersara kelak.
Setiap persatuan sukan dan kepemimpinan persatuan perlu ada misi, visi dan hala
tuju yang jelas dalam melahirkan bakat baharu secara berterusan. Pihak yang
bertanggungjawab tidak boleh sekadar mahu menjawat jawatan untuk pelbagai kepentingan
peribadi tetapi culas dalam melaksanakan tanggungjawab hakiki yang telah diamanahkan .
Malah, banyak pihak yang hanya menabur pelbagai janji sebelum dipilih tetapi setelah
mendapat jawatan tidak mampu menunaikan janji-janji tersebut. Untuk itu, kita berharap
agar pihak Kementerian Belia dan Sukan dapat memainkan peranan yang sewajarnya
dengan memantau secara rapi pencapaian setiap persatuan dalam mencapai pelan
pembangunan bakat baharu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kemerosotan dan
kekurangan pemain berkaliber adalah berpunca daripada pengurusan yang lemah.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Konsisten
Lahirkan Atlet Kelas Dunia oleh Noor Muhammad
Shakil Hameed, Julai 2017)

LATIHAN 4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang usaha-usaha
menggalakkan industri tumbuhan herba. Panjangnya ringkasan hendaklah tidak melebihi
100 patah perkataan.
Pokok herba ialah tumbuhan yang dikategorikan sebagai pokok renek berbatang
lembut ataupun keras dan mengandungi air yang banyak. Dahulu, pokok herba ini biasanya
digunakan oleh masyarakat sebagai bahan ubat-ubatan untuk merawat penyakit dan
makanan tambahan untuk menguatkan tenaga. Tumbuhan herba ini juga sering digunakan
dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan. Tumbuhan herba yang biasa digunakan
dalam masakan seperti lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih sebenarnya mempunyai
khasiat yang menakjubkan.
Kini, pengguna mula cenderung kepada produk semula jadi, lalu mereka memilih
untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian. Untuk itu,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif menjalankan
penyelidikan mengenai tumbuhan herba. Kementerian ini juga mengadakan kempen secara
besar-besaran berkaitan penanaman tumbuhan herba untuk menyedarkan masyarakat
tentang industri ini. Kempen ini boleh dijalankan melalui pelbagai cara termasuklah media
massa agar masyarakat dapat menyedari kepentingan industri tumbuhan herba.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


Bagi menyokong usaha kerajaan ini, agensi berkaitan pertanian telah mewujudkan
taman-taman herba. Kewujudan taman-taman ini akan menarik minat pekerja di agensi
tersebut dan juga pengunjung untuk mendalami ilmu berkaitan tumbuhan herba. Selain itu,
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatori Pertanian yang
menempatkan lebih 500 spesies tumbuhan herba yang berfungsi sebagai ubat-ubatan.
Usaha yang digerakkan oleh Institut Biosains UPM ini telah berjaya menarik minat para
penyelidik tempatan dan luar negara untuk menjalankan kajian perubatan bagi mengatasi
pelbagai penyakit. Dalam pada itu, UPM dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah
bekerjasama menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal untuk mencari penawar
kepada penyakit kanser.
Di samping itu, UPM turut menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubat
ubatan bagi mendedahkan masyarakat kepada kegunaan tumbuhan herba, kaedah
penanaman dan penjagaannya. Dalam usaha merancakkan penanaman pokok herba ini,
semua kerajaan tempatan disarankan membuat Landskap tanaman herba di kawasan majlis
perbandaran masing-masing di samping menanam pokok-pokok hiasan. Orang ramai juga
digalakkan menanam tumbuhan herba di pekarangan rumah mereka sebagai penghias
halaman rumah. Bagi menggalakkan orang ramai menanam tanaman herba ini, Jabatan
Pertanian akan memberikan pendidikan penanaman herba secara praktikal seperti proses-
proses penanaman, penjagaan dan fungsi tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit.
Usaha-usaha yang giat dijalankan ini mampu menyerlahkan potensi industri tumbuhan
herba agar masyarakat mendapat manfaat daripadanya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keajaiban
Tumbuhan Herba’ oleh Nazrul Azim Sharuddin, Utusan
Malaysia, 10 Julai 2017,

LATIHAN 5
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang peranan-
peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membantu kecemerlangan sekolah.
Panjangnya ringkasan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 130 (2) (i) memperuntukkan
semua sekolah hendaklah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sehubungan
itu, PIBG telah diwujudkan di tiap-tiap sekolah di Malaysia hasil pelaksanaan syor-syor
Laporan Azizi yang diumumkan pada tahun 1971. PIBG yang dianggotai oleh guru-guru, ibu
bapa dan penjaga yang mempunyai anakanak di sekolah berkenaan menjadi saluran terbaik
untuk berbincang mengenai masalah pembelajaran anak-anak mereka. Ini bermakna ibu
bapa dan guru boleh berinteraksi, berkongsi dan bertukar pendapat mereka. PIBG turut
dijadikan sebagai medium untuk memberikan cadangan bagi meningkatkan prestasi
akademik dan kokurikulum di sekolah. Melalui PIBG sekolah boleh menyalurkan pelbagai
maklumat mengenai prestasi akademik seperti pelaksanaan pentafsiran berasaskan sekolah
dan sebagainya.
PIBG juga boleh bertindak sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa bagi
meleraikan salah faham yang timbul antara kedua-dua pihak. Hal ini kerana ada segelintir
ibu bapa lebih mempercayai aduan anak-anak berbanding fakta sebenar sehingga guru

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


sering kali disalahkan termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin. PIBG tidak
seharusnya dijadikan sebagai platform politik untuk mengejar nama tetapi perkara yang
harus diutamakan adalah untuk membantu sekolah melahirkan generasi murid yang
berkualiti dalam pelbagai aspek. Jika mampu, PIBG boleh mengadakan jaringan pintar
dengan institusi pendidikan terbaik dalam negara dan luar negara. Menerusi jaringan pintar
ini, murid-murid dapat memperkaya pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bidang
pendidikan dan kerjaya.
Keupayaan PIBG menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat kepada badan-badan
korporat akan memberi kelebihan kepada sekolah tersebut untuk mendapatkan sumbangan.
Dalam hal ini, pihak sekolah dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberikan
manfaat kepada murid-murid dan membantu melengkapkan prasarana sekolah. Sumbangan
daripada badan korporat juga dapat digunakan untuk membantu murid-murid yang tidak
berkemampuan membeli keperluan belajar seperti alat tulis dan buku-buku. Di samping itu,
pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh
pihak sekolah. Program seperti seminar dan kem motivasi dapat memberi kesedaran dan
semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya.
Sesungguhnya, kejayaan PIBG itu terletak kepada sokongan padu daripada para ibu
bapa. Oleh itu, ibu bapa pada zaman sekarang seharusnya mengangkat keupayaan
peranan PIBG ini tanpa memandang remeh akan hal ini. Ibu bapa harus sedar, PIBG telah
memainkan peranannya dalam membantu pihak sekolah menangani masalah sosial murid-
murid seperti penagihan dadah, masalah merokok dan pelbagai bentuk jenayah lain. Inisiatif
di peringkat nasional perlu dilaksanakan untuk meletakkan satu penanda aras bagi
mengukur pencapaian PIBG dalam membantu kemajuan sesebuah sekolah.
Dipetik dan diubahsuai daripada “Komitmen Ibu
Bapa dalam membantu PIBG” oleh Almaswa Haji Che
Ros Utusan Malaysia, 22 November 2017

