You are on page 1of 16

SEMESTER JANUARI 2020

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE 21

PRINSIP 3 DIMENSI
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL(GCED)

NAMA :

NO MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NO TELEFON :

ALAMAT EMAIL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

TARIKH PENYERAHAN TUGASAN :

JUMLAH PATAH PERKATAAN : 4036 patah perkataan

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENGENALAN 3
2 BAHAGIAN A 4-5
3 BAHAGIAN B 6-9
4 BAHAGIAN C 10-13
5 KESIMPULAN 14
6 JURNAL REFLEKSI 15
7 RUJUKAN 16

PENGENALAN

2
Tugasan ini disediakan bagi mengkaji berkenaan Pendidikan Kewarganegaraan Global
(GCED) yang dilihat relevan dan perlu untuk diperkembang dan dikaji pada abad ke 21 kini.
Keperluan kepada kajian dan kefahaman terhadap keperluan GCED adalah bagi memastikan
para pelajar faham akan kepentingan dan gambaran keseluruhan GCED.

GCED merupakan satu langkah proaktif Negara-negara Bersatu bagi menangani isu-isu yang
berbangkit di peringkat global. Isu yang berbangkit termasuklah isu-isu kemanusiaan, isu
sumber air bersih, isu hidupan bawah laut dan sebagainya. Tugasan ini mengkehendaki saya
menfokuskan tentang isu kelestarian alam sekitar. Isu alam sekitar merupakan isu yang perlu
melibatkan semua pihak untuk diselesaikan kerana isu alam sekitar saling berkaitan antara
satu sama lain.

Melalui GCED isu alam sekitar seperti isu pencemaran udara dapat diselesaikan dengan
sturuktur dan kaedah Think-Feel-Do yang diperkenalkan daripada Konsep 3 Dimensi GCED
dimana pelajar diasuh untuk berfikir secara kreatif dan kritikal secara berstruktur untuk
menyelesaikan sesebuah isu berbangkit. Tugasan ini akan mengulas tentang satu isu alam
sekitar yang difikir perlu untuk diselesaikan dan menyediakan 2 viudeo yang dicari melalui
internet berkenaan Konsep 3 Dimensi dan Video berkenaan isu alam sekitar yang dipilih.
Tugasan ini akan merujuk kepada modul kursus ini disamping penulisan dan kajian-kajian
laian yang didapati dari sumber perpustakaan dan internet.

KANDUNGAN PERBINCANGAN

3
Tiga bahagian pebincangan akan diadakan secara kritikal dan menyeluruh pada bahagian ini.
Bahagian A menerangkan isu alam sekitar manakala Bahagian B akan memberi ulasan dan
penerangan berpandukan video rakaman yang akan dilampirkan. Bahagian C akan
membincangkan kaedah penyelesaian isu yang difokuskan.

BAHAGIAN A

Pengkaji telah memilih satu isu untuk difokuskan pada bab ini iaitu isu pencemaran udara
dimana pengkaji melihat isu ini merupakan satu isu yang kian meruncing dan wajar mendapat
perhatian yang khusus dalam kajian ini. Pengakaji meletakkan keutamaan dalam isu-isu alam
sekitar diaman kesemua isu ini haruslah diketengahkan dan diselesaikan mengikut keutamaan
dalam dalam susunan keutamaan. Ini bermaksud isu pencemaran udara adalah keutamaan
teratas dalam senarai keterutamaan yang telah dihasilkan.

Isu pencemaran udara dilihat begitu menjadi-jadi sejak kebelakangan ini apabila peningkatan
tranksaksi manusia seharian meningkat. Manusia merupakan penyumbang utama terhadap
pencemaran udara dimana aktiviti-aktiviti yang dilakukan manusia seperti pembakaran
terbuka, pelepasan karbon dioksida dan monoksida yang beracun ke udara dan pelepasan gas-
gas karbon dari kenderaan-kenderaan bermotor. Aktiviti-aktiviti ini memberi kesan terhadap
kelastarian alam sekitar dimana kualiti udara yang buruk memberi banyak kesan buruk dari
segi kesihatan, ekonomi, budaya dan sebagainya. Sebagai contoh, saban tahun negara kita
akan dilanda jerebu yang sangat teruk yang mengakibatkan aktiviti-aktiviti penting dalam
negara terpaksa dibatalkan. Sekolah-sekolah terpaksa ditutup dan warga Malaysia
dinasihatkan untuk berada di persekitaran dalaman tempat tinggal. Ini sekaligus memberi
kesan secara ekonomi dan sosial manusia apabila hak terhadap akses kepada persekitaran
yang sihat telah dicabuli.

