You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

KALI KETIGA 2014


SK BINJUL

HARI : ISNIN
TARIKH : 5 MEI 2014
MASA : 1.30 TGH
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

HADIR

1. PN. SITI ZABEDAH BT MAT


2. EN. MOHAMAD B. HAMID
3. EN. JOHARI B. BAKAR
4. EN. ABDUL RONI B. MEIH
5. EN. HARRIS B. FADZIL
6. PN. ZURIANI BT ABDULLAH
7. EN. GHAZALI B. MOKHTAR
8. PN. SITI AISHAH BT ABD GHANI
9. PN. MAHYA BT ISMAIL
10. PN. HASNAH BT HUSSAIN
11. PN. NORFAUZIAH BT ABD RAHIM
12. EN. NASHIRON B. HASHIM
13. EN. ROMAINY B. ALIAS
14. PN. RAFIDA BT A. RAHMAN
15. CIK KASMALIZA BT KASSIM
16. EN. HYUSMEE B. KASIM
17. PN. NOR RANI BT ISA
18. PN. RAJIBAH BT ABDUL RAZAK
19. PN. ROHAIDA BT TAJUDIN

TIDAK HADIR

1. PN. NOR RANI BT ISA


2. EN. NUR IKHWAN B. NORDIN
3. EN. NUROL HUDDA B. HUSAIN

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1 Pn. Guru Besar selaku pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru dan
mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat kokurikulum kali ketiga bagi tahun
2014.

AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

2 Minit mesyuarat kokurikulum yang lalu dibentangkan oleh Setiausaha iaitu Pn.
Rajibah bt Abdul Razak.
3. Pn. Mahya bt Ismail mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh Pn. Rafidah bt Abd Rahmanl.
AGENDA 3: PERKARA PERKARA BERBANGKIT

4. Rujuk kepada agenda 4, GPK KOKU membentangkan hasil dapatan daripada kutipan Hari
Kantin 2014 adalah keseluruhannya berjumlah RM 2339.50 iaitu meliputi jualan tunai
sebanyak RM 564.50 dan manakala hasil daripada jualan kupon berjumlah RM1775.00

AGENDA 4 : AKTIVITI- AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

5. GPK KOKU menerangkan aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan sepanjang bulan Mei ini

6. Merentas Desa
6.1 Merentas Desa dijadual akan berlangsung pada 1 4 Mei 2014 iaitu pada hari Rabu
semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
6.2. En. Romainy menerangkan trek atau laluan merentas desa akan dipanjangkan lagi
berbanding dengan laluan sebelum ini yang meliputi 4 stesyen.
6.3 20 pelari yang berjaya sampai ke garisan penamat akan diberi pungutan mata untuk
rumah sukan masing-masing.

7. Sambutan Hari Guru 2014


7.1 Sambutan Hari Guru 2014 peringkat sekolah akan diadakan pada 26 Mei 2014 iaitu
pada Isnin.
7.2. Pn. Guru Besar memberitahu bahawa En. Suharto iaitu YDP PIBG menyarankan agar
sambutan hari guru tahun ini dijalankan bersama dengan PIBG. Beliau akan
menyediakan hadiah-hadiah setiap aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.
7.3. Pn. Zuriani mencadangkan agar aktiviti melibatkan murid pra sekolah dijalankan
bersama waris pra sekolah dan acara yang akan diadakan akan dibincangkan
kemudian.

8. Sambutan Israk dan Mikraj 2014


8.1 Sambutan Israk dan Mikraj 2014 akan diadakan pada 22 Mei 2014 iaitu pada hari
Khamis.
8.2 Program bermula dari pagi dengan aktiviti di dalam kelas. Selepas rehat akan
diadakan aktiviti ceramah oleh penceramah jemputan.

9. Sukan Tahunan 2014


9.1 Sukan Tahunan 2014 I akan diadakan selepas cuti pertengahan tahun iaitu minggu
kedua selepas cuti tersebut.
9.2 Latihan rumah sukan akan berlangsung dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang
pada hari Rabu bagi menggantikan aktiviti kokurikulum menjelang hari sukan.

AGENDA 5 : BUKU LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

10. GPK KOKU sekali lagi mengingatkan kepada semua guru agar tidak lupa untuk menulis
laporan setiap kali aktiviti kokurikulun dijalankan dan serahkan buku laporan kepada
penyelaras.
11. Setiap penyelaras juga diingatkan agar memungut buku laporan aktiviti kokurikulum dan
serahkan pada GPK KOKu pada setiap hari Khamis utuk tujuan penyemakkan.
AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN

12. Guru Besar sekali lagi mengingat kepada semua guru agar memastikan keselamatan
sepanjang aktiviti kokurikulum perlu diberi perhatian dan dititikberatkan bagi memastikan
aktiviti dijalankan dengan sempurna
14. Guru Besar juga turut mengingatkan kepada guru-guru agar berpakaian yang bersesuaian
dengan aktiviti yang dijalankan dan begitu juga pakaian murid-murid yang terlibat dengan
aktiviti kokurikulum.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Minit disediakan oleh: Disemak oleh,

RAJIBAH BINTI ABDUL RAZAK EN. ABDUL RONI BIN MEIH


Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SK Binjul SK Binjul
KOKURIKULUM

2013

You might also like