You are on page 1of 2

UJIAN

KURSUS: UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM


KOD KURSUS: LAW634
MASA: 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas ini mengandungi 2 soalan.

2. Jawab SATU (1) soalan sahaja dan jawapan tidak melebihi 6 muka surat.

3. Pelajar hendaklah merujuk statut berikut:-

i) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.


ii) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

4. Jawapan hendaklah dihantar ke email norrasyada@uitm.edu.my

SOALAN 1

a) Jelaskan secara ringkas istilah-istilah berikut sebagaimana yang dibincangkan oleh para fuqaha
dalam konteks Undang-Undang Jenayah Islam dan/atau peruntukkan Akta/Enakmen Jenayah
Syariah:-

i) Khamar dan Dadah. (2 markah)

ii) Hudud dan Maqasid Syariah. (2 markah)

b) Sariqah dan Hirabah adalah jenayah hudud yang juga merupakan jenayah ke atas harta. Namun
hakikatnya, di dalam Undang-Undang Jenayah Islam, kedua-dua jenayah tersebut adalah dua
bentuk yang berbeza terutamanya dari segi pengertian, syarat-syarat dan hukuman. Anda
dikehendaki menjelaskan ciri-ciri persamaan dan perbezaan di antara jenayah sariqah dan
hirabah. Sokong jawapan anda dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis serta pendapat
fuqaha’ dan peruntukkan undang-undang yang relevan.

(16 markah)

SOALAN 2

a) Pada satu malam, Syamsul mengunjungi sebuah pusat karaoke di Puchong, Selangor untuk
merehatkan dari daripada tekanan kerja. Semasa sedang bersuka ria menyanyi, Hazri, kawan
lamanya menghampiri Syamsul sambil membawa sebotol bir (minuman memabukkan). Hazri
mempelawa Syamsul minum bersamanyaa. Syamsul pada awalnya menolak, akhirnya menerima
pelawaan Hazri untuk minum bir tersebut apabila diberitahu bahawa bir itu tidak akan
memabukkan kecuali selepas meminum lima botol.

Bincangkan liability jenayah Syamsul menurut Undang-Undang Jenayah Islam dan berdasarkan
peruntukkan Enakmen/Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

(10 markah)

b) Berdasarkan perbincangan fuqaha’ dan/atau peruntukkan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah


Syariah beserta dalil (jika perlu), bincangkan tanggungan jenayah di dalam kes-kes di bawah ini
serta hukuman menurut Undang-Undang Jenayah Islam:-.

i) Menuduh lelaki mati pucuk (impotent) melakukan zina.

ii) Hazwan minum arak di Negara bukan Islam.

iii) Menuduh seseorang melakukan persetubuhan dengan binatang.

(10 markah)

You might also like