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


LATIHAN 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang usaha-usaha
berjimat untuk aktiviti melancong. Panjangnya ringkasan hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan.
Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda
setelah penat bekerja. Untuk melancong, kita perlulah melakukan pelbagai perancangan,
termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian
kita berjalan dengan lancar. Tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika
merancang untuk bercuti, hanya guna duit tabungan yang diasingkan untuk kegunaan
bercuti. Apabila hendak bercuti di luar negara pula, pilih negara yang mengadakan promosi
pelancongan. Selidik terlebih dahulu tempattempat menarik negara itu supaya percutian diisi
dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum.
Jika melalui pakej pelancongan, cari pakej pelancongan yang menawarkan harga yang
murah tetapi selesa. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan
promosi pelancongan. Seandainya hendak ke negara sejuk pakaian yang bersesuaian perlu
disediakan.
Sebelum melancong dan bercuti, perlulah merancang perbelanjaan dengan rapi dan
teliti yang hendak digunakan semasa melancong. Penyediaan anggaran perbelanjaan
harian semasa bercuti, termasuk kos penginapan, makanan, dan pengangkutan adalah
sangat penting. Anggaran perbelanjaan ini untuk mengawal perbelanjaan semasa bercuti,
terutama jika bercuti di luar negara. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat
peranginan yang dilawati sesuai dengan kemampuan kewangan kita. Sebelum bercuti
keperluan utama perlu diadakan supaya tidak kelam kabut pada saat-saat akhir. Pastikan
visa dan pasport sudah diperoleh untuk ke luar negara. Jika perlu pemeriksaan kesihatan
diselesaikan untuk memastikan kesihatan terjamin. Industri pelancongan banyak bergantung
pada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing.
Oleh itu, adalah lebih baik jika menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


mendapatkan harga yang murah. Tempahan pada saat akhir adalah sangat mahal dan
merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan
penginapan. Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan
kelengkapan mereka dimasukkan ke dalam anggaran perbelanjaan. Sebaik sahaja sampai
ke destinasi percutian, pastikan mendapatkan peta tempat tersebut bagi mudah mencari
tempat dan kosnya. Maklumat ini penting supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta
merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Selain itu, kita memilih jenis
pengangkutan yang sesuai seperti bas atau teksi untuk pergi melawat ke tempat-tempat
menarik yang telah ditetapkan.
Pilihan pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu
mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut dapat menjimatkan kos dan tidak mudah
tertipu. Penggunaan kad kredit lebih baik daripada membawa wang tunai yang banyak tetapi
lebih baik elakkan menggunakan kad kredit untuk mengelakkan daripada melebihi bajet.
Kesimpulannya, perancangan kewangan yang bijak akan menjimatkan percutian malah
memberi pulangan yang bermanfaat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Berjimat
Semasa Melancong’ oleh Sidang Pengarang, Ringgit,
Nov 2010)

LATIHAN 7
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang kepentingan
sungai dalam kehidupan. Panjangnya ringkasan hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak bermula tamadun manusia, sungai
merupakan nadi kepada kehidupan manusia sejagat. Sungai merupakan unsur semula jadi
ciptaan Tuhan dan khazanah yang banyak memberikan kemaslahatan dan perlu dipelihara
supaya sentiasa berkekalan. Namun demikian, perkara yang mengecewakan ialah anugerah
Allah itu tidak dijaga, malahan ada pihak yang menjadikan sungai sebagai tempat
pembuangan sampah sehingga menjejaskan kualiti air sungai. Oleh sebab itu, masyarakat
hari ini perlu menyedari bahawa sungai tetap memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan harian baik dari segi sosial, ekonomi mahupun politik.
Kepentingan sungai di negara kita merangkumi sejarah sebagai pusat tumpuan
perdagangan, sempadan negeri dan negara, serta pembentuk muka bumi. Sebagai sumber
air utama negara, rakyat sewajarnya sedar bahawa sungai membekalkan sumber air kepada
manusia untuk kegunaan domestik seperti minuman, memasak dan membasuh walaupun
berlaku perubahan dari segi kemodenan serta kecanggihan teknologi pada setiap peringkat
ketamadunan. Pada era 60-an, sungai penting sebagai sumber tenaga hidro kepada
penduduk dan kilang-kilang di kawasan perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana
jumlah hujan yang tinggi dan turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air
mencukupi untuk menghasilkan sumber hidroelektrik.
Pada masa yang sama, sungai-sungai juga amat penting kerana dapat
menghasilkan tanah yang subur apabila berlakunya banjir. Aliran sungai di kawasan hilir
kebiasaannya membawa bahan-bahan mendapan yang kaya dengan nutrien sebelum

