You are on page 1of 2

SULIT 1 PI/NOVEMBER 2023/CTU092

MARKAH:
PENULISAN REFLEKTIF

KURSUS SISTEM PERUNDANGAN ISLAM KOD CTU 092


PENSYARAH TEMPOH 1 JAM 15 MINIT
NAMA
PELAJAR
ID KUMPULAN

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi EMPAT (4) soalan


2. Jawab semua soalan

SOALAN 1

Dalam kes Mahkamah Rayuan Indira Gandhi A/P Mutho V Jabatan Agama Islam Perak & Ors
and Others, suaminya K Patmanathan telah memeluk Islam (Muhammad Ridhuan Abdullah)
dan telah menukar agama tiga orang anaknya yang di bawah 18 tahun kepada Agama Islam
pada 2009 dan telah mendapat pendaftaran sebagai Islam pada tahun yang sama.
Seterusnya Ridhuan telah mendapat perintah hak jagaan anak secara exparte dari
Mahkamah Syariah Negeri Perak untuk ketiga-tiga anaknya. Indira Gandi telah membantah
hak jagaan anaknya yang diberikan kepada suaminya dan membuat permohonan certiori
untuk pembatalan pemelukan Islam ketiga-tiga anaknya di Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan fakta kes di atas, sebagai hakim bagaimana anda membuat keputusan
penghakiman berdasarkan Empat (4) peruntukan dalam undang-undang yang berkaitan?

(10 markah)

SOALAN 2

Merujuk kepada Senarai 2 Senarai Negeri Jadual Kesembilan bahawa negeri-negeri di


Persekutuan mempunyai kuasa untuk pewujudan dan penghukuman kesalahan yang
dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali
berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan; keanggotaan,
susunan dan tatacara Mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidangkuasa hanya
ke atas orang yang menganut agama Islam…

(Perlembagaan Persekutuan (Hingga 1hb. November 2022), h. 219)

Berdasarkan pernyataan di atas sebagai peguam syarie bagaimana anda menganalisa


Empat (4) bidangkuasa Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan?

(10 markah)

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 2 PI/NOVEMBER 2023/CTU092

SOALAN 3

Putrajaya, Mahkamah Persekutuan hari ini dalam keputusan majoriti 4-3 memutuskan anak
orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf tidak boleh
dibinkan atau dibintikan dengan nama bapanya. Mahkamah Rayuan pada 2017 memutuskan
anak orang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh menggunakan nama bapanya sebaliknya
perlu dibinkan atau dibintikan Abdullah. Panel tujuh hakim yang dipengerusikan oleh Datuk
Rohana Yusuf membenarkan sebahagian rayuan yang dikemukakan JPN dan kerajaan untuk
mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan. Hakim (Datuk) Rohana yang menyampaikan
keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan itu berkata seksyen 13A Akta Pendaftaran
Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak terpakai bagi pendaftaran kelahiran anak orang
Melayu kerana orang Melayu tidak menggunakan nama keluarga.

(Sumber: Berita Harian online www.bharian.com.my/berita/kes...)

Berdasarkan petikan berita di atas, sebagai seorang hakim syarie kemukakan DUA (2) hujah
anda bahawa keputusan hakim Mahkamah Persekutuan menepati dengan prinsip kehakiman
Islam iaitu apabila bertembung dua kemudaratan yang besar dengan kemudaratan yang lebih
ringan?

(5 markah)

SOALAN 4

Pada 1521M Sultan Brunei telah mengeluarkan arahan supaya penyebaran Islam dilakukan
secara aktif. Ekoran daripada itu, kesultanan Brunei telah menghantar wakilnya seperti Syarif
Sahib di Sadong dan Syarif Mollana di Kalaka.

(Mohd Redzuan Othman,2018)

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, sebagai seorang pengkaji sejarah jelaskan Dua (2)
rumusan yang boleh anda buat?

(5 markah)

SOALAN TAMAT

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

You might also like