You are on page 1of 1

JHEAT.

STAM 2018

JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU


(BAHAGIAN PENDIDIKAN)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PELAJAR


KE PRA-U STAM(6 RENDAH) TAHUN 2018
SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN,
KUALA TERENGGANU
****************************************************

Calon yang ingin memohon hendaklah:

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 dengan mendapat sekurang-kurangnya


Pangkat B Bahasa Arab, Pendidikan Syariah Islam dan Pendidikan Al-Quran & Al-
Sunnah dan Bahasa Melayu lulus dengan Pangkat C dan dalam Bahasa Inggeris
mendapat Pangkat D.

2. Umur tidak melebihi 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.

Cara Memohon:

♦ Calon yang berminat hendaklah mengisi Borang JHEAT.STAM 2018 yang boleh didapati di
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Pendidikan), Sekolah-Sekolah Menengah
Agama Terengganu, Pejabat Agama Daerah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
Borang yang telah diisi hendaklah dihantar melalui Pengetua Sekolah masing-masing dan
dihantar kepada:-

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,


Bahagian Pendidikan,
Tingkat 2, Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
20676 Kuala Terengganu.

♦ Tarikh Tutup Permohonan: 25 Mac 2018**


** Permohonan hendaklah menggunakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2018
*** Sila lampirkan salinan keputusan SPM, salinan kad pengenalan pemohon, ibubapa dan
dokumen lain berkaitan jika ada. Semua Salinan dokumen berkenaan perlu disahkan oleh
Pengetua/Pegawai Kumpulan A/Penghulu

( HAJI LOTHMAN BIN AWANG )


Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pendidikan)
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Tarikh:

You might also like