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


dimendapkan di kawasan lembah sungai. Jika kita menoleh ke belakang, kita akan
mendapati bahawa pusat tamadun selalunya tertumpu di kawasan lembah sungai, justeru
sungai berfungsi sebagai sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi
manusia. Ketiadaan sistem pengangkutan jalan raya, jalan kereta api dan pengangkutan
udara menyebabkan fungsi sungai sebagai sistem pengangkutan manusia menjadi begitu
dominan bak peribahasa tiada rotan akar pun berguna. Jika dilihat dari sudut yang lain,
sungai juga merupakan habitat haiwan akuatik yang membekalkan sumber protein yang
cukup kepada manusia seperti udang, ikan dan ketam. Keindahan sungai yang dilengkapi
dengan air terjun dan jeram yang berarus deras juga menjadi tumpuan para pelancong
untuk beriadah dan berekreasi. Sungai-sungai yang dijaga dengan cantik dan bersih
selalunya menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong
asing. Sungai turut mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan kepada
manusia kerana sungai memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampirannya
dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai.
Sememangnya mengurus sumber air sudah semakin kritikal untuk memastikan
sumber air itu bebas daripada sebarang pencemaran. Kerajaan sentiasa memberikan
perhatian khusus terhadap isu pencemaran sungai kerana pencemaran sungai akan
merugikan negara termasuk peningkatan kos rawatan bekalan air domestik dan industri
serta kepupusan flora dan fauna di samping menggugat ekosistem dan sumber makanan.
Isu alam sekitar khususnya penjagaan kebersihan dan kualiti air sungai merupakan cabaran
alam sekitar yang perlu ditangani oleh generasi kini dan akan datang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Melestarikan
Keindahan Sungai’ oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Mei 2017
LATIHAN 8
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang ciri-ciri anak
autisme. Panjangnya ringkasan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Hari Kesedaran Autisme Sedunia merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan
kesedaran masyarakat dalam memahami penghidap autisme yang disambut pada 2 April
setiap tahun. Autisme ialah sejenis penyakit gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang
kanakkanak yang mengganggu perkembangan otak dalam jangka masa panjang yang
memberikan kesan dalam pemikirannya. Kadar autisme dalam kalangan kanak-kanak
adalah satu atau dua orang dalam 1000 dan empat kali ganda lebih kerap terjadi dalam
kalangan kanak-kanak lelaki. Tanda awal autisme ialah pada usia enam bulan, bayi tersebut
tidak mengukir senyuman dan tidak menunjukkan ekspresi gembira.
Oleh itu, ibu bapa perlu cakna jika mendapati bayi tidak mempunyai hubungan
mata atau hubungan mata yang terhad apabila berlakunya proses interaksi. Walaupun tiada
ubat untuk menyembuhkan anak autisme ini, mereka masih perlu dirawat dengan
memfokuskan gejala yang berkaitan. Tanda lain autisme yang boleh dikenal pasti
termasuklah perkembangan pertuturan yang lambat. Jika didapati anak telah berusia empat
tahun tetapi tidak langsung boleh bertutur, segeralah bertemu doktor. Selain itu, anak
istimewa ini juga cepat marah dengan perubahan kecil dalam rutin atau persekitarannya.
Sebagai ibu bapa, janganlah hanya tahu menghukum tetapi carilah pendekatan yang
terbaik.
Penghidap autisme tidak menghiraukan keadaan sekeliling malah tidak merasai
kewujudan orang lain. Sebagai contoh, anak tersebut boleh duduk sendirian di suatu sudut
dan kelihatan bahagia dengan kehidupannya sendiri. Sesetengah daripada mereka boleh
mengamuk dan tidak boleh mengawal tekanan apabila sesuatu keinginannya tidak dipenuhi.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


Jadi, mereka perlu diberikan ruang untuk meredakan amuk tersebut kerana jika tidak
ditangani dengan profesional boleh mengundang mudarat. Sesetengah daripada mereka
mempunyai tindak balas luar biasa atau reaksi keterlaluan terhadap bunyi, cahaya, warna
dan rasa. Misalnya mereka menjadi takut apabila mendengar bunyi yang kuat seperti
mercun dan guruh.
Memiliki anak autisme merupakan tanggungjawab yang besar dan anugerah
Tuhan yang tidak wajar dikesali. Tanda lain yang boleh diperhatikan termasuklah sering
menunjukkan tingkah laku yang berulang seperti berpusing atau menggoyangkan badan
tanpa sebab yang munasabah. Penyakit ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa
mengira agama, bangsa atau kedudukan sosial. Punca autisme masih tidak diketahui
namun terdapat beberapa sebab seperti usia ibu dan bapa yang meningkat atau berkahwin
pada usia yang lewat. Seterusnya, faktor genetik apabila ibu atau bapa mempunyai sejarah
autisme dalam keluarga. Komplikasi semasa proses kehamilan boleh mengganggu fungsi
otak akibat jangkitan turut dikatakan penyebab kepada permasalahan ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Autisme Bukannya
Kekurangan Tetapi Keistimewaan’ oleh Syazanna Hadenan, Dewan Siswa, April 2018

LATIHAN 9
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang strategi
kerajaan untuk memperkasakan bidang kemahiran. Panjangnya ringkasan hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan.
Hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini maju dan berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020 sememangnya memerlukan modal insan yang berkemahiran tinggi
dalam bidang kemahiran dan teknologi. Peratusan jumlah tenaga mahir di Malaysia sangat
rendah, hanya 28 peratus berbanding Finland yang mempunyai 100 peratus tenaga mahir,
manakala Jerman sudah mencapai 80 peratus.
Kerajaan telah mengorak langkah dengan menaik taraf sekolah menengah
vokasional kepada kolej vokasional. Dengan meningkatkan tahap kelulusan daripada sijil
kepada diploma mampu melonjakkan keyakinan pelajar yang selama ini merasakan bidang
ini tiada masa hadapan. Kita harus sedar bahawa bukan semua pelajar mampu mengikuti
aliran akademik, maka suatu alternatif patut diberikan kepada pelajar yang berminat dengan

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


kemahiran. Di samping itu, bagi memastikan lulusan kolej vokasional mendapat pekerjaan
selepas tamat belajar, jalinan kerjasama antara kolej vokasional dengan syarikat swasta
atau kerajaan amat perlu untuk memenuhi kehendak pasaran.
Sesungguhnya , bidang latihan kemahiran merupakan usaha penting dalam
pembangunan modal insan yang mampu mentransformasikan ekonomi negara. Oleh itu,
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) turut memberikan peluang kepada remaja
mempelajari bidang kemahiran. Sistem pendidikan dari Jerman itu merupakan wadah
menjana tenaga mahir negara yang menggabungkan latihan praktikal di industri dan
pengetahuan teori di pusat latihan. Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia
memperluas Program Perintis Industri Menengah Atas (PIMA) di semua sekolah bermula
tahun 2018. Program ini menetapkan 70 peratus pembelajaran di industri dan 30 peratus
pengajian akademik.
Sementara itu, pada peringkat pengajian tinggi pula, kerajaan menggalakkan pihak
industri menawarkan biasiswa kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran.
Sesungguhnya, langkah ini berupaya melahirkan lebih banyak pelajar berkemahiran. Tidak
dapat dinafikan, di sebalik usaha proaktif, masih terdapat persepsi negatif seperti
masyarakat melabelkan bidang ini sebagai pilihan kedua. Malah ada yang beranggapan,
bidang ini hanya untuk pelajar yang gagal dalam bidang akademik. Turut terdengar suara-
suara sumbang yang mengatakan bahawa bidang kemahiran tidak mempunyai kehendak
pasaran. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah mewajibkan lepasan SPM untuk
menyambung ke institusi pengajian berteraskan latihan teknikal seandainya mereka tidak
berminat dalam akademik.
Tuntasnya, kerajaan melakukan perubahan dari segi mutu pendidikan dan prasarana
agar mampu menandingi kolej lain dalam usaha memperkasakan bidang ini. Semua inisiatif
yang dirangka oleh kerajaan bertujuan untuk mengangkat kembali bidang kemahiran
setanding dengan pendidikan akademik. Dunia yang semakin mencabar memerlukan
tenaga mahir dan memiliki kemahiran insaniah yang seimbang tanpa meminggirkan bidang
akademik. Kajian terdahulu membuktikan bahawa graduan latihan kemahiran di negara
maju seperti Australia, Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat merupakan penyumbang
terbesar dalam pembangunan negara mereka.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Ayuh Perkasakan Bidang
Kemahiran”, oleh Samat Buang Dewan Siswa, September 2018)

