You are on page 1of 1

Rujukan kami: SRITI/S/06/01/04

Tarikh: 20 Februari 2023

Kepada : Ustazah Nur Naeem Binti Mohd Bakir

Pelantikan Sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Bagi Sesi Persekolahan 2023 SRITI Sijangkang

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan/cik telah dilantik sebagai Ketua Unit IBD (Islamic
Behaviour Development) & Tarbiah dalam jawatankuasa Hal Ehwal Murid bagi sesi persekolahan
2023/2024.

3. Dengan pelantikan ini bermakna tuan/puan/cik secara rasminya bertanggungjawab atas perjalanan
dan kegiatan unit IBD & Tarbiah dan berkuasa merancang, melaksana dan menilai setiap aktiviti bagi
mencapai tujuan dan matlamat unit ini.

4. Semoga dengan perlantikan ini, tuan/puan/cik dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab
yang diberikan ini secara profesional dengan penuh komitmen, cekap dan berkesan dan seterusnya
diharapkan dapat meningkatkan prestasi unit HEM dan kecemerlangan SRITI Sijangkang.

Sekian, terima kasih.

“MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

( TUAN HAJI MAHMUDIN BIN SIMIN )


Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Sijangkang

You might also like