You are on page 1of 15

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/330674906

CABARAN MEMBESARKAN ANAK-ANAK AUTISME DARIPADA PERSPEKTIF IBU


(THE CHALLENGES OF NURTURING AUTISTIC CHILDREN FROM THE MOTHER'S
PERSPECTIVE)

Article · January 2018

CITATION READS
1 2,749

2 authors, including:

Siti Marziah
Universiti Kebangsaan Malaysia
55 PUBLICATIONS   5 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

THE ASSESSMENT OF MARITAL QUALITY AMONG NEWLY WED View project

THE PREDICTORS OF LIFE SATISFACTION OF MIDDLE-AGED MALAY WOMEN IN KUALA LUMPUR AND KELANTAN View project

All content following this page was uploaded by Siti Marziah on 28 January 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 57-70 ISSN-2289-8174 57

CABARAN MEMBESARKAN ANAK-ANAK AUTISME DARIPADA PERSPEKTIF IBU


(THE CHALLENGES OF NURTURING AUTISTIC CHILDREN FROM THE MOTHER’S
PERSPECTIVE)

1
Siti Marziah Zakaria
Nor Shahirah Mat Tauhaid

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan


Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

Corresponding author: sitimarziah80@gmail.com

ABSTRACT
The prevalence of Autism Spectrum Disorders (ASD) cases has been increased worldwide. There
are countless aspects of challenges faced by parents to bring up children with ASD. Parents of
children with ASD are often reported to have higher stress in parenting compared to parents
with normal children or children with other disabilities such as Down syndrome. Therefore, this
study was exploring the challenges faced by mothers of children with ASD. The mothers have
been selected because they are the primary guardians and spend a lot of time nurturing these
children. This qualitative study involved in-depth interviews with five (5) informants in Selangor.
The thematic analysis identified the challenges faced by the mothers of children with ASD, which
are the aspects of behavioral, financial and community acceptance. The findings showed that the
mothers of children with ASD encountered numerous complicated challenges which require the
support of all parties to address those challenges. High support and understanding are really
needed from the spouse, normal children, local communities, and governments to alleviate their
difficulties. Thus, the findings of this study hopefully will help various parties to understand the
challenges faced by the mothers of children with ASD. It can also be the guiding principle in
designing supportive programs and interventions for children with ASD as well as their parents.
Keywords: autisme, challenges, nurturing, mothers of children with ASD, Selangor

PENGENALAN merujuk kepada kepelbagaian manifestasi


kecelaruan seperti keterukan keadaan
Autisme atau nama lainnya Kecelaruan autistik, tahap perkembangan dan umur
Spektrum Autisme (ASD) merupakan salah kronologi. ASD merupakan satu kecelaruan
satu masalah perkembangan saraf yang perkembangan dan neurologi yang
boleh dicirikan dengan masalah kemahiran kompleks. Ia melibatkan struktur dan fungsi
sosial, tingkah laku dan komunikasi bukan otak dan sistem saraf. Kecelaruan ini
lisan seperti tiada pandangan mata. memberi kesan kepada kemahiran sosial
Penggunaan perkataan spektrum pula
96

seseorang individu serta kemampuan dunia memiliki simptom autisme dan


berkomunikasi. Salah satu ciri-ciri yang dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak
jelas pada kanak-kanak ASD ialah tingkah di Malaysia mengalami masalah ini (Utusan
laku berulang dan minat yang terbatas Online, 2013). Selain itu, statistik
(American Psychiatric Association, 2013). menunjukkan terdapat 47 000 orang autisme
yang berumur antara 6 bulan hingga lewat
Autisme boleh berlaku seawal umur 20-an di Malaysia.
12 bulan bahkan lebih awal jika masalah
kelewatan perkembangannya adalah teruk Fasa keibubapaan sememangnya
atau boleh berlaku lewat daripada 24 bulan merupakan fasa yang penuh dengan tekanan.
jika simptom-simptom yang ditunjukkan Walau bagaimanapun, punca tekanan bagi
adalah tidak ketara (Centers for Disease ibu bapa kanak-kanak normal dan kanak-
Control, 2013). Corak permulaannya dapat kanak ASD adalah berbeza kerana tekanan
dilihat melalui kelewatan perkembangan daripada kanak-kanak normal adalah
awal atau kehilangan sebarang kemahiran disebabkan oleh masalah tidak mendengar
sosial dan bahasa. Ciri-ciri ASD menjadi kata atau degil sahaja. Ibu bapa yang
lebih jelas pada zaman kanak-kanak awal anaknya didiagnos dengan ASD secara
iaitu dalam sesetengah kes menunjukkan konsistennya dilaporkan lebih tertekan
kekurangan minat dalam interaksi sosial berbanding ibu bapa kepada kanak-kanak
pada tahun pertama kehidupan (Paul & yang membesar secara normal. Ibu bapa
Kimberly, 2011). Selain itu, simptom anak-anak ASD perlu memberikan perhatian
pertama ASD selalunya melibatkan yang lebih kepada anak-anak ASD
kelewatan dalam perkembangan bahasa dan berbanding dengan anak-anak yang normal.
sering dikaitkan dengan kekurangan minat Mereka perlu mempunyai strategi yang
sosial atau interaksi sosial yang luar biasa, khusus dan teliti untuk membesarkan anak-
corak permainan yang ganjil dan corak anak ini (Hall & Graft, 2011). Penjagaan
komunikasi yang luar biasa. Pada tahun anak-anak ASD menjadi lebih rumit jika ibu
kedua, tingkah laku ganjil dan berulang- bapa telah berpisah atau tidak tinggal
ulang serta tidak bermain secara normal bersama. Dalam keadaan ini, sokongan
akan menjadi lebih ketara (Paul & daripada keluarga, terutamanya datuk dan
Kimberly, 2011). nenek kepada anak-anak ASD tersebut
sangat diperlukan (Hall & Graft, 2011).
Menurut kajian kebangsaan di
Amerika Syarikat pada 2008 di 14 komuniti Tekanan berpunca daripada tingkah
berbeza mendapati satu daripada 88 kanak- laku kanak-kanak ASD itu sendiri yang
kanak yang berusia 8 tahun didiagnos berbeza dan mencabar berbanding kanak-
sebagai Kecelaruan Spektrum Autisme kanak normal (Dyson, 1997). Kanak-kanak
(ASD). Pada tahun 2012 pula autisme telah yang didiagnos sebagai ASD mengalami
menjadi tumpuan negara Perancis dan kemerosotan komunikasi, sosial dan
Menteri Kesihatannya menjangkakan kadar kesukaran tingkah laku. Oleh itu, simptom-
penyakit autisme adalah 60 orang daripada simptom tingkah laku yang wujud seperti
10000 orang iaitu bersamaan dengan tingkah laku berulang, mudah marah,
seorang daripada 150 orang. Statistik yang bersikap agresif, hiperaktif dan kurang
dikeluarkan oleh Persatuan Kebangsaan memberi perhatian boleh menyebabkan
Autisme Malaysia (Nasom) pada 2013 juga kesukaran seterusnya membawa kepada
menunjukkan setiap seorang daripada 150 tekanan fizikal dan mental ibu bapa dalam
kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh membesarkan mereka (Pisula, 2007). Proses
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 57-70 ISSN-2289-8174 97

