You are on page 1of 12

KERTAS SOALAN CONTOH

930/1 STPM
SYARIAH
KERTAS 1

(PENGAJIAN FIQH)
(Dua jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam bahagian B.
Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Malaysia atau bahasa Arab.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.


 Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 930/1
-1-

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com
Bahagian A: Muamalat dan Munakahat

Jawab dua soalan sahaja.

1 (a) Terangkan konsep riba dari segi pengertian, dalil, dan jenis riba. [6]
(b) Jelaskan empat hikmat pengharaman riba. [8]
(c) Jelaskan hukum dan alasan bagi persoalan-persoalan yang berikut:
(i) Faedah yang dikenakan pada pinjaman sebagaimana yang diamalkan oleh perbankan
konvensional sekarang; [3]
(ii) Faedah atas akaun simpanan yang dibayar secara tetap oleh pihak bank. [3]

2 (a) Terangkan konsep hibah dari segi pengertian, dalil, dan hukum. [6]
(b) Jelaskan tiga syarat pelaksanaan hibah. [6]
(c) Sebuah bank telah merujuk kepada anda selaku penasihat syariahnya untuk menyediakan
produk akaun simpanan tanpa faedah tetapi mempunyai sumbangan hibah. Sediakan sebuah proposal
yang mengandungi rukun dan syarat yang membolehkan produk tersebut dilaksanakan. [8]

3 (a) Terangkan konsep peminangan dari segi pengertian, dalil, dan hukum. [6]
(b) Jelaskan tiga hikmat diharuskan peminangan terhadap perempuan yang hendak dikahwini.
[6]
(c) Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan:
“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara
lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara persendirian atau melalui seorang perantaraan,
dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa apa-apa sebab
manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir
adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau
nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau
untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang
demikian boleh dituntut melalui tindakan mahkamah.”
Berdasarkan peruntukan di atas, bincangkan pendapat fuqaha mengenai hak yang boleh
dituntut jika berlaku putus tunang. [8]

Bahagian B: Mirath dan Jenayah

Jawab dua soalan sahaja.

4 (a) Terangkan takrif mirath dan ilmu mirath. [4]


(b) Jelaskan empat hak yang berkaitan dengan harta pusaka. [8]
(c) Selesaikan kes pembahagian harta pusaka berikut:
(i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan ibu, bapa, dan seorang anak
perempuan. [4]
(ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua orang anak
perempuan, dan seorang saudara perempuan seibu sebapa. [4]

930/1
-2-

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com
5 (a) Jelaskan empat tanggungan harta pusaka sebelum pembahagiannya dilakukan. [8]
(b) Selesaikan kes pusaka yang berikut:

Seorang perempuan datang menemui anda untuk menyelesaikan pembahagian pusaka


bekas suaminya yang memiliki 48 hektar tanah ladang. Si mati meninggalkan seorang
isteri, seorang anak lelaki, bapa, dan datuk.

(i) dengan memberikan kadar bahagian dan alasan, tentukan waris yang layak dan waris
yang tidak layak untuk menerima pusaka tersebut. [8]
(ii) selesaikan pembahagian pusaka tersebut kepada waris si mati. [4]

6 (a) Takrifkan diyat mughallazah dan diyat mukhaffafah. [4]


(b) Jelaskan perbezaan antara diyat mughallazah dengan diyat mukhaffafah dari segi kesalahan
dan tempoh bayarannya. [8]
(c) Seksyen 304, Kanun Keseksaan (N.M.B. Bab 45) memperuntukkan: “barang siapa
melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan
membunuh orang hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah
juga dikenakan denda, jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak
menyebabkan kematian; atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau
dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika perbuatan itu dengan mengetahui bahawa perbuatan
itu mungkin menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan
kematian.”
Bincangkan sejauh mana sistem denda yang diperuntukkan dalam seksyen 304 di atas menepati
sistem diyat dalam undang-undang jenayah Islam. [8]

930/1
-3-

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com
KERTAS SOALAN CONTOH

930/2 STPM
SYARIAH
KERTAS 2

(USUL FIQH DAN KAEDAH FIQH)


(Dua jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam bahagian A dan dua soalan dalam bahagian B.
Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Malaysia atau bahasa Arab.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.


 Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 930/2
-4-

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com
Bahagian A: Usul Fiqh

Jawab dua soalan sahaja.

