You are on page 1of 6

INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

FINAL ASSESSMENT

PROGRAM : POSTGRADUATE DIPLOMA IN SHARIAH AND LEGAL PRACTICE (DSLP)

SESI : SEMESTER 1, 2020/2021

PENSYARAH : ASST. PROF. DR. HUSNA FAUZI

SUBJEK : LAW 5110 SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TARIKH : 12 DISEMBER 2020 (SABTU)

MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI

Kertas Soalan Ini Mengandungi 6 Halaman Mukasurat Bercetak Dengan TIGA (3) Soalan.
Jawab DUA (2) Soalan Sahaja.

SEBARANG BENTUK PENIPUAN ATAU PLAGIARISME ADALAH KESALAHAN YANG SERIUS

ARAHAN KEPADA CALON:


1. Ini adalah open book examination.
2. Calon dikehendaki menyediakan jawapan menggunakan format ‘Microsoft Word’ yang
perlu dihantar melalui emel kepada husnalaw5110@gmail.com Sekiranya calon
memilih untuk menyediakan jawapan dalam bentuk tulisan tangan, skrip jawapan
perlulah di’scan’ dan dihantar ke alamat emel seperti diatas.
3. Semua halaman buku jawapan mesti ditulis dengan No. Matrik, Kod Subjek, dan No.
Mukasurat di bahagian atas buku jawapan.
4. Penyerahan lewat akan dikenakan penalti. Sekiranya anda menghadapi masalah semasa
proses penyerahan, sila hubungi pensyarah anda dengan segera.
5. Anda tidak dibenarkan berkomunikasi dengan mana-mana pelajar atau orang lain
mengenai peperiksaan sepanjang peperiksaan dijalankan.

DISAHKAN OLEH
SOALAN 1

Ameer Yassir berasal dari Pakistan, beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah
Sarjana dalam bidang Undang-Undang Perbandingan di Fakulti Undang-Undang, Universiti
Perdana, Kuala Lumpur.

Pada minggu ketiga dia berada di universiti, beliau berkesempatan mentelaah pelajaran serta
mencari bahan-bahan ilmiah untuk menyiapkan satu tugasan kursus mengenai undang-undang
Islam di Malaysia.

Setelah membaca beberapa artikel yang relevan untuk tajuk tugasan tersebut, Ameer tidak
mendapat gambaran yang jelas mengenai pelaksanaan dan pentadbiran undang-undang Islam di
Malaysia. Beliau merasa keliru mengapa Malaysia tidak melaksanakan hukum hudud, sedangkan
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa “Islam ialah agama bagi
Persekutuan.”

Ameer keliru mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah, campur tangan Mahkamah Sivil dalam
kes-kes yang melibatkan orang Islam dan juga perbezaan peruntukan yang terkandung di dalam
enakmen negeri-negeri di Malaysia.

Sebagai seorang yang arif dalam Sistem Undang-undang di Malaysia, apakah penjelasan yang
anda boleh kemukakan, serta cadangkan TIGA (3) langkah yang paling berkesan pada pendapat
anda bagi meningkat dan memperkukuhkan lagi kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Huraian anda hendaklah disokong dengan peruntukan undang-undang dan keputusan kes
Mahkamah.
(20 markah)

2
SOALAN 2

a) Universiti Ulung, telah mengalami kerugian besar akibat peningkatan kes kehilangan buku-
buku koleksi perpustakaan di universiti tersebut. Pihak perpustakaan meletakkan kesalahan
ke atas polisi lama yang membenarkan pelajar dan pengunjung perpustakaan membawa masuk
dan membawa keluar beg masing-masing.

Untuk mengelakkan lebih banyak kehilangan buku, satu peraturan baru yang dinamakan
Peraturan Perpustakaan Universiti Ulung 2018 telah dikuatkuasakan.

Peraturan 3 memperuntukkan: Beg tidak di benarkan dibawa masuk ke dalam


perpustakaan.