penjagaan anak-anak ASD memberikan dilakukan melalui kaedah eksperimental dan


cabaran yang berbeza kepada ibu bapa data numerikal yang dipungut dianalisis
mereka, bergantung kepada simptom dan dengan ujian statistik.
kemahiran yang dimiliki oleh anak-anak
ASD. Lantaran itu, masyarakat perlu Pendekatan fenomenologi telah
mengetahui dengan lebih mendalam digunakan bagi meneroka pengalaman
mengenai cabaran-cabaran yang dilalui oleh subjektif informan serta persepsi mereka
keluarga kanak-kanak ASD untuk terhadap pengalaman tersebut.
memahami dan memberikan bantuan kepada Fenomenologi boleh didefinisikan sebagai
ibu bapa kanak-kanak tersebut. Justeru, kajian penstrukturan pengalaman atau
kertas kerja ini akan meneroka dengan kesedaran. Secara umumnya, fenomenologi
mendalam cabaran yang dihadapi oleh ibu adalah kajian fenomena yang merangkumi
kanak-kanak ASD di Selangor. kemunculan sesuatu perkara atau perkara
yang mungkin muncul dalam kehidupan
kita. Fenomenologi mengkaji pengalaman
sedar yang dialami dan ia dilihat daripada
METODOLOGI pandangan informan atau orang yang
terlibat.
Rekabentuk kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif. Menurut Rozmi Ismail (2012) Persampelan kajian
penyelidikan kualitatif adalah satu
pendekatan penyelidikan yang memberi Persampelan kajian adalah proses pemilihan
penekanan kepada deskriptif, induktif dan secara teratur atau sistematik sejumlah
teori kajian ke atas bagaimana manusia subjek daripada populasi untuk dijadikan
memberi makna kepada kehidupan mereka. informan dalam sesuatu kajian. Sampel
adalah subset dalam populasi yang dianggap
Dalam kajian ini, kaedah kualitatif boleh mewakili populasi tersebut. Oleh itu,
digunakan dengan membuat temubual persampelan kajian merupakan teknik yang
terhadap ibu kepada kanak-kanak ASD yang penting bagi menjamin data yang didapati
telah didiagnos oleh pakar bagi mengetahui adalah tinggi kesahan dan
pengalaman mereka berhadapan dengan kebolehpercayaannya. Persampelan kajian
tingkah laku agresif dan hiperaktif kanak- yang digunakan pengkaji adalah
kanak ASD serta mengetahui mengenai persampelan bola salji iaitu merupakan
strategi daya tindak yang digunakan dalam persampelan bukan kebarangkalian.
menghadapi tingkah laku agresif dan
hiperaktif kanak-kanak ASD. Oleh itu, Teknik persampelan bola salji
kaedah kualitatif merupakan pilihan yang digunakan apabila elemen kajian yang
tepat untuk memperolehi dan mendalami diperlukan adalah sukar dikenalpasti dan
maklumat dengan lebih terperinci dihubungi. Persampelan bola salji
berbanding kaedah kuantitatif kerana ia melibatkan individu yang terpilih dan beliau
bersifat lebih mendalam dan menyeluruh kemudiannya akan mencadangkan
berbanding kajian kuantitatif yang lebih penglibatan orang lain (Rozmi Ismail,
menekankan kepada data numerikal. 2013). Sampel kajian melibatkan informan
Menurut Rozmi Ismail (2013), penyelidikan yang kesemuanya merupakan ibu kandung
kuantitatif dikaitkan dengan data numerikal atau penjaga utama kepada kanak-kanak
dan ketepatan di mana penyelidikan ASD. Informan merupakan mereka yang
98

