You are on page 1of 1

LAMPIRAN 1

TUGAS SETIAUSAHA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

1. PENGURUSAN

1.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah (contoh


jawatankuasa pelaksana seperti lampiran).
1.2 Menyenaraikan peranan / tugas Jawatankuasa Pelaksana.
1.3 Merancang dan menguruskan mesyuarat pengurusan secara berkala ( 2 kali
dalam setahun atau yang difikirkan perlu).
1.4 Merancang dan menguruskan mesyuarat ( Takwim Tahunan).
1.5 Menyediakan dan mengemaskini Fail PPDa.

2. PENCEGAHAN

2.1 Merancang, mengawalselia dan menguruskan bilik / laluan / sudut PPDa.


2.2 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti
Pendidikan Pencegahan Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, dan HIV/AIDS.
2.3 Memastikan pelaksanaan Program 5 Minit Antidadah dapat dijalankan.

3. KES-KES PENGGUNAAN DADAH DAN TANGKAPAN

3.1 Sekiranya Setiausaha PPDa bukan daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling,
beliau hendaklah membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi kes-kes
positif ujian urin dan juga kes-kes tangkapan bersabit dengan dadah.
3.2 Bagi sebarang kes tangkapan, laporan 1,3 dan 7 hendaklah dihantar kepada
pihak PPD dan JPN.

You might also like