You are on page 1of 3

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KUIZ

NAMA KURSUS : UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM


KOD KURSUS : LAW633
TARIKH MULA : 18 JUN 2021 (9.00 AM)
:
TARIKH SERAHAN : 19 JUN 2021 (8.00 AM)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) soalan sahaja

2. Calon-calon dikehendaki menjawab dua (2) soalan dan mulakan setiap jawapan di muka
surat yang baharu.

3. Calon dikehendakki menyerahkan kertas jawapan ke emel nooru088@uitm.edu.my pada atau


sebelum tarikh akhir serahan. Serahan lambat tidak diterima. Nama fail mestilah mengikut
format: nama pelajar e.g LW633 Ahmad Ariff Bin Suhaimi.

4. Panjang jawapan tidak melebihi enam(6) muka surat bagi setiap soalan.

5. Calon dikehendakki menyerahkan skrip jawapan beserta maklumat lengkap ditulis pada muka
hadapan kertas jawapan seperti berikut:
a. Kod Kursus dan nama kursus;
b. Nama dan no ID pelajar;
c. Nama pensyarah.
SOALAN 1

Berdasarkan kepada Hukum Syarak, peruntukan undang-undang dan kes-kes yang telah
diputuskan, jawab soalan-soalan di bawah:-

a) Jelaskan kedudukan wali sebagai salah satu rukun nikah berdasarkan Hukum Syarak dan
bagaimana perkahwinan anak dara boleh dilangsungkan sekiranya wali enggan memberi
kebenaran.
(10 markah)

b) Fazurah dan Faizal telah berkahwin atas dasar suka sama suka sejak 5 tahun yang lalu.
Sepanjang perkahwinan, mereka sering bergaduh walaupun melibatkan perkara dan isu yang
remeh-temeh. Akhirnya, mereka bersepakat dan menyatakan persetujuan untuk tidak tinggal
bersama lagi dan memilih untuk membawa haluan masing-masing dan berpisah secara baik.

Nasihatkan Fazurah dan Faizal mengenai penyelesaian kepada masalah mereka berdasarkan
kepada Hukum Syarak, peruntukan undang-undang dan kes-kes yang telah diputuskan.
(10 markah)

SOALAN 2

Kenanga dan Raja Ali telah berkahwin selama 10 tahun dan memiliki 5 orang anak. Mereka
menetap di Taman Mewah, Kajang Selangor. Kenanga bekerja sebagai pembantu tadbir di
Institusi Pengajian Tinggi di Klang manakala Raja Ali menjalankan perniagaan memproses
dan memasarkan produk serbuk kari keseluruh negeri Selangor. Rumahtangga yang
bahagia pada awalnya menjadi goyang apabila Raja Ali menjalin hubungan dengan Mawar
seorang kerani yang bekerja di syarikatnya. Tanpa pengetahuan Kenanga, Raja Ali telah
mengahwini Mawar di Patani, Thailand. Setelah Kenanga mengetahui perkahwinan mereka,
Kenanga cuba untuk menerima kehadiran Mawar sebagai madunya dengan rela walaupun
dengan hati yang terluka dan berharap Raja Ali dapat berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

Selepas 4 bulan perkahwinan Raja Ali dan Mawar, Raja Ali mula mengabaikan
tanggungjawab terhadap Kenanga dan anak-anak mereka. Raja Ali selalu tidak pulang ke
rumah Kenanga dan lebih banyak meluangkan masa bersama Mawar dan suka membuang
masa bersama-sama dengan kawan-kawannya. Pada satu malam berlaku pertengkaran
diantara Raja Ali dan Kenanga di rumah mereka dan dihadapan anak-anak. Akibat
pertengkaran tersebut dan tidak tahan menahan kemarahan serta merasa tercabar dengan
kata-kata Kenanga, Raja Ali melafazkan ‘Aku ceraikan kau dengan talak satu.’ Selepas dua
jam Raja Ali pulang ke rumah Mawar, Kenanga menerima panggilan telefon dari telefon
bimbitnya daripada Raja Ali yang melafazkan ‘Aku ceraikan kau’ dan ‘Aku ceraikan kau’
kepada Kenanga.

Keesokkan harinya Raja Ali datang berjumpa dengan Kenanga dan memberitahu bahawa
beliau tidak berniat untuk menceraikan Kenanga kerana beliau masih sayangkan Kenanga
dan anak-anak mereka. Raja Ali mendakwa beliau tidak sedar apa sebenarnya yang yang
berlaku dan beliau dalam keadaan mabuk setelah dipaksa meminum arak oleh kawan-
kawannya di kelab malam pada malam tersebut.

a) Berdasarkan fakta atas, nasihatkan Raja Ali dan Kenanga berkaitan kedudukan
perceraian mereka. Kemukakan pandangan anda dengan disokong oleh nas al-
Quran dan hadis, peruntukan undang-undang serta kes-kes yang telah diputuskan.
(15 markah)
b) Adakah jawapan anda berbeza sekiranya lafaz talaq itu dibuat ketika Kenanga
sedang mengandung 3 bulan.
(5 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like