You are on page 1of 5

(1) Kuala Lumpur , 18 Mac 2020 - Sebagai rakyat, marilah menghormati saranan

kerajaan bagi kesejahteraan semua selagi ada cara dan usaha untuk membendung
penularan wabak pembunuh ini.Bagaimanapun, pada masa ‘kuarantin’ diberikan segala
maklumat terkini berkaitan Covid-19 disalurkan melalui laporan media dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).Sehingga semalam, KKM melaporkan ada 120 kes baru
dikesan menjadikan keseluruhan terkini sebanyak 672 kes dan terdapat dua kematian
sudah dicatat di Malaysia.Melihatkan kepada maklumat itu, semestinya sangat
memeranjatkan apabila sudah ada kematian dicatat. Namun, usah panik dan teruskan
berdoa.Ikut pekeliling saranan sudah dikeluarkan kerajaan seperti tidak membuat
sebarang perjalanan ke destinasi luar negara memandangkan cuti persekolahan yang
panjang.Sebagai ibu bapa, semestinya acara rutin setiap kali tiba cuti persekolahan
yang menjurus pada perancangan percutian bersama anak-anak ke destinasi
pilihan.Namun, untuk cuti persekolahan yang bermula sejak 16 Mac lalu nampaknya
menjadi satu kelainan kerana ia perlu diisi dengan aktiviti kekeluargaan di rumah
saja.Melalui masa yang ada itu, kiranya dapatlah dipenuhkan dengan aktiviti yang boleh
merapatkan hubungan kekeluargaan terutama buat ibu bapa bekerjaya dan anak-
anak.Di rumah, sudah pasti ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama seisi keluarga
seperti memasak, mengemas, menonton dan paling menarik bermain e-sukan
bersama.Apatah lagi, dalam arus kemodenan masa kini didapati generasi muda
sekarang sangat memberi tumpuan kepada aktiviti e-sukan pada telefon pintar masing-
masing.Justeru, dapat dirasakan tiada istilah ‘bosan duduk di rumah’ sepanjang tempoh
kuarantin kerana segala perancangan aktiviti bersama keluarga masih boleh
diatur.Demi kesihatan diri sendiri dan keluarga, anggap saja semua aktiviti di rumah itu
sebagai peluang ‘menebus masa’ yang sebelum ini mungkin tiada bersama anak-
anak.Seiring dengan ungkapan sinonim masa kini ‘segala maklumat di hujung jari’,
sudah tentu sebagai ibu bapa kita mampu merancang percutian terbaik di rumah.

Sumber daripada rencana “Peluang Bersama Keluarga” , MyMetro.

Petikan 1
a. Nyatakan definisi wacana menurut pandangan ahli bahasa.

Menurut Asmah Haji Omar (2009), wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh
penutur atau penulis iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa
yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai
sesuatu yang bermakna dalam komunikasi.
Menurut Raminah Hj Sabran (1984) pula, wacana ialah unit bahasa yang
melebihi batas ayat. Oleh sebab itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,
ceraian, bab, buku, dialog, siri buku, dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan-
hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.

b. Berdasarkan petikan 1 , senaraikan penanda wacana dan berserta jenisnya.

a) Bagaimanapun -Penanda idea


b) Pada masa- Penanda kronologi
c) Namun- Penanda idea
d) Sejak- Penanda kronologi
e) Justeru- Penanda idea
(2) Dewasa ini, pelajar amat beruntung kerana terdapat pelbagai bahan sumber rujukan
dalam pelbagai bentuk ntuk dirujuk. Sumber maklumat yang dirujuk perlu dinilai dari
segi autoriti dan kredibiliti terlebih dahulu. Jika bersesuaian sumber tersebut perlu
diperakukan dalam teks dan senarai rujukan.
a. Jelaskan kepentingan menilai sumber maklumat.

 Pada umumnya, maklumat pada masa ini adalah terlampau banyak dan mudah
diperolehi terutamanya dengan adanya lebuhraya maklumat.

 Maklumat-maklumat ini perlu dipilih, diproses dan dinilai sebelum ia dapat


dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh pengguna.

 Kemahiran menilai maklumat sangat penting kerana ia merupakan proses


menentukan sama ada sesuatu maklumat yang diperolehi berguna atau tidak.

 Maklumat yang tepat dapat membantu membuat membuat keputusan ataupun


menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.

