You are on page 1of 3

UUUK4033

PEMBENTANGAN KES
BICARA TUNTAS (PITCHING)

1. Pembentangan kes ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kursus
Tatacara Jenayah I (UUUK4033).

2. Pembentangan kes merupakan tugasan individu dan perlu dibentangkan dalam


tutorial.

3. Markah yang diperuntukkan bagi pembentangan kes ialah 10 markah.

4. Setiap pelajar dikehendaki untuk memilih atau mendapatkan satu kes terkini
(selepas tahun 2018) bagi setiap minggu tutorial berkaitan dengan skop Tatacara
Jenayah I. Hal ini bermakna bahawa jika tutorial untuk Bicara Tuntas dijalankan
selama lima (5) minggu, maka setiap pelajar akan menyediakan ringkasan kes
bagi lima (5) kes mengikut topik.

5. Pemilihan kes tersebut mestilah berpandukan agihan bilangan kes mengikut topik
yang telah ditetapkan oleh Penyelaras Kursus, iaitu Dr Muhamad Helmi Md Said
bagi setiap minggu tutorial seperti yang berikut:

Tutorial Tutorial
Minggu
Topik 11 Orang 12 Orang
Tutorial
(Bilangan Kes) (Bilangan Kes)
Mode of Arrest
Remand process and procedure.

1
Rights of an Arrestee - Constitutional safeguards
Unlawful arrest- civil remedies

-Search with warrant and without warrant.

-Section 435 CPC.

-Search, seizure, detention, production,


forfeiture and disposal of property.

2 – the need for a First Information Report.

CPC provisions - section 107 to 120 CPC.

-Requirement for attendance of witnesses


pursuant to section 111 CPC.
UUUK4033

-Statement taking under section 112 CPC.

-Bond to secure evidence under section 118


CPC.

-113 cpc

-Investigation Diary maintained pursuant to


section 119 CPC.
-Powers Of The Public Prosecutor
CHARGES
-S152 to 155 CPC.
-Effect of errors in the charge – S156 and 422
CPC.
-Duplicity – S163 CPC.
-Amendment of charges – S158 to 162 CPC.
3
Joinder of charges and trials – S164, 165, 170
CPC.
Alternative charges – S166 CPC.
Person charged with one offence can be
convicted of another – S167, 168 and 169 CPC.
Outstanding charges – S171 and 171A CPC

INITIATION OF CRIMINAL PROCEEDINGS IN


COURT

Section 128 to 132 CPC.


4

Application of section 422 CPC


DISCLOSURE IN A CRIMINAL PROCEEDING -
5
Section 51 & 51A cpc
Pre Trial Process- 172A-172D

6. Penetapan pelajar mengikut topik untuk pembentangan kes hendaklah ditentukan


oleh pelajar-pelajar dalam kumpulan tutorial masing-masing dengan dipimpin oleh
ketua firma.

7. Pelajar dilarang daripada memilih kes yang sama dengan pelajar lain dalam
kumpulan tutorial yang sama. Jika ada, markah tidak akan diberikan. Bagi
mengelakkan pertindihan dan memudahkan urusan pemantauan, pelajar
hendaklan memaklumkan kes yang dipilih kepada ketua firma.
UUUK4033

8. Kes yang dipilih mestilah kes yang merujuk atau memetik prinsip yang
dibangkitkan dalam kes-kes utama (landmark cases) atau kes yang
membangkitkan prinsip baharu yang berbeza daripada kes utama.

9. Kes yang dipilih haruslah dibaca dengan teliti dan pelajar perlu meringkaskan
keseluruhan kes dalam maksimum dua (2) halaman sahaja.

10. Ringkasan kes perlu merangkumi perkara yang berikut:

(a) Nama pelajar, nombor pendaftaran dan nombor firma


(b) Butiran kes seperti nama, citation dan mahkamah
(c) Fakta kes
(d) Isu Tatacara Jenayah I
(e) Penghujahan di pihak plaintif atau pendakwa raya
(f) Penghujahan di pihak defendan atau peguam bela
(g) Keputusan dan alasan penghakiman

11. Semua pelajar hendaklah mengemukakan ringkasan kes masing-masing kepada


ketua firma seminggu sebelum setiap tutorial bermula. Ketua firma hendaklah
menghantar ringkasan kes tersebut kepada Penyelaras Kursus, iaitu Dr. Muhamad
Helmi Md said seminggu sebelum setiap tutorial bermula mengikut kumpulan
tutorial masing-masing.

12. Kaedah pembentangan ialah kaedah bicara tuntas (pitching). Setiap pelajar
diberikan masa selama 5 minit sahaja untuk membentangkan kes.

13. Semua pelajar hendaklah membaca semua kes yang disediakan bagi setiap
minggu tutorial oleh kumpulan tutorial masing-masing (contohnya, semua pelajar
dalam tutorial 1 perlu membaca kes yang telah dipilih oleh Firma 1 dan 2).

14. Pemilihan pembentang akan dibuat serta-merta pada hari pembentangan.

15. Sesiapa sahaja boleh dipilih sebagai pembentang untuk membentangkan mana-
mana kes yang telah disediakan. Oleh itu, semua pelajar harus bersedia pada
setiap masa.

16. Setelah membentangkan kes, pelajar akan diuji menerusi pertanyaan, komen,
ulasan dan sebagainya. Jika pelajar gagal menjawab atau tidak memberikan
jawapan yang sesuai, markah akan dipotong.

You might also like