You are on page 1of 7

SULIT LW/DIS 2019/LAW684

i^5^
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

KOD KURSUS LAW684

PEPERIKSAAN DISEMBER2019

MASA 3 JAM15MINIT

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas soalan ini mengandungi tiga (3) bahagian: BAHAGIAN A (1 Soalan)


BAHAGIAN B (3 Soalan)
BAHAGIAN C (2 Soalan)

Jawab semua soalan di BAHAGIAN A, dua (2) soalan di BAHAGIAN B serta satu (1) soalan
di BAHAGIAN C.Jawapan bagi semua soalan hendaklah dijawab di Buku Jawapan. Mulakan
setiap jawapan di muka surat yang baharu.

Calon-calon tidak dibenarkan membawa sebarang bahan selain dari apa yang dibenarkan
oleh pengawas ke dalam bilik peperiksaan.

Calon-calon dibenarkan membawa statut (tanpa catatan):

i) Akta/ Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah


ii) Akta/ Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
iii) Akta/ Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan
kebenaran pengawas.

Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi:

i) Kertas Soalan
ii) Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN


Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak
© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SULIT LW/DIS 2019/LAW684

BAHAGIAN A

SOALAN1

Huraikan secara ringkas perbezaan bagi terma-terma berikut:

a) Syahadah dan Iqrar


(6 markah)

b) Sumpah Plaintif dan Sumpah Defendan


(6 markah)

c) Syahid dan Muzakki


(6 markah)

d) Wan dan Qasamah


(6 markah)

e) Ra'yt/ al-Khabir dan //mu al-Qadhi


(6 markah)

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SUL|T 3 LW/DIS 2019/LAW684

BAHAGIAN B

SOALAN1

Daripada Ummu Salamah R.HA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawasanya aku adalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu


semua telah membawa pertelingkahan kepadaku. Barangkali
sesetengah kamu ada yang lebih cerdik/petah mengemukakan hujah
serta alasannya daripada sesetengah yang lain. Maka aku akan
menghukum mengikut apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang telah
aku putuskan untuknya mendapat kemenangan, sedangkan ia
mengetahui bahawa itu adalah hak kepunyaan saudaranya, maka
sesungguhnya aku tentukan untuknya sepotong daripada api neraka."

Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah SAW menekankan aspek keadilan, pembuktian dan
larangan mengambil hak pihak lain.
a) Nyatakan evolusi penakrifan bayyinah menurut pandangan ulama' bermula dari kurun
pertama hijrah sehingga kini. Sokong setiap pandangan tersebut dengan dalil dan
hujah yang berkaitan.
J (12 markah)
b) Pada asasnya pihak pendakwa/orang yang menuntut akan mengemukakan
keterangan dan pembuktian. Walaubagaimanapun, dalam sesetengah kes beriaku
perpindahan beban bukti. Nyatakan apakah itu perpindahan beban bukti dan dalihan
yang dibenarkan oleh mahkamah bagi membolehkan pihak yang didakwa/yang
dituntut menafikan sesuatu dakwaan?
(8 markah)

SOALAN 2

Salim berasa terkilan dengan sikap Kareena kerana telah mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak mereka iaitu Airisha, 9 tahun dan Daniel, 7
tahun. Perubahan sikap isterinya tersebut dapat dapat dikesan semenjak 2 tahun yang lalu
apabila Kareena mulai bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat pakaian
jenama antarabangsa, iaitu Versade.
Pernah beberapa kali Kareena meninggalkan mereka sekeluarga semata-mata untuk
menghadiri pertunjukan fesyen di Milan, New York, London dan beberapa kota lain di seluruh
dunia. Walaupun pemergiannya atas tuntutan kerjaya, namun Kareena tidak pernah
memaklumkan atau memohon keizinan daripada Salim. Apa yang menyedihkan lagi ialah

©Hak Cipta Universiti Teknologi MARA bULI


SUL|T 4 LW/DIS 2019/LAW684

sepanjang Kareena berada di luar negara tersebut, beliau tidak pernah menghubungi Salim
dan anak-anaknya samada untuk menghantarkhabar beritamahupun berkongsi pengalaman
sepanjang berada di sana. Salim hanya mengetahui perkembangan isterinya tersebut
menerusi foto-foto dan video yang dimuatnaik oleh isterinya ke laman facebook untuktatapan
umum. Acap kali Salim berasa dirinya tercabar dan dayus kerana hanya mampu
memerhatikan sikap isterinya yang sering berpoya-poya dan meminum minuman
memabukkan setiap kali mereka berjauhan.

Salim juga pernah menerima panggilan daripada seorang wanita yang bernama Anna dan
memaklumkan bahawa sebenarnya Kareena menjalin hubungan percintaan dengan
suaminya, Naseem yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Versade terbabit. Anna juga
menunjukkan screenshot perbualan intim di antara Kareena dan suaminya yang amat
mengecewakan Salim.

