Professional Documents
Culture Documents
a) Sinopsis ........................................................................................................................................ 2
j) Refleksi ....................................................................................................................................... 13
k) Rujukan ....................................................................................................................................... 14
1
a) Sinopsis
Secara amnya, muzik adalah medium pernyataan sosial yang sangat asas dalam
kehidupan manusia sejak zaman Yunani lagi. Menurut Norshafawati Saari, Asiah Sarji,
Fuziah Kartini(2000), muzik adalah alat mendekati masyarakat dan menjadi
sebahagian daripada unsur dalam kehidupan masyarakat. Alat muzik merupakan alat
yang digunakan untuk mewujudkan muzik yang koheren. Kastanet merupakan salah
satu alat muzik yang menjadi kesukaan ramai. Sejarah Kastanet bermula di Greece
Purba,di mana instrumen yang menyerupai kastanet dimainkan dan dipanggil ‘krotala’.
Kastanet diperolehi daripada perkataan Sepanyol yang bermaksud ‘chestnut castana’
(Sejarah Kastenet, 2015). Kastanet ini berbentuk pir dan diperbuat daripada gading,
kayu keras, logam, dan plastik. Alat ini terdiri daripada dua bahagian yang diikat
dengan tali atau getah. Kastanet ini mempunyai gelung tali atau getah kastanet
disarungkan pada jari tengah dan letak di atas tapak tangan. Selepas itu, perlu ketuk
kastanet dengan hujung jari.
Produk inovasi yang saya buat sebagai Bahan Bantu Mengajar(BBM) dalam
mengajar matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi(RBT) ialah kastanet. Saya pilih
alat muzik sebagai BBM kerana penggunaan muzik boleh mewujudkan dalam
Pengajaran dan Pendekatan(PdPc) yang menarik dan seronok. Penggunaan muzik
dalam pembelajaran dan pengajaran kerja amali kemahiran hidup dapat meningkatkan
minat belajar, meningkatkan prestasi dan bersedia belajar, membina keseronokan
mengikut mood dan keadaan serta menambahbaik hasil kerja dan daya ingatan
kepada pelajar (Hamisah bin Salim, 2010). Oleh itu, saya percaya bahawa produk
inovasi saya iaitu kastanet boleh menjadi BBM yang baik dan disukai oleh para pelajar.
2
b) Carta alir proses lukisan
3
Mengukur dan kayu menggunakan pembaris
keluli dan pensel
4
c) Carta gantt
5
d) Pernyataan Masalah
Menurut Ang Huat Bin (2000), bidang RBT tidak seharusnya menjadi satu perkara
yang membosankan, sukar dan sesuai untuk pelajar yang pintar sahaja, malah ia
diharapkan dapat membuka ruang dan peluang kepada pelajar yang agak perlahan
penguasaannya dalam akademik. Dengan ini, saya hendak merancang satu PdPc
yang menarik dan berlainan menggunakan kastanet sebagai BBM. Seterusnya,
berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai, penggunaan muzik akan memberi kesan
yang besar kepada golongan pelajar kerana boleh merangsang perasaan dan
pemikiran mereka. Oleh itu, saya memilih pendekatan ini untuk mengajar topik-topik
tertentu dalam matapelajaran RBT dan memudahkan murid untuk mengingati perkara
yang diajar.
Selain itu, saya memilih kastanet sebagai alat muzik dalam PdPc saya adalah
kerana ia mudah digunakan. Hal ini demikian kerana kastanet merupakan alat perkusi
tidak berpic iaitu alat yang menghasilkan satu ton bunyi sahaja. Oleh itu, alat ini tidak
perlukan pengetahuan dan kemahiran Muzik yang baik untuk memainkannya.
Saya juga percaya bahawa Muzik yang dihasilkan oleh Kastanet lebih merdu
dan akan disukai oleh para pelajar. Ia juga boleh memainkan peranan sebagai terapi
Muzik yang dapat menenangkan fikiran murid supaya lebih berfokus kepada pelajaran
yang diajar.
6
e) Pencetusan idea (Analisis SWOT)
Saya mendapat idea untuk menghasilkan satu produk inovasi alat muzik iaitu kastanet
selepas membuat pelbagai analisis. Saya membuat keputusan untuk memilih
pendekatan melalui Muzik selepas merujuk kepada teori kecerdasan pelbagai dan
pembelajaran abad ke 21. Seterusnya, saya memilih untuk membuat kastanet selepas
merujuk kepada alat-alat muzik yang mudah digunakan tanpa ilmu tentang Muzik dan
alat muzik yang tidak berpic.