LATIHAN 10
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang impak negatif
media sosial . Panjangnya ringkasan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Perkembangan teknologi kini mengalami perubahan yang begitu pesat, terutama
dalam bidang informasi dan komunikasi. Hal ini menyebabkan gaya hidup rakyat Malaysia
turut dipengaruhi oleh kepesatan ini, terutamanya bagi golongan remaja. Remaja kini telah
menjadikan media sosial sebagai gaya hidup yang memudahkan mereka untuk mendapat
maklumat dan berkomunikasi dengan orang lain. Walaupun media sosial banyak
kebaikannya, namun terdapat kesan negatif yang perlu diberikan perhatian oleh golongan
remaja. Antara kesan negatif media sosial ialah penyebaran berita palsu secara berleluasa.
Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, penyebaran berita palsu mesti
dibanteras dengan segera.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


Selain itu, media sosial juga boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan
membuang masa dengan mengabaikan pelajaran. Di samping itu, media sosial
menyebabkan golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti melihat
gambar dan video lucah. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memantau perlakuan anak-anak
yang sedang melayari media sosial. Malah, media sosial banyak mempengaruhi minda
kanak-kanak dan remaja dengan meniru aksi ganas dan berbahaya. Oleh sebab itulah
terdapat beberapa kejadian remaja meniru aksi ganas apabila bertemu dengan rakan
sebaya. Terdapat juga pengguna yang terpengaruh dengan iklan produk yang dipaparkan
dan mempercayai produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sebenarnya dalam kebanyakan kes, khasiat produk yang diiklankan itu tidak menepati
faedah yang dipaparkan. Antara jenis produk yang selalu memperdaya pengguna ialah
produk kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan senaman dan barangan elektrik. Oleh itu,
pengguna mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu produk yang diiklankan di media sosial.
Seterusnya, media sosial menjadikan remaja kurang bersabar dalam tindakan
kerana telah biasa memperoleh maklumat yang diingini melalui media sosial dengan pantas.
Namun, tatkala maklumat tidak dapat diproses dengan cepat, remaja akan mudah
mengalami kegusaran dan emosi kebosanan yang menggelegak. Bagi remaja yang
berfikiran kurang matang pula akan mempercayai semua maklumat yang dipaparkan tanpa
menyelidiki dengan lebih mendalam. Sebenarnya maklumat yang disampaikan melalui
media sosial belum terbukti kebenarannya. Maklumat itu mungkin ditokok tambah dengan
sengaja untuk menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.
Kita harus akui bahawa remaja sekarang tidak seperti dahulu yang memanfaatkan
masa terluang dengan riadah. Menerusi laman sembang pada telefon pintar masing-masing,
remaja menjadi manusia yang sukar bergaul dengan orang lain secara bersemuka. Masa
dihabiskan di dalam rumah sahaja. Dalam aspek keselamatan negara, media sosial kadang-
kadang mewujudkan ketidaktentuan ekonomi apabila hal yang menjadi rahsia negara
diperkatakan di laman sembang. Dalam hal ini, kerajaan perlu memantau media sosial untuk
memastikan keselamatan negara terjamin. Selanjutnya, banyak kes telah dilaporkan apabila
penggodam mencuri maklumat peribadi pengguna media sosial untuk tujuan menipu.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Berita
Palsu Musuh Negara” oleh CMCF, Dewan Siswa, April 2018)

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


RUMUSAN

Penanda wacana bagi menghubungkan isi:


1. Selain itu,
2. Di samping itu,
3. Seterusnya,
4. Berikutnya,
5. Tambahan pula,
6. Akhir sekali,

AYAT 1 Petikan membincangkan + kehendak isi tersurat


(Pendahuluan)

Ayat 2 Kehendak isi tersurat + isi 1

Ayat 3 Selain itu + isi 2

Ayat 4 Seterusnya + isi 3

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


Ayat 5 Berikutnya + isi 4

Ayat 6 Di samping itu, + isi 5


Ayat 7 Akhir sekali + isi 6
Ayat 8 Kesimpulannya, semua pihak perlu ……………………………….
(Penutup)
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN

LATIHAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia yang berfungsi
untuk memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial. Makanan diperlukan untuk
manusia bekerja dan melaksanakan kehidupan harian mereka. Selain itu, makanan
membekalkan nutrien penting untuk keperluan pembesaran dan pertumbuhan seseorang.
Oleh itu, kita perlu memakan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi.
Seterusnya, kita hendaklah merancang pengambilan makanan sebelum makan.
Sekiranya kita berhasrat untuk makan malam dengan hidangan yang berat seperti stik dan
kentang, kita perlu mengurangkan atau mengelakkan daripada mengambil makanan
berdaging dan berkanji pada waktu makan dan begitulah sebaliknya. Ketika waktu tengah