4
Kajian ini menfokuskan isu ini kerana peri pentingnya akses kepada sistem udara yang bersih
terhadap kehidupan manusia dan kesan terhadap kesihatan dalam jangkamasa pendek
mahupun panjang. Kita semestinya tahu akan kepentingan udara terhadap hidupan khususnya
manusia diamana kebergantungan hidup manusia amat bergantung kepada udara. Bagi
membuktikan betapa pentingnya isu ini untuk difokuskan, fakta telah merekodkan bahawa
pada tahun 2018, sebilangan 8.8 juta penduduk dunia mati akibat pencemaran udara (Profesor
Thomas Munzel, University Medical Centre Mainz, Jerman).

5
BAHAGIAN B

[GCED] 3 DIMENSION CONCEPTUAL OF GLOBAL CITIZENSHIP EDUCATION

Rujukan Video: https://youtu.be/1GpIUoRoKCo

Interpretasi Video dan Ulasan Terhadap Video

Video ini memberi gambaran tentang maksud GCED dengan jelas, ringkas dan mudah
difahami dan saya bersetuju dengan definisi GCED yang diilustrasikan dalam bentuk tulian
iaitu satu konsep kepada semua manusia untuk menyedari bahawa semua dari kita
bertanggungjawab untuk menjaga kelastarian dunia diamana maksud menjaga kelastarian
dunia diperincikan lagi kepada menjaga sesama manusia tanpa mengira kaum dan asal usul,
membantu sesiapa yang memerlukan serta menjaga alam sekitar dari pencemaran. Menerusi
video ini juga, dinyatakan secaya ilustrasi tentang 17 matlamat dan objektif utama GCED
dibangaunkan yang antaranya menyetuh tentang kesamarataan hak kaum dan kelastarian
alam sekitar. Matlamat dan objektif ini penting bagi menentukan halatuju jelas penubuhan
dan pembanggunan dimana pelajar dapat gambaran lengkap akan halatuju matlamat secara
jelas agar mudah untuk memacu perjuangan agar tidak tersasar.

Seterusnya video menerangkan tentang 3 Konsep Dimensi GCED yang dilihat ringkas dan
padat serta mudah difahami oleh pelajar. Penjelasan pertama menerangkan konsep yang
pertama iaitu Dimensi Kognitif yang merupakan satu keadaan untuk memperoleh
pengetahuan, pemahaman, dan pemikiran kritis tentang sesebuah isu global, kawasan
tertentu, persekitaran dan kebangsaan dimana isu-isu ini saling berkaitan diantara satu sama

6
lain. Sebagai contoh video menyentuh perngetahuan tentang masalah isu alam sekitar
contohnya pemanasan global dan mengutarakan persoalan-persoalan berbentuk
brainstorming seperti status pemanasan global dan bolehkah ia diselesaikan. Pemahaman
yang menyeluruh terhadap sesebuah isu itu penting dimana kefahaman inilah yang akan
digunakan untuk menganalisis keadah-kaedah atau alternatif penyelesaian yang efektif.

