You are on page 1of 3

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat

(AS) bersetuju untuk memberikan tumpuan kepada


pembuatan serta pengedaran vaksin COVID-19
apabila ia tersedia kelak, kata Menteri Luar, Datuk
Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin dalam akaun Twitternya


memaklumkan, perkara itu dibincangkan antara
beliau dengan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo,
menerusi perbualan telefon, semalam.

Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan isu


Laut China Selatan dengan Hishammuddin
menyatakan bahawa perkara berkenaan mesti
diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip
diiktiraf undang-undang antarabangsa, termasuk
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

"Baru saja bercakap telefon dengan Setiausaha


Negara AS @SecPompeo - kedua-dua bersetuju
menumpukan usaha terhadap pembuatan &
pengedaran vaksin #COVID19, apabila ia sudah
tersedia. Turut dibincangkan mengenai
#LautChinaSelatan yang mesti kekal menjadi laluan
perdagangan dan perairan yang aman," demikian
dipetik daripada Twitter beliau, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jurucakap Jabatan


Negara AS, Cale Brown, dalam satu kenyataan
melalui laman webnya, menyatakan bahawa
Pompeo dan Hishammuddin juga berbincang
mengenai Perkongsian Komprehensif AS-Malaysia.

"Kedua-duanya turut membincangkan kerjasama


ekonomi dan kesihatan yang berterusan susulan
pandemik COVID-19," menurut kenyataan itu.

Sementara itu dalam ciapan terdahulu,


Hishammuddin berkata, Malaysia dan China juga
sepakat untuk secara aktif mengadakan kerjasama
mengenai vaksin COVID-19.
Perkara itu dibincangkan melalui perbualan telefon
antara Menteri Luar dan rakan sejawat dari China,
Wang Yi, kelmarin, dan kedua-dua pihak bersetuju
mencari jalan untuk bersama-sama memastikan
keselamatan rantaian bekalan vaksin COVID-19,
sekali gus memperlihatkan isyarat positif mengenai
perpaduan serta kerjasama Malaysia dengan China.
– BERNAMA

Lagi berita mengenai COVID-19

You might also like