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


hari pula, kita hendaklah makan dalam jumlah yang lebih tetapi berkhasiat. Tengah hari
ialah waktu makan paling penting kerana sistem penghadaman kita telah bersedia
sepenuhnya. Pada waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi
sepenuhnya untuk seharian. Namun begitu, hal ini bukan bermakna kita boleh makan apa-
apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbangkan sebaik
mungkin. Kita juga digalakkan memakan makanan berwarna pelangi. Sayuran hijau, oren,
anggur, kubis ungu, ada benggala dan pelbagai warna sayuran serta buah-buahan akan
memberikan tubuh badan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.
Kadang-kadang, kita akan makan apa-apa sahaja ketika menghadap hidangan
sehingga perut kenyang. Sepatutnya, kita perlu berhenti makan sebelum kenyang. Makan
itu bukanlah untuk kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh
badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Oleh itu terdapat
beberapa kesan negatif makan makanan yang tidak berkhasiat seperti seseorang itu boleh
mengalami perut kembung serta mendapat risiko penyakit berkaitan dengan usus dan perut
sekiranya makan secara berlebihan. Selain itu, sesetengah individu menggunakan diet yang
tidak sesuai dan tidak seimbang boleh mengalami malnutrisi. Peningkatan berat badan juga
boleh berlaku apabila pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang dan
menyebabkan obesiti. Dengan ini, kita perlu menetapkan pola waktu makan yang seragam.
Kita juga digalakkan meminum segelas air suam 20 minit sebelum makan. Cara ini mampu
mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.
Selanjutnya, kita hendaklah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.
Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori dalam pemakanan
seharian.
Kita juga seharusnya mengunyah makanan secara perlahan-lahan. Air liur terdapat
enzim yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem
penghadaman. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan
makanan dengan baik. Seterusnya, kita perlu mengelakkan daripada makan sebelum tidur.
Kebiasaannya kita makan sebelum pukul 6:00 petang. Jika makan pada waktu malam, perut
gagal mencerna sepenuhnya makanan tersebut ketika kita tidur menyebabkan tubuh
menjadi obesiti.

LATIHAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Perpaduan merujuk satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai
latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk
identiti serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejarah juga
menunjukkan bahawa perpaduan penting dalam sesebuah negara untuk mengekalkan
keharmonian dan keamanan negara. Negara yang mengamalkan perpaduan ternyata
mampu mencapai kemajuan dan membina peradaban dengan lebih gemilang di puncak
jaya. Merujuk Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, penekanan telah diberikan
kepada sistem persekolahan yang bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem
pendidikan, khususnya sekolah merupakan satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


dalam kalangan kaum. Oleh hal yang demikian, penekanan kepada sikap berbangga
menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar.
Sekolah juga berperanan dalam memupuk semangat muhibah dan semangat
toleransi antara kaum. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangat perpaduan kaum
dan membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di
sekolah juga harus menitikberatkan aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan
budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Semangat perpaduan juga
perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral pelajar. Di
samping itu, peranan bahasa Melayu ini perlu dilihat sebagai medium utama yang mampu
menyempurnakan banyak perkara seperti mewartakan arahan-arahan untuk dipatuhi,
menyuburkan nilai manusiawi dan mengukuhkan semangat kekitaan dalam jati diri warga
sekolah. Perpaduan sesama pelajar akan dapat dieratkan sekiranya bahasa kebangsaan
digunakan secara meluas mencakupi urusan rasmi atau tidak rasmi, dalam perbualan
sehari-harian dan menjadi bahasa pendidikan dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan.
Pelaksanaan Sekolah Wawasan telah memberikan kesan yang positif dalam
menanam sifat perpaduan ke dalam diri pelajar sekolah pada peringkat sekolah rendah lagi.
Pelajar dan guru dapat mewujudkan hubungan komunikasi yang baik dengan berkongsi
infrastruktur yang sama, sekali gus mewujudkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain
itu, pihak sekolah juga boleh menerapkan perpaduan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.
Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti aktiviti sukan, pengurusan kelab dan
persatuan serta aktiviti ceramah kesedaran haruslah dipergiat dan ditingkatkan. Aktiviti ini
bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan dan semangat kekitaan dalam diri pelajar,
malah aktiviti ini dapat menjadi platform yang berguna untuk membina daya kepemimpinan
diri dan mengasah kemahiran insaniah para pelajar.
Kesimpulannya, di sebalik isu-isu perkauman yang dibakar apinya oleh sesetengah
pihak, hakikatnya kita dapat melihat bahawa peranan sekolah sebagai agen penyatuan
untuk memupuk nilai perpaduan tidak dikesampingkan. Kepelbagaian merupakan kekuatan
kita, namun jika tersilap langkah boleh juga menjadi malapetaka yang bakal menimpa kita
pada bila-bila masa. Semua pihak harus mempunyai kesedaran dan sama-sama berganding
bahu mempertingkatkan nilai-nilai perpaduan antara kaum dan mewujudkan masyarakat
madani yang cinta akan negara dan saling bekerjasama.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perpaduan Kaum Sekolah
Sebagai Agen Penyatuan’ oleh Zulfazlan Jumrah, Dewan Siswa,
Ogos 2017.
LATIHAN 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Melalui artikel yang bertajuk “Kadar Muflis Golongan Muda di Malaysia Merisaukan”
terdapat sebanyak 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan muda di bawah umur
25 tahun. Menurut Azaddin Ngah Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan
Pengurusan Kredit (AKPK), faktor utama yang menjadikan mereka muflis ialah
ketidakcekapan mengurus kewangan sendiri yang didorong oleh kegagalan perancangan
kewangan yang baik dan kurangnya pendidikan mengenai hal ini. Oleh itu, jelaslah di sini
bahawa maklumat yang tepat tentang pengurusan kewangan yang berkesan perlu dimiliki
oleh remaja agar dapat membimbing mereka untuk tidak melakukan aktiviti kewangan yang

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


berisiko yang menjadikan mereka berstatus "muflis" yang boleh mendatangkan banyak
masalah pada kemudian hari. Panduan menjayakan perancangan kewangan ialah setiap
kali mempunyai duit berlebihan, jadikannya sebagai bahagian wang yang hendak disimpan
dan mewujudkan akaun khas. Selain itu, hadkan penggunaan kad kredit dan bijak membuat
keputusan terhadap kewangan mereka.
Remaja yang bijak mengurus wang dengan teliti turut dapat merancang masa depan
dengan lebih strategik. Tabiat menabung yang diamalkan dapat membantunya untuk
melanjutkan pelajaran pada peringkat pengajian yang lebih tinggi. Walaupun remaja
mempunyai aliran masuk daripada sumber yang terhad seperti ibu bapa dan biasiswa atau
pinjaman pendidikan, remaja yang cekap mengurus kewangannya tidak akan terbelenggu
dengan masalah kekurangan wang saku jika mereka menggunakan wang yang ada dengan
sebaik-baiknya. Pengurusan kewangan yang baik dapat memastikan remaja mampu
membayar balik wang pinjaman pendidikan setelah tamat belajar. Mereka boleh
menggunakan wang simpanan yang dikumpulkan untuk menjalankan perniagaan bagi
meneruskan kelangsungan hidup sekiranya mereka tidak mendapat sebarang pekerjaan.
Selain itu, sekiranya remaja gemar menabung juga, tidak mustahil simpanannya nanti dapat
membantunya untuk memulakan pekerjaan yang mungkin memerlukannya untuk
membelanjakan sejumlah wang untuk pembelian kenderaan untuk ke tempat kerja.
Remaja yang didedahkan dengan pengurusan kewangan sejak awal boleh
menampung perbelanjaan kehidupan harian dengan menjalankan kegiatan yang dapat
menjanakan pendapatan sampingan seperti perniagaan kecil-kecilan. Remaja harus bijak
merancang perbelanjaan sendiri demi memastikan keadaan kewangan masa depan yang
kukuh. Pilihan terletak di tangan remaja, sama ada mahu mengurus kewangan dengan
cekap dan kurang berisiko atau terperangkap dalam godaan perbelanjaan tanpa mengikut
kemampuan diri seperti pepatah Melayu ukur baju di badan sendiri.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengurusan Kewangan
Remaja’ oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Mac 2017

