You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

KALI PERTAMA 2016


SK BINJUL

HARI : SELASA
TARIKH : 29 DISEMBER 2015
MASA : 9.00 AM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

HADIR

1. PN. SITI ZABEDAH BT MAT


2. EN. JOHARI B. BAKAR
3. EN MOHAMAD B. HAMID
4. PN. ZURIANI BT ABDULLAH
5. EN. GHAZALI B. MOKHTAR
6. EN. NUR IKHWAN B. NORDIN
7. PN. MAHYA BT ISMAIL
8. PN. HASNAH BT HUSSAIN
9. PN. NORFAUZIAH BT ABD RAHIM
10. EN. NASHIRON B. HASHIM
11. EN. MOHD SHAHMAN B. MOHAMED
12. PN. RAFIDA BT A. RAHMAN
13. EN. HYUSMEE B. KASIM
14. PN. KASMALIZA BT KASIM
15. PN. RATHIKA A/P NARAYANAN
16. PN. RAJIBAH BT ABDUL RAZAK
17. EN. ROMAINY B. ALIAS
18. PN. KHAIRUL ASMIZAR BT RIGUAN

TIDAK HADIR BERSEBAB

1 EN. ABDUL RONI B. MEIH

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1 Pn. Siti Zabedah selaku pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru ke
mesyuarat kokurikulum kali pertama bagi sessi tahun 2016.

2 Pengerusi meluahkan harapan agar guru-guru dapat bersama menjalankan tugas dan aktiviti
seperti apa yang telah dirancangkan bagi tahun 2016.

AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

3 Minit mesyuarat kokurikulum yang lalu dibentangkan oleh Setiausaha iaitu Pn.
Rajibah bt Abdul Razak.
4. Pn. Mahya bt Ismail mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh Pn. Nor Rani bt Isa.
AGENDA 3: PERKARA PERKARA BERBANGKIT

5. Pengerusi mengingatkan tentang SKPM iaitu tentang kehadiran murid dalam aktiviti
kokurikulum. Guru hendaklah memastikan buku kokurikulum lengkap. Selain itu semua fail
aktiviti kokurikulum sentiasa dikemaskini.

AGENDA 4 : PERLANTIKAN JAWATANKUASA

6. Jawatankuasa Kokurikulum bagi tahun 2016 terdiri daripada:


Pengerusi : Pn. Hjh Siti Zabedah bt Mat
Naib Pengerusi : En. Abdul Roni b. Mieh
S/U kokurikulum : Pn. Rajibah bt Abdul Razak
Pen. S/U kokurikulum : Pn. Khairul Asmizar bt Riguan
Penyelaras Unit Beruniform : En. Shahman b. Mohamed
Penyelaras Persatuan : Pn. Mahya bt Ismail
Penyelaras Permainan : En. Nur Ikhwan b. Nordin

7. Tugas-tugas penyelaras dan ketua

7.1 Penyelaras mestilah mengadakan mesyuarat dengan ketua masing-masing iaitu


unit beruniform, kelab & persatuan dan juga permainan.
7.2 Memastikan fail setiap unit masing-masing mesti ada minit mesyuarat.
7.3 Setiap unit mesti mempunyai perancangan aktiviti tahunan.
7.4 Penyelaras mestilah peka dengan aktiviti mingguan sama ada wujud atau pun
tidakdan memaklumkan kepada guru-guru serta murid-murid.

8. Tugas-tugas guru penasihat


8.1 Membimbing murid menjalankan aktiviti seperti yang dirancang.
8.2 Merancang aktiviti yang akan dijalankan untuk sepanjang tahun
8.3 Mengemaskini fail setiap unit masing-masing
8.4 Menjalankan aktiviti yan telah dirancangkan.

