You are on page 1of 23

KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN TAHAP KEMAHIRAN ASAS PELAJAR YANG


MENGALAMI MASALAH DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 6 :
SUATU KAJIAN TINDAKAN

OLEH

HAFIZI BIN OMAR (CIAL 19057111)

MUHAMAD KHAIRI SYAH BIN YAHYA (19057112)

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

DWP 10703

DR. MOHAD FAISAL BIN MOHAMAD


PENGHARGAAN

‫ وأن‬،‫ أش هد ونش هد ان ال ال ه إال اهلل‬.‫ على أم ور ال دنيا وال دين‬،‫ وب ه نس تعني‬،‫احلم د هلل رب العلمني‬

‫ احلمد هلل علي كل حال‬.‫ اللهم صلي علي سيدنا حممد وعلي أله وصحبه أمجعني‬.‫حممدا عبده ورسوله‬

.‫واحلال من نعمت اهلل عزوجل ونعوذبك من حال اهل النار‬

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohad Faisal Bin
Mohamad di atas segala bantuan, bimbingan, teguran, nasihat dan semangat
motivasi yang beliau curahkan sepanjang penyediaan penulisan ini. semoga segala
yang dikorbankan diangkat oleh Allah S.W.T sebagai ganjaran di sisi-Nya.

Saya Hafizi bin Omar dan sahabat Muhamad Khairi Syah bin Yahya juga
ingin memberi penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua pensyarah yang
banyak membantu melontarkan pendapat, cadangan dan ilmu pengetahuan. Tidak
lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan DPLI UniSZA kampus Putrajaya
2019/2020 yang banyak membantu dari pelbagai sudut yang tidak dapat dibalas
kembali jasa mereka. Terima kasih juga kami ucapkan buat kakitangan pengurusan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) atas bantuan dalam mendapatkan maklumat
dan bahan yang diperlukan.

Saya Muhamad Khairi syah ingin merkamkan penghargaan yang begitu


besar buat keluarga tercinta, isteri, anak-anak dan keluarga mertua atas memberi
semangat, sokongan dan nasihat yang diberikan dalam proses menyiapkan
penulisan ini.
ABSTRAK
1.1 PENGENALAN

Pendidikan merupakan suatu penanda aras terpenting dalam menentukan kualiti


kehidupan seseorang manusia. Pencapaian pendidikan seseorang menggambarkan
tahap pengetahuan dan hasil ilmu yang diperoleh. Ini kerana, pendidikan
mencorakkan suatu asas kepada manusia dalam melahirkan masyarakat yang
bertamadun. Pendidikan yang berkualiti merupakan suatu konsep yang dinamik,
berubah, dan berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks sosial,
ekonomi, dan persekitaran setempat.

Oleh sebab demikian, proses pendidikan atau pembelajaran telah bermula


sejak kanak-kanak dilahirkan ke dunia ini (Samruhaizad Samian @ Samion &
Azahan Awang 2017) . Maka, proses tersebut akan terus berlaku dari suatu masa ke
suatu masa seterusnya. Asas kepada suatu kemahiran daripada keseluruhan proses
pembelajaran adalah proses membaca dan menulis. Seterusnya adalah proses
memahami suatu pelajaran. Namun begitu, untuk memudahkan pelajar memahami
sesuatu pelajaran adalah dengan mempunyai minat terhadap sesuatu pelajar.

Seiring dengan perkembangan semasa, bahasa Arab telah menjadi bahasa


yang penting selepas bahasa Inggeris dan Mandarin. Pencapaian bahasa Arab
para pelajar di peringkat rendah di Malaysia masih ditahap sederhana. Ini kerana
bahasa Arab memerlukan kefahaman yang menyeluruh dalam pembelajarannya.
Antara faktor yang dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
dalam kalangan pelajar adalah tahap kefahaman dan minat yang tidak mendalam.