LATIHAN 4
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Konsep pembelajaran maya sudah menjadi satu realiti dengan adanya platform
pembelajaran maya yang semakin hari semakin pesat dibangunkan oleh syarikat
pembelajaran maya di Malaysia. Hal ini sesuai dengan konsep pembelajaran abad ke-21
yang semakin hari semakin mendapat tempat dalam hati pengguna Internet. Hampir 25 juta
pengguna Internet di Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur lebar dan peranti
komunikasi telefon pintar berbanding dengan pengguna telefon talian tetap dan
perkhidmatan-perkhidmatan lain. Namun begitu, sebanyak 23.1% penduduk di negara ini

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


yang tidak memiliki akses Internet telah menjadi halangan kepada pelaksanaan pendidikan
maya ini.
Berdasarkan perspektif yang berbeza, ibu bapa pada masa ini masih belum dapat
menerima konsep pembelajaran maya sepenuhnya kerana mereka beranggapan bahawa
pembelajaran secara konvensional di dalam kelas lebih efektif. Ibu bapa lebih meyakini guru
dapat memantau perkembangan anak-anak mereka di dalam kelas. Pada masa yang sama,
minda mereka belum terbuka untuk menerima gaya pembelajaran alaf baru. Selain itu,
masyarakat juga beranggapan anak-anak mudah menyalahgunakan Internet untuk
mengakses laman-laman yang tidak bermanfaat. Hal ini dibuktikan dengan peratus
penggunaan Internet untuk pengisian hiburan seperti permainan dalam talian dan sembang
amat tinggi dalam kalangan murid. Natijahnya, ramai murid yang mengabaikan pelajaran
dan terlibat dengan perkara-perkara negatif.
Menerusi platform pendidikan maya, murid dapat mengelakkan diri daripada menjadi
jaguh siber yang membazirkan masa semata-mata. Mereka juga dapat memasuki alam
pembelajaran yang diperkenalkan oleh platform pendidikan maya. Selain itu, platform ini
mampu mempertingkatkan kefahaman dan kualiti pembelajaran mereka. Dalam masa yang
sama, ibu bapa bimbang interaksi yang terhad antara guru maya dengan muridnya dalam
bidang akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana masalah ini akan mengekang
perkembangan prestasi akademik anak-anak mereka.
Persoalannya, mampukah murid-murid di Malaysia untuk mendepani serta
memanfaatkan konsep pembelajaran maya pada hari ini? Hal ini berlaku kerana platform
pendidikan maya bukan mudah untuk dibentuk dan operasinya memerlukan kos yang tinggi.
Murid-murid milenium ini yang mudah berasa bosan juga mahu maklumat diperoleh secepat
mungkin dengan konsep maklumat di hujung jari. Namun begitu, kekurangan dalam
pembelajaran maya juga ialah murid tidak memiliki peranti untuk mengakses Internet.
Situasi ini tidak seharusnya berlaku kerana pakej perkhidmatan jalur lebar dan peranti
mampu milik sudah lama bertapak di negara kita. Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia
perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat agar negara kita mampu bersaing
di peringkat global.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Konsep
Pembelajaran Maya’ Majalah Pendidik, November 2018

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


LATIHAN 5
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kebanyakan ibu bapa di negara ini amat mementingkan pencapaian akademik anak
mereka. Namun belakangan ini, banyak masalah yang mengganggu pencapaian akademik
pelajar seperti masalah tidak minat belajar. ponteng sekolah. dan masalah disiplin. Masalah
ini perlu ditangani dengan segera supaya tidak menular sehingga menggugat pembangunan
modal insan di negara ini. Masalah tidak minat terhadap pelajaran bukan sahaja
menyebabkan masa depan pelajar menjadi suram malah boleh menjejaskan nilai moral. Hal

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


ini dikatakan demikian kerana pelajar yang tidak minat terhadap pelajaran banyak terlibat
dalam kes jenayah terutamanya bagi pelajar yang suka ponteng sekolah.
Menurut kajian pakar psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga menyebabkan
seseorang anak itu tidak mempedulikan pencapaian akademiknya dan melakukan
vandalisme malah terjerumus dalam kegiatan jenayah. Begitu juga dengan ibu bapa yang
sibuk mengejar kemewahan hidup tidak akan dapat mendidik anak dengan sempurna.
Tambahan pula, perubahan sistem sosial dan persekitaran mudah mempengaruhi tingkah
laku anak-anak, menyebabkan mereka melakukan perbuatan negatif. bersikap agresif dan
enggan mendengar nasihat. Hal ini akan mengecewakan ibu bapa mereka.
Bagi mengatasi masalah kemerosotan pencapaian akademik ini, ibu bapa perlu
memberikan tumpuan kepada punca berlakunya kemerosotan tersebut. Apabila mengetahui
puncanya akan memudahkan masalah itu diatasi. Ibu bapa perlu sedar bahawa peranan
mereka amat besar dalam menentukan kejayaan anak-anak. Ibu bapa juga perlu
mengutamakan kebahagiaan rumah tangga dan mengelakkan tercetusnya masalah
sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana anak-anak ialah kurniaan Tuhan
yang tidak ternilai.
Dalam dunia realiti, keluarga yang bahagia tidak semestinya melahirkan anak-anak
yang bijak. Namun dengan cara menjaga hubungan sesama ahli keluarga agar sentiasa
harmoni di sumping mendidik anak-anak dengan cara banyak meluangkan masa bersama
dengan mereka seperti ketika belajar dan beriadah akan dapat membuahkan hasil yang
positif. Tidak kurang pentingnya juga ialah ibu bapa perlu mempelajari cara-cara yang
berkesan untuk membimbing anak-anak. Ibu bapa juga perlu mendengar keluhan anak-anak
agar dapat mengatasi masalah emosi mereka. Jelaslah bahawa dalam usaha melahirkan
generasi cemerlang, segala usaha perlu bermula daripada institusi keluarga kerana mereka
merupakan tonggak penting dalam sesebuah keluarga.
Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Dilema Kemerosotan
Pencapaian Akademik’ oleh Tam Cai Lian, Dewan
Masyarakat, April 2009

