You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2023_

Program & Ambilan: PISMP Ambilan Jun 2020

Semester/Tahun Semester III Tahun 3

Nama Pelajar: Nur Aini Sofia Binti Abdul Rashid

Angka Giliran: 2020272340109

Nombor Kad Pengenalan: 000112-02-1122

Kumpulan/Unit: PAI 1

Kod dan Nama Kursus: FKIK 3013 – Fiqh Kekeluargaan Islam

Jenis Tugasan: Tugasan 1 - Penulisan Pelaporan


(Individu)
Nama Pensyarah: Ustazah Mahani binti Shaari.

Tarikh Hantar: 26 Jun 2023

Pengakuan penerimaan maklum balas Tanda tangan Pelajar:

daripada pensyarah: Tarikh: 26 Jun 2023

Tanda tangan Pensyarah:

Tarikh :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
BORANG AKUAN TERIMA MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK: 2023

Program & Ambilan: PISMP Ambilan Jun 2020

Semester/Tahun Semester III Tahun 3

Nama Pelajar: NUR AINI SOFIA BINTI ABDUL RASHID

Angka Giliran: 2020272340109

Nombor Kad Pengenalan: 000112-02-1122

Kumpulan/Unit: PAI 1

Kod dan Nama Kursus: FKIK 3013 – Fiqh Kekeluargaan Islam

Jenis Tugasan Tarikh hantar

Perincian Kerja Kursus: Tugasan 1- Penulisan


26 Jun 2023
Pelaporan

Pengakuan penerimaan
maklumbalas daripada
Tanda tangan Pelajar :
pensyarah:
Tarikh : 26 Jun 2023

Nama Pensyarah: Ustazah Mahani binti Shaari

Tanda tangan Pensyarah:

Tarikh:
LAPORAN PENCERAIAN DI DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG

Pada 20 Jun yang lalu, saya bersama 10 orang rakan yang lain telah membuat lawatan dan
temubual di Pejabat Agama Daerah Barat Daya, Pulau Pinang bersama Kapten Bersekutu
(PA) Haji Tuan Ismail bin Haji Tuan Abdullah dan Ustaz Muhammad Nizam bin Ibrahim
berkaitan soalan tugasan yang telah diberikan.

Saya dan rakan-rakan mengajukan beberapa soalan berkaitan perkahwinan dan penceraian
kepada pegawai pejabat daerah berkenaan dan mendapat pencerahan yang sangat lengkap
tentang maklumat yang diperlukan. Sebelum kita menyelusuri dengan lebih lanjut, perkara
asas yang perlu kita ketahui adalah tentang perkahwinan. Tujuan perkahwinan ialah
menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya diredhai Allah. Tanpa penyusunan yang
rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, keindahan hidup tidak dapat dikecapi
sebaiknya. Kerana itu perkahwinan disyariatkan dan di dalam perkahwinan juga, telah
ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan
kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi,
sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus
yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang 2023) Rumah tangga dan sistem kekeluargaan yang baik adalah asas kepada
pembentukan sebuah masyarakat yang harmoni. Ini kerana masyarakat yang baik terbina
daripada keluarga yang dididik dengan baik.