1.2 LATAR BELAKANG

Kemahiran asas dalam peoses mempelajari bahasa Arab terbahagi kepada 4


kemahiran, iaitu kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis. Dalam
pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar ini amat penting. Dengan
kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan
betul dan jelas. Kemampuan mendengar yang baik akan membantu mereka
menghasilkan pertuturan yang baik. Proses pengajaran untuk mendapatkan
kemahiran mendengar ini lazimnya melalui suara guru di dalam kelas. Justeru,
kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas dalam proses mempelajari
bahasa yang diwajibkan ke atas para pelajar (Ibtisam & Zamri, 2012).

Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran lisan yang amat penting,


sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Kemahiran ini penting bagi
seseorang itu dalam hubungannya dengan orang lain. Pertuturan yang diadakan
lazimnya membawa maksud tertentu. Kemahiran membaca merupakan salah satu
sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu
pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan
teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca
merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang
dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca
dengan penulis.

Kemahiran menulis ini boleh dibahagikan kepada tiga bidang utama, iaitu
tulisan huruf, khat atau menulis perkataan dan karangan. Mempelajari tulisan huruf
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Pertama tulisan secara pindah, iaitu
pelajar diajar menulis huruf bahasa Arab yang diberi petikannya kepada mereka.
Berdasarkan kepada keratan petikan ini pelajar menyalin semula ayat yang terdapat
dalam petikan tersebut.

Oleh itu, kebanyakkan pelajar menghadapi masalah dalam mempelajari


bahasa Arab. Bahkan kebanyakkan mereka kurang mahir asas itu sendiri.
Berdasarkan beberapa kajian lepas yang telah dilakukan, terdapat jurang yang
sangat tinggi berkaitan kefahaman bahasa Arab berbanding bahasa lain dalam
kehidupan seharian dan dalam pendidikan.

Sueraya (2010) dalam Nik Murshida et.al (2014) turut mendedahkan antara
masalah utama yang timbul dalam kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Arab
adalah akibat daripada amalan kaedah pengajaran secara tradisional. Kesannya
pelajar mampu membaca, menulis dan mendengar bahasa Arab tetapi agak lemah
dalam kemahiran komunikasi.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran-kemahiran


asas bahasa Arab dengan menggunakan kaedah “hiwar” serta dapat menguasai
kemahiran menyebut, menulis, mendengar dan membaca perkataan di dalam
bahasa Arab di kalangan pelajar. Oleh itu, pelajar akan dapat memahami dengan
lebih baik penggunaan kaedah tersebut dan lebih berminat untuk belajar.

ii. Objektif Khusus

i. Mengenal pasti tahap penguasaan asas bahasa Arab


ii. Pelajar dapat memahami dengan mudah dan minat untuk mempelajari
bahasa Arab.
iii. Meningkatkan tahap kefahaman pelajar dengan menggunakan kaedah
pelbagai.
iv. Wujud perbezaan pencapaian sebelum dan selepas menggunakan kaedah
“hiwar” dalam pembelajaran.

1.3 SOALAN KAJIAN

i. Adakah kaedah yang digunakan guru berkesan ketika proses pembelajaan


dijalankan.
ii. Bagaimanakah tahap pelajar dalam meminati kaedah pembelajaran
menggunakan kaedah yang pelbagai.
iii. Apakah tahap pencapaian pelajar setelah menggunakan kaedah yang
pelbagai dalam pembelajaran bahasa Arab
iv. Adakah terdapat perbezaan pencapaian sebelum dan selepas penggunaan
kaedah “hiwar” dalam pembelajaran
1.4 RASIONAL KAJIAN

Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar kurang berminat serta kurang
memahami pembelajaran dalam bahasa Arab semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Oleh itu, kajian ini dilakukan dalam mencari suatu solusi
bagaimana cara untuk meningkatkan kefahaman pelajar serta minat mereka dalam
mata pelajaran bahasa Arab.

Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya dalam


menunjukkan minat dan menambahkan kefahaman kepada mereka. Justeru guru
perlu memilih teknik pengajaran yang baik dan sesuai untuk menyampaikan isi
pembelajaran atau melatih kemahiran. Hal ini kerana, teknik yang baik dan sesuai
boleh menjadi pemangkin kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dalam kalangan
pelajar.

1.5 PERNYATAAN MASALAH

Membaca, menulis dan memahami suatu pelajaran memerlukan kepada minat


seseorang pelajar. Perkara ini merupakan salah satu aspek kemahiran bahasa yang
penting bagi setiap pelajar di sekolah terutama pelajar sekolah rendah. Menulis pula
juga menjadi kemahiran pelengkap yang perlu ada pada setiap pelajar. Pelajar
sekolah yang gagal menguasai kemahiran ini pada peringkat awal, maka besar
kemungkinan akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran mereka
selanjutnya. Demikian juga berlaku kepada pelajar yang tidak dapat membaca dan
menulis Arab dengan baik, maka perkara ini akan menghalang pelajar untuk faham
dalam menguasai proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Kegagalan ini
dikhuatirkan akan menjadikan pelajar cepat bosan sehingga menjadi penghalang
untuk memahami pelajaran seterusnya.

Kajian tindakan adalah sejenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri


dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam
bidang tugas mereka (Hairun Najuwah Jamali et. al 2017) . Dalam bidang
pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik seperti
pensyarah, guru-guru, pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai
penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk memperbaiki dari segi amalan sosial
dan pendidikan kendiri, kefahaman terhadap amalan kendiri, situasi di mana amalan
tersebut dijalankan.

Oleh sebab itu, pelbagai cara telah mendorong para pengkaji agar kajian dan
penyelidikan dijalankan untuk memudahkan pengajaran bahasa Arab secara
berkesan. Hal tersebut perlu dilakukan disebabkan bahasa Arab adalah bahasa
yang indah sehingga dikatakan sebagai bahasa al-Quran dan bahasa syurga.
Bahasa Arab merupakan bahasa yang ditutur oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w
dan para sahabat. Mulianya bahasa Arab sepertimana dimuliakan orang yang
bertutur tersebut oleh Allah s.w.t.

Pelajar sering menghadapi masalah untuk memahami pembelajaran bahasa


Arab di dalam kelas. Mereka juga kurang berminat dalam mempelajari bahasa Arab
kerana bahasa Arab merupakan bahasa asing dan susah untuk difahami. Kajian ini
memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya dalam menunjukkan minat
dan menambahkan kefahaman kepada mereka. Teknik pengajaran mempunyai
hubungan yang signifikan dengan penguasaan sesuatu pengetahuan dan kemahiran
dalam kalangan pelajar (Jamaludin & Zaidatun, 2003).

Justeru guru perlu memilih teknik pengajaran yang baik dan sesuai untuk
menyampai isi pengetahuan atau melatih kemahiran. Ini kerana teknik yang baik dan
sesuai boleh menjadi pemangkin kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dalam
kalangan pelajar. Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan media baru
seperti internet, google claasroom, blog, youtube dan lain-lain, pengkaji berharap
dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran dan menambahkan keyakinan
serta meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab kelak.
Menurut Mohamed Asin (2007) menyatakan mempelajari bahasa Arab masih lagi
dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar. Hal ini mungkin disebabkan kerumitan
bahasa itu sendiri untuk dikuasai atau kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang kurang efektif digunakan oleh para guru atau tenaga pengajar.

Oleh sebab demikian, permasalahan yang timbul dalam kalangan pelajar


tahun enam (6) di Kafa An-Nur Ppr K.g Muhibbah adalah terdapat beberapa pelajar
yang masih tidak dapat memahami secara keseluruhannya. Berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji dalam kelas tersebut, didapati terdapat
beberapa pelajar yang tidak dapat memahami pelajaran bahasa Arab termasuk
pelajar yang tidak pandai menulis dan menyebut. Daripada penilaian yang dilakukan,
terdapat juga pelajar yang menunjukkan kurang minat dalam pelajaran bahasa Arab.
Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menggunakan kaedah “hiwar” dalam
meningkatkan kefahaman asas bahasa Arab dan menarik minat pelajar dalam
mempelajarinya.