terlibat secara aktif dalam penjagaan anak dengan mendengar semula rakaman audio
mereka yang merasai keperluan serta yang telah digunakan sepanjang temu bual
cabaran dalam membesarkan anak ASD. Hal dijalankan.
ini membolehkan pengkaji dapat mengetahui
pengalaman dan mendapatkan data yang Analisis data
sahih. Informan terdiri daripada mereka
Analisis data ialah proses mengkategori,
yang mempunyai anak ASD yang berusia 6
meringkas, menyusun dan memanipulasi
hingga 13 tahun. Seramai 5 orang penjaga
data yang diperolehi untuk menjawab
utama, iaitu ibu kepada anak-anak ASD
persoalan dan hipotesis kajian. Data
terlibat dalam kajian ini. Mereka menetap di
kualitatif bersifat diskrit dan selanjar iaitu
Semenyih, Bangi dan Sri Kembangan.
tepat dan tidak ada kekosongan antara
Prosedur pengumpulan data nombor. Dapatan temu bual kemudiannya
diteliti melalui analisis kandungan iaitu
Temu bual separa berstruktur telah analisis tematik. Menurut Braun dan Clarke
dijalankan bagi kesemua informan. Teknik (2006) analisis tematik adalah sangat
temu bual ini hanya menyediakan soalan- fleksibel, mudah dan sesuai bagi penyelidik
soalan utama dan soalan susulan yang tidak mempunyai pengalaman dalam
kemudiannya adalah berdasarkan jawapan penyelidikan kualitatif dan keputusan
informan. Temu bual kualitatif analisis tersebut dapat memberi maklumat
membolehkan pengkaji untuk memahami kepada masyarakat. Seterusnya, mereka
dunia informan dari sudut pandangan menambah, analisis tematik melibatkan
mereka dan mengungkap pengalaman pencarian dalam keseluruhan set data iaitu
mereka. Temu bual merupakan teknik melibatkan beberapa temu bual atau
pengumpulan data yang melibatkan interaksi kumpulan berfokus atau pelbagai teks umtuk
bersemuka atau melalui percakapan telefon mencari pola makna berulang (Braun &
antara pengkaji dengan orang yang ditemu Clarke, 2006). Analisis tematik
bual tetapi dalam kajian ini, pengumpulan memfokuskan tema yang boleh dikenal pasti
data hanya melibatkan interaksi bersemuka. daripada hasil temu bual yang dijalankan.
Protokol temu bual juga telah
disediakan iaitu mengandungi senarai soalan
yang diutarakan dalam sesi temu bual dan ia DAPATAN KAJIAN
telah disediakan sebelum temu bual
Latar belakang informan
dijalankan. Temu bual secara separa
berstruktur ini terdiri daripada soalan-soalan Informan Satu (1)
terbuka. Soalan-soalan terbuka dapat
meneroka dengan lebih terperinci Informan (1) menetap di Seri Kembangan
pengalaman ibu dalam membesarkan anak dan merupakan ibu kandung kepada anak
ASD dan bagaimana mereka menghadapi ASD yang bernama Haziq yang berumur 10
tingkah laku agresif dan hiperaktif kanak- tahun. Beliau juga mempunyai anak yang
kanak ASD. Temu bual mendalam yang lain selain Haziq. Haziq didiagnos dengan
dilakukan secara bersemuka ini ASD jenis sederhana sewaktu berumur 3
membenarkan informan menggambarkan tahun lebih. Informan memaklumkan
pengalaman menggunakan perkataan bahawa beliau dapat mengenal pasti
mereka sendiri. Setelah itu, pengkaji akan perbezaan anaknya disebabkan oleh
mentranskrip temu bual yang dijalankan perkembangan anaknya yang berbeza
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 57-70 ISSN-2289-8174 99

berbanding abang dan kakaknya dengan jenis teruk (severe) pada umur 2 tahun, Kini,
menyatakan “…dia punya perbezaan Farhan berumur 11 tahun. Informan
perkembangan tu kan tak sama dengan memaklumkan bahawa pada mulanya anak
kakak dan abang dia. Dari situ kita tahu beliau melalui proses perkembangan yang
yang dia ini lain. Bila kita search google normal tetapi sehinggalah anaknya berumur
tengok simptom-simptom dia, adalah dia setahun 8 bulan, terdapatnya perubahan pada
punya simptom pada autistik tu ada…” tingkah laku Farhan seperti yang dinyatakan
oleh informan, “Tak nampak apa-apa
Informan Dua (2) perubahan semua sampai umur dia setahun 4
bulan dia dah boleh sebut mama, dia boleh
Informan (2) menetap di Bandar Seri Putra,
bye-bye macam kalau kita pergi kerjakan so
Bangi dan merupakan ibu kandung kepada
dia akan ‘bye-bye mama’, macam tu lah,
anak tunggal yang mempunyai ASD
macam biasalah dia punya perkembangan tu
bernama Aiman yang berumur 13 tahun.
tiada masalah lah sampailah umur dia
Aiman didiagnos dengan ASD jenis
setahun 8 bulan perasan, kita panggil dia,
sederhana tetapi Aiman juga mempunyai
dia tak toleh, tak respon. Lepas tu dia suka
ADHD dan kelewatan pertuturan (speech
sensorang dia tak suka bising-bising, dia tak
delay) ketika berumur 3 tahun. Informan
suka pergi tempat yang macam crowded-
memaklumkan bahawa beliau dapat
crowded, dia tak suka air, start-nya setahun
mengenal pasti kelainan anaknya kerana
8 bulan tu la dia tak suka air. Keluar mandi
Aiman tidak mengikuti perkembangan yang
pun menjerit-jerit macam tengok hantu
sepatutnya dengan menyatakan “…detect
macam tu kan…”
dia masa umur setahun setengah sebab ikut
dia punya chart tu dia tak ikut Informan Lima (5)
perkembangan tau sebab tak boleh bercakap
lagi …” Informan (5) menetap di Semenyih dan
merupakan ibu angkat kepada seorang anak
Informan Tiga (3) tunggal bernama Asyraf yang berumur 6
tahun. Asyraf didiagnos dengan ASD jenis
Informan (3) menetap di Seri Kembangan
ringan ketika berumur 2 tahun. Informan
dan merupakan ibu kandung kepada tiga
sebelum ini memaklumkan mempunyai
orang anak iaitu anak sulungnya Lutfi
seorang anak kandung yang menghidap
mempunyai ASD. Anak keduanya adalah
penyakit cerebral palsy (CP). Walau
anak perempuan yang tipikal atau normal
bagaimanapun, anak kandungnya telah
manakala anak ketiganya adalah lelaki yang
meninggal dunia pada usia 13 tahun.
berumur 1 tahun lebih yang juga disyaki
Informan menyatakan bahawa beliau dapat
mempunyai ASD yang sekarang ini sedang
mengenal pasti ASD disebablan oleh
dalam penilaian pakar. Lutfi berumur 12
teguran daripada adik iparnya yang
tahun dan didiagnos dengan ASD jenis
mencadangkannya berjumpa doktor seperti
ringan.
yang dinyatakan oleh informan “…macam
Informan Empat (4) akak dapat kesan awal sebab adik ipar tu
cikgu pendidikan khas, dia tengok lain, dia
Informan (4) menetap di Bandar Seri Putra, cakap. Dia cadangkan pergi hospital sebab
Bangi dan merupakan ibu kepada tiga orang dia tengok Asyraf tak campur gaul dengan
anak iaitu dua orang lelaki dan seorang orang. Dia sendiri je. Kita panggil pun buat
perempuan. Anak bongsu beliau bernama tak dengar je. Entah apa lah agaknya kuasa
Farhan dan telah didiagnos dengan ASD Tuhan…”
100