Seterusnya berkenaan Dimensi Sosio-emosi yang menerangkan tentang kewujudan sifat


kemanusiaan yang merupakan satu nilai, tanggungjawab , empati, solidariti, dan hormat
terhadap perbezaan-perbezaan dan kepelbagaian yang ada. Sebagai contoh, apabila kita
memehami akan sesuatu isu alam sekitar dan kesannya terhadap dunia, wujudkah satu sifat
atau perasaan untuk mengubah atau rasa ingin memberi solidariti terhadap perubahan
tersebut. Video juga menerangkan tentang Dimensi Tingkah Laku dimana dimensi ini
membawa maksud bertindak secara berkesan dan bertanggungjawab di segenap peringkat
tersuklah di peringkat tempatan, kebangsaan mahupun dunia bagi mencapai objektif
keamanan dunia. Sebagai contoh, apabila wujud perasaan dari dimensi kedua, apakah
tindakan yang munasabah perlu diambil? Tindakan adalah penting kerana satu cita-cita tanpa
tindakan hanya akan menjadi angan-angan dan akhir tidak dapat merubah apapun.

Akhir sekali video menerangkan tentang sistem Think-Feel-Do dimana menerangkan


bagaimana fikiran serta pandangan kita berkaitan dengan emosi dan tingkah laku atau
tindakan. Sistem ini telah dinyatakan menerusi contoh-contoh setiap dimensi yang telah
diulas.

7
AIR POLLUTION 101 NATONAL GEOGRAPHIC

Rujukan Video: https://youtu.be/e6rglsLy1Ys

Interpretasi Video dan Perbincangan

Video memberi gambaran asas tentang isu pencemaran udara secara asas dengan padat dan
mudah untuk difahami setiap lapisan masyarakat. Masalah pencemaran udara menurut video
ini boleh datang secara semulajadi akan tetapi adalah terkawal dan tidak berlebihan seperti
kebakaran hutan, pelepasan gas carbon dioksida dari lautan dan sebagainya. Pencemaran
udara ini juga datang dengan sebab peningkatan aktiviti manusia yang tidak terkawal dimana
menjadi punca utama pencemaran udara pada abad ini. Penggunakan kenderaan yang
menggunakan bahan api fosil dan pemprosesan kilang-kilang industri menjadi punca utama
yang dikenalpasti dimana pelbagai partikal-partikal yang tercemar dilepaskan ke
udara.pelepasan gas Karbon Dioksida, Mitena, Nitrus-Oksida dan lain-lain ke ruangan udara
telah menyebabkan kesan rumah hijau yang menyebabkan peningkatan suhu dunia.

Ini telah dibuktikan oleh kajian Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC) yang
menyatakan bahawa iklim dipengaruhi oleh aktiviti manusia yang banyak menyumbang
kepada peningkatan gas-gas rumah hijau seperti Karbon Dioksida, Metana Dan Nitrus-
Oksida. Kajian juga mendapati bahawa tahun 2002, kira-kira 40% daripada jumlah karbon
dioksida yang dibebaskan adalah berasal daripada pembakaran bahan api fosil yang
digunakan untuk menjana tenaga elektrik dan 95% penjanaan elektrik menggunakan bahan
api fosil manakala Karbon Dioksida yang dibebaskan oleh asap kenderaan dan asap kapal
terbang kira-kira 20% daripada pembebasan Karbon Dioksida berasal daripada pembakaran

8
bahan api fosil di dalam enjin kereta dan kenderaaan-kenderaan ringan lain. Panel Perubahan
Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa kapal terbang
sahaja menyumbang sebanyak 3.5% kepada masalah pemanasan global dan angka ini
dijangka akan meningkat sebanyak 15% pada tahun 2050.

Peningkatan suhu dunia memberikan banyak kesan lain seperti jerebu yang memberi kesan
negatif kepada sistem kesihatan manusia. Masalah kesihatan ini termasuklah masalah-
masalah berkaitan pernafasan dan sebagainya Selain itu pemanasan suhu dunia boleh
menyebabkan kepupusan tumbuhan dan haiwan yang dapat mencacatkan rantaian makanan.
Video juga memberikan penyelesaian alternatif kepada masalah ini iaitu dengan cara
mengurangkan pembakaran bahan api fosil dalam pengangkutan, perindustrian dan penjanaan
elektrik. Udara yang bersih bukan sahaja memberi satu kehidupan persekitaran yang bersih
dan sihat, malah juga berkenan mengurangkan kadar kecepatan pemanasan global.