1.6 SIGNIFIKAN KAJIAN

Hakikatnya guru mendapati kaedah pengajaran biasa seperti kaedah papan tulis dan
hafazan memang membosankan pelajar. Faktor kebosanan ini akan menyebabkan
pelajar hilang tumpuan dan minat untuk mengikuti pengajaran guru. Seterusnya
mereka akan mengganggap mata pelajaran bahasa Arab adalah sangat susah dan
membosankan.

Pengkaji beranggapan bahawa dengan meningkatnya penguasaan para guru


dengan menggunakan suatu kaedah yang berkesan akan turut meningkatkan
penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran bahasa Arab. Bahkan juga, ini akan
meningkatkan tahap penguasaan dan minat para pelajar dalam memastikan mereka
dapat bertutur dengan lebih baik dan yakin.

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan ini, terdapat beberapa


kepentingan daripada kajian ini:

1.6.1 Pelajar

Meningkatkan kefahaman pelajar serta minatnya dalam mempelajari setiap pelajaran


secara umumnya dan dapat berkomunikasi serta membina ayat yang sempurna
dalam bahasa Arab secara khusunya. Pendidikan pada hari ini lebih menjurus
kepada pendidikan berterusan yang diterapkan oleh kementerian dalam kemenjadian
seseorang pelajar. Dalam hal ini, kaedah yang digunakan pengkaji dalam
meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar dan minat pelajar agar bersemangat untuk
mempelajari bahasa Arab. Bahkan dapat memberi impak yang positif supaya pelajar
dapat bertutur dalam bahasa Arab yang sebelumnya kurang minat dan menghadapi
masalah dalam pelajaran bahasa Arab.
1.6.2 Guru

Mendepani arus pendidikan yang maju, guru mestilah menggunakan pelbagai


kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ingin
disampaikan dapat diterima pelajar secara menyeluruh. Berpandukan kepada DSKP
dan kepelbagaian pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan menggunakan
kaedah “hiwar” untuk meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam membina
ayat serta dapat berlomunikasi dalam bahasa Arab. Kaedah ini sesuai digunakan
dalam merungkai permasalahan yang dihadapi pelajar dalam memahami perkara
asas dalam bahasa Arab.

Kajian ini sangat penting khususnya kepada para guru bahasa Arab. Kajian
ini bertujuan membantu para guru dan pelajar di semua peringkat pengajian
termasuklah sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Kajian ini
menyediakan para guru dengan teknik dan kaedah yang lebih kreatif untuk
memastikan tahap pencapaian pelajar dalam mempelajari bahasa Arab dengan lebih
menarik dan tidak membosankan serta menambah penguasaan pelajar terhadap
kemahiran asas bahasa Arab supaya menjadi lebih baik. Secara khususnya, kajian
ini dilakukan adalah untuk menjana satu kaedah yang berkesan dalam meningkatkan
kefahaman pelajar serta minat dalam mempelajari pelajaran bahasa Arab.

Selain itu, kajian ini dapat memberikan penambaikan dalam kaedah


pengajaran guru khususnya, selain mendedahkan pelajar dengan penggunaan
kaedah baru yang betul. Kajian ini juga bertujuan menarik perhatian para guru
khususnya menitikberat akan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih
efektif untuk menarik minat pelajar belajar bahasa Arab dengan mudah dan tidak
membosankan.

