You are on page 1of 2

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER JJ211

SEMESTER JANUARI SESI 2021/2022


UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113

19 MAC 2021 (JUMAAT)


10.15 PAGI – 12.00 TENGAHARI

ARAHAN

1. Terdapat TIGA (3) soalan dalam kertas ini.

2. Soalan mengandungi DUA (2) kategori soalan iaitu soalan berbentuk struktur dan
permasalahan yang merangkumi Bab 1 hingga 5.

3. Pelajar dikehendaki menjawab SEMUA soalan.

4. Jawapan mestilah:

a. menggunakan tulisan Times New Roman, saiz 12 dan 1.5 jarak antara baris,
b. tidak melebihi 8 muka surat,
c. dihantar dalam bentuk Microsof Word dan PDF; dan
d. dimuatnaik ke dalam portal UUM Online Learning sebelum jam 12.00
tengahari.

1
SOALAN SATU

“Seseorang perlu diberitahu dengan kadar segera sebab-sebab penangkapan, hak untuk
mendapatkan pembelaan dari mana-mana peguam pilihan, habeas corpus dan dihadapkan ke
mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap”. Jelaskan nilai doktrin keluhuran undang-
undang ini yang terdapat dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan di bawah tajuk keadilan
asasi serta berikan SATU (1) kes sokongan.
(5 markah)

SOALAN DUA

Kegagalan untuk menerbitkan sesuatu peraturan yang dibuat di dalam warta menyebabkan
peraturan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan. Bincangkan secara ringkas tentang kawalan
penerbitan. Sokong jawapan anda dengan SATU (1) peruntukan undang-undang dan SATU (1)
kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.
(5 markah)

SOALAN TIGA

Universiti Cemerlang (UC) adalah sebuah pusat pengajian tinggi swasta di utara Malaysia dan
mempunyai pelajar dari pelbagai kaum dan agama. Insiden yang membabitkan isu perkauman
dan keagamaan di dalam dan luar negara yang banyak berlaku kebelakangan ini telah
mengakibatkan UC membuat satu peraturan yang antaranya tidak membenarkan pelajar
perempuan memakai tudung atau menutup rambut. Peraturan ini dibuat berdasarkan Akta
Universiti 1971 yang memberi kuasa kepada sesebuah universiti untuk membuat sebarang
peraturan berkenaan kebajikan dan tatatertib pelajar. Ramai pelajar tidak berpuas hati dengan
peraturan tersebut kerana menyekat kebebasan beragama mereka. Di samping itu, peraturan itu
juga memperuntukkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati tidak boleh membawa perkara
itu ke mahkamah. Nasihatkan pelajar-pelajar tersebut.
(10 markah)

You might also like