9
BAHAGIAN C

PENYELESAIAN ISU MENERUSI KONSEP 3 DIMENSI.

GCED seperti yang telah diterangkan pada bahagian sebelum ini merupakan satu alternatif
bagi mencapai 17 matlamat utama termsuklah kelastarian alam yang mnjadi fokus utama
dalam tugaan ini. Kelastarian alam penting bagi menjamin kehidupan yang lebih baik di
dunia pada masa ini untuk dinikmati dan pada generasi-genarasi akan datang. Oleh kerana
adanya kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan warganegara
global, maka matlamat ini tidak mustahil akan dapat dicapai dalam tempoh yang singkat pada
masa hadapan. Menerusi GCED, terdapat konsep 3 dimensi yang mengandungi 3 kaedah atau
langkah bagi merealisasikan sesebuah matlamat GCED khususnya matlmat kelastaerian alam
sekitar khususnya isu pencemaran udara yang menjadi fokus tugasan ini.

Konsep yang pertama adalah konsep dimensi kognitif. Dimensi ini adalah satu langkah untuk
untuk mengetahui dan memahami berkenaan satu-satu isu itu secara menyeluruh dan
mendalam. Pemahaman secara menyeluruh dan tidak hanya pada asas luaran sahaja penting
agar sesebuah isu itu dapat difikir penyelesaiannya secara menyeluruh serta efektif. Daya
pemikiran yang kreatif dan kritis amat diperlukan supaya dapat memikirkan sesebuah
alternatif paling bernas dari sudut pandang paling kritikal yang mungkin tidak dilihat oleh
pemikir-pemikir lain.

Bagi isu pencemaran udara, kefahaman isu dan jawapan kepada persoalan berkenaan punca
amatlah penting agar satu rangka alternatif dapat difikirkan secara kritikal dari sudut pandang
terpencil. Sudut pandang terpencil ini sangat penting kerana sudut pandng inilah yang
mungkin dapat membantu secara efisyen terhadap masalah-masalah alam sekitar yang
dibangkitkan.

Seterusnyanya setelah memikili pengetahuan yang luas tentang masalah, punca, penyelesaian
yang kreatif dan kritikal tersebut, penting untuk berpindah ke dimensi seterusnya iaitu

10
dimensi sosio-emosi dimana diperingkat ini, timbul atau tidak satu perasaan untuk turut
membantu dan menyumbang atas dasar tanggungjawab bersama dan dasar kebersamaan.
Pada peringkat ini sifat keakuan hendaklah tidak wujud dan sepatutnya sifat itu digantikan
dengan sifat kekitaan. Rasa tanggungjawab yang lahir dalam diri hasil dari pemahaman
terhadap sesebuah isu di dimensi kognitif jelas menunjukkan pelajar kini berada di peringkat
dimensi sosio-emosi. Merujuk kepada masalah pencemaran udara yang dihadapi, pada
peringkat ini seharusnya pelajar telah mempunyai satu emosi atau matlamat untuk
menyelesaikan masalah berbangkit atas dasar tanggungjawab sosial. Tanggungjawab sosial
yang wujud dalam diri ini adalah penting bagi memasuki dimensi seterusnya.

Pada dimensi terakhir iaitu dimensi tingkah laku, tindakan adalah kayu ukur kepada dimensi
ini. Setelah pelajar mempunyai maklumat yang padat dan mungkin juga telah mempunyai
idea-idea baharu, apa yang paling rasional untuk dilkukan adalah dengan bertindak. Tindakan
ini tidak tertakluk kepada satu kaedah sahaja. Malah pelbagai bentuk tindakan dapat diambil
semudah memboikot atau menyatakan pendirian dan solidariti atau tindakan yang lebih
ekstrim dengan mengadakan perhimpunan solidariti, mengumpul sokongan awam, mendidik
masyarakat awam yang kurang arif berkenaan sesebuah isu dan sebagainya.

Diterapkan kedalam isu pencemaran udara tindakan-tindakan yang rasional, bersesuaian dan
efektif amatlah perlu agar masalah ini dapat dibendung. Tindakan rasional dan bersesuaian
yang dimaksudkan adalah satu tindakan yang memberi kebaikan dan manfaat dan bukan satu
tindakan yang sia-sia dan jelas membazir masa dan tenaga.