Kekuatan produk inovasi saya ialah mudah bawa kerana kastanet bersaiz kecil
dan ringan. Oleh itu, guru boleh menggunakan alat ini di mana sahaja mahupun di
dalam kelas dan luar kelas kerana tiada perlukan tenaga yang banyak untuk
membawa. Selain itu, produk inovasi saya adalah mesra alam. Hal ini demikian kerana
saya menggunakan bahan iaitu kayu yang guna semula(reuse) untuk menghasilkan
produk ini. Walaupun kayu itu diguna semula namun kualitinya terjamin. Tali kastanet
tersebut juga guna semula iaitu tali daripada pakaian. Ia juga mesra alam kerana tidak
akan menghasilkan pencemaran alam dan juga tidak menggunakan bahan yang boleh
mengakibatkan pencemaran seperti plastik.
Kekuatan seterusnya ialah produk ini senang digunakan. Ini kerana kastanet
merupakan alat muzik yang manghasilkan satu ton sahaja dan akan menciptakan
irama yang tidak bernada. Orang yang memainkan kastanet ini hanya perlu
memukulnya menggunakan tangan dan jari. Tiada kemahiran dan ilmu tentang Muzik
dikehendaki untuk memainkan alat ini. Pengguna hanya perlu membuat latihan
sebanyak dua, tiga kali untuk menjadi mahir dalam memainkan alat ini.
Kelemahan produk inovasi saya adalah ia tidak sesuai untuk semua lagu dan
situasi. Oleh sebab, ia tidak menghasilkan pic, pengguna boleh menggunakan alat ini
untuk lagu yang singkat dan hanya untuk kanak-kanak. Jika menggunakan alat ini
untuk masa yang lama, para penonton dan pendengar boleh menjadi bosan dan tidak
berminat terhadap PdPc atau persembahan.
Ancaman yang terdapat adalah alat-alat muzik yang lain seperti drum,
kerincing dan loceng. Alat-alat ini juga daripada kumpulan alat muzik yang tidak berpic
7
yang juga boleh digunakan sebagai BBM semasa mengajar. Di samping itu, teknologi
multimedia dan komunikasi juga boleh menjadi ancaman kerana murid sekarang lebih
bersuka kepada pendekatan ICT.
8
f) Perkembangan idea (Rujuk Tugasan 3)
9
g) Senarai bahan yang digunakan
10
h) Lukisan projek dalam 3D (Rujuk Tugasan 3)
11
i) Strategi pemasaran
Produk yang saya hasilkan adalah kastanet. Kastanet ini diperbuat daripada
kayu dan bertahan lama. Kastanet ini berukuran 7cm x 7.5cm x 2cm. Oleh sebab ia
kecil dan ringan, kastanet ini mudah dibawa dan digunakan. Produk ini dibungkus
dalam plastik, kemudian dimasukkan dalam kotak supaya tidak mudah pecah dan
kotor. Di atas pembungkusan kotak, terdapat gambar kastanet dan cara
memainkannya untuk memudahkan pengguna.
Menurut Siti Nurizan Mohd Husin (2015), promosi adalah apa jua usaha dan
teknik yang berkesan yang direka bentuk untuk menjual produk. Saya
mempromosikan produk saya melalui iklan dalam laman Facebook, Instagram, dan
Whatsapp. Saya juga berhebah produk saya dengan risalah kepada para guru, pelajar
dan ibu bapa.
12
j) Refleksi
Pertama sekali, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pensyarah yang
membantu saya untuk menyiapkan tugasan. Semasa melaksanakan tugasan tersebut,
saya mempelajari banyak ilmu dan perkara di samping mengalami juga banyak
masalah dan kekangan.
Kelemahan tugasan ini adalah saya menjadi sangat stres semasa membuat
tugasan kerana rangkaian internet tidak kuat. Selain itu, perisian Autocad saya
bermasalah sehingga saya mengalami kesukaran untuk membuat lakaran. Saya juga
tidak yakin terhadap lukisan projek 3D yang saya buat.
13
k) Rujukan
Aini Hayati Mohamed, F. M. (2017). Pengajian Perniagaan 1. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Ang Huat Bin. (2000). Konsep dan kaedah pengajaran dengan penekanan pendidikan
inklusif. 50.
Angela M. Rushton & David J. Carson. (2014). The Marketing of Services : Managing the
intangibles. European Journal of Marketing, 60.
Norshafawati Saari, A. S. (2010). Muzik dan Pembangunan Sosial : Paparan Dasar Industri
Hiburan dalam Akahbarakhbar di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 62.
Hamisah bin Salim. (2010). Penggunaan Muzik dalam Pembelajaran dan Pengajaran Kerja
Amali Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. 26.
Siti Nurizan Mohd Husin, S. S. (2015). Peranan 4P sebagai tarikan pelanggan ke pasaraya :
Kajian kes di pasaraya Z. 15.
14
l) Lampiran
15