Konflik di antara Salim dan Kareena berterusan sehinggalah berlakunya pertengkaran sengit
yang menyebabkan Salim menerima 7 jahitan di kepalanya kerana luka selepas dibaling
dengan pasu tembikar oleh isterinya. Tiada saksi yang melihat kejadian tersebut melainkan
seorang pembantu rumah warga Indonesia bernama Fatimah dan dua orang anak mereka.
Tidak tahan dengan sikap melampau Kareena tersebut, Salim seterusnya menemui anda
selaku seorang peguam syari'e terkenal di tanahair bagi memfaiikan permohonan pensabitan
nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
a) Nyatakan apakah pembuktian yang boleh dikemukakan oleh Salim bagi mensabitkan
Kareena dengan kesalahan nusyuz.
(10 markah)

b) Bincangkan pandangan ulama' mengenai penerimaan kesaksian wanita di


mahkamah.
(10 markah)

SOALAN 3

Shahrul (OKT) dituduh atas kesalahan penyalahgunaan tanda halal menurut seksyen 42,
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana melekapkan
tanda halal pada Minyak Masak Berkat yang diragui status kehalalannya.

Menurut aduan yang dilaporkan kepada pihak berkuasa agama, Shahrul telah mendapatkan
bekalan minyak masak terpakai daripada restoran, warung dan gerai yang terdapat di sekitar
Seri Suria Kuala Lumpur untuk dikitar semula, diproses dan dibungkus dengan menggunakan
jenama Minyak Masak Berkat, yang seterusnya dicetak logo halal pada bungkusan tersebut.
Kawasan Seri Suria ini terkenal dengan jolokan 'Chinese Cuisine Hub' dan kerana itu minyak
masak terpakai tersebut tidak dapat dipastikan status kehalalannya.

©Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 5 LW/DIS 2019/LAW684

Ketika serbuan dilakukan di rumah teres satu tingkat miliknya, pelbagai peralatan penapisan
dan pembungkusan dijumpai di bahagian belakang rumah tersebut. Malah, dua orang pekerja
warga asing turut diupah untuk menjalankan proses penyaringan dan pembungkusan
tersebut. Semasa serbuan dijalankan terdapat juga beberapa buah buku rekod yang tertera
nama pembekal yang kebanyakannya terdiri daripada restoran, warung dan gerai tidak halal
tercatat di daiamnya. Turut direkodkan ialah senarai kedai yang menjadi pusat edaran minyak
berkenaan.

OKT menyatakan bahawa beliau dengan suci hati menjalankan perniagaan tersebut bagi
memperolehi sumber pendapatan, selain bertujuan untuk meringankan beban masyarakat
yang tidak berkemampuan. Ini kerana harga minyak masak terpakai yang diprosesnya jauh
lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

Anda merupakan hakim syari'e yang mengendalikan kes tersebut, manakala OKT pula
merupakan salah seorang jiran di kawasan perumahan anda. Sebelum OKT dipertuduhkan
di mahkamah, anda pernah beberapa kali terserempak dengan OKT yang sedang
mengumpul minyak masak terpakai di beberapa buah restoran bukan Islam untuk
dimasukkan ke dalam van miliknya.

a) Adakah buku rekod OKT boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah? dan
sekiranya terdapat bantahan daripada pihak OKT, apakah langkah yang perlu diambil
oleh pihak pendakwaan bagi memastikan ketulenan dokumen tersebut?
(12 markah)

b) Di dalam kes ini, adakah ilmu al-qadhi boleh digunakan bagi pensabitan kes?
Nyatakan apakah yang anda akan lakukan bagi memastikan kes ini dapat diadili
dengan sewajarnya.
(8 markah)

©Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 6 LW/DIS 2019/LAW684

BAHAGIAN C

SOALAN1

Kamal (OKT 1) dan Jasmeen (OKT 2) dipertuduhkan atas kesalahan menjual atau
menyerahkan anak kepada orang bukan Islam menurut seksyen 40, Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Pada 20 Disember 2019, ketika di hadapan pegawai penyiasat, kedua-dua OKT tidak
mengaku bersalah atas dakwaan tersebut atas alasan yang berbeza. OKT 1 mendakwa
bahawa tindakannya menyerahkan bayi mereka yang bernama Isabella yang ketika itu
berusia 2 bulan kepada Jurgen Klopp dan isterinya, Rapunzel adalah kerana ingin
memberikan kehidupan yang lebih baik kepada masa depan anaknya. OKT 1 juga mendakwa
bahawa oleh kerana anak tersebut dilahirkan 3 bulan selepas perkahwinan mereka, maka
beliau bukanlah bapa kandung kepada anak tersebut dan kerana itu, beliau tidak sepatutnya
didakwa di mahkamah.