 Maklumat yang tidak tepat akan memberikan gambaran yang salah kepada
penulis dan orang ramai yang membaca tulisannya

 Maklumat yang bias akan memberi keutungan kepada satu pihak dan memberi
impak yang negative kepada satu pihak yang lain.

b. Huraikan kriteria menyemak autoriti dan kredibiliti sumber maklumat.

i. Autoriti

Sumber maklumat daripada pihak berkuasa atau pihak yang bertanggungjawab


dan pengarang yang mempunyai autoriti dakam bidang yang berkenaan.
Contohnya, sekiranya Profesor Ungku Aziz menerbitkan sebuah buku yang
berkaitan dengan isu-isu ekonomi negara, maka pendapat dan cadangannya
akan diterima oleh kebanyakkan pihak kerana bidang ini merupakan bidang
beliau.

ii. Ketepatan maklumat

Maklumat yang tepat adalah maklumat yang bebas daripada sebarang


kekurangan atau kesilapan. Contohnya, data perangkaan atau statistik yang
diperoleh adalah berdasarkan dapatan kajian atau penyelidikan yang telah
dijalankan.

iii. Saksama
Maklumat yang disampaikan hendaklah dapat memenuhi objektif pengguna.
Maklumat yang tidak mempunyai sifat bias(membelok dari arah sebenar) atau
ada kepentingan diri tidak dapat menarik perhatian pengguna. Contohnya,
maklumat untuk melariskan jualan, mempromosi barangan dan sebagainya.

iv. Nilai semasa

Makluma-maklumat yang sentiasa dikemas kini, Sekiranya maklumat yang


semakin lama dari tempoh perolehan, maka kesahan dan kebolehpercayaannya
semakin rendah. Contohnya, data penduduk Malaysia pada tahun 2013 adalah
lebih tepat berbanding data pada tahun 2009.

v. Lengkap dan jelas

Maklumat hendaklah memberi satu gambaran yang jelas dan lengkap mengenai
sesuatu perkara. Maklumat hendaklah meliputi semua bidang yang berkaitan dan
sentiasa konsisten.

(3) Kelas Masa Depan-


Institusi pendidikan perlu menjadi gedung ilmu yang paling membahagiakan dan
pencetus kepada keinginan untuk terus belajar tidak kira peringkat umur.Proses
pembelajaran juga perlu berjalan dalam suasana menyeronokkan dalam usaha
menyemai rasa cinta terhadap ilmu.Universiti dan sekolah perlu menjadi tempat
yang perbezaannya bukan saja dihormati tetapi dihargai dan diraikan.Perbezaan
itu merangkumi akses, kemampuan intelektual, kemahiran, sosioekonomi dan
budaya serta pelbagai latar belakang yang dapat diterjemahkan melalui inisiatif
dalam institusi pendidikan itu sendiri.Bagi mencapai hasrat itu, institusi
pendidikan perlu kreatif dalam mencari jalan untuk membina ruang dan peluang
supaya pelajar dapat berinteraksi serta berintegrasi. Sejajar dengan
perkembangan teknologi dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0), sudah tiba
masanya universiti di negara ini mereka bentuk semula ruang pembelajaran
supaya dapat menyediakan lebih banyak peluang interaksi antara pelajar dan
pensyarah dengan bantuan peralatan teknologi terkini.Konsep kampus dan kelas
pintar menjadi antara agenda yang sering diperkatakan dalam industri pengajian
tinggi ketika ini.Malah konsep kelas pintar yang menjadi sebahagian daripada
inisiatif kampus pintar ini masih baharu dalam bidang pendidikan tinggi
negara.Bagaimanapun, sudah ada pensyarah mengambil inisiatif untuk
mengaplikasikan perkara berkenaan dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP)
masing-masing, selaras dengan keperluan generasi pelajar hari ini yang lebih
berorientasikan gajet dan teknologi.
Petikan 2
a. Nyatakan perbezaan antara penulsian akademik dengan penulisan bukan
akademik.

Penulisan akademik Penulisan bukan akademik


Menyampaikan fakta secara Penulis boleh menulis untuk idea dan
sistematik atau mengemukakan pandangan mereka sendiri tanpa ada
hukum alam kepada situasi yang sebarang bukti
spesifik
Penulisannya perlu menggunakan Penulis tidak perlu menggunakan
bahasa yang formal, cermat, tepat, bahasa formal, tatabahasa yang
benar dan tidak membuat andaian. betul, ilmiah dan jelas
Pandangan yang dikemukakan Pandangan yang dikemukakan boleh
haruslah berdasarkan hujah dan bukti bersifat emosi
yang kukuh

b. Berdasarkan petikan 2, cadangkan secara ringkas isi yang dapat dimasukkan


dalam rencana tersebut.
Pembelajaran atas talian “e-Learning” merupakan pembelajaran kendiri
yang dilaksanakan oleh pelajar secara atas talian sama ada bersemuka dengan
pensyarah ataupun tidak. Melalui kaedah ini memudahkan pelajar mencari nota
yang dimuatnaik oleh pensyarah masing-masing. Melalui pembelajaran ini juga
berlaku komunikasi dua hala dimana pelajar boleh bertanya kepada pensyarah
dan rakan sekelas yang lain.

You might also like