You are on page 1of 5

Siri Tugasan 1/2022 Pengajian Am Semester 1 Tahun 2022

Nama Pelajar : Mirza Bin Mohd Elesdy Kelas : 6 Sem 1 Kemanusiaan

Tajuk : Badan Kehakiman

BAHAGIAN A

MAHKAMAH KHAS

a) Mahkamah Tentera

1)Pengawai yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri Pertahanan

2)Apa-apa kesalahan yang berkaitan dengan undang-undang perkhidmatan tentera


Contohnya: Mengngkari perintah pihak atasan ,tidak hadir bekerja dan salah guna kuasa

Mahkamah Tinggi Tentera 

 Membicarakan kes para pegawai yang berpangkat Staf Sarjan dan ke atas yang diadili
oleh Yang di-Pertua berpangkat Leftenan Kolonel ke atas dengan dibantu oleh 2 orang
yang berpangkat Kapten atau Mejar.

Mahkamah Rendah Tentera 

 Membicarakan anggota yang berpangkat lebih rendah daripada Staf Sarjan yang diadili oleh
seorang Yang di-Pertua berpangkat Mejar dengan dibantu oleh 2 orang ahli yang berpangkat
Kapten.

1) Jika terlibat dengan hukuman mati ,pengesahan hendaklah diperoleh daripada Yang di-
Pertuan Agong
1) Hukuman yang dijatuhkan boleh dirayu di Mahkamah Tinggi Tentera
2) Pengampunan boleh diperoleh daripada Yang di-Pertuan Agong melalui Lembaga
Pengampunan

b) Mahkamah Bumiputera

1)Pengawai yang dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Kerajaan Negeri
2) Dikenali sebagai Mahkamah Anak Negeri untuk mentadbir Undang-Undang
adat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
3)Mahkamah Bumiputera mempunyai bidang kuasa untuk mengendalikan kes-kes perlanggaran
adat seperti adat keagamaan, pemilikan tanah dan perkahwinan
4)Jika apa-apa berlaku kes yang berkaitan perkahwinan atau seks dan kedua-dua pihak
terlibat adalah daripada keturunan yang berbeza,adat pihak perempuan hendaklah digunakan

5)Sebarang pelanggaran adat boleh dibicarakan di Mahkamah Bumiputera asalkan salah


seorang daripada pihak-pihak yang terlibat ialah Bumiputera

6) Keputusan boleh dirayu oleh Mahkamah Rayuan Bumiputera yang dipengerusikan oleh
Hakim Mahkamah Tinggi
c) Mahkamah Perusahaan

1) Dianggotai oleh Presiden Mahkamah Perusahaan dan panel yang mewakili majikan dan
pekerja .Ahli panel dilantik oleh Menteri Sumber Manusia
2) Perkara yang melibatkan pertelingkahan antara majikan dengan pekerja serta kesatuan
pekerja . Dirujuk oleh Menteri Sumber Manusia setelah Pengarah Perhubungan Perusahaan
gagal menyelesaikannya
3) Keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Perusahaan akan dikemukakan kepada
Mahkamah Tinggi dalam bentuk semakan kehakiman dan bukannya rayuan .

d) Mahkamah Kanak-kanak

Istilah kanak-kanak adalah merujuk kepada mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun.
  Mahkamah kanak-kanak dikendalikan oleh seorang majistret 1 berserta 2 penasihat,
salah seorang daripadanya mestilah wanita.
 Perbicaraan dibuat secara tertutup. Maklumat peribadi tentang kanak-kanak seperti
nama, tempat tinggal serta gambarnya dilarang disiarkan atau didedahkan oleh media.
 Mengenakan hukuman seperti amaran keras, jagaan rapi keluarga, diberi ikat jamin atau
dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
 Ibu bapa diberi peluang ikat jamin namun bergantung kepada bentuk kesalahan.
 Kanak-kanak bersalah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga umur 21 tahun
(berdasarkan kesalahan).
 Mahkamah telah memutuskan kanak-kanak berumur 14 tahun tidak boleh dipenjarakan.
 Meminta ibu bapa membayar ganti rugi atau menjadi penjamin.
  Mengenakan hukuman penjara mandatori antara 3 hingga 15 tahun atau denda
maksimum RM50 000 atau kedua-duanyasekali kepada mereka yang melanggan kanak-kanak
untuk perkhidmatan seks.
 Mengenakan denda maksimum sebanyak RM10 000 atau penjara tidak lebih dari 5 tahun
pihak yang memperdagangkankanak-kanak untuk tujuan seks.
 Mengarahkan ibu bapa untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak (mangsa
jenayah) yang hamil agar mereka bolehmelahirkan anak kandungan mereka di tempat yang
selamat.

c) Tribunal Tuntutan Pengguna

1) Panel tribunal dilantik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
2) Tuntutan oengguna dibawah Akta Perlindungan Pengguna (Akta 599).
3) Contoh : tebus rugi bagi pembelian barang atau perkhidmatan

e) Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Tribunal Pengurusan Strata

