You are on page 1of 25

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

HBML 2103

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

BAHASA MELAYU

HBML 2103

NAMA : NESTOR LEO

NO K.P : 671009125465
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

PENGENALAN

Tatabahasa adalah unsur yang penting dan asas dalam pembentukan bahasa. Nik
Safiah Karim (1996) dalam Tatabahasa Edisin Baharu mendefinisikan bahasa terdiri daripada
kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Manakala ayat pua terdiri daripada rentetan
perkataan yang bermakna. Kajian terhadap tatabahasa melibatkan dua aspek utama iaitu
melalui cara perkataan terbentuk daripada bunyi-bunyi bahasa serta bagaimana perkataan-
perkataan ini disusun menjadi ayat. Awang Sariyan dalam tulisannya Ceritera Bahasa (2002)
mentakrifkan bahawa tatabahasa merupakan peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa
iaitu kata, frasa dan ayat yang betul bagi bahasa tertentu. Unsur tatabahasa menentukan salah
betunya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penuturnya sama ada dalam lisan atau
pun tulisan. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam tulisannya Menurut Siti hajar (1996),
mengertikan tatabahasa sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan
bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk
menghasilkan ayat-ayat yang gramatis.

Pelbagai definisi telah diutarakan oleh pelbagai tokoh. Tidak kira apa pengertian yang
diberi kepada asek tatabahasa ini, ia masih mempunyai persamaa yang ketara. Semua definisi
yang diketengahkan oleh para tokoh ini menyokong bahawa tatabahasa merupakan salah satu
cabang daripada linguistik umum yang memberi penerangan tentang peraturan-peraturan dan
hukum-hukum bahasa. Tatabahasa dalam Bahasa Malaysia terbahagi kepada dua bidang
utama iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah bidang yang membicarakan struktur,
pembentukan kata dan golongan kata serta cara perkataan diwujudka daripda bunyi bahasa
dan pengaruhnya terhadap makna kata. Unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu
dikenali sebagai morfem. Jika kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu
yng lebih kecil, maka kata-kata itu terdiri daripada satu morfem. Sebagai contoh perkataan
‘makan’. ‘Makan’ tidak akan berfungsi dan memberikan makna jika dipecahkan kepada ‘ma’
dan ‘kan’. Namun, kata ‘dimakan’ boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu ‘di’ dan
‘makan’. Morfem terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat (imbuhan).
Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

Sintaksis pula merupakan bidang ilmu yang mengkaji aspek bentuk, struktur dam
binaan ayat. Oleh itu, sintaksis ditakrif sebagai satu kajian terhadap rumus atau hukum
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok
untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang sering diberi tumpua adalah seperti berikut:

a. Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta
pembahagian subjek dan predikat.
b. Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
c. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
d. Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang
e. Binaan dan proses penerbitan ayat.
f. Ayat dasar.
g. Ayat tunggal
h. Ayat terbitan atau ayat majmuk.

Melihat akan rumus-rumus yang banyak dan rumit dalam tatabahasa, ramai yang
beranggapan ia adalah subjek yang sukar untuk dikuasai dan membosankan. Namun, harus
diingat bahawa tatabahasa merupakan tonggak utama kepada pembentukan sesuatu bahasa
dan tidak akan diabaikan dalam sistem pembelajaran bahasa. Oleh itu, mengajar rumus dan
peraturan tatabahasa terlebih dahulu kepada murid-murid sekolah rendah tidak sesuai sama
sekali. Sebab itulah, dalam pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah, murid terlebih
dahulu diajar dari aspek kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Oleh itu, sebagai guru,
kita perlu menjadi contoh yang baik dengan menuturkan Bahasa Melayu mengikut hukum
tatabahasa. Justeru, ia akan menjadi ikutan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
Setelah itu, baharulah murid bergerak ke kemahiran membaca dan menulis. Ini bermaksud,
murid-murid diperkayakan dengan aspek bahasa melalui lisan terlebih dahulu sebelum
mendekati rumus dan hukum penggunaan tatabahasa. Ia mematuhi prinsip pengajaran bahasa
iaitu dari mudah kepada sukar.

Oleh yang demikian, adalah lebih afdal apabila pengajaran tatabahasa Bahasa
Malaysia itu diajarkan melalui contoh-contoh perkataan dan ayat terlebih dahulu sebelum
beralih kepada pembentukan hukum dan peraturan. Selain itu, unsur tatabahasa sering kali
menimbulkan kekeliruan dalam kalangan murid. Isu ini perlu diberi perhatian khusus. Dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, lebih sesuai jika guru mengemukakan contoh-
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

contoh-contoh dan latihan-latihan yang dapat menunjukkan penggunaan bahasa yang tepat
dan bermakna. Fenomena yang sering berlaku di sekolah apabla pengajara tatabhasa
diajarkan secara deduktif atau secara langsung. Guru menerangkan hukum atau rumus
terlebih iaitu sesuatu yang khusus kemudian barulah mengajar contoh-contoh umum.
Pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolah, seperti yang disarankan oleh KBSM dan KBSR
hendaklah diajarkan secara tidak langsung. Ini bermakna, unsur-unsur tatabahasa yang
hendak diajarkan itu akan dimasukkan ke dalam pengajaran aspek-aspek bahasa itu.
Contohnya dalam pengajaran secara lisan, bacaan dan kefahaman atau penulisan, guru
terlebih dahulu membincangkan unsur-unsur tatabahasa itu. Guru akan menitikberatkan
makna dan penggunaanya dalam konteks yang tepat. Pengajaran tatabahasa, seperti ini
sebenarnya memang sesuai, terutama apabila ia dilaksanakan di kalangan murid-murid
peringkat rendah. Arbak Othman (1985:19), pengajaran tatabahasa lebih berkesan jika guru
membantu para murid memahami perkara-perkara seperti ini :