CABARAN IBU-IBU ANAK ASD

Tingkah laku
agresif

Tingkah laku
Tingkah laku
hiperaktif

Masalah kederiaan

Berhenti kerja
CABARAN Kewangan
Terapi yang mahal

Tiada
pengetahuan

Masyarakat Menghukum

Sindiran

Rajah 1: Tema bagi cabaran yang dihadapi oleh ibu kanak-kanak ASD
Analisis temu bual mendapati cabaran yang Cabaran tingkah laku
dihadapi oleh informan adalah dari segi
tingkah laku kanak-kanak ASD, kewangan Hasil daripada analisis tematik yang
keluarga dan layanan masyarakat terhadap dilakukan mendapati tingkah laku kanak-
kanak-kanak ASD. Hasil daripada analisis kanak ASD merupakan antara cabaran
yang dilakukan mendapati tingkah laku utama yang dihadapi oleh ibu kanak-kanak
kanak-kanak ASD merupakan cabaran ASD. Antara tingkah laku yang
utama yang dihadapi oleh ibu kepada kanak- mendatangkan cabaran kepada informan
kanak ASD. Antara tingkah laku yang adalah seperti tingkah laku agresif, tingkah
mendatangkan cabaran kepada ibu bapa laku hiperaktif dan juga tingkah laku yang
adalah seperti tingkah laku agresif, tingkah melibatkan ciri-ciri kederiaan kanak-kanak
laku hiperaktif dan juga tingkah laku yang ASD seperti tidak boleh berkomunikasi
melibatkan ciri-ciri kederiaan kanak-kanak secara verbal dan mempunyai sensori yang
ASD seperti tidak boleh berkomunikasi, sangat sensitif.
tidak memberi respon terhadap kata-kata
orang lain serta mempunyai sensori yang Tingkah laku agresif menjadi
sangat sensitif. cabaran utama kepada informan kerana
kanak-kanak ini mudah untuk bertingkah
laku agresif terhadap orang yang berada di
sekitar mereka dan selalunya yang menjadi
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 57-70 ISSN-2289-8174 63

mangsa tingkah laku agresif kanak-kanak “…this past dalam 2 years juga almost
ASD adalah ibu bapa dan adik beradik yang everydays saya kena pukul, kena cubit,
lain. Terdapat 4 daripada 5 orang informan kalau mandi ni tengok badan biru, hijau,
menyatakan bahawa anak mereka purple. Rasa sedih you punya, your own
mempunyai tingkah laku agresif. Antara child!”
tingkah laku agresif yang sering dinyatakan
oleh informan adalah seperti mencengkam, (Informan 3)
menendang, membaling barang, mencubit,
Bagi tingkah laku hiperaktif pula,
mencekik, menarik rambut, menghantuk
cabaran yang dihadapi oleh ibu adalah anak
kepala dan menjerit. Menurut empat orang
mereka suka berlari, tidak boleh duduk
informan tingkah laku anak ASD yang
diam, menyepahkan barang dan suka
agresif ini terjadi disebabkan oleh
menghilangkan diri. Melalui analisis yang
permintaan mereka yang tidak dipenuhi.
dijalankan, hampir kesemua anak informan
“Kalau macam dia tak puas hati sesuatu yang ASD pernah dilaporkan hilang di
benda, macam dia nak tapi tak dapat, dia tempat awam terutama sekali di tempat
akan marah-marah juga, dia akan marah- membeli belah. Perkara ini amat
marah... Menangis.Ada tahap kadang- membimbangkan dan mencabar kerana
kadang dia baling barang juga…” informan terpaksa menfokuskan dan
memastikan anaknya untuk sentiasa berada
(Informan 1) bersamanya disamping menyelesaikan
urusannya. Hal ini juga secara tidak
Tingkah laku agresif inimerupakan langsung akan menimbulkan rasa tidak
perkara yang sangat mencabar kerana ia senang adik beradik yang lain
boleh mendatangkan kesan emosi dan fizikal apabilamereka merasa cemburu dengan
yang mendalam terhadap orang sekeliling tumpuan yang diberikan oleh informan
mereka. Tingkah laku agresif yang kepada anak ASD-nya. Informan 4
berlebihan boleh membawa kepada ancaman menyatakan bahawa anak-anaknya yang lain
terhadap kesihatan mental dan fizikal. pernah meluahkan perasaan tidak puas hati
Menurut informan 3, anaknya yang mereka atas layanan informan yang
mempunyai ASD pernah menendang anak melebihkan anak yang ASD sehingga
yang lain daripada tingkat dua, rumah dua informan terpaksa menjelaskan situasi
tingkat sehingga melambung ke tingkat sebenar anak ASD-nya terhadap anak-anak
bawah. Hal ini adalah perkara yang sangat yang lain.
merunsingkannya kerana tingkah laku
tersebut menyebabkan kecederaan pada “…sebab memang bila ada anak macam ni
dirinya dan anak yang lain. Tingkah laku attention kita lebih kat dia kan. Sikit-sikit,
tersebut juga terjadihampir setiap hari ‘mommy bukan tak nak ke sana tapi Farhan
sehingga mengganggu emosinya. Walau tu macam mana?’. kita concern-nya itu.
bagaimanapun, anak ASD informan lain Bukan kita macam lebihkan dia, baju lebih
tidak menunjukkan tingkah laku agresif mahal. Tak ada pun! cumanya attention-nya
yang terlalu kerap dan tingkah laku agresif lagi lebih lah. Lepastu, anak-anak kata
anak ASD informan lain hanya berkisarkan ‘sikit-sikit Farhan!’, ‘mommy, asyik-asyik
kepada membaling barang, menghantuk Farhan!!!”
kepala dan mencengkam tangan dengan
kuat. (Informan 4)
64