1.6.3 Sekolah

Pentadbir sekolah boleh menggunakan kajian ini dan mengaplikasikan kaedah yang
digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing.
Kaedah ini sesuai kerana melibatkan pelajar secara aktif dan menyeluruh dalam
kelas. Ia juga memberi impak yang optimum kerana terdapat unsur keseronokan
dalam mempelajari asas bahasa Arab dengan menggunakan kaedah ini. oleh itu,
kaedah ini dapat menarik minat pelajar dan memberi kefahaman yang jelas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berlangsung.

1.7 TINJAUAN LITERATUR

Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kajian-kajian yang telah dilakukan pleh
pengkaji-pengkaji terdahulu dan terkini berkaitan kajian tindakan yang dilakukan
terhadap permasalahan dalam bahasa Arab. Oleh itu, pengkaji telah membuat
tinjauan mengenai kajian sebelum ini. Tidak dapat dinafikan bahawa banyak karya
dan penulisan yang terdahulu dan kini yang membincangkan berkaitan kajian
tindakan dalam permassalahan bahasa Arab.

Siti Marpuah (2017) dalam kajiannya “ Penguasaan Komunikasi Bahasa Arab


Melalui Kaedah Aktif Komunikatif Di Sekolah Menegah Agama” membincangkan
berkenaan Kaedah Aktif Komunikatif (KAK) dalam membantu pelajar menguasai
dan pertuturan bahasa Arab. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kualitatif.
Dapatan kajian yang dilakukan bahawa kaedah KAK dapat dijadikan sebagai
alternatif dan memberi kesan positif dalam pembelajaran bahasa Arab.

Hairun Najuwah Jamali et. al. (2016) dalam kajian “ Membina Kemahiran
Bertutur Dalam Bahasa Arab Melalui Teknik Main Peranan” menjalankan kajian
keatas sekelompok pelajar yang mengambil mata pelajaran al-Arabiah Li Dirasat
Islamiyyah di Kolej Universiti Islam AntArabangsa Selangor (KUIS). Kajian dilakukan
dengan menggunakan kuantitatif. Kajian ini mendapati teknik main peranan ini
menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dan berjaya membina keyakinan pelajar
untuk bertutur dalam bahasa Arab. Selain itu, pelajar mampu untuk menguasai lebih
banyak perbendaharaan kata melalui aktiviti tersebut.

Menurut Aisyah Sjahrony et. al. (2017) dalam kajian “ Kepentingan


Pembelajaran Motivasi Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar IPTA Dari Perspektif
Sorotan Kajian” membincangkan berkaitan sorotan-sorotan kajian lepas berkenaan
berkaitan kepentingan motivasi dalam diri seseorang. Pengkaji menyatakan bahawa
tanpa motivasi seseorang berhadapan dengan pelbagai masalah pembelajaran
seperti tiada semangat yang tinggi untuk berjaya dimasa akan datang. Kajian ini juga
hanya menyatakan berkaitan permasalahan yang timbul dan kepentingan motivasi.
Namun, tiada tindakan yang diambil untuk meningkatkan motivasi seseorang itu.
Menurut Awatif et. al. (2016) pula menyatakan dalam kajian “Penguasaan
Bahan Bacaan Bahasa Arab Melalui Teknik Membaca SQ3R” mendapat penerimaan
yang baik dari pelajar terhadap teknik yang digunakan. Maklum balas yang diberikan
sangat positif. Setelah masalah yang timbul dikenalpasti, pengkaji menggunakan
kaedah SQ3R dalam meningkatkan kemahiran membaca. Teknik ini dikenalpasti
sebagai satu teknik yang popular dan berkesan. Dengan tindakan yang dilakukan,
hasilnya adalah banyak aspek yang perlu dititik beratkan dalam perlaksanaanya
mestilah bermula dari awal lagi.