a. bentuk unsur-unsur tatabahasa

b. fungsi unsur-unsur tertentu tatabahasa

c. makna tatabahasa unsur-unsur tatabahasa

d. pola-pola sebutan aspek tertentu tatabahasa

Di samping itu, Arbak Othman juga mencadangkan beberapa teknik pengajaran tatabahasa
yang dianggap praktikal di sekolah-sekolah seperti teknik penerangan, keperihalan,
perbandingan, binaan dan analisis.

Pengajaran tidak langsung lebih sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan


pembelajaran tatabahasa Bahasa Malaysia. Pengajaran seumpama ini lebih terarah terhadap
tumpuan murid. Dalam pengajaran secara tidak langsung ini, ia mengalakkan murid
mengaplikasikan teknik belajar sambil belajar. Oleh itu, mereka tidak bergantung sepenuhnya
terhadap pengajaran guru tetapi mereka mempunyai daya usaha sendiri dalam memahami dan
mempelajari tatabahasa Bahasa Malaysia. Pengajaran secara tidak langsung ini juga
menggalakkan murid membuat pemerhatian, penyiasatan, menghasilkan inferens daripada
data atau membentuk hipotesis. Di samping itu, pengajaran yang menarik seperti melalui
teknik nyanyian juga adalah cabang daripada pengajaran secara tidak langsung. Sebagai
contoh, murid menyanyikan lagu yang telah diberikan oleh guru. Dalam lirik lagu tersebut
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

terdapat beberapa asepk-aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid. Murid telah
mempelajari beberapa perkataan atau ayat daripada lirik lagu tersebut. Berdasarkan contoh-
contoh yang telah dipelajari, murid akan diajar pula tentang pembentukan hukum tatabahasa.
Oleh yang demikian, murid dapat mengaitkan apa yang telah dipelajari melalui lirik lagu
tersebut dengan hukum tatabahasa. Proses ini dikenali sebagai generalisasi. Sebagai contoh,
guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik
lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu, gunakan lirik
lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk
mempelajari tatabahasa. Strategi pengajaran tidak langsung mengambil kira minat dan rasa
ingin tahu murid. Ini akan menggalakkan mereka untuk menjana alternatif atau untuk
semangat untuk menyelesaikan masalah. Guru berperanan sebagai fasilitator, pemberi
sokongan dan menjadi sumber rujukan. Guru akan menyusun serta mengatur persekitaran
pembelajaran dengan menyediakan peluang untuk penglibatan murid dan apabila dirasakan
sesuai, guru akan memberikan maklum balas kepada murid semasa mereka melakukan inkuiri
(Martin, 1983).

Oleh yang demikian, pengajaran tatabahasa Bahasa Malaysia sangat penting untuk
mengukuhkan asas kemahiran berbahasa daalam kalangan murid. Oleh itu pengajaran
tatabahasa tidak boleh diajarkan secara terasing, melainkan hendaklah diajarkan dengan
strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Bahasa yang tepat dan tersusun itu
menggambarkan betapa tingginya nilai bahasa itu sendiri. Justeru, guru memainkan peranan
penting dalam memupuk penggunaan bahasa berlandaskan sistem tatabahasa dalam kalangan
murid di sekolah.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU

Merujuk kepada Kamus Dewan (2002), prinsip didefinisikan sebagai asas dan dasar
yang menjadi suatu pemikiran, kajian dan tindakan. Pengajaran pula ditakrifkan sebagai
aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan serta kemahiran
tertentu. Pengajaran meliputi aspek perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada
murid-murid dengan berkesan. Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai
aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan,
mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Manakala
Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk
membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Selain itu, Yaxley turut
menyatakan pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan
penilaian. 

Maka, prinsip pengajaran bolehlah diertikan sebagai satu pegangan yang sehaluan
dengan teori yang praktikal mengikut teknik, kaedah dan pendekatan yang bersesuaian
dengan kepercayaan kita terhadap cara pengajaran yang sudah menjadi kebiasaan kita selama
ini. Selain itu, prinsip pengajaran menjadi panduan khusus kepada para guru dalam
memastikan penyampaian ilmu itu berjaya dilaksanakan. Pengetahuan terhadap tatabahasa
dalam kalangan murid diuji berdasarkan pada keupayaan mereka dalam menguasai perkara
asas pembentukkan kata dan ayat serta menggunakannya mengikut sistem, hukum dan
peraturan yang betul semasa membina ayat. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa prinsip
pengajaran tatabahasa telah mencorakkan usaha guru dalam menyampaikan pengajaran
tatabahasa berdasarkan aktiviti, program dan proses yang membantu dalam penyebaran ilmu
pengetahuan.