Perkara ini sedikit sebanyak sakit apa, dia nangis je. Tanya sakit apa dia
memberi kesan kepada emosi informan tak faham kita, kita sebenarnya tak tahu nak
kerana untuk memuaskan hati anak-anak cakap dengan dia macam mana! masa tu
bukanlah satu perkara yang mudah lagi-lagi memang tak cakap apa dia menangis…”
pada waktu mereka masih merebut perhatian
daripada ibu bapanya.Ciri-ciri kederian (Informan 2)
seperti tidak boleh mendengar bunyi bising
dan tidak dapat berkomunikasi lisan juga Cabaran kewangan
adalah situasi yang mencabar. Hal ini kerana
kanak-kanak ASD yang sensitif dengan Cabaran dari segi kewangan adalah sub tema
sensori pendengaran akan bertindak diluar yang kerap ditemukan dalam temu bual yang
jangkaan apabila mendengar bunyi yang dijalankan bersama ibu kanak-kanak ASD.
kuat seperti akan menyorok di dalam almari Empat daripada lima orang informan
dan selimut, menutup telinga dan berguling- menyatakan bahawa mereka terpaksa
guling. Tingkah laku ini boleh terjadi pada mengeluarkan sejumlah wang yang agak
bila-bila masa tanpa mengira tempat seperti besar untuk mendapatkan rawatan daripada
boleh terjadi di dalam pasar raya disebabkan pihak NGO atau menghantar ke terapi yang
oleh speaker. Masalah kederiaan ini secara ada. Tambahan pula, informan 5
tidak langsung akan menghadkan menyifatkan ASD sebagai penyakit bagi
pergerakkan informan disebabkan tidak kanak–kanak yang datang daripada keluarga
dapat pergi ke sesuatu tempat disebabkan berada iaitu “…banyak guna duit, sebab
oleh kederiaan anak yang sensitif. kata orang, autisme ni macam penyakit anak
orang-orang kaya…”. Perkara ini menjadi
“dia ada sensitif dari segi sensori juga. antara cabaran utama dalam kalangan
Kadang-kadang bila kita bercakap, informan kerana menghalang mereka
bercakap tu dia marah. ‘Don’t talk!’ Dia tak daripada menyediakan rawatan yang terbaik
bagi kita bercakap. ‘Don’t talk! Don’t talk!” bagi anak ASD mereka. Selain itu, untuk
membuat temu janji dengan pakar sahaja,
(Informan 1) informan dikehendaki membayar sejumlah
wang dahulu dan bayaran yang dikehendaki
Selain itu, ciri-ciri kanak-kanak ASD
bukanlah dalam jumlah yang kecil.
yang tidak boleh berkomunikasi secara
verbal juga boleh menjadi cabaran kepada “You tengoklah center-center yang kat luar
ibu kanak-kanak ASD. Hasil analisis yang charge you, ada kat group autism
mendapati tiga daripada lima orang sampai 3800 for four sessions. Untuk orang
informan menyatakan bahawa anak mereka kaya mampu la kut.Saya rakyat marhen, tak
sukar untuk berkomunikasi dengan mampu…”
informan. Ketiadaan komunikasi secara
verbal ini menyukarkan informan untuk (Informan 3)
memahami keinginan, keperluan atau
masalah yang dialami oleh anak. Seterusnya “Pernah satu hari set appointment je 30
menyebabkan kanak-kanak meluahkannya ringgit kitaorang habiskan, untuk satu
melalui tingkah laku seperti menangis, appointment je. Itu belum jumpa lagi. Bila
tantrum atau melakukan tingkah laku agresif jumpa tu, lain pula caj-caj dia, tapi nak buat
sebagai satu bentuk luahan perasaan. macam mana kan…”

“…memang susah tau nak cakap dengan (Informan 2)


dia, nak Tanya dia sakit, kita tak tahu dia
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 57-70 ISSN-2289-8174 65

