You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

KALI KELIMA 2016


SK BINJUL

HARI : ISNIN
TARIKH : 7 NOVEMBER 2016
MASA : 1.30 TGH
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

HADIR

1. PN. SITI ZABEDAH BT MAT


2. EN. MOHAMAD B. HAMID
3. EN. ABDUL RONI B. MEIH
4. EN. SABRI B. OTHMAN
5. PN. RATHIKA A/P NARAYANAN
6. EN. GHAZALI B. MOKHTAR
7. EN. NUR IKHWAN B. NORDIN
8. PN. MAHYA BT ISMAIL
9. EN. MOHD SHAHMAN B. MOHAMED
11. PN. HASNAH BT HUSSAIN
12. EN. NASHIRON B. HASHIM
13. EN. ROMAINY B. ALIAS
14. PN. RAFIDA BT A. RAHMAN
15. PN KHAIRUL ASMIZAR BT RIGUAN
16. PN KASMALIZA BT KASSIM
17. EN. HYUSMEE B. KASIM
18. PN. NOR RANI BT ISA
19. PN. RAJIBAH BT ABDUL RAZAK
20. PN. NORFAUZIAH BT ABDUL RAHIM

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah al Fatihah.


2. Guru Besar selaku pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru dan
mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat kokurikulum kali kelima bagi tahun
2016.

AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

2 Minit mesyuarat kokurikulum yang lalu dibentangkan oleh Setiausaha iaitu Pn.
Rajibah bt Abdul Razak.
3. Pn. Nor Rani bt Isa mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh Pn. Norfauziah bt. Abdul Rahim.

AGENDA 3: PERKARA PERKARA BERBANGKIT


4. Rujuk kepada perkara 9, Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
bertungkus lumus menjayakan Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform seperti
yang telah dirancangkan

AGENDA 4 : HARI ANUGERAH CEMERLANG 2015

5. Pengerusi menyatakan HAC akan diadakan pada hari Ahad 20/11/2016.


6. Pengerusi membacakan jawatankuasa kerja HAC. ( LAMPIRAN)
7. AJK hadiah cadangkan hadiah yang akan diberi :
a. Akademik - tempat 1,2 dan 3 - plak
- mata pelajaran terbaik - plak
b. Kehadiran Penuh - plak
c. Tokoh Murid - Piala dan sijil
8. Majlis diadakan secara dalaman sahaja.
9. Jamuan - kuih dan air untuk ibu bapa semasa pendaftaran
- untuk guru diadakan di kantin sekolah selepas berakhir acara.
- makanan juga disediakan kepada penerima hadiah dan juga murid yang
terlibat dengan persembahan.

AGENDA 6 : MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

10. Pengerusi menyatakan Majlis Persaraan Guru Besar akan diadakan pada pukul 11.00 a.m
iaitu setelah selesai Majlis Anugerah cemerlang yang dijangka selesai pada pukul 10.30 pagi.
11. Tetamu jemputan pada majlis tersebut adalah terdiri daripada semua Guru Besar SK Zon
Kuala Ketil, Pegawai dari PPD Baling , PIBG dan ibu bapa yang hadir pada Majlis Anugerah
Cemerlang.
12. Guru Besar akan di arak masuk ke dewan dengan diiringi oleh guru-guru SK Binjul.
13. Majlis dijangka berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
14. Jamuan turut diadakan di Makmal Sains untuk para tetamu jemputan.

AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN

10. Pengerusi meminta guru-guru hendaklah mengemaskini fail kokurikulum masing-masing .


(permainan 1M1M, persatuan dan Kelab, Unit beruniform)
11. Pengerusi memberitahu guru-guru bahawa mesyuarat kokurikulum untuk permainan, kelab
& persatuan dan unit beruniform akan diadakan pada minggu pertama buka sekolah tahun
2017.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Minit disediakan oleh: Disemak oleh,

RAJIBAH BINTI ABDUL RAZAK EN. SABRI BIN OTHMAN


Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SK Binjul SK Binjul
KOKURIKULUM

2013

You might also like