You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan

Tamadun adalah merupakan suatu perubahan yang berlaku samada tamadun tersebut
dapat membawa kemajuan atau tamadun tersebut membawa kepada kemunduran. Istilah
tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu ‘maddana’ yang bererti kehalusan budi bahasa
dan kesopanan tingkah laku. Tamadun juga membawa erti pembukaan bandar. Istilah Jepun
pula secara umumnya merujuk kepada negara Jepun yang terletak di Timur Asia. Ketamadunan
Jepun yang telah bermula sejak ribuan tahun dahulu merupakan asas kemajuan negara Jepun
yang maju pada hari ini. Masyarakat Jepun merupakan sebuah masyarakat yang bersifat
homogen. Sifat kehomogenan inilah yang telah menyebabkan penyerapan kepelbagaian aspek
dari luar Jepun dan seterusnya berlaku penyesuaian dengan ciri-ciri masyarakat Jepun itu
sendiri. Hal ini bermaksud, masyarakat Jepun bersifat terbuka dalam menerima sebarang
bentuk pembaharuan khususnya dari aspek budaya dan keagamaan hingga membolehkan
kemunculan tamadun Jepun moden pada hari ini. Ketamadunan Jepun yang pesat membangun
seringkali dijadikan contoh oleh negara-negara membangun yang lain.

2.0 Pencapaian Tamadun Jepun dalam Aspek Sosio Budaya, Ekonomi dan Pendidikan

Salah satu pencapaian tamadun Jepun adalah dari segi aspek sosio budaya. Dalam
norma-norma hidup masyarakat Jepun, keluarga merupakan unit terpenting dalam masyarakat
Jepun. Perhubungan ahli keluarga dikawal rapi oleh sistem hierarki yang tegas. Kuasa ibu bapa
sangat kuat dan berpengaruh dalam pembentukan masyarakat Jepun. Oleh hal yang demikian
unit keluarga merupakan lingkungan yang paling berkesan dan efektif dalam menyebar dan
menerap nilai-nilai rohani dan falsafah masyarakat Jepun dalam jiwa anak-anak muda Jepun.
Tambahan itu, Muraishiki yang bermaksud kesedaran sekampung merupakan salah satu intipati
falsafah hidup masyarakat Jepun. Melalui nilai muraishiki ini, maka lahirlah pelbagai pola hidup,
adat resam dan bahasa masyarakat Jepun. Nilai atau semangat muraishiki ini sama seperti
semangat assabiyah yang terdapat dalam masyarakat Arab Jahiliyah yang mana mereka
sangat taksub dengan masyarakat mereka atau dengan kata lain semangat kekitaan. Nilai
muraishiki merupakan tunjang kepada semangat kejepunan masyarakat Jepun sehinggakan
mereka curiga dengan orang asing. Ekoran itu, nilai atau semangat murashiki sangat jelas
dapat dilihat pada masyarakat Jepun. Sebagai contoh, mereka sangat mengagungkan bahasa
mereka sendiri sehinggakan para pelancong yang datang ke Jepun terpaksa menggunakan
khidmat pemandu pelancong untuk membantu mereka daripada masalah salah faham dengan
penduduk tempatan. Para pelajar asing yang menyambung pelajaran mereka ke universiti-
universiti jepun juga terpaksa mempelajari bahasa Jepun untuk memahami kuliah yang
diberikan oleh pensyarah-pensyarah di sana. Hal inilah yang dikatakan semangat kejepunan.
Mereka sangat mengagungkan bahasa dan budaya masyarakat mereka sehingga mereka
mengamalkan dasar tutup pintu pada abad-abad sebelum tahun 1865.

Seterusnya, dari aspek ekonomi pula, pertanian merupakan pekerjaan utama penduduk
Jepun pada awal sejarahnya. Pada zaman pemerintahan Kamasura, Jepun telah
memperlihatkan pertambahan hasil ekonomi. Pada abad ke-12 dan ke-13 Masihi, hasil
pembuatan serta penggunaan alat-alat pertanian telah meningkat. Hal ini menyebabkan lebihan
hasil pertanian. Justeru itu banyak bazar dan kedai telah didirikan. Penanaman padi diberikan
penumpuan. Pada ketika ini, masyarakat Jepun juga menghasilkan tembikar daripada tanah liat
sebagai tambahan kepada pendapatan yang sedia ada kerana sektor tanaman tidak dapat
menampung semua penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan disebabkan tanaman padi
amat mudah terjejas dengan perubahan iklim. Selain hal itu perlombongan juga merupakan
satu pekerjaan yang mendatangkan hasil yang lumayan ketika itu contoh hasil galian ketika itu
ialah emas, perak, tembaga, merkuri dan timah. Pertukaran wang juga telah meningkat dengan
pesat. Perkembangan ekonomi wang menyebabkan ramai pedagang melibatkan diri dalam
perdagangan beras dan sake. Ekoran kegiatan perdagangan yang semakin berkembang,
masyarakat Jepun telah melibatkan diri dalam bidang perindustrian sehinggalah ke hari ini.