1) Panel tribunal dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan


2) Tuntutan pengguna di bawah Akta Pemajuan Perumahan ( Kawalan dan Pelesenan ) 1966
[Akta 118]
3) Contoh ; perkara yang berbangkit daripada perjanjian jual beli

f) Mahkamah Pilihan Raya

1) Seperti lantikan Mahkamah Tinggi


2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ,Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 yang
membolehkan mana - mana pihak untuk mengemukakan rayuan atau bantahan kepada
mahkamah pilihan raya sekiranya berlaku keraguan di dalam pilihan raya dan keputusannya
3) Rayuan didengar di Mahkamah Persekutuan
PENGHINAAN MAHKAMAH
1)Tidak mematuhi dan tidak melaksanakan perintah mahkamah
2)Membuat komen sebelum Hakim memutuskan kes
3)Mengkritik keputusan mahkamah secara terbuka dan melawan keputusan mahkamah
4)Mengkritik cara-cara hakim menjalankan tugasnya secara terbuka

 Penghinaan Jenayah

 Kelakuan keji terhadap Hakim , berkelakuan biadap , menganggu para saksi dan
pengawai mahkamah serta menulis penerbitan yang menjatuhkan maruah mahkamah
 Hukuman dan denda bagi sesiapa yang didapati melanggar undang-undang

 Penghinaan Sivil

 Kegagalan menghadirkan diri dengan sengaja


 Kegagalan mematuhi penghakiman atau proses mahkamah lain
 Tindakan tidak mematuhi perintah untuk menghadirkan diri di mahkamah bagi memberi
keterangan

RUMUSAN SISTEM MAHKAMAH KHAS

Mahkamah Tentera Kementerian Pertahanan Mengendalikan masalah


disiplin dalam Angkatan
Tentera Malaysia
Mahkamah Perusahaan Kementerian Sumber Hal-hal yang berkaitan
Manusia dengan pekerjaan dan
pertikaian
Mahkamah Bumiputera Kerajaan Negeri Sabah dan Mengendalikan kes-kes
Sarawak perlanggaran adat
Mahkamah Kanak-Kanak Kementerian Pembangunan Membicarakan individu yang
Wanita,Keluarga dan berusia berusia 10-18 tahun
Masyarakat
Mahkamah PilihanRaya Suruhanjaya PilihanRaya Mendengar rayuan atau
bantahan mengenai
keputusan pilihan raya

PEGUAM NEGARA MALAYSIA


1)Seorang penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia. Peguam Negara juga
merupakan Peguam dan Pendakwa Raya bagi Kerajaan. Peguam negara yang telah
dicadangkan oleh Perdana Menteri dan telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan
Agong.Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara
145 Perlembagaan Malaysia.
2)Menasihatkan YDPA, kabinet atau mana-mana menteri mengenai perkara undang-
undang.Memulakan, menjalankan atau menamatkan prosiding jenayah di Mahkamah kecuali
prosiding di Mahkamah Syariah, Mahkamah tentera dan Mahkamah Anak Negeri
3)Melaksanakan tanggungjawab mengenai perkara undang-undang yang dirujuk oleh pihak-pihak
di atas
4)Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan
Agong dan menerima saraan yang ditentukan oleh Baginda Tuanku
5)Tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan cara sama dengan Hakim
Mahkamah Persekutuan

JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA


Objektif Jabatan Peguam Negara Malaysia
 Memberi perkhidmatan dan perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak
mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama.

Fungsi Jabatan Peguam Negara Malaysia

1. Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang undang-
undang antarabangsa dan syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
2. Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai
apa-apa masalah perundangan yang timbul.
3. Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.
4. Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.
5. Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.
6. Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian
pembaharuan undang-undang.

PEGUAM NEGARA MALAYSIA

TAN SRI DATO SRI IDRIS HARUN

Peguam Negara Malaysia ke-11 dan terkini

Beliau dilantik sebagai peguam negara itu pada 6 Mac 2020

BAHAGIAN B

1) Tajuk : Kerajaan kaji implikasi asing kuasa Peguam Negara dan Pendakwa raya

Pengarang : Astro Awani Tarikh : 03 September 2022

Kerajaan masih mengkaji implikasi kepada cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara
dan pendakwa raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Banyak negara lain termasuk negara Komanwel yang telah melakukan pengasingan tersebut
namun cadangan itu tidak mudah dilaksanakan . Jelasnya untuk cadangan itu dilaksanakan di
Malaysia, sebanyak 19 undang-undang sedia ada termasuk Perlembagaan Persekutuan perlu
dipinda. Penganalisis politik dari Universiti Sunway, Prof Wong Chin Huat dalam tulisannya
yang dilaporkan dalam media tempatan mencadangkan agar pengasingan peranan pendakwa raya
daripada Peguam Negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pendakwa raya boleh
'bebas' daripada sebarang gangguan politik.Menurutnya, cadangan tersebut perlu supaya
pendakwa raya boleh 'bebas' daripada sebarang gangguan politik.

BAHAGIAN C
Komen Kritis : Pada amnya, Kita sebagai rakyat Malaysia, harus akur dan berlapang dada
menerima sebarang keputusan mahkamah yang diadili oleh hakim-hakim yang bijaksana
ini.Umum mengetahui bahawa kuasa mahkamah adalah penting untuk menegakkan keadilan
berdasarkan perlembagaan atau undang-undang demi keamanan negara . Selain itu , peranan
peguam negara harus diambil sebagai satu tanggungjawab yang besar bagi mewakili sesuatu
perbicaraan yang berlandaskan perlembagaan dan undang-undang . Oleh itu , rakyat Malaysia
harus menghormati konsultasi badan kehakiman bagi menjamin keadilan negara.

You might also like