LATIHAN 6
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kelebihan utama Internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya
memberikan maklumat tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan
menyebarkan maklumat dengan bebas. Internet bukan sahaja menjelaskan konsep
demokrasi maklumat, malah dapat mengubah cara manusia berkomunikasi. Perubahan cara

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


komunikasi inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat dan aspek
tanggungjawab.
Sesungguhnya, pengenalan Internet menimbulkan perdebatan dalam pelbagai isu.
Penyebaran bahan imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral
sesuatu bangsa jelas menunjukkan bahawa Internet mudah dikaitkan dengan perkara-
perkara yang mendatangkan pelbagai keburukan. Internet merupakan media yang
membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos
yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia cuba
mengawal media baharu ini. Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital
menyebabkan Internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral
secara talian terus.
Di samping itu, Internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku
yang diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh dunia
mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam Internet. Selain itu,
rangkaian ini juga digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh
media lain kerana iklan itu melanggar kod etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan
wanita dan menarik cita rasa kanakkanak. Kebebasan penyebaran maklumat ini
menyebabkan Internet digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap
kerajaan atau organisasi tertentu. Internet turut menimbulkan masalah perundangan
terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi.
Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui Internet tanpa
izin pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi undang-undang, tetapi
perkara ini telah berlaku dalam ruang siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap Internet turut
tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus.
Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet sering mencabar
amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan Internet.
Dipetik dan diubah suai daripada “Penggunaan
Internet: Kesan kepada Pengguna” oleh Salmah Ali Majalah Siswa,Jun 2012

LATIHAN 7
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Era teknologi digital abad ke-21 merupakan suatu era perubahan dan juga inovasi
yang berkembang pesat di seantero dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana belum pernah
lagi ada dalam sejarah manusia, kita didedahkan dengan pelbagai maklumat secara
terbuka. Dalam bidang pendidikan, guru dan pelajar boleh mendapatkan akses kepada data

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


dan maklumat di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan sangat mudah. Oleh hal yang
demikian, guru pada abad ke-21 haruslah sedar bahawa pendidikan kini tidak lagi tertumpu
kemahiran menghafal semata-mata. Para guru hendaklah menyedari antara cabaran yang
perlu dihadapi ialah cara belajar untuk menilai dan memanfaatkan maklumat untuk
kegunaan seharian.
Agenda utama untuk memastikan transformasi berlaku dalam pendidikan ialah pola
pemikiran guru perlu berubah. Dalam hal ini, para guru perlu mencorakkan pemikirannya
berkaitan kemahiran dan kemenjadian murid. Selain itu, strategi dan kejayaan dalam
pembelajaran sepatutnya berubah lebih sesuai dengan tuntutan zaman sekarang. Dengan
adanya banyak media sosial, sebenarnya telah membuka lebih banyak ruang dan peluang
untuk para guru meningkatkan perkembangan profesionalisme pendidikan. Oleh itu, guru
perlu bersedia untuk bertukar-tukar idea dan pendapat tentang aktiviti di dalam kelas. Pada
masa yang sama, para guru harus berfikiran terbuka untuk bekerjasama dengan guru-guru
lain dari serata dunia untuk menambah baik kualiti pengajaran.
Oleh sebab itu, guru pada era abad ke-21 seyogianya memerlukan kepekaan yang
tinggi bahawa murid mengawal sepenuhnya proses pembelajaran mereka. Prinsip asas
dalam pendidikan adalah melahirkan generasi yang mampu melakukan perkara baharu.
Generasi baharu perlu kreatif, mencipta, menemukan, kritis dan mampu memberi pilihan lain
terhadap perkara yang diberikan kepada mereka. Guru bukan satu-satunya sumber ilmu.
Dengan sekian banyak data dan maklumat daripada Internet boleh diakses, sikap
keterbukaan guru dalam menerima maklumat baharu termasuklah maklumat daripada murid
itu sendiri perlu diperkukuh. Dalam hal ini, guru menyiapkan diri sebagai pemudah cara yang
berkesan kepada anak didiknya.
Konklusinya, Internet dan teknologi digital ternyata memberi impak signifikan dalam
membantu murid menyelesaikan tugasan mereka dan mendatangkan kesan positif terhadap
pembelajaran di sekolah. Hal ini, bertepatan dengan anjakan ke-7 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, yang memberikan ruang dan
peluang kepada pelajar untuk mengakses lebih banyak maklumat untuk keperluan
pembelajaran mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘ Cabaran Menjadi Guru Abad 21’ Oleh Norhailmi
Abdul Mutalib, Pendidik, Mac 2017

LATIHAN 8
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Mendengar saja perkataan petai, pasti ada yang terus memikirkan bau nafas yang
kurang menyenangkan apabila kita menikmatinya. Oleh itu, berkemungkinan besar ada

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


yang tidak menjamahnya sekiranya menjadi menu makanan pada siang hari ketika waktu
bekerja. Petai merupakan sejenis tanaman yang berasal dari negara tropika, seperti di
negara kita Malaysia dan juga Indonesia. Dengan nama saintifik parkia speciosa dan
dimakan sebagai ulam ini, di sebalik ketidakenakan bau nafas, sebenarnya petai sejenis
ulam yang banyak memberikan manfaat kesihatan kepada kita.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan, petai ialah sumber gizi penting
terhadap kesihatan manusia. Penelitian menunjukkan bahawa buah petai memiliki
kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga-tiga jenis zat ini ialah sumber gula semula
jadi yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang memakannya. Bahkan,
kandungan protein dalam petai empat kali lebih banyak daripada buah epal. Kandungan zat
besi yang tinggi dalam petai sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah anemia
dalam badan manusia. Petai memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi untuk mengatasi
stres dan depresi yang kita alami. Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi
dan kemampuan otak seterusnya berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan semasa
belajar.
Di samping kandungan kalium yang tinggi, ciri-ciri petai yang rendah garam mampu
menstabilkan degupan jantung sekali gus mengurangkan penyakit kardiovaskular. Tekanan
darah yang terjaga akan menurunkan risiko diserang sakit jantung dan merendahkan risiko
gejala strok di samping mengurangkan masalah migrain. Dalam jurnal perubatan baharu
edaran The New England Journal of Medicine, hasil penelitian turut mengatakan bahawa
pemakanan petai secara teratur mampu melancarkan sistem pencernaan dalam usus. Serat
yang banyak terkandung dalam petai berguna melancarkan proses penghadaman dan
perkumuhan. Bagi yang sering mengalami gangguan pencernaan seperti sembelit,
pemakanan petai akan dapat membantu mengurangkan penderitaan sembelit. Dengan
amalan pemakanan petai, toksin tubuh yang mengganggu kesihatan dapat diatasi segera.
Petai juga memiliki manfaat yang pelbagai. Kementerian Kesihatan Malaysia harus
menjalankan kajian yang lebih mendalam untuk mengenal pasti khasiat petai kepada
kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana khasiat dalam petai yang mudah
dicari di Malaysia mampu memberikan impak baharu kepada bidang perubatan tradisional.
Amalan pemakanan yang sihat mampu memberikan nikmat kesihatan yang baik dan
menyejahterakan kehidupan manusia.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana Khasiat Petai kepada Manusia dalam
blog akademik www.cikgutancl.blog.spot.com)