Oleh itu, disebabkan oleh kekangan apabila dua orang informan iaitu informan 2
kewangan untuk mendapatkan rawatan atau dan 4 mengambil keputusan untuk berhenti
terapi daripada pihak NGO yang biasanya kerja. Manakala seorang informan iaitu
temu janji dilakukan sebanyak beberapa kali informan 1 memilih untuk cuti daripada
dalam seminggu, informan 2 dan 3 memilih bekerja selama dua tahun. Ketiga-tiga
untuk hanya menghantar anaknya ke terapi informan ini menyatakan bahawa punca
di hospital kerajaan yang biasanya utama yang menyebabkan mereka membuat
dijadualkan untuk bertemu semula doktor keputusan sedemikian adalah kerana ingin
pakar dalam masa kira-kira 6 bulan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
kemudian. Perkara ini kerana di hospital anak ASD mereka. Keputusan yang dibuat
kerajaan, perkhidmatan rawatan yang oleh informan ini, bukan sahaja
diberikan adalah secara percuma tetapi mempengaruhi ekonomi keluarga, tetapi
informan terpaksa mengikut senarai juga mempengaruhi mental dan emosi
menunggu yang amat panjang dan hal ini informan apabila mereka tidak dapat lagi
akan memberikan kesan terhadap proses meneruskan kerjaya yang pernah dimiliki
pemulihan tingkah laku kanak-kanak ASD. dan merasa memegang duit sendiri.
Manakala informan 5 mempunyai pendapat
berbeza apabila merasakan setiap ibu kepada “…kitaorang tak hantar swasta tau akak tak
kanak-kanak ASD tidak boleh terlalu berkira kerja. So kitaorang tak mampu hantar kos
untuk menghantar anak mereka ke pusat- kat swasta…”
pusat terapi swasta yang ada. Sebaliknya,
(Informan 2)
menurutnya ibu anak ASD perlulah sanggup
memperuntukkan sejumlah wang untuk “Payah tau masa tu. Sebab sampai satu
membantu meningkatkan kefungsian hidup masa kan, akak nak kerja! Akak pernah
kanak-kanak ASD. kerja. Akak pernah dapat duit akak sendiri.
Tiba-tiba akak kena berhenti. Zuppp..
“Im not very rich person, my family is just
berhenti macam tu je. Bukan ada peringkat-
average family, so, daripada kecil sampai
peringkat. Tak! Ni akak hilang semua,
besar saya tak pernah bawa Lutfi pergi
bayangkan ni akak pernah pegang duit yang
private. Memang saya ikut schedule hospital
agak banyak dalam diri akak, tiba-tiba
kerajaan sebab dia entitle untuk dapat
zuppp hilang. Macam mana nak terima kan?
rawatan percuma”
Kita pernah bebas, akak boleh beli apa je
(Informan 3) yang akak suka masa tu, nak buat apa..Tiba-
tiba hilang semua. memang stress la, dah tu
“Anak autisme ni kita kena jangan fikir dah la takada pendapatan sendiri, kena
pasal duit tau.Kalau kita jenis jimat untuk keluar duit lagi. Kita dah melabur banyak
keluar duit, rasa tak jalan! Sebab kami untuk dia, katakanlah 18 ribu setahun untuk
habis pun dalam duit simpanan, habis terus dia kan, tak ada apa-apa pun jadi. Nampak
dalam 30 ribu. Habis untuk hantar Asyraf macam tu je…”
terapi je”
(Informan 2)
(Informan 5)
Informan 3 pula memilih untuk
Di samping itu, kanak-kanak ASD bekerja syif malam kerana ingin memenuhi
turut mempengaruhi informan daripada tuntutan anak ASD yang memerlukan masa
aspek pekerjaan. Kebanyakkan informan informan pada hari bekerja biasa bagi tujuan
didapati terkesan dengan peristiwa ini menghantar anak ke terapi atau membuat
66

penilaian di hospital. Perkara ini secara tidak diaorang hilang. Kat rumah pun sama,
langsung menjadi satu cabaran kepada dia…”
informan kerana memerlukannya berjaga
pada malam hari dan menguruskan anak (Informan 1)
pada siang hari yang menyebabkan masa
“Umur dia 2 tahun tu, dah tau dia autisme
tidur informan terganggu. Informan juga
tu kan dia suka lari kan, masuk je shopping
membuat keputusan untuk meneruskan
complex masuk troli, sampai sekarang dia
pekerjaan walaupun terpaksa mengambil
dah besar. Tapi kalau kadang-kadang kat
kerja syif kerana memikirkan kos ubat dan
TESCO kan ada dua saiz troli kan. Kadang-
rawatan anaknya.
kadang ambil yang besar tu nak catter kan
“Saya kerja syif malam ni, saya kerja syif dia duduk dalam troli, lepastu kadang-
daripada Lutfi 2 atau 3 tahun sampailah kadang kena ni juga tau, kena perlilah ‘hai
sekarang maybe almost 10 years. Kalau fikir dah besar-besar duduk dalam troli lagi?’
orang ada anak tak akan tinggal anak dia kata, ‘kan boleh jalan dah tu!.’ Sinis
malam kan? But I did it sebab nak bawa dia juga tapi, saya diam je.”
pergi terapi. Siapa nak bawa? Weekdays
(Informan 4)
berapa banyak hari nak kena cuti kan. We
have made that decision”. Selain daripada masyarakat luar,
pandangan keluarga juga turut menjadi
(Informan 3)
cabaran utama bagi informan. Informan 1
Cabaran penerimaan masyarakat menyatakan bahawa seringkali mereka
mengalami tekanan yang berpunca daripada
Seterusnya, tema masyarakat terhadap isu keluarga sendiri yang tidak memahami dan
ini turut ditemui dalam analsis kajian yang memberikan sokongan kepada ibu bapa
telah dijalankan. Kebanyakan isu-isu yang kanak-kanak ASD. “selalu orang rasa
timbul adalah disebabkan tiadanya sangat stress tu sebab dia macam dalam
kefahaman dalam diri masyarakat terhadap family sendiri dia tak boleh diterima…”.
anak ASD. Masyarakat tidak mengetahui Informan 3 juga meluahkan kekecewaannya
perbezaan anak ASD dengan anak normal ke atas kegagalan ahli keluarga mertua
yang menyebabkan mereka tidak memahami memahami keadaan anaknya dan juga
keadaan dan kesusahan yang dilalui oleh kegagalan mereka dalam memahami
informan kajian sehingga menyebabkan tindakan yang dilakukannya. Kegagalan ini
sebarang tindakan yang dilakukan oleh membawa kepada kata-kata yang kurang
informan membawa kepada salah faham enak untuk didengar. Beliau juga
(Hall, 2012). Masyarakat juga mudah berpendapat bahawa ahli keluarga
menghukum tindakan informan dengan kata- sepatutnya bertanyakan dulu dan cuba
kata sindiran yang menyebabkan informan memahami kenapa beliau bertindak
berasa kecil hati. sedemikian berbanding terus membuat
pelbagai kesimpulan terhadap beliau.
“Kalau jumpa kawan-kawan, mata tu kat
lain, nanti yang tak faham akan kecil hati, “Kalau anak ketiga tidur dengan saya,
akan cakap tak tengok muka. Kita bukan tak abang dia jealous, saya pun tak tidur, suami
nak tengok muka dia, sebab kita kena pun tak tidur, kerja pun tak betul. But we
mengawasi dia (anak), sebab diaorang ni have been judged easily. Macam saya balik
sekejap je, tak tengok sekejap nanti kampung, kenapa tak bawa budak tu sekali.
Kenapa separate? Orang lain tak buat.
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 57-70 ISSN-2289-8174 67

