You are on page 1of 1

LIA 1001 KAEDAH UNDANG-UNDANG

SESI 2022/2023

KERJA KURSUS (30%)

1. Anda dikehendaki untuk menghasilkan analisis kes Mohd Hanizam Yunus (memohon untuk diri
sendiri dan bagi pihak perokok yang menyokong usaha ProTem Pertahankan Hak Perokok) dan
lain-lain lwn Kementerian Kesihatan Malaysia [2020] 9 MLJ 273 di dalam bentuk sebuah video
berdurasi tidak melebihi 20 minit.

2. Kerja kursus ini hendaklah dilakukan secara berkumpulan (4-5 orang setiap kumpulan) seperti
yang telah didaftarkan di UMSpectrum pada 24 November 2022.

3. Video tersebut mestilah mengandungi:

a) Maklumat ahli kumpulan


b) Maklumat kes
c) Fakta ringkas kes
d) Isu yang dibangkitkan
e) Keputusan serta alasan penghakiman; dan
f) Analisis kes
(contoh: impak kes kepada kes-kes berikutan, perkembangan undang-undang baru,
perbezaan keputusan di peringkat rayuan, keputusan tidak selari dengan keputusan
mahkamah setara terdahulu, analisis komperatif, analisis makalah undang-undang, dsb).
Setiap rujukan kepada sumber utama atau sekunder di dalam analisis tersebut hendaklah
dinyatakan dengan jelas.

4. Video boleh dihasilkan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

5. Setiap kumpulan juga hendaklah menghantar senarai bahan rujukan secara bertulis.

6. Tugasan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 9 Januari 2023 sebelum jam 12 tengah hari.
Apa-apa serahan selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan diterima dan kumpulan terbabit
akan secara automatiknya mendapat 0 markah. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

7. Tatacara serahan adalah melalui perkongsian pautan Google Drive.

You might also like