1 (a) Terangkan pengertian ijmak dan kedudukannya sebagai sumber hukum. [6]
(b) Jelaskan tiga syarat ijmak. [6]
(c) Bincangkan pandangan fuqaha tentang penghujahan ijmak sukuti. [8]

2 (a) Terangkan istihsan dari segi pengertian dan dalil. [4]


(b) Dengan memberikan contoh, jelaskan tiga bahagian istihsan. [9]
(c) Dengan menggunakan kaedah istihsan, berikan ulasan anda tentang keharusan jual beli
istisna’. [7]

3 (a) Takrifkan taqlid dan talfiq berserta contoh. [8]


(b) Jelaskan bentuk taqlid yang diharamkan dan bentuk taqlid yang diharuskan oleh Islam. [6]
(c) “Masyarakat Islam di Malaysia bertaqlid kepada mazhab Shafie, namun dalam pembayaran
zakat fitrah mereka telah bertalfiq kepada mazhab Hanafi.” Bincangkan. [6]

Bahagian B: Kaedah Fiqh

Jawab dua soalan sahaja.

4 (a) Terangkan kaedah al-darar yuzal dari segi pengertian, huraian, dan dalil. [6]
(b) Jelaskan tiga kaedah terbitannya. [6]
(c) Dengan menggunakan kaedah al-darar yuzal, nyatakan kaedah terbitan bagi masalah berikut:
(i) Seseorang ditegah mengurus harta miliknya jika pengurusan tersebut membahayakan
dan memudaratkan orang lain.
(ii) Ayam ternakan komersial dibunuh bagi tujuan mengawal wabak selesema burung.
(iii) Seorang wanita membuka tudung kepalanya untuk mengelak daripada ancaman musuh.
(iv) Doktor lelaki yang merawat wanita ajnabi diharuskan melihat tempat yang sakit sahaja.
[8]

5 (a) Dengan memberikan contoh, jelaskan kaedah al-masyaqqah tajlibut taysir dan kaedah
la dharara wala dhirar. [12]
(b) Dengan berpandukan kaedah al-umur bimaqasidiha, nyatakan hukum dan kaedah terbitan
pada persoalan yang berikut:
(i) Seorang suami memanggil isterinya yang bernama Taliqah (perempuan yang dicerai)
dengan niat menceraikan isterinya. [2]
(ii) Seorang suami menceraikan isterinya dengan lafaz, “Aku ceraikan engkau Siti dengan
talak satu.” Dia mengulangi lafaz itu sebanyak tiga kali dengan tujuan untuk menguatkan
tindakannya apabila isterinya tidak percaya dengan ucapan tersebut. [2]
(iii) Seorang lelaki telah berniat menunaikan solat jenazah lelaki tetapi ternyata mayat itu
adalah perempuan. [2]

930/2
-5-

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com
930/2

-6-

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com
KERTAS SOALAN CONTOH

930/3 STPM
SYARIAH
KERTAS 3

(AYAT AHKAM DAN HADIS AHKAM)


(Dua jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam bahagian A dan dua soalan dalam bahagian B.
Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Malaysia atau bahasa Arab.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.


 Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 930/3
-7-

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com
930/3
-8-

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com
930/3

-9-

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com
lima

- 10 -

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com
930/3

KERTAS SOALAN CONTOH

930/4 STPM
SYARIAH
KERTAS 4

KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

1. Kerja Kursus (Kerja Projek) Syariah wajib dilaksanakan oleh semua calon STPM sebagai
komponen penting pentaksiran penggal 2.

2. Kerja Kursus (Kerja Projek) ini mengandungi tema tugasan berkaitan isu dan persoalan semasa
dalam bidang Syariah. Semua calon yang mengambil kertas ini dikehendaki menyedia dan
menyerahkan tugasan tersebut untuk ditaksir. Calon yang gagal menyerahkan Kerja Kursus
(Kerja Projek) tidak layak mendapat kelulusan penuh mata pelajaran Syariah.

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.


 Majlis Peperiksaan Malaysia

- 11 -

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com
STPM 930/4
Pilih satu daripada tema di bawah ini, dan sediakan kerja projek yang panjangnya antara 2000
hingga 2500 patah perkataan.

Tema 1

Jual beli

Tema 2

Perkahwinan

930/4
- 12 -

Kertas soalan mp lain terdapat di :


www.myschoolchildren.com

You might also like