You are on page 1of 1

Temu bual dengan Pekerja

Saya : Nama saya Rashinee A/P A.Vadiveloo. Saya gembira dapat berjumpa dengan anda.
Apa khabar mak cik ? Saya ingin menemu bual mak cik pada hari ini. Bolehkah anda
memperkenalkan diri anda?

Pekerja sekolah : Selamat sejahtera cikgu. Nama saya Surammal A/P Krishnan. Saya
berasal dari Panching, Kuantan Pahang. Saya khabar baik, saya juga gembira kerana dapat
berjumpa dengan anda cikgu. Boleh,tentu saya boleh membantu untuk memberitahu
informasi yang anda inginkan.

Saya : Soalan pertama saya ialah berapa lama anda berada dalam perkhidmatan di sini.
Beritahu, saya serba sedikit pengalaman anda di sekolah ini ?

Pekerja sekolah : Saya rasa sudah lama saya berkerja di sini, agak-agak 13 tahun saya
berkhidmat di sekolah ini. Pengalaman mengenai sekolah ini,kalau saya nak beritahu satu
hari pun tak cukup. Memang banyak pengalaman manis dan pahit yang saya lalui di sekolah
ini.

Saya : Oh, macam itu ia. Bagaimana pula tentang budaya sekolah ini ?

Pekerja sekolah : Mengenai sekolah pula banyak perubahan telah berlaku mengikut
perubahan semasa di sekolah ini. Banyak kemudahan telah disediakan untuk belajar serta
bilangan guru-guru di sekolah juga bertambah dan semua guru di sekolah ini juga
berkelayakan. Dari segi sistem pengurusan sekolah pula, lebih sistematik dan lebih teratur
serta terancang. Segala strategi dan pelaksanaan sekolah dalam P&P sangat bagus.
Peningkatan prestasi sekolah dalam UPSR sentiasa meningkat pada setiap tahun di sekolah
ini.

Saya : Terima kasih atas komitmen dan masa makcik kerana sudi temu bual dengan saya.

Pekerja sekolah : Terima kasih juga kerana temu bual saya. Semoga anda berjaya dan
maju jaya.

You might also like