Saya dan rakan-rakan mengajukan soalan tentang prosedur perkahwinan yang dijalankan di
Daerah Barat Daya Pulau Pinang, menurut Ustaz Nizam Ibrahim, prosedur perkahwinan bagi
setiap negeri adalah berbeza tetapi mempunyai suatu asas yang sama. Menurut beliau juga,
pasangan yang ingin berkahwin perlulah memenuhi rukun nikah kerana ini adalah perkara
asas bagi sesebuah perkahwinan. Permohonan perlulah dilakukan oleh pihak lelaki terlebih
dahulu dengan melengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan seperti salinan kad
pengenalan, salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan, keputusan ujian saringan HIV, surat
perakuan perceraian (jika bercerai). Bagi pihak perempuan pula, kebenaran wali sangatlah
diperlukan kerana peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah
satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah
dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan mengikut
hukum syarak. Pihak perempuan haruslah mengemukakan borang permohonan kebenaran
berkahwin serta melampirkan dokumen seperti salinan kad pengenalan pemohon, bakal
suami dan wali, salinan sijil kursus pra perkahwinan, borang ujian Saringan HIV serta sijil
nikah ibu dan ayah. Setelah mendapat kelulusan daripada pejabat agama, barulah prosedur
perkahwinan akan dijalankan di kariah masjid pihak perempuan bermastautin.
Namun begitu, bukan semua perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat
dimana terdapat banyak pasangan yang berkahwin hanya bertahan dipertengahan jalan dan
mengambil langkah untuk bercerai sebagai penyelesaian yang terakhir. Pasangan boleh
mengemukakan atau mensabitkan penceraian melalui empat jenis penceraian yang utama
iaitu talaq, khuluk, fasakh dan li’an. Pasangan yang ingin bercerai haruslah mendaftarkan
mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Pulau Pinang dan haruslah memenuhi
syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Untuk memfailkan kes penceraian, permohonan
mestilah difailkan di tempat suami atau isteri bermastautin contohnya pasangan berasal
daripada negeri Perak dan bermastautin di Pulau Pinang lebih daripada 10 tahun, maka
mereka boleh membuat permohonan di Pejabat Agama Pulau Pinang. (Nizam Ibrahim 2023)

Menurut Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW) (2020) Prosedur penceraian mestilah dimulai
dengan pasangan membuat aduan di Pejabat Agama Islam Daerah dan Pegawai agama akan
menasihati pasangan untuk mengikuti sesi kaunseling dan pasangan perlu menghadiri
maksimum 3 sesi kaunseling dalam tempoh 2-3 bulan. Sekiranya pendamaian tidak berhasil,
maka kes akan didaftarkan ke mahkamah untuk proses penceraian. Mahkamah akan
menyiasat permohonan perceraian dan persetujuan oleh kedua belah pihak untuk bercerai
dan membenarkan perceraian. Untuk perceraian melalui talaq, jika kedua belah pihak
bersetuju, mahkamah akan meminta suami melafazkan talaq di dalam mahkamah dan hakim
akan mengeluarkan perintah yang berkaitan. Walaupun syarak membenarkan seorang suami
itu untuk melafazkan talak atau menceraikan isterinya di atas sebab-sebab tertentu, akan
tetapi, yang terbaik adalah mencari dahulu jalan penyelesaian bagi masalah tersebut dan
menjadikan penceraian ini sebagai jalan yang terakhir.

Menurut Ustaz Nizam bin Ibrahim, beliau mengulas statistik perkahwinan dan penceraian di
Balik Pulau yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dimana
menunjukkan penurunan daripada tahun 2020 hingga ke tahun 2021, namun meningkat
kembali pada tahun 2022. Purata kes penceraian yang berlaku dari tahun 2020 hingga tahun
2022 adalah sebanyak 933 kes. Mencatatkan 2020 sebanyak 327 kes, 2021 sebanyak 211
kes dan 2022 sebanyak 395 kes. Berdasarkan hasil dapatan temu bual, beliau mengulas
bahawa statistik penceraian dan perkahwinan berubah mengikut musim dan situasi. Sebagai
contoh, pada tahun 2020 mencatatkan kes penceraian yang tinggi kerana negara kita
Malaysia dilanda dengan wabak Covid-19 dimana banyak keluarga yang tertekan akibat
masalah kewangan dan tekanan emosi akibat keganasan rumah tangga. Wafi, Sharifan dan
Sofia (2021) menyatakan bahawa apabila pasangan wanita berada dalam perintah berkurung,
terdapat kecenderungan penderaan yang tinggi berlaku dalam semua bentuk seperti emosi,
seksual dan fizikal. Hal ini sedikit sebanyak menjadi punca kepada peningkatan penceraian
pada tahun 2020.
Penceraian yang berlaku sememangnya sangat memberikan kesan kepada emosi, psikologi
tingkah laku dan pemikiran pasangan suami isteri dan juga semua individu yang ada di
sekeliling mereka. Terdapat banyak faktor dan punca yang mendorong kepada berlakunya
penceraian. Faktor utama yang dikemukakan oleh Ustaz Nizam bin Ibrahim menurut kes yang
dikendalikan oleh beliau adalah disebabkan oleh orang ketiga di dalam sesebuah
perkahwinan. Di dalam Surat Khabar Berita Harian, Iskandar Ibrahim (2017) melaporkan
daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati
kecurangan kini berada pada tangga kedua selepas tiada persefahaman yang menjadi punca
utama perceraian dalam kalangan pasangan yang dikaji. Penggunaan media sosial yang
semakin meluas seperti aplikasi sosial Facebook, Whatsap, Twitter dan Instagram serta
penganjuran program pertemuan alumni sekolah (reunion) atau tautan kasih, menyumbang
kepada tercetusnya kecurangan dalam kalangan pasangan suami isteri negara ini, hingga
menyebabkan perceraian. Bukan itu sahaja, hubungan terlarang ditempat kerja, hubungan
dengan teman lama yang terjalin selepas menghadiri runion sekolah juga menyebabkan
pergaduhan dan salam faham di dalam sesebuah keluarga. Kecurangan akan berlaku jika
institusi keluarga itu sudah mula goyah dan tidak kukuh. Timbunan masalah yang dialami oleh
pasangan menyebabkan sesebuah keluarga itu tidak harmoni dan membuatkan pasangan
mula mencari perhatian daripada orang lain.