Oleh itu, prinsip pengajaran merupakan pegangan utama guru dalam melaksanakan
tugas penyampaian ilmu. Warga pendidik seharusnya cemerlang dalam profesionnya demi
mewujudkan pengajaran berkesan. Tuner, R. (2001) menyatakan bahawa pengajaran
berkesan itu ialah pengajaran pakar dan cemerlang. Terdapat penggunaan istilah lain seperti
mengajar dengan baik (Brown et al., 1993), mengajar dengan kreatif (Woods et al., (1996)
dan Pengajaran Berkualiti (Stones, 1992). Namun semua pandangan tokoh ini didasari oleh
prinsip pengajaran yang utuh.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

Prinsip pengajaran boleh dikategorikan kepada 5 bahagian iaitu :

a. Asas prinsip pengajaran


b. Strategi pengajaran
c. Pendekatan pengajaran
d. Kaedah pengajaran
e. Teknik pengajaran

Kelima-lima unsur ini membentuk prinsip pengajaran yang menjadi panduan utama guru
dalam penyampaian ilmu tatabahasa Bahasa Malaysia dalam kalangan murid.

Asas Prinsip Pengajaran

Sebelum masuk kepada 4 unsur prinsip pengajaran lain, adalah baik untuk kita mengenal
asas-asasnya terlebih dahulu :

a. Pengajaran haruslah dimulai daripada perkara yang mudah kepada yang susah.

Pengajaran seharusnya mematuhi prinsip ansur maju. Perkara yang mudah perlu
dikuasai terlebih dahulu kerana itulah asas yang akan dibawa ke hadapan apabila
menimba ilmu yang lebih dalam. Selain itu, guru berhadapan dengan kepelbagaian
ciri dalam kalangan murid. Terdapat murid yang dapat memahami pengajaran
tatabahasa dengan cepat dan ada murid yang lambat (slow learner). Justeru, dengan
pengajaran yang mengikut aras tertibnya, pengajaran dan pembelajaran berlaku secara
adil dan saksama.

b. Penggunaan bahan maujud serta Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkesan dapat
memudahkan penyampaian guru. Selain itu, ia diakui dapat memberikan kefahaman
yang cepat dalam kalangan murid. Penggunaan BBM juga membantu murid dalam
penerokaaan ilmu secara kendiri dan tidak bergantung sepenuhnya terhadap kuliah
yang diberikan oleh guru.

c. Memberikan latih tubi

Tidak dapat dinafikan lagi, untuk mengukuhkan pembelajaran dalam kalangan murid,
latih tubi sejak dari dahulu mendominasi sebagai teknik pengajaran berkesan. Ia
melibatkan pengulangan sama ada dalam bentuk pemulihan atau pengayaan agar
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

dapat mencapai objekif pembelajaran. Latih tubi membantu murid untuk


mengekalkan ingatan terhadap aspek tatabahasa yang dipelajari. Selain itu, murid
dapat mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan dalam pembelajaran
tatabahasa.

d. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas.

Guru perlulah jelas dengan hala tuju objektif pengajarannya. Justeru, guru perlu mahir
dalam profesionnya agar tidak ralat dalam penyampain ilmu tatabahasa dalam
kalangan murid. Guru perlu peka terhadap isu bahasa terkini kerana bahasa adalah
unsur yang sentiasa berkembang mengikut perubahan zaman.

e. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks petikan yang


digunakan.
Tatabahasa melibatkan hukum dan peraturan. Ketidakfahaman terhadap hukum
tatabahasa menyebabkan kerosakan pada penggunaan Bahasa Malaysia. Sebagai
contoh perkataan ‘perang’. Untuk kata sifat, ‘perang’ bermaksud warna dan disebut
secara ‘e-taling’. Manakala untuk kata kerja, ‘perang’ bermaksud suatu perlakuan
yang melibatkan pergaduhan, perlawanan dan pertelingkahan dan disebut secara ‘e-
pepet’. Oleh itu, guru perlu membantu murid memahami aspek sedemikan untuk
mengelakkan kekeliruan. Selain itu, murid juga harus memahami cara penggunaan
ayat dalam konteks yang berlainan contohnya dalam aspek penulisan. Murid haruslah
dapat membezakan format dan gaya bahasa penulisan karangan fakta dengan
keperihalan.

Startegi Pengajaran

Perkataan ‘strategi’ berasal daripada bahasa Yunani "strategia" yang bermaksud


sebagai "the art of the general" atau seni seorang panglima yang biasanya digunakan dalam
peperangan. Strategi merupakan penyusunan langkah-langkah ke depan dalam
membangunkan visi dan misi sesuatu organisasi. Dalam aspek pendidikan, strategi
pengajaran dibahagikan kepada 3 iaitu pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan
bahan. Strategi pemusatan guru menekankan kawalan guru terhadap segala aktiviti
pembelajaran. Kaedah dan teknik yang biasa digunakan untuk strategi ini ialah penerangan,
demonstrasi, syarahan, bercerita dan pengajaran mikro.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

Strategi pemusatan murid pula lebih memberi tumpuan terhadap akifnya murid dalam
pembelajaran. Guru tidak menggunakan kuasa mutlak sebaliknya berperanan sebagai
fasilitator dan pembimbing sahaja. Kaedah dan teknik yang digunakan adalah seperti inkuiri
penemuan, perbincangan, main peranan dan sumbangsaran. Dalam pemusatan bahan pula,
guru menyampaikan pengajaran dengan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai.
Penggunaan alat dan bahan bantu dapat membantu guru memudahkan penyampaian
pengajaran. Selain itu, strategi ini berkesan dalam meningkatkan pemahaman murid dalam
pengajaran tatabahasa. Penggunaan bahan adalah sangat perlu terutama sekali jika terdapat
murid yang mempunyai daya pembelajaran yang lambat. Strategi ini banyak menggunakan
bahan audio-visual seperti projektor, televisyen, komputer dan sebagainya. Oleh itu, ketiga-
tiga strategi ini wajarlah digunakan oleh guru untuk mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam kelas.