LATIHAN 9
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


Aura boleh diertikan sebagai suatu medan tenaga yang hidup tetapi tidak dapat
dilihat oleh mata kasar dalam diri seseorang. Aura tenaga ini terdiri daripada ion positif dan
ion negatif. Aura seseorang itu memancar dan berupaya mempengaruhi setiap orang di
sekelilingnya. Remaja yang beraura positif sememangnya senang didekati kerana aura
positif yang terpancar di wajahnya akan menjadi magnet menarik perhatian orang lain untuk
mendekati dirinya.
Persekitaran keluarga yang positif berperanan penting dalam usaha untuk membina
aura positif. Ibu bapa yang sentiasa mengungkapkan kata-kata positif pastinya dapat
membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa dan tidak menganggap kegagalan
sebagai suatu musibah yang besar. Pada masa yang sama, ibu bapa yang mengekalkan
aura positif akan sentiasa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga
mampu menjadikan anakanak berfikiran matang khususnya dalam membantu remaja
menghadapi fasa kritikal pencarian identiti dan tujuan hidup. Selain itu, pendekatan psikologi
perlu digunakan dalam mendidik anakanak agar anak-anak lebih berkeyakinan dan
berusaha membaiki kelemahan dirinya.
Secara umumnya, remaja sering ditimpa sesuatu perkara yang membuatkannya
berubah menjadi marah dan sedih. Keadaan ini menyebabkan gelombang negatif masuk ke
dalam tubuh remaja tersebut. Dalam hal ini, remaja yang beraura positif berupaya mengawal
keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam dirinya. Hakikatnya, semua aura
pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan negatif dalam diri seseorang dapat menukarkan
aura positif kepada aura negatif. Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit,
depresi atau keletihan dapat mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri.
Malahan pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri turut
menyumbang kepada perubahan tersebut.
Remaja sering mempelajari sesuatu perkara daripada sumber penyalur informasi
seperti media massa. Rancangan yang berunsurkan keganasan dan seksual tidak sesuai
untuk ditonton oleh golongan remaja yang tahap pemikirannya masih belum matang. Tidak
mustahil juga aksi dan perlakuan negatif yang dipersembahkan oleh media itu akan ditiru
oleh remaja yang akan mengurangkan lagi aura positif anak-anak. Dalam konteks ini, ibu
bapa perlu melaksanakan aktiviti yang boleh menyuburkan minda mereka dengan pelbagai
ilmu yang bermanfaat. Hasilnya, anakanak lebih bijak memilih bahan media yang betul.
Sesungguhnya, anak-anak yang beraura positif memiliki keperibadian yang baik dan bercita-
cita untuk berjaya dalam kehidupan.
Dipetik dan diubah suai daripada “ Persekitaran membentuk aura positif remaja”
Oleh Noraziah Mohd Amin Dewan Bahasa, Julai 2017

LATIHAN 10
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU


Rasuah merupakan penyakit sosial yang banyak memberi kesan buruk bukan sahaja
terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pihak berkuasa, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dalam mendidik masyarakat tentang bahaya rasuah. Tangkapan demi tangkapan
membabitkan penjawat awam telah dilakukan oleh SPRM. Ternyata operasi besar-besaran
hasil daripada komitmen dan iltizam pihak SPRM untuk membersihkan rasuah dalam
kalangan penjawat awam mula menampakkan hasil yang jelas. Hampir setiap minggu pasti
ada pendakwaan yang dilakukan oleh SPRM terhadap penjawat awam yang terlibat dalam
rasuah.
Gejala rasuah yang tidak dibendung akan menyebabkan kehidupan masyarakat
menjadi tidak harmoni. Sebagai contohnya, sikap prasangka buruk akan timbul terhadap
jiran yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak sesuai dengan pendapatan
bulanannya. Gejala rasuah yang berlaku juga akan mengganggu-gugat perkembangan
ekonomi negara. Hal ini disebabkan oleh pelabur asing takut untuk datang melabur di
negara ini kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk memberi rasuah
kepada pihak yang meluluskan permohonan perniagaan. Selain itu, perbuatan rasuah dalam
pemberian tender kerajaan boleh menyebabkan kos meningkat kerana peniaga ingin
mengimbangi keuntungan.
Rasuah menyebabkan harga barang menjadi lebih mahal kerana peniaga terpaksa
menaikkan harga jualan atau perkhidmatan untuk menampung wang rasuah yang terpaksa
dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu. Sesungguhnya, imej negara pasti akan tercemar
jika amalan rasuah terus berleluasa di negara kita. Impaknya, rakyat negara luar pula akan
beranggapan bahawa rakyat Malaysia kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian. Kegiatan rasuah juga akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu
organisasi kerana tadbir urus meminggirkan integriti.
Selain itu, kerajaan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka kerajaan
kehilangan hasil kerana wang yang sepatutnya menjadi pendapatan negara jatuh ke tangan
pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini
ialah pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Oleh sebab gejala rasuah memberi
impak yang besar kepada individu, masyarakat, dan negara, kini SPRM lebih giat
memberkas mereka yang terlibat dalam gejala rasuah tanpa memilih bulu. Mereka akan
diburu hingga ke lubang cacing. Semua individu terbabit akan dibawa ke muka pengadilan
untuk menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pulihkan Integriti Penjawat Awam’ oleh Noor Mohamad
Shakil Hameed, Berita Harian, 17 Januari 2017

PANITIA BAHASA MELAYU, SMK ZON R1 WANGSA MAJU

You might also like