Peraturan 4 memperuntukkan: Sesiapa yang didapati membawa beg ke dalam


perpustakaan, akan didenda sebanyak RM 100.

Cik Pintar telah ditangkap membawa Ipad bersama sarungnya (casing) kerana staf
perpustakaan di universiti tersebut menganggap sarung Ipad itu adalah sebuah beg. Cik Pintar
dikenakan denda sebanyak RM 100. Cik Pintar tidak berpuas hati. Beliau menyatakan bahawa
sarung Ipad bukanlah sebuah beg. Walau bagaimana pun pihak perpustakaan berkata
sekiranya Ipad itu dikeluarkan dari sarungnya, sarung itu boleh memuatkan sebuah buku, oleh
itu ia boleh dianggap sebagai sebuah beg.

Anda diminta menggunakan kaedah-kaedah tafsiran perundangan bagi membela Cik Pintar
dan juga berhujah bagi pihak perpustakaan.
(10 markah)

3
b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2017, dikuatkuasakan bagi memastikan pemburu tidak
memudaratkan atau menyebabkan kecederaan kepada haiwan liar. Akta tersebut digubal untuk
mencegah kejadian daripada berulang, di mana pemburu-pemburu telah menyebabkan
penderitaan yang tidak sepatutnya kepada haiwan liar tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Seksyen 4 Akta tersebut berbunyi: “Mana-mana pemburu yang secara sedar memudaratkan,
mencederakan atau melukakan sebarang haiwan liar akan didapati bersalah melakukan
jenayah, dan akan dihukum dengan denda.”

Ah Meng seorang pemburu berlesen, telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah seekor
buaya yang tiba-tiba muncul dari sungai dan menerkam ke arahnya, semasa beliau sedang
memburu itik liar di tebing sungai tersebut.

Bincangkan kaedah-kaedah tafsiran perundangan untuk:

i) mensabitkan kesalahan terhadap Ah Meng,

ii) membela Ah Meng.


(10 markah)

4
SOALAN 3

a) Tan Ah Bee, 30 tahun, berasal dari Ipoh Perak, ingin melangsungkan perkahwinan dengan
rakan sepejabatnya, Kiki 27 tahun, gadis berketurunan Murut dari Sabah. Tan Ah Bee berhasrat
untuk melangsungkan perkahwinan mengikut adat kaum Cina di kampung halamannya di
Ipoh. Ibu bapa Kiki pula bercadang untuk meraikan perkahwinan anak perempuan sulung
mereka mengikut adat kaum Murut, di Keningau Sabah.

Tan Ah Bee dan Kiki telah menghubungi anda untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman
mengenai perkahwinan adat bagi orang bukan Islam di Malaysia.

Penjelasan anda hendaklah disokong dengan merujuk kepada peruntukan undang-undang dan
keputusan kes mahkamah yang relevan.
(10 markah)

b) Berpandukan kepada situasi yang diberikan di bawah, nyatakan pendapat anda:

i) Hakim Bijaksana, merupakan hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau sedang
membicarakan satu kes rompakan. Dalam proses membuat keputusan, beliau mendapati
ada 2 keputusan kes terdahulu yang bercanggah, yang telah diputuskan oleh Mahkamah
Rayuan. Satu kes diputuskan pada tahun 2005, dan satu lagi kes diputuskan pada tahun
2010.

Jelaskan, kes yang mana akan mengikat kes yang sedang dibicarakan oleh Hakim
Bijaksana. Sokong penjelasan anda dengan merujuk kepada kes mahkamah yang relevan.
(5 markah)

5
ii) Pada tahun 1990, Mahkamah Agung telah memutuskan satu kes pembunuhan. Satu kes
yang mempunyai isu dan fakta yang sama telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan pada
tahun 2020.

Nyatakan samada Mahkamah Persekutuan terikat dengan kes yang telah diputuskan oleh
Mahkamah Agung tersebut.

Huraikan pendapat anda dengan merujuk kepada kes mahkamah yang relevan.
(5 markah)

You might also like