Punca yang kedua ialah pengabaian nafkah dan tanggungjawab seorang suami mahupun
isteri. Rogayah, Elmi, Noorazean dll (2021) menyatakan bahawa sebagai ketua atau
pemimpin kepada sebuah rumah tangga, sangat penting bagi seorang suami melaksanakan
hak seorang isteri. Sekiranya hak ini dilaksanakan dengan baik, nescaya rumah tangga akan
memperoleh kebahagiaan dan ketenangan serta wujudlah perasaan kasih sayang dan
kasihan belas antara satu sama lain. Namun kini akibat desakan ekonomi menyebabkan
suami tidak mampu memberikan nafkah yang secukupnya menyebabkan berlaku pergaduhan
dan penceraian. Bukan itu sahaja, kurang pengetahuan tentang ilmu asas perkahwinan
juga menyebabkan sesetengah suami beranggapan bahawa mereka tidak wajib untuk
memberi nafkah kepada isteri kerana isteri mereka mempunyai kerjaya. Hal ini akan
menimbulkan sikap salah faham dan suasana yang tegang antara suami dan isteri.

Dengan berlakunya peningkatan dalam kes penceraian, maka hal ini amat membimbangkan
dan memerlukan kepada langkah untuk mengurangkan kes penceraian ini. Bagi mengatasi
masalah curang di dalam rumah tangga, salah seorang daripada pasangan wajar untuk
mendapatkan khidmat kaunseling di pejabat daerah masing-masing. Penyelesaian masalah
rumah tangga melalui kanseling ini bertujuan untuk mengenalpasti punca ketegangan
hubungan antara pasangan suami isteri dan cubaan untuk mendamaikan pasangan agar
hubungan mereka dapat dipulihkan. (Mohd Radzuan Ibrahim, 2006) Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyediakan khidmat nasihat secara langsung iaitu
secara bersemuka, khidmat nasihat melalui telefon serta khidmat nasihat melalui Emel.
Pasangan boleh membuat temujanji untuk berjumpa dengan pegawai kauseling secara
percuma, malah, khidmat nasihat secara bersemuka dilakukan secara tertutup dan
dirahsiakan. Kaunselor akan bertindak memberikan nasihat dan penyelesaian yang
sewajarnya untuk berdamai atau mengelakkan penceraian sekiranya perkahwinan tersebut
masih boleh diselamatkan.