11
CADANGAN PENYELESAIAN

Pengkaji mendapati terdapat beberapa kaedah yang mampu difikirkan bagi menangani isu ini.
Antara penyelesaian utama adalah dengan mencari alternatif baharu ayang dapat
meminumumkan penggunaan bahan api fosil sekaligus dapat mengurangkan pelepasan gas
hijau ke udara. Seperi yang telah dibincangkan, pencemaran udara boleh berlaku dengan
sebab semulajadi dan dengan sebab peningkatan aktiviti manusia. Namun pencemaran udara
atas sebab semulajadi adalah sangat tipis tidak konsisten dan amat jarang berlaku. Oleh itu
fokus utama perlu tertumpu kepada pancemaran akibat peningkatan aktiviti manusia.

Terdapat banyak aktiviti manusia yang dapat menyumbang kapada pencemaran udara
antaranya pembakaran terbuka. Saban tahun negara kita akan mengalami satu fenomena
jerebu yang diakibatkan oleh aktiviti pembakaran terbuka bagi tujuan pertanian di Indonesia.
Gas hijau berupa karbon dioksida dan partikal-partikal halus dilepaskan ke ruang udara
Indonesia akhirnya memberi kesan terhadap beberapa buah negara sekitar. Fenomen
pencemaran ini memberi kesan yang buruk terhadap ekonomi dan sosial negara kita.
Tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menangani isu ini.

Kerajaan perlu sedar bahawa fenomena ini mencemarkan kualiti udara dan tahap kesihatan
warga negara ini. Isu pencemaran ini perlu diambil serius. Cadangan adalah mengadakan satu
perbincangan empat mata dengan badan yang bertanggungjawab dan cuba untuk mencapai
satu kata sepakat dan menandatangani satu memorendun persefahaman diantara negara agar
masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.

Selain itu, pencemaran udara juga berlaku akibat dari pelepasan gas karbon ke udara oleh
kenderaan-kenderaan yang menggunakan bahan api fosil sebagai sumber tenaga. Kemajuan
teknologi kini melihatkan satu alternatif baharu yang dikenali sebagai teknologi hijau yang
menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga utama. Penggunaan kenderaa yang
dikusakan oleh tenaga elektrik tidak menghasilkan gas carbon yang mencemarkan udara.
Perubahan penggunaan terhadap alternatif ini sangat perlu kerana ia bukan sahaja

12
menjamatkan wang ringgit kerana tidak menggunakan bahan api fosil, bahkan dapat
mengurangkan pencemaran udara yang akhirnya menghasilkan kualiti udara yang baik.

Selain itu, kilang-kilang industri juga menyumbang kepada kadar pelepasan gas hijau yang
tinggi. Terdapat satu teknologi penapisan udara seperti yang telah digunakan di Negara
Singapura yang mewajibkan kilang-kilang industri di negara itu menggunakannya. Sama
seperti di negara ini, telah wujud undang-undang sedemikian namun, aspek penguatkuasaan
sangat lemah atas faktor keterbatasan bidangkuasa. Pengusaha-pengusaha industri ini
merupakan golongan kapitalis yang mengaut keuntungan berdasarkan perniagaan dilihat
ingkar serta culas lalu mengambil kesempatan diatas kelemahan ini. Oleh itu, perundangan di
negara ini hendaklah diperketat menerusi penggubalan undang-undang yang lebih menjaga
hak alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar juga perlu mengambil segala langkah efisyen bagi
mengawal selia kilang-kilang industri

Cadangan-cadangan ini perlu kepada kerjasama semua pihak dan pihak berwajib diman
kekangan utama terhadap kejayaan untuk mencapai objektif adalah komitmen dari semua
pihak. Komitmen dan kerjasama semua pihak mampu memberi impak yang besar yterhadap
kelastarian alam dan keharmonian dunia.