Mohd Zaki Ismail et. al (2016) dalam kajian strategi pembelajaran kosa kata
berimbuhan bahasa Arab menyatakan dalam kajian yang dilakukan bertujuan untuk
meneroka bentuk strategi yang digunakan pelajar Melayu ketika mempelajari kosa
kata berimbuhan bahasa Arab. Kajian ini menggunakan seramai 17 peserta kajian
dari dua buah sekolah. dapatan kajian yang dinyatakan menunjukkan peserta kajian
menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran kosa kata ketika mempelajari
kosa kata berimbuhan bahasa Arab yang baru. Namun tahap penggunaan strategi
masih rendah.

Mohd Hazli, Maimun Aqsha Lubis dan Mahani (2019), dalam kajian mereka
bertajuk kemahiran membaca bahasa Arab sebagai bahasa kedua: penelitian dari
perpsektif teori dan kurikulum membincangkan berkaitan kemahiran membaca.
Kemahiran membaca merupakan kemahiran bahasa yang utama dalam aktivit
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini dikatakan kompleks keran berkait rapat
dengan kefahaman. Kajian ini juga turut membincangkan tentang pelaksanaan
aktiviti kemahiran membaca bahasa Arab dalam sesi pdp selari dengan keperluan
teori bacaan kurikulum yang bermatlamatkan pelajar dapat memahami patah
perkataan serta ayat pada teks bacaan secara fasih dan lancar. Oleh itu, kajian ini
hanya memfokuskan kepada kemahiran membaca yang perlu dipraktikkan dalam
pdp bahasa Arab sebagai bahasa kedua.

Menurut Sumaiyah, Nik Farhan dan Wan Muhammad (2018) dalam kajian
permasalahan kemahiran menulis bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat
pengajian tinggi, kemahiran menulis merupakan elemen yang penting dalam
penguasaan bahasa Arab. Terutama kepada pelajar pada peringkat pengajian tinggi.
Pengkaji lebih cenderung untuk menganalisis kesalahan pelajar dalam penulisan.
Kajian ini mendapati kelemahan pelajar dalam penulisan bahasa Arab berlaku dalam
lima aspek, iaitu ortografi dan ejaan, sintaksis dan morfologi, pembinaat ayat, kosa
kata dan strategi. Perhatian dan penelitian perlu ditekankankan dalam permasalahan
bahasa Arab penulisan agar penambahbaikan dilakukan secara berterusan.

Zainur Rijal dan Rosni Samah (2018) dalam kajian saiz kosa kata bahasa
Arab dalam kalangan pelajar di peringkat pengajian tinggi: permasalahan dan
strategi pengajaran menyatakan memiliki dan menguasai kuantiti kosa kata yang
mencukupi merupakan aspek yang penting dalam pembelajaran bahasa. Aspek
kualiti kosa kata yang dikuasai juga perlu diberi perhatian. Permasalahan yang
berlaku pada hari ini bukan sahaja dari aspek kualiti, bahkan dari aspek kuantitinya.
Dapatan kajian ini mendapati bahawa permasalahan serius yang dihadapi pelajar
pada peringkat universiti adalah dalam menguasai kosa kata penting dalam
pembelajaran.

Habibah (2012) dalam kajian keberkesanan pembelajaran koperatif di dalam


pengajaran bahasa Arab program j-QAF menyatakan kajian ini dilakukan untuk
melihat sejauh mana keberkesanan pembelajaran koperatif di dalam pengajaran
bahasa Arab program j-QAF dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
menguasai bahasa Arab. Kajian ini mendapati, secara amnya kaedah pembelajaran
koperatif yang digunakan dapat meningkatkan pencapaian murid secara
keseluruhannya. Ia juga sangat berkesan kerana mereka juga dapat bekerjasama
dan mengamalkan kemasiran sosial di antara mereka.

Anuar sopian (2019) menyatakan dalam kajiannya kemahiran menulis


bahasa Arab: analisa kelemahan pelajar UITM Melaka. Kajian ini adalah untuk
mengenalpasti kelemahan-kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran menulis
bahasa Arab seterusnya dapat difikirkan langkah penyelesaian terhadap masalah ini.
dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kelemahan utama pelajar dalam penulisan
adalah melibatkan imlak dan ejaan, penyesuaian gender, penggunaan kata kerja dan
penggunaan idhofah. Kajian ini juga membincangkan faktor-faktor yang
menyumbang ke arah kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran menulis dan
cadamgan penambahbaikan.