Isu pengabaian tanggungjawab pula dapat diatasi apabila pasangan suami isteri benar-benar
memahami dan sanggup memikul tanggungjawab masing-masing dengan sebaik mungkin.
Penyelesaian krisis bermula dengan mengelakkan semua perkara berlaku dengan
mempelajari pendidikan tentang perkahwinan yang secukupnya. Menurut Nubailah, Zuria dan
Salleh (2014) Pendidikan perkahwinan merupakan satu kefahaman mengenai ilmu rumah
tangga yang perlu ada pada setiap pasangan sama ada sebelum berkahwin dan semasa
melayari perkahwinan. Contohnya melalui kursus pra perkahwinan, pasangan akan
didedahkan dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam menjalani alam berumah
tangga. (Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) (2008). Pemahaman yang mantap tentang
pembahagian nafkah, komunikasi, penyelesaian masalah dan tanggungjawab setiap
pasangan dapat mengurangkan masalah rumah tangga yang dialami oleh pasangan yang
telah berkahwin. Dengan ilmu pendidikan tentang perkahwinan, pasangan lebih cenderung
untuk memperbaiki hubungan perkahwinan mereka dan berusaha memperbaiki serta
memahami antara satu sama lain.

Kesimpulannya, hikmah perkahwinan disyariatkan oleh Allah S.W.T agar pasangan suami
dan isteri beroleh kasih sayang dan rahmat namun apabila ianya gagal dinikmati, sebahagian
pasangan mengambil keputusan untuk mengakhiri perkahwinan mereka dengan perpisahan
atau perceraian rumah tangga. Perkahwinan yang dibina menurut syariah islam mempunyai
matlamat untuk mewujudkan suasana bahagia di dalam sesebuah keluarga. Kebahagiaan ini
dapat dicapai sekiranya pasangan memainkan peranan masing-masing mengikut panduan
yang telah digariskan oleh syarak. Namun begitu, pasang surut rumah tangga kadang kala
membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan yang berpunca daripada pelbagai faktor.
Pasangan seharusnya mencari penyelasaian yang terbaik dan menjadikan penceraian
sebagai langkah terakhir bagi suatu krisis yang dialami oleh pasangan.
RUJUKAN

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 31 Disember 2008. "Kursus pra perkahwinan".
http://www.jais.net.my.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (2023) Diambil daripada
http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=perkahwinan#tab_prosedur

Mohd Iskandar Ibrahim dan Ilah Hafiz Aziz (2017) Main Kayu Tiga Punca Cerai. Berita Harian
Online, Ogos 2017 diambil daripada
https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2017/08/312402/main-kayu-tiga-punca-
cerai

Mohd Radzuan Ibrahim. 2006. Munakahat Undang-Undang dun Prosedur. Kuala Lumpur:
DRI Publishing House

Muhammad Nizam bin Ibrahim. (2023 Jun 20) Prosedur perkahwinan dan penceraian serta
statistik penceraian, Pulau Pinang [Interview]

Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW) (2020). Penceraian. Diambil daripada


https://www.wccpenang.org/syariah-perceraian/

Rogayah E M, Elmi Baharuddini , Noorazean Razaliii , Ashiqin Jaafariii & Filzahruz Mohamad
(2021) Punca Penceraian Pasangan Dewasa Islam: Perspektif Badan Pelaksana.
Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. 26 (2).

Siti Nubailah, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2014) Kefahaman dan Keperluan Pendidikan
Perkahwinan di Malaysia. Ulum Islamiyyah Journal. (12) 73-86

Wafi Ramli, Sharifah Rohayah, Sofia Haminah (2021) Pandemik COVID-19 dan keganasan
rumah tangga: Suatu tinjauan semasa Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.
Malaysian Journal of Society and Space. 17 (3). 137-152
LAMPIRAN.

(Kami mendengan pencerahan yang diberikah oleh Haji Tuan Ismail bin Haji Tuan Abdullah)

(Taklimat bersama Ustaz Muhammad Nizam b Ibrahim dan Haji Tuan Ismail bin Haji Tuan
Abdullah)
(Penyerahan surat pengesahan menjalankan kajian di Pejabat Agama Daerah Barat Daya,
Pulau Pinang oleh Haji Tuan Ismail bin Haji Tuan Abdullah)

(Sesi bergambar dengan Pegawai Tadbir Agama, Tuan Bersekutu (PA) Haji Tuan Ismail bin
Haji Tuan Abdullah sebelum kami berangkat pulang)

You might also like