You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

KALI PERTAMA 2013


SK BINJUL

HARI : RABU
TARIKH : 2 JANUARI 2013
MASA : 1.20 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

HADIR

1. PN. SITI ZABEDAH BT MAT


2. EN. JOHARI B. BAKAR
3. PN. CHE SHA BT ABD RAZAK
4. EN. HARRIS B. FADZIL
5. PN. ZURIANI BT ABDULLAH
6. EN. GHAZALI B. MOKHTAR
7. EN. NUR IKHWAN B. NORDIN
8. PN. SITI AISHAH BT ABD GHANI
9. PN. MAHYA BT ISMAIL
10. PN. HASNAH BT HUSSAIN
11. PN. HASNIDABT OTHMAN
12. PN. NORFAUZIAH BT ABD RAHIM
13. EN. NASHIRON B. HASHIM
14. EN. ROMAINY B. ALIAS
15. PN. RAFIDA BT A. RAHMAN
16. PN. NURHAYATI BT ISMAIL
17. EN. NUROL HUDDA B. HUSAIN
18. PN. ROHAIDA BT TAJUDIN
19. EN. HYUSMEE B. KASIM
20. PN. RAJIBAH BT ABDUL RAZAK

TIDAK HADIR BERSEBAB

1 PN. ASMIYANA BT ABDULLAH ( CUTI BERSALIN )


2. PN. NOR RANI BT ISA ( CUTI BERSALIN )
3. EN. MOHAMAD B. HAMID ( CUTI SAKIT )

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1 Pn. Siti Zabedah selaku pengerusi mengucapkan terima kasih I atas kehadiran guru ke
mesyuarat kokurikulum kali pertama bagi sessi taun 2013.

2 Pengerusi meluahkan harapan agar guru-guru dapat bersama menjalankan tugas dan aktiviti
bagi tahun 2013 seperti apa yang telah dirancangkan.

AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

3 Minit mesyuarat kokurikulum yang lalu dibentangkan oleh Naib Setiausaha iaitu Pn.
Norfauziah bt Abd Rahim.
4. En. Harris mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Siti
Aishah.

AGENDA 3: PERKARA PERKARA BERBANGKIT

5. Rujuk kepada perkara 5.3, Pn Che Sham memaklumkan bahawa penyertaan murid dalam
program perkhemahan adalah kurang daripada 60 orang kerana sebilangan daripada
mereka tidak mendapat kebenaran dariada ibu bapa.

AGENDA 4 : TUGAS-TUGAS AJK INDUK KOKUIKULUM

6. Pengerusi menyatakan 3 bidang dalam kokurikulum iaitu unit beruniform, kelab dan
persatuan, dan permainan.

6.1 Penyelaras Unit Beruniform - Pn Rohaida bt Tajudin


6.2 Penyelaras Kelab & Persatuan - Pn. Mahya bt Ismail
6.3 Penyelaras Permainan - Pn Nor Rani bt Isa

7. Tugas-tugas penyelaras dan ketua

7.1 Penyelaras mestilah mengadakan mesyuarat dengan ketua masing-masing iaitu


unit beruniform, kelab & persatuan dan juga permainan.
7.2 Memastikan fail setiap unit masing-masing mesti ada minit mesyuarat.
7.3 Setiap unit mesti mempunyai perancangan aktiviti tahunan.
7.4 Penyelaras mestilah peka dengan aktiviti mingguan sama ada wujud atau pun
tidakdan memaklumkan kepada guru-guru serta murid-murid.

8. Tugas-tugas guru penasihat


8.1 Membimbing murid menjalankan aktiviti seperti yang dirancang.
8.2 Merancang aktiviti yang akan dijalankan untuk sepanjang tahun
8.3 Mengemaskini fail setiap unit masing-masing
8.4 Menjalankan aktiviti yan telah dirancangkan.

AGENDA 5 : PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2013

9. Perkhemahan Unit Beruniform ( Mei)


10. Hari Kantin (April )
11. Sukan Tahunan ( Oktober )
12. Hari Anugerah dicadangkan untuk diadakan pada akhir tahun berdasarkan kepada kepuusan
peperiksaan akhir tahun.
13. Cuti peristiwa akan diambil utik hari kantin dan sukan tahunan.

AGENDA 6 : PENGURUSAN FAIL PERSATUAN/KELAB , UNIT BERUNIFORM, SUKAN & PERMAINAN

14. Guru setiap unit hendaklah memastikan kandungan di dalam fail sentiasa dikemaskini.
15. Buku laporan aktiviti dikelaskan mengikut warna.
Unit Beruniform - warna oren
Kelab & Persatuan - warna merah
Sukan & Permainan - warna hijau
AGENDA 7 : JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM 2013 & 1 MURID 1 SUKAN

16. Aktiviti kokurikulum dijalankan pada setiap hari rabu iaiti dari pukul 2.00 pm hingga 5.00 pm.
Semua guru hendaklah peka ambil maklum dengan jadual yang telah ditetapkan dan
sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dari semasa ke semasa. Masa dan waktu
untuk aktiviti untuk aktiviti kokurikulum adalah ditetepkan seperti jadual yang diedarkan.

AGENDA 8 : BUKU LAPORAN AKTIVITI

17. Buku laporan aktiviti hendaklah ditulis setiap kali selepas aktiviti dijalankan dan hendaklah
dihantar dan diletakkan di tempat yang sepatutnya.

AGENDA 9 : BUKU REKOD PENILAIAN KOKURIKULUM PELAJAR

18. Guru kelas tahun 4, 5 dan 6 hendaklah semak bersama murid. Bagi murid yang tidak
mempunyai buku rekod penilaian kokurikulum, boleh dibeli dari Pn. Siti Aishah yang
berharga RM 2.50 .
19. Guru kelas hendaklah memastikan maklumat diri pelajar di dalam buku rekod kokurikulum
dilengkapkan dan sebaik-baiknya ditampal dengan gambar murid.

AGENDA 10 : HAL-HAL LAIN

20. Ketua setiap unit hendaklah menyerahkan salinan rancangan tahun kepada GPK
Kokurikulum.
21. Tindakan susulan harus diambil kepada murid yang didapati kehadiran dalam aktiviti
kokurikulum yang kurang memberansangkan.
22. Puan guru besar juga mengingatkan kepada guru-guru agar dapat menghadirkan diri dalam
aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
23. Guru-guru harus berpakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.
24. Keselamatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum harus diutamakan. Untuk tujuan
tersebut, guru-guru harus memantau keselamatan murid-murid sepanjang aktiviti
dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Minit disediakan oleh: Disemak oleh,

RAJIBAH BINTI ABDUL RAZAK PN. CHE SHAM BT ABD RAZAK


Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SK Binjul SK Binjul
KOKURIKULUM

2013

You might also like