Di samping itu, pendidikan juga merupakan salah satu pencapaian yang telah dicapai
oleh tamadun Jepun. Sistem pendidikan di Jepun telah dimantapkan sejak Zaman Nara lagi.
Pada zaman ini, kemasukan tulisan Cina berkembang luas dengan pengubahsuaian dilakukan.
Oleh hal itu, sistem pendidikan amat dititikberatkan apabila masyarakat Jepun digalakkan
belajar, walaubagaimanapun kaum wanita tidak dibenarkan belajar. Selain hal itu, Maharaja
Temmu juga telah mengarahkan penulisan dua buah buku iaitu Kojiki dan Nihonshoki. Zaman
Nara juga dikatakan mempunyai kesusasteraan yang hebat dengan penulisan sebuah buku
bertajuk Genji Manogatari yang telah ditulis oleh seorang wanita bernama Murasaki Shikibu.
Terrakoya atau sekolah rakyat telah didirikan hampir 60 000 buah pada zaman Keshogunan
Tokugawa. Antara subjek-subjek yang diajar di terrakoya ialah ajaran confucius, buku-buku
klasik Cina, seni lukis, ukiyo-e, puisi, sastera, Kyogen dan sebagainya. Maharaja Meiji
menyedari bahawa pentingnya mencari ilmu, terutamanya untuk menjadikan kuasa ekonomi
dan militari termoden. Menjelang bulan Jun 1968, Meiji memberikan kebebasan kepentingan
mencari ilmu pengetahuan khususnya dari barat. Oleh hal yang demikian, Jabatan Pelajaran
tekah ditubuhkan pada tahun 1871 dan menekankan aspek pendidikan awal dan menengah.
Kanak-kanak berusia enam tahun ke atas menerima pelajaran wajib selama 16 bulan. Seluruh
sistem pelajaran tertakluk kepada keperluan negara yang menuntut rakyat menjadi
warganegara yang terlatih dan berdisiplin. Perintah Diraja mengenai pelajaran dikeluarkan pada
tahun 1890 yang menghuraikan mengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja
harus ditetapkan di dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi di Jepun. Walaupun
Jepun sudah bergelar sebagai sebuah negara maju, namun Jepun tetap memberi penekanan
dan tumpuan dalam bidang pendidikan. Kejayaan sistem pendidikan Jepun dibuktikan melalui
hasil kajian yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang
menunjukkan kadar celik huruf di Jepun ialah 99%! Pada tahun 2003, OECD telah
mengeluarkan satu laporan yang bertajuk ‘OECD PISA 2003 report’ yang mengukur tahap
kecerdasan kemahiran membaca dan subjek sains pada kanak-kanak diseluruh dunia. Dalam
subjek sains, kanak-kanak Jepun telah menduduki tempat ke dua dibelakang Finland dengan
mata sebanyak 548. Dalam kemahiran membaca pula, kanak-kanak Jepun menduduki tempat
ke-13. Laporan ini membuktikan bahwa sistem pendidikan Jepun amat berkesan dan
merupakan faktor kepada kemajuan tamadun Jepun.

3.0 Pencapaian yang boleh diterapkan dalam pembinaan Tamadun di Malaysia.

Masyarakat Malaysia seharusnya mengambil nilai-nilai dan unsur-unsur positif untuk


dijadikan amalan hidup selagi unsur-unsur dan nilai-nilai tersebut tidak melanggar garis
panduan budaya dan agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia. Semangat murashiki yang
dapat dilihat pada masyarakat Jepun juga boleh diterapkan dalam pembinaan tamadun di
Malaysia. Kerajinan bekerja dan semangat berdaya saing sehingga masyarakat tamadun Jepun
mempunyai kebolehan dalam pelbagai bidang seperti tamadun Jepun iaitu pertanian,
perlombongan, perdagangan, perindustrian dan penghasilan kraf tangan juga boleh diterapkan
dalam pembinaan tamadun di Malaysia. Selain itu,

You might also like