13
KESIMPULAN

Kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar perlu diterapkan dalam diri setiap
warganegara dunia kerana setiap negara, bangsa dan agama adalah saling berkaitan antara
satu sama lain tanpa dibatasi sempadan negara. Manusia berkongsi dunia sebagai satu-
satunya tempat tinggal dimana tiada kaedah lain untuk melastarikan keadaan dunia selain
mengambil bahagian untuk turut sama berganding-bahu menjadikan dunia sebagai tempat
tinggal yang harmoni.

Platfom yang diperkenalkan oleh Negara-Negara Bersatu (UN) ini dilihat sebagai satu misi
keamanan yang wajar disambut baik. Ilmu berkenaan GCED perlu diperkembangluaskan
agar setiap dari kalangan masyarakat menyedari akan kepentingan kelastarian alam dan kesan
positif dan negatif akibat omisi dan komisi menjaga kelestarian alam.

Kaedah Konsep 3 Dimensi yang diperkenalkan GCED amat berguna dan wajar diterapkan
kepada setiap pelajar. Penerapan ini perlu dibuat sejak kecil agar generasi akan datang
membesar dengan nilai yang positif cintakan alam.

14
JURNAL REFLEKTIF:
SUMBANGAN TAMADUN TERHADAP DIRI DAN MASYARAKAT.

Menerusi tugasan ini, saya mendapati bahawa saya telah mempertingkatkan cara dan
kemahiran berfikir dengan struktur yang betul. Dengan cara yang betul, saya dapat berfikir
secara kritikala dan menghasilkan buah fikiran yang berkualiti sekeligus dapat membantu
kepada penyelesaian yang saya inginkan.

Menerusi tugasan ini juga, saya dapat membuka minda saya terhadap isu-isu global yang
sebelum ini tidak diberikan perhatian dan keutamaan oleh saya secara lansung. Kesedaran ini
timbul hasil dari tugasan kursus ini yang secara lansung membantu saya mengambil bahagian
untuk sama-sama meneyelesaikan isu-isu alam sekitar dalam kehidupan seharian.

Pelbagai rintangan yang saya hadapi dalam menyiapkan tugasan ini antaranya kesalahan
kefahaman terhadap gambaran penuh dan kesilapan dalam memilih isu penting yang perlu
menjadi keutamaan. Namun saya masih bersyukur kerana jurnal ini masih dapat
disempurnakan sebaiknya. Saya mendapati kursus ini adalah satu kursus yang sangat berguna
bagi saya khususnya apabila secara lansung meberi saya pendedahan sekaligus dapat
menyumbang kepada dunia.

Kekangan kekurangan bahan rujukan anatara kekangan yang saya perlu hadapi dalam
menyempurnakan tugasan ini dan bagi menyelesaikan kekangan ini saya bertindak dengan
lebih proaktif dalam mencari alternatif-alternatif lain sebagai rujukan dan alternatif-alternatif
ini sangant banyak membantu secara inklusif. Saya turut berasa syukur kepada pihak
universiti dalam memperkenalkan subjek ini kerana saya dapat meluhat dengan jelas
periubahan drastik terhadap diri saya ttentang cari berfikir menyelesaikan masalah.

15
RUJUKAN

Assof Prof Dr. Nanthi Kumar Subramaniam dan lain-lain (2019), OUMH Learning Skills For
21st Century.

Nor zam Ramli (2020), Pengurusan Kualiti Udara di Malaysia: Isu dan Cabaran Pelaksanaan.

Norazian Mohamed, Noorain Nihla Kamarudzaman dan lain-lain, Pemanasan global: Apa
yang Berlaku?

https://books.google.com.my/books?
id=2hSl9Ki2TboC&q=pencemaran+udara+di+malaysia+kematian&dq=pencemaran+udara+
di+malaysia+kematian&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwi135SgmNDoAhVOILcAHbv5B2kQ6
AEIPjAC

https://youtu.be/Bb6IfkMbYZU

https://www.youtube.com/watch?v=oJAbATJCugs

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2019/03/540226/88-juta-mati-awal-akibat-
pencemaran-udara-kajian

16

You might also like