Pendekatan Pengajaran

Berdasarkan Kamus Dewan (1988), pendekatan ialah cara atau langkah yang diambil
bagi memulakan dan melaksanakan tugas seperti mengatasi masalah. Dalam konteks
pendidikan pula, pendekatan bermaksud mendekati sesuatu. Misalnya objektif pelajaran yang
ditentukan untuk pengajaran sesuatu subjek. Edward M. Anthony (1963) menyatakan bahawa
pendekatan adalah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan
pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Terdapat beberapa pendekatan pengajaran
yang boleh digunakan dalam pengajaran tatabahasa dalam kelas seperti induktif, deduktif,
eklektik, komunikatif, oral, tematik dan masteri.

a. Pendekatan induktif :

Kaedah ini sesuai digunakan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya
Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon Sang, 2001). Gaya pengajaran ini
pengajaran melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi yang melibatkan aktiviti
mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, seterusnya membina generalisasi
atau kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Hilda Taba
menyatakan bahawa pelajar berupaya membuat generalisasi hanya setelah maklumat
dapat diorganisasi dengan sempurna.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

Dalam induktif, murid-murid membentuk hukum berdasarkan pernyataan-pernyataan


tertentu. Contohnya mendapat hukum tatabahasa setelah membuat analisis terhadap
struktur-sturktur bahasa. Guru harus menyediakan pelbagai contoh relevan yang dapat
membantu murid membuat rumusan. Guru bertindak sebagai fasilitator akan
membimbing murid-murid untuk menganalisis contoh-contoh tersebut untuk
membentuk kesimpulan dan generalisasi. Misalnya, dalam aspek penanda wacana.
guru memberikan beberapa contoh perkataan atau ayat yang melibatkan penanda
wacana terlebih dahulu. Setelah itu, murid akan menganalisis contoh-contoh yang
diberikan oleh guru dan membuat kesimpulan sendiri yang kemudiannya
mengaitkannya dengan hukum tatabahasa. Selain itu, murid boleh menimbulkan
persoalan sebegini :
 Mengapa penanda wacana digunakan ?
 Bila perlunya menggunakan penanda wacana dalam pembinaan ayat ?
 Apakah penanda wacana yang sesuai untuk ayat ini ?

Persoalan sebegini mengalakkan lagi murid untuk mengembangkan lagi pengetahuannya


dalam tatabahasa Bahasa Malaysia. Secara tidak langsung, mereka menyedari bahawa
pentingnya tatabahasa dalam pembentukan bahasa yang murni dan tesusun.

b. Pendekatan deduktif :
Konsep deduktif merupakan suatu pendekatan mengajar yang bermula daripada
rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke atas
contoh-contoh yang khusus (Mok Soon Sang, 2003). Sama seperti pendekatan
induktif, ia juga menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Kaedah pengajaran ini
kompleks kerana murid-murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam dan
pengetahuan yang cukup. Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu ‘subjek
matter’, pendekatan deduktif melibatkan murid-murid mempelajari peraturan-
peraturan atau diberi maklumat tertentu sebelum mereka diminta melakukan
penganalisisan bahan yang hendak dipelajari itu. Misalnya, guru menerangkan rumus
dan hukum penggunaan kata ganti nama terlebih dahulu. Seterusnya, guru
memberikan contoh-contoh penggunaan kata ganti nama dalam ayat.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

c. Pendekatan eklektik :

Pendekatan ini wujud hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Segala
ciri-ciri baik yang terdapat dalam pendekatan tertentu akan digabung dan digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran tertentu. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk
kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Pendekatan
ini menggabungkan induktif dan deduktif. Selain itu, pendekatan ekeletik ini juga
menerapkan gabungan strategi pemusatan guru, murid dan bahan. Pendekatan ini
lebih berkesan berbanding induktif dan deduktif. Salah satu contoh pendekatan
eklektik diringkaskan seperti berikut :

Memberikan contoh Generalisasi Memberikan contoh

Sebagai contoh, guru menyampaikan pengajaran tatabahasa dalam aspek kata adjektif.
Guru memberikan pelbagai contoh kata-kata sifat. Seterusnya, guru dan murid
bersama-sama membentuk generalisasi atau guru menyampaikan tatabahasa yang
berkaitan dengan kata adjerktif. Untuk mengukuhkan ingatan murid terhadap aspek
kata adjektif, guru akan memberikan contoh-contoh lain.