OKT 2 pula mendakwa bahawa tindakan mereka menyerahkan bayi tersebut kepada
pasangan bukan Islam tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan undang-undang
kerana penyerahan anak terbabit tidak melibatkan apa-apa bayaran. la dilakukan secara suci
hati dan telah wujud perjanjian agar pasangan bukan Islam tersebut penyerahkan kembali
anak tersebut kepada OKT 1 dan OKT 2 apabila usianya genap 5 tahun. OKT 2 juga
menyatakan bahawa tempoh masa 5 tahun ini diberikan kerana ingin memberi peluang
kepada OKT 1 dan OKT 2 mengukuhkan ekonomi rumahtangga mereka terlebih dahulu
memandangkan OKT 1 masih dalam proses mencari pekerjaan, manakala OKT 2 pula
berada di tahun akhir pengajian di peringkat sarjana muda.

Walaubagaimanapun, ketika pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan hakim, OKT 2


dengan suci hati telah mengaku bersalah. Beliau juga mendakwa bahawa walaupun bayi
tersebut dilahirkan selepas 3 bulan daripada tarikh perkahwinan mereka, namun OKT 1
merupakan bapa biologi kepada anak tersebut. OKT 2 juga mengakui bahawa beliau
menerima bayaran sebanyak RM30,000-00 daripada pasangan bukan Islam terbabit.
Walaubagaimanapun, wang tersebuttelah digunakan sepenuhnya oleh OKT 1 untuk membeli
sebuah motosikal terpakai jenama Harley Davidson.

a) Sebagai pendakwa syari'e, sediakan pembuktikan atau keterangan anda bagi


menyokong dakwaan terhadap OKT 1;ATAU sebagai peguambela kepada OKT 1,
sediakan pembuktian atau keterangan bagi membela anak guam anda.
(15 markah)

b) Sekiranya OKT 1 ingin bersumpah untuk menafikan tuduhan terhadapnya, adakah


mahkamah akan membenarkan permohonan tersebut? DAN Nyatakan syarat-syarat
sumpah.
(15 markah)

©Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULiT 7 LW/DIS 2019/LAW684

SOALAN 2

Syamil (OKT 1) dan Meena (OKT 2) dipertuduhkan atas kesalahan melakukan suatu
perbuatan secara lisan dan tulisan dengan mempersendakan atau menyebabkan dipandang
hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang
berhubungan dengan agama Islam sepertimana yang termaktub menurut seksyen 7, Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.
Menurut pegawai penyiasat agama, OKT 1 dan OKT 2 secara bersama-sama telah menulis
artikel di dalam facebook dan blog mereka yang didakwa telah menghina undang-undang
berkaitan Islam di wilayah-wilayah persekutuan serta secara mala fide mempengaruhi
pemikiran masyarakat terutamanya warga belia di negara ini untuk bersikap negatif terhadap
peruntukan yang dikanunkan tersebut. Di antara artikel yang dianggap mendoktrinasi
masyarakat adalah seperti tulisan mereka bertajuk 'Muslim dan LGBT: Pertentangan di antara
Hak-hak Manusiawi menurut Perlembagaan dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah', 'Kerajaan
Patut Kaji Semula Kesalahan Liwat dan Musahaqah', 'Kebebasan Beragama dan Murtad:
Apa Dah Jadi?', 'Kenapa Perlu Campurtangan Institusi Agama dalam Kehidupan Privasi
Masyarakat?' dan 'Hapuskan Sahaja Mahkamah Syariah'.
Lebih membimbangkan lagi apabila OKT 1 dan OKT 2 mempunyai pengikut melebihi 1 juta
orang di facebook dan blog masing-masing yang menyokong idea songsang tersebut dalam
menghina undang-undang agama Islam yang dikanunkan menerusi Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur dan di negeri-negeri lain seluruh
Malaysia.

Kedua-dua OKT tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut dan mohon untuk
dibicarakan.

a) Bincangkan samada artikel, penulisan dan/atau pandangan OKT 1 dan OKT 2 di


dalam face/joo/cdan blog boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah. Sokong
jawapan anda berdasarkan dalil daripada al-Quran, as-Sunnah dan rujukan kepada
kes yang berkaitan.
(15 markah)

b) Sekiranya OKT 1 dan OKT 2 mendakwa bahawa mereka terpaksa menyebarkan


artikel, penulisan dan/atau pandangan songsang tersebut kerana ingin mendapatkan
habuan sebanyak RM100,000-00 daripada pihak tertentu bagi membayarkos rawatan
pembatan ibu OKT 1 yang sedang sakit tenat, maka adakah dalihan paksaan tersebut
boleh diterima oleh hakim? Nyatakan syarat-syarat penerimaan dalihan paksaan
menurut pandangan Syeikh Abdul Qadir 'Audah.
(9 markah)

c) Apakah kadar pembuktian bagi pendakwa syari'e membuktikan dakwaan terhadap


tertuduh dan apakah pula kadar pembuktian bagi OKT 1 dan OKT 2 menafikan
tuduhan terhadap mereka?
(6 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT


©Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

You might also like