Tindakan : Guru Penyelaras , Guru Penasihat Unit

AGENDA 5 : PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2016

9. Latihan permainan hanya tumpu kepada permainan yang berpotensi sahaja iaitu bola sepak,
bola tampar dan bola baling. Latihan perlu dilakukan awal sebagai persedian menghadapi
pertandingan . Murid yang terlibat - Tahun 4 , 5 dan 6. Latihan tidak boleh dijalankan pada
waktu PdP
10. Aktiviti kokurikulum bermula pada minggu pertama sekolah iaitu pada 6.1.2016.
11. Penyelaras mesti buat mesyuarat dengan ketua-ketua unit bagi menyampaikan maklumat
serta selaraskan perjalanan aktiviti.
12. Perkhemahan Unit Beruniform bersama dengan Kem Kepimpinan dan Kem Sahsiah (Mac)
13. Hari Kantin (September – selepas UPSR )
14. Sukan Tahunan ( April )
15. Hari Anugerah ( Nov)
16. Merentas Desa ( 3 Februari).
17. RIMUP.
Tindakan : GPK Kokurikulum , S/U Kokurikulum, S/U Sukan, Penyelaras Unit ,
Jurulatih Permainan.
AGENDA 6 : PENGURUSAN FAIL PERSATUAN/KELAB , UNIT BERUNIFORM, SUKAN & PERMAINAN
18. Maklumat yang perlu ada dalam fail setiap unit adalah
Fail 1- a) Peraturan /Perlembagaan.
b) Sukatan/Rancangan /Jadual
c) Senarai nama guru penasihat/ pemimpin/AJK/Keahlian
d) Carta Organisasi

Fail 2- a) Surat-menyurat
b) minit mesyuarat J/Kuasa
c) minit mesyuarat Agung

Fail 3- a) Laporan Aktiviti


b) Kehadiran Ahli
c) Rekod perbelanjaan

19. Guru setiap unit hendaklah memastikan kandungan di dalam fail sentiasa dikemaskini.

Tindakan : Semua Jawatankuasa

AGENDA 7 : JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM 2016 & 1 MURID 1 SUKAN

20. Aktiviti kokurikulum dijalankan pada setiap hari rabu iaiti dari pukul 2.30 pm hingga 5.00 pm.
Semua guru hendaklah peka ambil maklum dengan jadual yang telah ditetapkan dan
sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dari semasa ke semasa. Masa dan waktu
untuk aktiviti untuk aktiviti kokurikulum adalah ditetapkan seperti jadual yang diedarkan.
21. Pakaian guru hendaklah bersesuaian dengan aktiviti.
22. Keselamatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum harus diutamakan. Untuk tujuan
tersebut, guru-guru harus memantau keselamatan murid-murid sepanjang aktiviti
dijalankan..
23. Waktu pulang – pastikan ibu bapa murid datang jemput anak-anak tepat waktunya. Oleh itu
guru pastikan patuh pada waktu kokurikulum yang ditetapkan.

Tindakan : Semua Guru

AGENDA 8 : BUKU LAPORAN AKTIVITI

24. Buku laporan aktiviti hendaklah ditulis setiap kali selepas aktiviti dijalankan dan hendaklah
diserahkan kepada penyelaras masing-masing dan diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Tindakan : Guru Penyelaras dan Semua Guru

AGENDA 9 : HAL-HAL LAIN

25. Kehadiran guru dalam aktiviti kokurikulum dimestikan- kecuali bagi guru yang pergi
berkursus dan cuti sakit sahaja.
26. Pakaian guru dan murid hendaklah bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan yakni
berbaju sukan ataupun uniform unit masing-masing.
27. Tindakan susulan harus diambil kepada murid yang didapati kehadiran dalam aktiviti
kokurikulum yang kurang memberansangkan.
28. Ketua setiap unit hendaklah menyerahkan salinan rancangan tahun kepada GPK
Kokurikulum.
29. Pada tahun 2016, SK Binjul dilantik sebagai Pengerusi bola tampar zon.

Tindakan : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Minit disediakan oleh: Disemak oleh,

RAJIBAH BINTI ABDUL RAZAK PN. HJH SITI ZABEDAH BT MAT


Setiausaha Kokurikulum GURU BESAR
SK Binjul SK Binjul

KOKURIKULUM
2013

You might also like