Kaedah Pengajaran

Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam


mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas
antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997) Manakala Abdullah Hassan (1986),
menyatakan kaedah adalah sebagai langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang diatur
untuk mengajar sesuatu bahasa atau bahagian-bahagiannya , sesuai dengan pendekatan yang
dipegangnya. Edward M. Anthony pula mendefinisikan kaedah sebagai satu muslihat, strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada
waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Beberapa jenis kaeedah yang sering kali
digunakan oleh guru dalam kelas seperti :

a. Kaedah natural
b. Kaedah tatabahasa terjemahan
c. Kaedah terus
d. Kaedah ajuk hafaz
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

e. Kaedah linguistik
f. Kaedah kod-kognitif
g. Kaedah bahasa komuniti
h. Kaedah oral-Aural

a. Kaedah ajuk-hafaz
Kaedah ini juga disebut sebagai informal dirll. Pengajarannya berlandaskan kepada
demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran tatabahasa adalah secara induktif iaitu melalui
ayat-ayat contoh. Selain itu, aspek tatabahasa diajar secara menghafaz. Sebagai
contoh, rakaman dialog dilakukan sebagai alternatif latih tubi yang berulang kali.
Kaedah ini biasanya digunakan oleh guru dalam melatih murid dalam aspek
pertuturan dan penulisan karangan.

b. Kaedah oral-aural
Kaedah ini dimulai dengan mendengar dan kemudiannya bertutur. Dialog sering
digunakan dan dihafaz serta diikuti dengan ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan
dalam cara yang realistik agar dapat memberi perhatian kepada intonasi yang betul.
Contoh pengajaran berpandukan kaedah ini adalah seperti berikut :
i. Guru memperdengarkan sebutan penutur jati melalui pita rakaman
ii. Murid-murid diminta menyebut perkataan atau rangkaian kata yang didengari
daripada pita rakaman sehingga lancar
iii. Apabila murid sudah mahir meyebut perkataan atau rangkai kata, baharulah
latih tubi pola-pola ayat berdasarkan struktur bahasa yang diberikan kepada
murid.
iv. Akhir sekali teks diberikan untuk dibaca oleh murid-murid
v. Latihan diberikan kepada murid pada sesi akhir pengajaran apabila murid-
murid sudah mahir membaca teks.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

Teknik Pengajaran

Teknik merujuk kepada pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
kelas di mana ia digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran. Selain itu, teknik juga
diertikan sebagai satu cara yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan butiran
pengajarannya. Pelbagai teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
tatabahasa seperti bersoal jawab, penerangan, analisis, main peranan, simulasi, permainan
bahasa, latih tubi, mestamu dan sebagainya.

a. Teknik permainan bahasa


Teknik ini adalah aplikasi daripada unsur bermain sambil belajar. Ia sangat sesuai
digunakan untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid untuk
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.Selain itu, teknik ini mampu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah
kefasihan dan keyakinan serta bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan
penggayaan. Contoh permainan bahasa adalah seperti teka silang kata, kuiz kosa kata,
menyusun ayat (mod permainan) dan sebagainya.

b. Teknik latih tubi


Teknik ini menumpukan kepada pengulangan fakta dan kecekapan serta kemahiran
yang dipelajari. Teknik ini sangat berkesan untuk mengukuhkan ingatan murid.
Biasanya guru sering memberikan lembaran kerja pemulihan dan pengayaan untuk
murid-murid agar dapat mengukuhkan lagi ilmu yang telah mereka pelajari. Tujuan
utama juga adalah untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran tersebut dan di
samping itu menjamin kekekalannya. Sebagai contoh, guru mengajar murid tentang
bagaimana membina ayat tanya yang sesuai. Di akhir pembelajaran, guru memberikan
lembaran kerja susulan sebagai langkah pengukuhan.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA


Kelas Tahun 4
Masa 8.30 – 9.30 (60 minit)
Tarikh 14 Jun 2013
Bil. Murid 20 orang
Tema Sentiasa Berhemat Kita Selamat
Tajuk Pencemaran Air

Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat :


a. Menyenaraikan sekurang-kurangnya enam penanda wacana
yang terdapat dalam teks petikan yang dibaca.
b. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan menarik.
c. Melengkapkan ayat dengan penanda wacana yang sesuai.
Fokus utama 8.5 Aras 1(i) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana
yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan dalam
sebuah karangan.
Fokus sampingan 5.1 Aras 3(i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan menarik.
Kemahiran berbahasa Mendengar, membaca, menulis dan bertutur
Sistem bahasa Tatabahasa – Penanda wacana
Ilmu Sains, Kajian Tempatan
Nilai Kerjasama, kebersihan
Kemahiran bernilai a. Kemahiran berfikir : Menghubungkait
tambah b. Kemahiran belajar : Perbincangan, aktiviti berkumpulan,
mendengar aktif, membaca luncur dan simulasi.
c. Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, visual,
interpersonal, kinestetik, intrapersonal.
Strategi dan pendekatan Konstruktivisme, kontekstual
Pengetahuan sedia ada a. Murid pernah melihat pencemaran air.
b. Murid mengetahui beberapa kesan negatif pencemaran air.
BSPP a. Teks petikan
b. Paparan Video dan Powerpoint (Laptop dan Speaker)
c. 2 botol mineral
d. Lembaran kerja (individu dan kumpulan)
e. Kad-kad soalan
Konsep 5P a. Penggabungjalinan : Kemahiran membaca, menulis,
mendengar.
b. Penyerapan : Ilmu Sains dan Kajian Tempatan
c. Pemulihan : Lembaran kerja pemulihan
d. Pengayaan : Tugasan susulan – membina ayat
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