People keep to kau kena buat macam ni, kau yang signifikan kepada ibu bapa dan penjaga
kena buat macam ni. Hello! Kalau flesh and kanak-kanak ASD.
blood you should ask ‘may I know why ye
you doing this, do you need any help?’. Penemuan kajian mendapati ibu juga
Hidup diorang dengan normal perspective, menghadapi cabaran daripada segi
kau buat ni mesti kau tak sayang anak kau. kewangan. Hal ini kerana untuk
Kau menganak tirikan anak kau.” mengurangkan masalah tingkah laku kanak-
kanak ASD, ibu anak-kanak ASD perlu
(Informan 3) menghadiri bengkel, berjumpa dengan
doktor dan menghantar anak ke kelas terapi.
Oleh itu, untuk melakukan perkara tersebut,
PERBINCANGAN ibu anak-kanak ASD memerlukan wang
dalam jumlah yang banyak bagi membiayai
Penemuan kajian mendapati antara cabaran
rawatan dan terapi yang dijalankan untuk
yang dilalui oleh ibu kanak-kanak ASD
anaknya (Parish et al., 2004). Lecavalier,
adalah tingkah laku kanak-kanak ASD,
Leone and Wiltz (2006) turut menegaskan
kewangan dan layanan masyarakat. Dalam
bahawa bebanan kewangan merupakan salah
tingkah laku kanak-kanak ASD, tingkah
satu cabaran terbesar ibu bapa kanak-kanak
laku agresif adalah tingkah laku yang sangat
ASD. Ia juga turut secara tidak langsung
memberi cabaran kepada golongan ibu.
menjejaskan aktiviti sosial keluarga serta
Empat daripada lima orang informan
membawa perubahan kepada matlamat dan
melaporkan tingkah laku agresif anak
pencapaian dalam keluarga. Oleh itu, ibu
diarahkan kepada orang lain iaitu dirinya
bapa anak-anak ASD memerlukan sokongan
atau adik beradik lain. Perkara ini
kewangan bagi mendapatkan rawatan dan
bertentangan dengan kajian Torrance (2003)
terapi yang agak mahal untuk anak-anak
yang mendapati tingkah laku agresif tidak
mereka.
selalu ditujukan kepada individu lain tetapi
mereka lazimnya mengarahkannya kepada
Lebih teruk lagi jika berlakunya
diri sendiri.
transisi atau perubahan peranan pada diri ibu
Sebaliknya, kajian ini bertepatan kerana ada di antara mereka yang
dengan kajian Kanne dan Mazurek (2011) mengambil keputusan berhenti kerja dan
yang menunjukkan 56 peratus daripada menjadi suri rumah sepenuh masa untuk
individu ASD mengarahkan keagresifan menjaga anak ASD. Sesuatu transisi
mereka terhadap penjaga dan 32 peratus pekerjaan atau kehidupan bukanlah sesuatu
pula mengarahkannya kepada bukan yang mudah, sebaliknya, mengambil masa
penjaga. Kedua-dua peratusan ini untuk menyesuaikan diri. Jika seseorang
menunjukkan tingkah laku agresif dihalakan individu tidak dapat menyesuaikan diri
kepada individu lain dan bukannya kepada dengan transisi yang berlaku, maka ia akan
diri kanak-kanak itu sendiri. Seterusnya, mempengaruhi kesihatan psikologi individu
dapatan kajian mendapati antara tingkah terbabit. Reaksi lain yang timbul ialah
laku agresif yang sering dinyatakan oleh kebimbangan disebabkan tidak mengetahui
informan adalah seperti mencengkam, apa yang akan berlaku, ketakutan terhadap
menendang, membaling barang, mencubit, masa depan, kesedihan dan kemarahan
mencekik, menarik rambut, menghantuk (Parish et al., 2014).
kepala, tantrum dan menjerit. Gabriels, et al.
(2005) turut melaporkan bahawa tingkah Terdapat juga cabaran daripada
laku berulang juga memberikan tekanan aspek masyarakat yang timbul dalam kajian
68

