You are on page 1of 33

Matapelajaran Umum (MPU)

Tajuk 1 – Perubatan

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 1


Matapelajaran Umum (MPU)

6.2 Perubatan

Menuntut ilmu perubatan memerlukan pendedahan


kebesaran Allah dengan ciptaan-Nya.

"Dan juga pada diri kamu sendiri …. Maka mengapa


kamu tidak mahu melihat serta memikirkan
(dalil-dalil dan bukti itu )".

http://ppim.tripod.com/kodetika.htm
04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 2
Matapelajaran Umum (MPU)

Amalan perubatan membawa manusia dekat Kepada belas


kasihan Allah.

Oleh itu amalan perubatan adalah satu ibadat dan kebajikan


selain daripada kerjaya untuk mencari rezeki.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 3


Matapelajaran Umum (MPU)

Walau bagaimanapun rahmat Allah boleh sampai kepada semua


manusia termasuk yang baik dan yang jahat, yang berbudi dan
yang busuk hati dan kawan serta lawan.

Samalah seperti cahaya matahari-Nya, keselesaan bayu-Nya,


kesejukan air-Nya dan pemberian-pemberian-Nya yang banyak.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 4


Matapelajaran Umum (MPU)

Dan pada asas Rahmat inilah profesion perubatan harus


beroperasi, mengikuti lunas-lunas rahmat Allah tanpa
menimbulkan permusuhan atau membuat apa-apa hukuman,
tidak sekali-kali menjadikan keadilan sebagai matlamat tetapi
belas kasihan, di dalam apa jua situasi dan keadaan.

http://ppim.tripod.com/kodetika.htm
04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 5
Matapelajaran Umum (MPU)

Menyediakan perkhidmatan perubatan adalah satu tuntutan agama ke


atas masyarakat, iaitu fardu kifayah yang boleh disempurnakan bagi
pihak masyarakat oleh anggota-anggotanya yang mempelajari
perubatan.
Adalah menjadi tugas kerajaan untuk memastikan keperluan doktor di
dalam pelbagai kepakaran untuk negara. Di dalam Islam tugas ini
adalah tanggungjawab pemerintah negara.

http://ppim.tripod.com/kodetika.htm
04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 6
Matapelajaran Umum (MPU)

6.2 Perubatan
6.2.1- Derma Organ

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 7


Matapelajaran Umum (MPU)

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 8


Matapelajaran Umum (MPU)

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal


Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada
23 - 24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung dan
Mata.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 9


Matapelajaran Umum (MPU)

Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan


jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan
(harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-
pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

1- Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa


nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota
itu dan pemindahannya adalah
difikirkan berjaya.
 
2- Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian
penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya. 

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 10


Matapelajaran Umum (MPU)

3- Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil


supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan
anggota-anggotanya.

4- Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-


penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam
kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya
didalam kematian akibat kemalangan.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 11


Matapelajaran Umum (MPU)

1- Sumber yang menjadi asas hukum 

a- Untuk Hapuskan Mudharat, seperti yg dituntut oleh Hadis


Rasulullah s.a.w. :‫ال ض رر وال ض رار‬  

Bermaksud “Tidak boleh memudharatkan diri sendiri dan tidak


boleh memudharatkan orang lain”.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 12


Matapelajaran Umum (MPU)

b- Memberi kemudahan, sepertimana yang terkandung dalam


firman Allah 185 Surah al-Baqarah.

Bermaksud “Allah berkehendakkan kemudahan untuk kamu


dan tidak berkehendak kepayahan”.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 13


Matapelajaran Umum (MPU)

c- Melakukan kemudharatan yang paling ringan di antara dua


kemudharatan, sepertimana yang terkandung dalam kaedah
Fiqh yang berbunyi ‫ف لضررين‬
‫ارتكا ب أخ ا‬

Bermaksud " melakukan kemudharatan yang lebih ringan “

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 14


Matapelajaran Umum (MPU)

2- Hukum harus menderma dan memindahkan organ juga tertakluk


kepada berbagai-bagai syarat yang pada prinsipnya menjaga
berbagai kepentingan selaras dengan kehendak syariat Islam.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

A- Ia tidak akan menyebabkan penderma menanggung


kemudharatan atas dirinya seperti mati atau cacat seperti hilang
pendengaran, penglihatan, kemampuan untuk berjalan dan
sebagainya.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 15


Matapelajaran Umum (MPU)

B- Pemindahan berkenaan berlaku dengan izin penderma


berkenaan

C- Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma


memiliki kelayakan penuh untuk melakukannya.

Kerana itu ia tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila,


atau orang yang dipengaruhi oleh tekanan atau paksaan atau
kekeliruan.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 16


Matapelajaran Umum (MPU)

D- Ia tidak berlaku dengan cara yang mencabuli kehormatan


manusia, seperti melibatkan urusan jual beli. Sebaliknya ia
perlu berlaku berasaskan keizinan dan pendermaan semata-
mata

E- Para doktor yang melakukan urusan pemindahan


berkenaan mempunyai asas keilmuan yang cukup untuk
membuat pertimbangan baik buruk ke atas penderma dan
penerima berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah
sepertimana yang terdapat dalam Syariat Islam.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 17


Matapelajaran Umum (MPU)

Derma Darah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal


Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-
14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan
Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 18


Matapelajaran Umum (MPU)

Menderma darah hukumnya harus.


 
Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang
bukan Islam.
 
Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah
adalah tidak digalakkan.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 19


Matapelajaran Umum (MPU)

Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah


yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia
dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam
bidang perubatan hari ini. 

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 20


Matapelajaran Umum (MPU)

Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi


syarak, dengan berpandukan nas al-Quran,

Tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk


perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil
munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya
dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain
(pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang
beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 21


Matapelajaran Umum (MPU)

Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan


dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak
didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang
mengambil tempatnya,

Bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat


bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit
terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang
yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi
syarak melakukan demikian”.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 22


Matapelajaran Umum (MPU)

Asas Hukum Derma Organ

Dalam sejarah Islam, terdapat satu kisah semasa perang


Badar pada 624 masihi. Nabi Muhammad SAW telah
melakukan “ replantasi “ (menanam semula) mata Ibn
Nukman yang terkeluar serta menyambung semula tangan
Muawith Ibn Afra.

Ini dijadikan asas perundangan yg cukup kuat bagi


memperlihatkan amalan pendermaan organ dalam
menyelamatkan nyawa semasa keadaan darurat.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 23


Matapelajaran Umum (MPU)

Derma Organ

Hanya 48.3 peratus umat Islam mengetahui bahawa hukum


pemindahan organ adalah harus.

Sheikh Yusuf al-Qardhawi merumuskan bahawa


pendermaan organ tergolong sebagai satu daripada tiga
amalan yang akan memberikan pahala berterusan selepas
seseorang itu meninggal dunia.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 24


Matapelajaran Umum (MPU)

Derma Organ

Ia merupakan suatu amalan sedekah jariah yang amat


dituntut untuk dilakukan oleh umat Islam bagi tujuan
kesihatan serta kesejahteraan anggota masyarakat yg
lain.

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 25


Matapelajaran Umum (MPU)

6.2 Perubatan
Euthanasia (Mercy Killing)

Muzakarah berpandangan bahawa menghentikan hayat hidup


seseorang sebelum dia disahkan mati dengan menggunakan apa-
apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah haram
dan dilarang oleh Islam.

Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa perbuatan


mempercepatkan kematian melalui amalan eutanasia (samada
Eutanasia Voluntary, Non-Voluntary atau Involuntary)
atau mercy killing adalah haram menurut Islam kerana ia
menyamai perbuatan membunuh dan ianya juga bertentangan
dengan Etika Perubatan di Malaysia.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-eutanasia-atau-mercy-killing

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 26


Matapelajaran Umum (MPU)

Firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa’, ayat 92


yang bermaksud: 

“Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang


mukmin membunuh seorang mukmin yang lain,
kecuali dengan tidak sengaja...” 

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-eutanasia-atau-mercy-killing

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 27


Matapelajaran Umum (MPU)

Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh an-


Nasa’ie yang bermaksud: 

“Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah


kamu mengharapkan kematian, jika seseorang itu baik,
boleh jadi ia menambahkan kebaikan dan jika
seseorang itu berbuat dosa boleh jadi dia bertaubat
(dan mengharap redha Allah)”.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-eutanasia-atau-mercy-killing

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 28


Matapelajaran Umum (MPU)

Bagaimana Dengan Kes Orang Yang Mati Otak?

Dalam keadaan di mana pakar perubatan telah mengesahkan


bahawa jantung dan/atau otak pesakit telah berhenti berfungsi
secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada lagi harapan untuk
hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan
pernafasan.

Muzakarah memutuskan bahawa tindakan memberhentikan alat


bantuan sokongan pernafasan tersebut adalah dibenarkan oleh
Islam kerana pesakit telah disahkan mati oleh pakar perubatan
dan sebarang rawatan tidak lagi diperlukan.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-eutanasia-atau-mercy-killing

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 29


Matapelajaran Umum (MPU)

Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan telah


mengesahkan bahawa pesakit tiada harapan untuk sembuh
dan pesakit telah dibenarkan pulang,

Maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan


hanya rawatan sokongan (conventional treatment)
diteruskan adalah dibenarkan oleh Islam kerana keadaan
seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia
atau mercy killing yang diharamkan.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-eutanasia-atau-mercy-killing

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 30


Matapelajaran Umum (MPU)

Sehubungan itu selaras dengan kaedah fiqh: ‫ا لضروراتت بي ح‬


‫ا لمحظورات‬  iaitu ‘dalam keadaan darurat, setiap perkara yang
ditegah dibolehkan’,

Maka, amalan Eutanasia Indirect atau Double-Effect


Medication boleh dilaksanakan menurut pandangan syarak bagi
memastikan kesengsaraan yang dihadapi pesakit dapat dikawal
dan pelaksanaannya tidak langsung bertujuan untuk
mempercepatkan kematian.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-eutanasia-atau-mercy-killing

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 31


Matapelajaran Umum (MPU)

Muzakarah juga memutuskan bahawa dalam kaedah


perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai
suatu kematian dan apabila kematian tersebut disahkan oleh
pakar, maka akan thabit semua hukum berkaitan kematian
yang ditetapkan oleh syarak.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-eutanasia-atau-mercy-killing

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 32


Matapelajaran Umum (MPU)

Justeru, adalah harus memberhentikan rawatan bantuan


sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan
persetujuan waris-waris terdekat selepas disahkan oleh dua
orang pakar perubatan yang tidak terlibat dalam urusan
pendermaan organ.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-eutanasia-atau-mercy-killing

04/02/2022 MPU XXX3 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia 33

You might also like