e. Penilaian : Pemahaman murid terhadap penanda wacana

Langkah/ Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan Catatan


Masa pembelajaran
Set induksi 1.Paparan video 1.Murid menonton video KB : Menghubungkait
tentang ‘air’. tentang air dari aspek BCB : Aktivtiti
5 minit 2.Aktiviti simulasi kepentingan, punca simulasi, soal jawab
pencemaran dan penyakit-
penyakit. KP : Visual, verbal
2.Sesi soal jawab . linguitik, interpersonal
3.Guru membuat simulasi – 2
murid melakonkan BSPP : 2 botol mineral,
meminum air bersih dan air paparan video.
tercemar. (Menguji
pengetahuan sedia ada
murid)

Langkah 1 1.Petikan bertajuk 1.Murid membaca dan KB : Menghubungkait


‘Pencemaran Air’ memahami teks terlebih BCB : Kemahiran
5 minit dahulu. membaca
2.Murid membaca teks dengan
intonasi dan sebutan yang KP : Verbal linguitik,
betul. interpersonal
BSPP : Teks petikan

Langkah 2 1.Soal jawab 1.Guru memberikan kad-kad KB : Menghubungkait


berdasarkan petikan. soalan kepada setiap BCB : Memproses
10 minit kumpuan. maklumat, bacaan
2.Soalan untuk kumpulan 1 : luncur
a. Mengapakah air sangat
penting untuk manusia ? KP : Interpersonal,
b. Apa yang perlu kita Verbal linguitik,
lakukan untuk menjaga
kesihatan badan ? BSPP : Teks petikan,
3.Soalan untuk kempulan 3 : kad-kad soalan.
a. Nyataka contoh-contoh
penyakit yang
disebabkan oleh
pencemaran air.
b. Nyatakan punca-punca
berlakunya pencemaran
air.
Langkah 3 1.Penanda wacana 1.Guru menggunakan Power KB : Menghubungkait
Point untuk menunjukkan BCB : Perbincangan
10 minit contoh-contoh penanda
wacana. KP : Verbal linguitik,
2.Beberapa orang murid dipilih
daripada setiap kumpulan BSPP : Powerpoint,
untuk membina ayat teks petikan
berdasarkan penanda wacana
tersebut.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

3.Guru menerangkan definisi


atau cara penggunaan
penanda wacana.
4.Guru memberikan pelbagai
contoh penanda wacana.
Langkah 4 1.Mengesan penanda 1.Murid mencari penanda KB : Menghubungkait,
wacana di dalam wacana yang terdapat di BCB : Bacaan luncur,
5 minit teks petikan. dalam teks petikan. memproses maklumat,
2.Contoh penanda wacana menganalisis
yang terdapat dalam teks :
a. Oleh itu KP : Verbal linguitik,
b. Namun BSPP : Teks petikan
c. Seterusnya
d. Oleh sebab itu
e. Walaubagaimanapun
f. Selain itu
Langkah 5 1.Aktiviti 1.Lembaran kerja (Berskala 9 KB : Menghubungkait,
melengkapkan ayat x A4) diberikan untuk setiap BCB : Bacaan luncur,
20 minit dengan penanda kumpulan. memproses maklumat,
wacana. 2.Aktiviti perbincangan : menganalisis
Murid akan melengkapkan
ayat tersebut berdasarkan KP : Verbal linguitik,
kad jawapan yang diberikan. BSPP : Lembaran kerja
3.Murid lemah diberi latihan beserta kad jawapan.
pemulihan seperti menyalin
semula ayat dan mengisi
tempat kosong dengan huruf
yang tepat.

Penutup 1.Guru merumuskan 1. Guru membuat rumusan KP : Menghubungkait


isi pelajaran terhadap isi pelajaran. KP : Verbal linguistik
5 minit tentang : 2. Sesi soal jawab.
a. Topik petikan 3. Kerja rumah :
b. Penanda “Berdasarkan 6 penanda
wacana wacana yang telah anda
2.Memberikan kerja perolehi melalui petikan,
rumah sebagai bina ayat yang sesuai”.
aktiviti pengayaan
dan pemulihan.

Rumusan Terhadap Rancangan Pengajaran Harian

Strategi Pengajaran

Strategi pengajaran yang telah diaplikasikan oleh guru ialah strategi pemusatan guru, murid
dan bahan. Pemusatan guru dilaksanakan semasa sesi penerangan rumus atau peraturan
tatabahasa tentang aspek kata terbitan. Selain itu, pemusatan guru adalah perlu untuk
bertujuan mengawal kelas dan disiplin murid. Dalam strategi pemusatan murid pula, mereka
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

terlibat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran secara berkumpulan. Sebagai contoh aktiviti
mencari penanda wacana dalam teks. Aktiviti ini memerlukan komunikasi dalam kalangan
murid. Penggunaan bahan bantu pengajaran sudah membuktikan bahawa guru ini
menggunakan strategi pemusatan bahan. Pelbagai bahan yang digunakan untuk mengukuhkan
pemahaman murid sama ada bahan maujud, bercetak dan digital.

