You are on page 1of 6

LAMPIRAN 1

PERLEMBAGAN UNIT PAKAIAN SERAGAM,PERSATUAN/KELAB DAN KELAB


SUKAN/PERMAINAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BINJUL


09310 KUALA KETIL
KEDAH DARUL AMAN

PERLEMBAGAAN KELAB/PERSATUAN : PUSAT SUMBER SEKOLAH / SPBT 2018

1. MATLAMAT

1.1. Membentuk golongan pelajar yang berilmu,kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah
pelajar .

1.2 Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan

komputer dan sains perpustakaan.

1.3 Meningkatkan disiplin pelajar ke arah positif minda.

2. OBJEKTIF

2.1 Menjalankan aktiviti yang mencabar minda murid-murid.

2.2 Mewujudkan budaya membaca di kalangan murid-murid.

2.3 Meningkatkan kesedaran membaca di kalangan murid-murid tentang kepentingan ilmu

sains perpustakaan.

2.4 Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur

hidup.

3. KEAHLIAN

3.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang yang disediakan.

4 GURU PENASIHAT

4.1 Guru penasihat terdiri daripada guru sekolah ini.


4.2 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang,melaksana atau membatalkan
sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.AHLI JAWATANKUASA

5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

5.2 Ahli yang hadir dan yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.

5.3 Pemilihan AJK secara undian.

5.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan
kepada Guru Penasihat.

5.6 AJ Persatuan hendaklah terdiri daripada :

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA

PENOLONG SETIAUSAHA

BENDAHARI

AJK KELAS

PEMERIKSA KIRA-KIRA

5.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

6 DERMA

6.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.

6.2 Persatuan/kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas
bagi membiayai projek tersebut.

7..KEHADIRAN/ PENYERTAAN
7.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri aktiviti semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan/kelab sepanjang tahun.

7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan displin dan kehilangan hak-hak
keahlian persatuan/kelab.

8. AKTIVITI

8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

9.PERATURAN-PERATURAN

9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

10.TINDAKAN DISIPLIN

10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

10.2.1 Amaran lisan

10.2.2 Amaran bertulis

10.2.3 Gantung keahlian

10.2.4 Pecat keahlian

10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin , akan hilang semua hak keahlian.

10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
guru penasihat unit pakaian seragam, persatuan/kelab dan kelab sukan/permainan secara
bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.
11 PINDAAN PERLEMBAGAAN

11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli,ahli jawatankuasa, guru penasihat
atau pentadbir sekolah secara bertulis.

11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

11.4 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh pengetua/guru
besar.

12 HAL-HAL LAIN

12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab Sekolah

……………………………………………………

Pengetua/Guru Besar

Tarikh : ………………………..

Cop
SEKOLAH
KEBANGSAAN
BINJUL
09310 KUALA
KETIL,KEDAH.

PERANCA
NGAN
STRATEG
IK

PUSAT
SUMBER
SEKOLAH
& SPBT

2017-
2019
CARTA
ORGANISASI
PSS & SPBT 2018

You might also like