ini. Layanan masyarakat terhadap ibu kanak- Justeru, kajian mendapati begitu
kanak ASD sering bersifat memerli dan banyak isu dan cabaran yang sedang
menyisihkan kanak-kanak ASD boleh dihadapi oleh ibu bapa kanak-kanak ASD.
menyebabkan tekanan dalam diri ibu bapa. Mereka perlu diberikan perhatian oleh
Ini disokong oleh Hall (2012) yang juga semua kumpulan masyarakat. Mereka tidak
melaporkan sokongan sosial sebagai boleh dibiarkan sendirian mengurus dan
mekanisme daya tindak yang efektif dalam membesarkan anak-anak kelainan upaya
menangani tekanan harian ketika menjaga tersebut. Keprihatinan dan pemahaman
kanak-kanak ASD. Perhubungan dengan daripada masyarakat sangat besar ertinya
ahli keluarga yang menyokong dan ibu bapa bagi mereka. Pihak kerajaan dan NGO boleh
kepada anak ASD yang lain tentunya boleh bekerjasama untuk merangka strategi bagi
mengurangkan tekanan mereka. Heiman membantu mereka. Antaranya dengan
(2002) turut melaporkan bahawa perasaan menyediakan tabungan bantuan untuk
prejudis daripada ahli masyarakat menyalurkan sumbangan kepada mereka
merupakan cabaran terbesar bagi ibu bapa bagi mendapatkan kemudahan rawatan dan
kanak-kanak ASD. Mereka merasa tersisih terapi. Masyarakat juga perlu terus diberikan
daripada ahli keluarga sendiri serta rakan- kesedaran dan ilmu mengenai kewujudan
rakan. Mereka seolah-olah hidup dalam satu penyakit ini serta kelainan yang dihadapi
dunia yang terasing. oleh kanak-kanak ASD. Mereka seharusnya
membantu dalam meringankan beban ibu
Ibu bapa kanak-kanak ASD sangat bapa anak-anak ASD dengan menawarkan
memerlukan sokongan keluarga besar, khidmat mereka. Kumpulan sokongan yang
daripada adik beradik mereka serta keluarga lebih aktif mungkin boleh dibangunkan bagi
terdekat. Mereka akan lebih kuat untuk memberi sokongan emosi dan moral kepada
menghadapi ujian ini jika dapat “bersandar” ibu bapa ini.
kepada keluarga besar. Sekali-sekala mereka
memerlukan masa untuk diri sendiri dan
menyerahkan tugas menjaga kepada ahli- RUMUSAN
ahli keluarga yang sudi mengambil alih,
walau pun sebentar sahaja. Sokongan Secara keseluruhannya, dapatlah
daripada suami juga sangat penting bagi ibu disimpulkan bahawa menjaga anak ASD
kanak-kanak ASD. Perkahwinan yang bukanlah satu perkara yang mudah kerana
harmoni akan lebih memudahkan proses terdapat pelbagai tingkah laku agresif dan
penjagaan. Jika suami memahami bebanan hiperaktif kanak-kanak ini yang begitu
isteri yang menjaga seorang diri serta boleh mencabar untuk diuruskan. Cabaran ini
saling bekerjasama, ia tentunya akan diburukkan lagi apabila masyarakat tidak
meringankan. Tekanan penjagaan tentunya memahami dan memberikan sokongan. Isu
sangat memuncak jika suami sendiri tidak kewangan juga menambah tekanan ibu bapa
dapat menerima keadaan anak yang apabila tiada pihak yang boleh membantu
disahkan mengalami autism. Ada suami meringankan bebanan mereka dalam
yang sering menyalahkan isteri kerana mendapatkan rawatan untuk anak-anak
kelainan anak mereka. Tidak kurang juga ASD. Oleh itu, sudah sampai masanya ahli
yang terus menghukum atau memburukkan masyarakat, pekerja sosial, pihak pelaksana
keturunan pasangan masing-masing, kerana dan NGO memberikan perhatian kepada ibu
menganggap ia diwarisi daripada keturunan. bapa anak-anak ASD. Semua pihak perlu
memainkan peranan tersendiri untuk
memberi bantuan dan sokongan kepada
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 57-70 ISSN-2289-8174 69

mereka. Cabaran dan kesukaran mereka coping. Issues in Comprehensive


perlu dirasai bersama supaya bebanan Pediatric Nursing, 35(2): 111–132.
mereka dapat dikurangkan.
Hastings, R.P. (2002). Parental stress and
behaviour problems of children with
developmental disability. Journal of
RUJUKAN Intellectual & Developmental
Disability, 27 (3): 149–160.
American Psychiatric Association (2013).
Diagnostic and statistical manual Heiman, T. (2002). Parents of Children with
of mental disorders (5th Ed.). Disabilities: Resilience, Coping,
Arlington, VA: American and Future Expectations. Journal of
Psychiatric Publishing. Developmental and Physical
Disabilities, 14 (2): 159-171.
Braun, V. & Clarke, V. (2006). Using
Thematic Analysis in Psychology. Kanne, S.M. & Mazurek, M.O. (2011).
Qualitative Research in Psychology, Aggression in children and
3 (2): 77-101. adolescents with ASD: prevalence
and risk factors. Journal of Autism
Center for Disease Control [CDC]. (2013). Developmental Disorder, 41(7):
Autism spectrum disorder (ASDs): 926-937. doi: 10.1007/s10803-010-
Facts about ASDs. Retrieved from 1118-4.
http://www.cdc.gov/ncbddd/autism/
facts.html Lecavalier, L., Leone, S., & Wiltz, J. (2006).
The impact of behavioural problems
Diagnostic and Statistical Manual of Mental on caregivers stress in young people
Disorders Fifth Edition, DSM-5 with ASD. Journal of Intellectual
(2013). Dipetik daripada Disability, 50 (3): 172-183.
http://dsm.psychiatryonline.org/doi/
book/10.1176/appi.books.97808904 McCarthy, J. (2007). Children with autism
25596 pada 10 Oktober 2017. spectrum disorders and intellectual
disability. Current Opinion in
Dyson, L. L. (1997). Families of young Psychiatry, 20 (5): 472–476.
children with handicaps: Parental
stress and family functioning. Murphy, C.M. & Verden C.E.
American Journal on Mental (2013). Supporting families of
Retardation, 95(6), 623- 629. individuals with autism spectrum
disorders: developing a university-
Gabriels, R. L., Cuccaro, M. L., Hill, D. E., based respite care program. Journal
Ivers, B.J. & Goldson, E. (2005). of Positive Behavior Interventions,
Repetitive behaviours in autism: 15 (1): 16–25.
relationship with associated clinical
features. Research in Parish, S.L., Seltzer, M.M., Greenberg, J.S.,
Developmental Disabilities, 26 (2): & Floyd, F.J. (2004). Economic
169-181. implications of caregiving at
midlife: Comparing parents of
Hall, H.R. (2012). Families of children with children with developmental
autism: behaviors of children,
community support, and
70

disabilities to other parents. Mental


Retardation, 42: 413–426.
Paul, R. & Kimberly, G. (2011).
Development of language and
communication. In: Hollander E,
Kolevzon A; Coyle, JT. Textbook
of autism spectrum disorders.
Arlington: American Psychiatric
Publishing, pp. 147-158.
Pisula, E. (2007). A comparative study of
stress profiles in mothers of
children with autism and those of
children with Down syndrome.
Journal of Applied Research in
Intellectual Disabilities, 20: 274-
278.
Rozmi Ismail (2013). Metodologi
Penyelidikan: Teori dan Praktis.
Selangor: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Torrance, J. (2003). Autism, Aggression,
and Developing a Therapeutic
Contract. American Journal of
Dance Therapy, 25 (2): 97–109.
Utusan Online (2013). Bantu kanak-kanak
autism berjaya. Dipetik daripada
http://www.utusan.com.my/gaya-
hidup/keluarga/bantu-kanak-kanak-
autisme-berjaya-1.377222, pada 1
Oktober 2017.

View publication stats

You might also like