Pendekatan Pengajaran

Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru ialah pendekatan ekletik iaitu gabungan di
antara induktif dan deduktif. Pada mulanya, guru memaparkan video tentang pencemaran air.
Terdapat beberapa penanda wacana yang disebut di dalam video dokumentari tersebut. Selain
itu, murid juga terlibat dalam sesi simulasi berdasarkan apa yang dipelajari dalam video
tersebut. Di samping itu, melalui paparan powerpoint, guru memaparkan pelbagai contoh
penggunaan penanda wacana. Murid secara tidak langsung dapat menganalisis maklumat
tersebut. Selepas itu, barulah guru bersama-sama murid mengaitkan isi pelajaran tadi dengan
hukum tatabahasa. Untuk mengukuhkan pengukuhan, murid terlibat dengan aktiviti mencari
penanda wacana dalam teks.

Teknik Pengajaran

Teknik pengajaran yang jelas digunakan adalah teknik simulasi, penerangan, permainan
bahasa, latih tubi dan soal jawab. Teknik simulasi adalah dalam kalangan murid di mana
mereka melakonkan semula berdasarkan arahan guru serta informasi dalam video
dokumentari. Seterusnya disusuli dengan teknik penerangan iaitu guru memberi penerangan
tentang penanda wacana. Teknik permainan bahasa digunakan kerana ia mampu menarik
minat murid melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelaran. Contohnya permainan
mencari penanda wacana dalam petikan. Latih tubi juga diaplikasikan di mana murid
dikehendaki menyebut semula perkataan yang ditulis. Selain itu, permainan bahasa yang
diberikan juga mempunyai unsur latih tubi. Akhir sekali adalah teknik soal jawab iaitu guru
bertanya respon dan hasil dapatan murid dalam sesi pengajaran yang telah dijalankan pada
hari itu.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

Unsur Pengajaran Secara Tidak Langsung

Dalam pengajaran ini, guru bukan secara terus menerangkan tentang konspe penggunaan
serta hukum penanda wacana. Sebaliknya, guru menyediakan bahan-bahan yang banyak
mengetengahkan penggunaan penanda wacana. Murid akan mula menganalisisnya dengan
daya fikiran masing-masing. Ini menunjukkan, pengajaran secara tidak langsung ini melatih
murid untuk berfikir kritis dan meluas tentang sesuatu ius. Setelah itu, barulah guru
membantu murid membuat kesimpulan terhadap sesuatu pengajaran tersebut. Penggunaan
penanda wacana ini sering didengar oleh murid tetapi mereka belum dapat mengkategorikan
contoh-contoh perkataan tersebut dalam hukum penanda wacana. Mereka pernah
menggunakan penanda wacana dalam pertuturan dan penulisan sebelum ini.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

MASALAH-MASALAH YANG DIAHDAPI OLEH MURID SEMASA


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASPEK
TATABAHASA

Dalam mana-mana subjek bahasa, unsur tatabahasa sangat penting sekali. Tatabahasa
merupakan penanda aras kepada pembentukan ayat dan penggunaan ayat yang standard.
Justeru, sebagai guru, kita wajarlah mengenal pasti masalah-masalah yang sering dihadapi
oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa. Terdapat beberapa masalah
dan kesalahan aspek tatabahasa yang sering dilakukan oleh murid seperti :

1. Kesalahan morfolgi
2. Kesalahan tanda baca
3. Kesalahan sintaksis
4. Kesalahan ejaan.

Kesalahan Morfologi

Contoh-contoh kesalahan morfologi adalah dari aspek penggunaan kata sendi nama, kata
bilangan, kata pemeri, menjarakkan imbuhan pinjaman, frasa yang lewah dan lain-lain.

Contoh 1 : Kesalahan dalam kata sendi nama.


Murid tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ‘d’i…dengan imbuhan ‘di’ …
Penggunaan salah : disekolah, diJohor, disini, disamping, di beri, di ambil, di anjurkan
Penggunaan betul : di sekolah, di Johor, di sini, di samping, diberi, diambil, dianjurkan

Contoh 2 : Frasa yang lewah

Salah Betul

Selain daripada itu Selain itu

Antara prasarana kemudahan yang Antara prasarana yang disediakan


disediakan…
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

Contoh 3 : Frasa yang lewah – Menggandakan kata selepas ‘saling'

Salah Betul

Saling hormat-menghormati Saling menghormati

Saling bermaaf-maafan Saling bermaafan

Kesalahan Tanda Baca

a. Kesalahan tanda tanya dan tanda seru ( ? , !)


Murid selalu tidak meletakkan tanda tanya pada akhir perkataan pada ayat tanya.
Begitu juga keadaannya dengan ayat seruan. Murid juga melakukan kesalahan dengan
meletakkan tanda seru selepas kata seruan. Contohnya:
Wah! Cantinya baju kamu. (Salah)
Wah, cantiknya baju kamu! (Betul)

Kesalahan Sintaksis

a. Kesalahan dalam ayat pasif (ganti nama diri pertama/ kedua atau ganti nama diri
ketiga). Contohnya :
Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (Salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (Betul)

Kesalahan ejaan

a. Ejaan kata pinjaman sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa
serumpun. Contohnya :
Disember (Betul), December (Salah)
b. Ejaan kata majmuk
Kesalahan ini termasuk pengejaan kata majmuk yang telah mantap
penggunaannya. Contohnya:
Salah: Pasaraya, pasaria, alatulis, lebuhraya, bandararaya
Betul: Pasar raya, pasar ria, alat tulis, lebuh raya, bandar raya
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

Justeru, sebagai guru, kita haruslah membantu murid untuk mengatasi permasalahan tersebut
dan usaha itu adalah secara berterusan kerana manusia mudah lupa. Pelbagai cara yang boleh
dilaksanakan dalam menambahbaik masalah aspek tatabahasa yang dihadapi oleh murid.

