You are on page 1of 3

FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

PEPERIKSAAN AKHIR DALAM TALIAN


SESI II, TAHUN AKADEMIK 2021/2022

SBSU 4123
AMALAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN SYARIE I

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Masa yang diperuntukkan bagi Peperiksaan Buku Terbuka ini ialah 2 JAM.
2. Peperiksaan Buku Terbuka ini mengandungi DUA SOALAN.
3. Jawab SATU soalan sahaja.
4. Pelajar perlu menghantar skrip jawapan melalui e-mel di alamat
hammad.kuis@gmail.com / platform yang bersesuaian.
5. Markah Peperiksaan Buku Terbuka ini ialah 20 MARKAH.
6. Pelajar dibenarkan merujuk mana-mana sumber rujukan berkaitan.
7. DILARANG meniru dan menyalin semula jawapan daripada calon yang lain.
Tindakan tegas akan diambil atas kesalahan tersebut.
8. Sila tulis Nama dan Nombor Pelajar di setiap helaian jawapan.

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 3 MUKA SURAT.

SULIT
SBSU 4123 MAC 2022

Jawab SATU soalan sahaja.

Soalan 1

Sazali baru dilantik sebagai hakim mahkamah rendah syariah setelah berkhidmat
selama 10 tahun dalam perkhidmatan awam. Semasa awal perkhidmatannya sebagai
pegawai sulh, beliau telah menjadi penjamin kepada adiknya dalam aktiviti pembelian
saham sebuah syarikat di bursa saham. Harga saham syarikat tersebut telah jatuh
merudum pada awal tahun 2021 akibat krisis ekonomi. Adik Sazali telah diisytiharkan
muflis dan mengakibatkan Sazali turut diambil tindakan undang-undang. Sazali telah
disenarai hitam daripada membuat membuat sebarang bentuk pembiayaan rumah
dan kereta.
Huraikan perkara-perkara berikut:
i. Status tindakan menjamin hutang yang telah dibuat oleh Sazali
berdasarkan peruntukan undang-undang. (5 markah)

ii. Kesan tindakan tatatertib yang boleh dikenakan ke atas Sazali dan
proses yang berkaitan. (5 markah)

b. Seseorang peguam syarie boleh memilih sama ada untuk menjadi rakan kongsi
atau menjadi pemilik persendirian dalam sesuatu firma setelah diterima masuk
menjadi peguam syarie di mana-mana negeri.
Bandingkan kelebihan dan kelemahan antara menjadi rakan kongsi atau pemilik
persendirian dalam sesebuah firma guaman syarie. (10 markah)

Soalan 2

a. Raziq telah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya semasa sedang
makan di sebuah restoran di Ipoh pada Januari 2022. Dia baru sedar bahawa
lafaz cerainya perlu disahkan di mahkamah syariah. Raziq telah mendapatkan

2 SULIT
SBSU 4123 MAC 2022

nasihat dari Zafiha yang merupakan peguam syarie bertauliah di Perak. Raziq
telah membuat bayaran penuh kepada Zafiha bagi mendapatkan perkhidmatan
guaman tersebut, namun tiada sebarang tindakan susulan di buat oleh Zafiha
kerana cuti bersalin selama tiga bulan. Zafiha memberi alasan kes Raziq tidak
boleh diberikan kepada peguam lain kerana wakalah hanya diberikan khusus
kepadanya sahaja. Raziq tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Zafiha ingin
membuat aduan tatatertib terhadap Zafiha. Nasihatkan Raziq berkaitan perkara
di berikut:

i. Badan manakah yang patut mendengar aduan tersebut dan jelaskan


apakah tindakan yang boleh diambil oleh badan tersebut?(5 markah)

ii. Sekiranya Zafiha didapati bersalah dan digantung sijil amalannya,


huraikan proses rayuan yang boleh dipohon. (5 markah)

b. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bidang kuasa berkaitan agama


Islam adalah di bawah pentadbiran negeri. Anda dilantik menjadi panel
Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil diminta memberikan
cadangan penambahbaikan mahkamah syariah.
Kemukakan lima cadangan untuk menyeragamkan peruntukan berkaitan
kelayakan dan proses permohonan peguam syarie di Malaysia. (10 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

3 SULIT

You might also like