You are on page 1of 3

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

bercadang memperluaskan penggunaan teknologi


dron dalam usaha memantau aktiviti di kawasan
pedalaman di negara ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina


Mohd Harun, berkata penggunaan teknologi dron itu
dapat membantu kekangan kakitangan kementerian
khususnya bagi memantau kawasan pedalaman di
Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, penggunaan teknologi berkenaan


dilihat berkesan dalam membantu mengesan
terutama di lokasi yang bentuk muka buminya yang
sukar serta dapat mempercepatkan proses siasatan.

“Kementerian sudah pun mempunyai maklumat


asas 80 peratus daripada kira-kira 17,000 kampung
di seluruh negara, namun masih memerlukan
maklumat lengkap bagi membuat perancangan
untuk membangunkan kampung terbabit,” katanya
pada sidang media selepas menghadiri Hari Inovasi
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
2018 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, timbalannya, R Sivarasah dan


Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Dr Ahmad Jailani
Muhamed Yunus.

Hari Inovasi 2018 bertemakan, ‘Inovasi Pemacu Luar


Bandar’ itu bertujuan membina budaya inovasi
kreatif ke arah pemerkasaan produktiviti dalam
kalangan warga KPLB bagi kesejahteraan rakyat
dalam pembangunan luar bandar.

Enam kategori dipertandingkan iaitu anugerah kualiti


pengurusan kenderaan, pengurusan kewangan,
pengurusan pejabat terbaik, pengurusan
keselamatan dokumen, penilaian ‘outcome’ terbaik
dan anugerah inovasi perkhidmatan awam (kategori
teknikal dan kategori pengurusan).
Rina berkata, kementeriannya masih memerlukan
maklumat tambahan seperti jumlah jalan yang perlu
dibaiki atau bilangan lampu jalan sudah mencukupi
atau sebaliknya bagi memudahkan kementeriannya
membuat perancangan yang lebih baik kepada
rakyat.

Menurutnya, ia selari dengan cadangan


kementeriannya untuk melaksanakan program Desa
Harapan yang akan dilancarkan pada 18 Disember
ini bertujuan mempertingkatkan keupayaan
masyarakat luar bandar yang diterajui golongan
belia bagi membangunkan kampung masing-
masing.

“Program yang diperkenalkan di bawah Gerakan


Desa Harapan dengan kerjasama syarikat korporat
swasta itu bertujuan menggalakkan pembangunan
ekonomi dan modal insan yang khusus di sesebuah
kampung di seluruh negara,” katanya.

You might also like