You are on page 1of 4

FINAL SEMESTER EXAMINATION

(JULY 2020 SESSION)


ISLAMIC STUDIES
MPU2233U3

LECTURER :………………………………………………………………

MATRIC NO : ………………… PROGRAMME : ..……………………

VENUE : ………………………………………….

AUGUST 2020 DURATION: 3 HOURS

INSTRUCTIONS:

1. Candidates must read all questions carefully.

2. The examination script consists of the followings:

Part Types of Instruction Answer Sheets


Questions to be Used
ONE 25 MCQ Answer ALL OMR sheet
questions
TWO 5 Extended Answer THREE (3) Answer booklet
Structures questions ONLY

NOTE: PART ONE IS NOT AVAILABLE FOR REFERENCE

THIS EXAMINATION SCRIPT CONTAINS 4 PAGES INCLUDING THE FRONT COVER


DO NOT OPEN THE EXAMINATION SCRIPT UNTIL FURTHER INSTRUCTION
CONFIDENTIAL

PART B
(75 marks)
2 hours 15 minutes
INSTRUCTION
Bahagian ini mengandungi LIMA (5) soalan. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.
This part consists of FIVE (5) questions. Answer THREE (3) questions only.

(Question 1)

''Baru-baru ini hampir dua ratus buah negara yang terjejas akibat penularan
wabak COVID-19 termasuklah Malaysia. Oleh itu, kerajaan menetapkan
pemakaian pelitup mulut dan hidung adalah wajib di pakai apabila berada
di tempat yang sesak dan di dalam pengangkutan awam sebagai langkah
untuk memutuskan rantaian virus tersebut.''
Berdasarkan pernyataan tersebut, qada’ dan qadar merupakan elemen yang
perlu diimani oleh setiap individu muslim dalam menghadapi sebarang musibah.
Jelaskan konsep tersebut dan huraikan pandangan anda terhadap peraturan
yang telah ditetapkan oleh pemerintah menurut perspektif maqasid syariah.
(25 marks)

(Question 2)

Syariah merupakan peraturan yang membimbing umat Islam untuk


melaksanakan perintah agama seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Para
fuqaha’ membahagikan Syariah kepada ibadat, munakahat, muamalat dan
jinayat. Jelaskan konsep tersebut dan kesan sekiranya seorang muslim
mengabaikan salah satu pembahagian syariah yang dibuat oleh ulama.
(25 marks)

ISLAMIC STUDIES 2/4


CONFIDENTIAL

(Question 3)

Tasawwur Islam memiliki ciri-cirinya yang tersendiri sehingga Islam menjadi


sebuah agama yang lengkap dan praktikal dalam segenap aspek kehidupan
individu muslim. Situasi yang berlaku pada hari ini khasnya dengan penularan
wabak koronavirus (COVID-19) dapat dilihat dengan jelas bagaimana Islam
mempunyai kaedahnya yang tersendiri. Jelaskan bagaimana ciri tasawwur Islam
memainkan peranan dalam menangani penularan wabak COVID-19 pada hari
ini.
(25 marks)

(Question 4)

Kerajaan telah menggalakkan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian semasa tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terangkan bentuk-bentuk aplikasi yang boleh
digunakan dalam melaksanakan aktiviti dan kuliah secara dalam talian terutamanya
bagi subjek Pengajian Islam. Pada pendapat anda, adakah pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian boleh membentuk kefahaman pelajar
terhadap sesuatu subjek? Bincangkan secara mendalam dengan mengemukakan hujah
dan contoh-contoh yang bersesuaian.

(25 marks)

ISLAMIC STUDIES 3/4


CONFIDENTIAL

(Question 5)

Kefahaman dalam memahami teks atau ayat samada Al Quran atau Hadis
merupakan salah satu faktor wujudnya pelbagai aliran pemikiran seperti mazhab
Hanafi, mazhab Maliki dan sebagainya. Perbezaan pandangan tersebut akan
mencetuskan sikap fanatik bagi segelintir pengikut ketika melaksanakan ibadat.
Pada pandangan anda, sejauhmanakah dibenarkan untuk berbeza pandangan
dan bagaimanakah langkah terbaik untuk menghapuskan sikap fanatik dalam
kalangan masyarakat.
(25 marks)

END OF QUESTION

ISLAMIC STUDIES 4/4

You might also like