1. Latih-tubi
Teknik ini merupakan teknik tradisional namun keberkesannnya diakui sehingga hari
ini. Tidak kira dalam subjek apa sekali pun, latih tubi sentiasa diaplikasikan untuk
mengukuhkan ingatan murid terhadap sesuatu pembelajaran. Sebagai contoh, murid
kerap kali menulis perkataan seperti ‘dimana, di perbuat’. Oleh itu, guru perlu
menyediakan satu set latih tubi yang mengkategorikan penggunaan ‘di’ dengan tepat.

2. Pameran berfokus aspek tatabahasa


Ini merupakan inisiatif guru itu sendiri. Pembelajaran tatabahasa bukan sahaja berlaku
di dalam kelas malah di luar kelas. Guru akan menyediakan satu pameran berfokus
yang menitikberatkan penggunaan tatabahasa dengan betul dan tepat. Sebagai contoh,
guru akan menyenaraikan penggunaan tatabahasa yang salah dan membandingkan
dengan penggunaan tatabahasa yang tepat. Oleh itu, semua murid dan guru di sekolah
mendapat info tentang penggunaan tatabahasa yang tepat.

3. Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.


Sesetengah murid berpendapat, pembelajaran tatabahasa itu membosankan apatah lagi
jika guru hanya menyampaikan pengajaran secara deduktif. Guru perlulah kreatif dan
bijak merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh,
melibatkan aktiviti permainan bahasa, projek bahasa dan kuiz bahasa dalam sesi
pengajaran.

4. Penggunaan bahasa standard.


Murid-murid sering kali menuturkan bahasa melayu yang tidak standard. Adakalanya,
mereka menggabungkan bahasa melayu dengan bahasa kebiasaan (bahasa pasar).
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

Sebagai contoh, apabila murid meminta izin pergi ke tandas, segelintir murid
mengatakan sedemikian :
“Cikgu, tandas”. (Salah)
“Cikgu, izinkan saya pergi ke tandas”. (Betul)
Terdapat juga murid yang segan menuturkan bahasa standard sesama mereka atau
dengan guru. Oleh yang demikian, guru haruslah menjadi contoh atau role model
terlebih dahulu kerana apa yang dilakukan oleh guru sudah pastinya akan diikuti oleh
murid.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

PENUTUP

Dalam usaha mempertingkatkan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di


peringkat global, pihak sekolah terlebih dahulu memainkan peranan penting dalam menyahut
cabaran ini. Oleh itu, guru merupakan pemangkin utama dalam melonjakkan Bahasa Melayu
di persada antarabangsa. Aspek tatabahasa itu merupakan tonggak ke arah pembinaan dan
penggunaan bahasa yang standard.

Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa
yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan,
pilihan kata, susunan frasa atau ayat. Kesalahan tatabahasa harus dikesan dan dibetulkan
secara murni.

Maka, guru wajarlah memperkasakan diri dengan kemahiran bahasa bagi menjayakan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setiap hari.
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

BIBLOGRAFI

Aidah Zaraman (2012). Prinsip, Teknik, Kaedah dan Masalah Pengajaran dan Pembelajaran

Tatabahasa. http://aidahzaraman.blogspot.com/2013/05/prinsip-teknikkaedah-dan-
masalah.html. Dilayari pada 2 Julai 2013.

Aziah Mohamed (2012). Konsep Tatabahasa.

http://gen2bhs4533.blogspot.com/p/blog-page_13.html. Dilayari pada 1 Julai 2013.

Fairullizam (2011). Pengajaran Tatabahasa Dalam Konteks.

http://anthonydouglasd046622q03-forsharing.blogspot.com/2011/11/pengajaran-
tatabahasa-dalam-konteks.html. Dilayari pada 2 Julai 2013.

Sazali Mohd. Bee (2012). Definisi Tatabahasa.


http://sazalippgbm2011.blogspot.com/p/definisi-tatabahasa.html

Dilayari pada 1 Julai 2013.

Wan Mohd Affeny Bin Mustapai (2013). Empat Kesalahan Penggunaan Tatabahasa.

http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/03/empat-kesalahan-penggunaan-
tatabahasa.html. Dilayari pada 2 Julai 2013.

Yew Wen Nee (2012). Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu.


http://wenneeyew.blogspot.com/2012/10/sistem-tatabahasa-bahasa
melayu.html#.UeNESmLiM24. Dilayari pada 31 Jun 2013.
Zanariah bt. Jauhari (2012). Bahasa Melayu.

http://zekzana.blogspot.com/2012/12/bahasa-melayu.html. Dilayari pada 31 Jun 2013.

__________(2012). Teknik-teknik Pengajaran.


http://literasibmwaj3104.blogspot.com/p/teknik-teknik-pengajaran.html

Dilayari pada 31 Julai 2013.


MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
HBML 2103

You might also like