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan kajian kualitatif. Beberapa


instrumen seperti tinjauan, temu bual dan borang soal selidik digunakan. Tinjauan
digunakan bagi melihat laman web yang boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran
bahasa Arab. Carian dilakukan ke dalam pelbagai laman web bahasa Arab melalui
internet bagi melihat web-web yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran.

Temu bual turut dijalankan kepada tenaga pengajar dan pelajar bahasa Arab
bagi mengetahui web yang mereka layari dalam bidang tersebut dan mendapatkan
pandangan dan maklum balas berhubung bidang ini. Borang soal selidik juga turut
diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajar bahasa Arab bagi melihat
kekerapan penggunaan bahan dalam bidang ini dan sejauh manakah ia dapat
membantu mereka. Turut diperolehi melalui borang ini pandangan dan ulasan
mereka terhadap bahan-bahan melalui internet. Melalui penggunaan instrumen di
atas data dapat diperolehi bagi menjawab persoalan yang dikemukakan.

Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk


lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat untuk mempelajari
bahasa Arab serta membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata.
Seterusnya dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi, membaca
dan menulis kerana telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaedah Kajian

a) Pemerhatian

Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah untuk memahami dan


kurang berminat untuk mempelajari serta mempunyai penbendaharaan kata yang
terhad semasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas.

b) Tindak balas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan dan


menghadapi masalah membuat ayat pertuturan serta tidak menunjukkan minat dan
semangat untuk mempelajari bahasa Arab.

c) Ujian Pencapaian

Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut perkataan dan
berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab dijalankan.
d) Perancangan

Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan
menggunakan keadah video ‘hiwar’ dari youtube.

e) Tindakan

Pelajar disediakan video kanak-kanak melakukan perbualan ‘hiwar’ dalam bahasa


Arab. Setiap pelajar diberi kertas dialog dan diminta untuk membaca dan menyebut
bersama-sama guru. Guru akan membahagikan kumpulan pelajar kepada 5 orang
setiap kumpulan. Pelajar-pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan
bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.

f) Pemerhatian selepas menggunakan kaedah “ hiwar”.

Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan memberi
respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah. Ini kerana mereka secara
sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.

g) Refleksi

Kaedah ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar untuk lebih mudah


memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat untuk mempelajari bahasa Arab
serta membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata dan
meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi, membaca dan menulis
kerana telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

1.8.1 Lokasi Kajian

Berdasarkan penelitian dilakukan, tiada lagi kajian dilakukan dengan menggunakan


teknik “hiwar” sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam
bahasa Arab dan menarik minat pelajar untuk berterusan mempelajari bahasa Arab.
Selain itu, kaedah ini juga dapat memberi impak positif terhadap penguasaan pelajar
untuk bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Arab.
Kajian ini dilakukan dengan memberi fokus kepada pelajar tahun enam (6)
Kafa An-Nur Ppr K.g. Muhibbah. Pelajar sering menghadapi masalah untuk
memahami pembelajaran bahasa Arab di dalam kelas. Mereka juga kurang berminat
dalam mempelajari bahasa Arab kerana bahasa Arab merupakan bahasa asing dan
susah untuk difahami. Kajian ini hanya memfokuskan kepada pelajar tahun 6 yang
menghadapi masalah dalam memahami pelajaran bahasa Arab dan kurang
berminat.

1.8.2 Responden (Populasi/ Pensampelan)

Peserta kajian memainkan peranan yang penting dalam aspek pengumpulan awal
data. Peserta kajian dipilih berdasarkan hasil kriteria yang ditetapkan pengkaji.
Mereka dipilih berdasarkan dari segi pencapaian akademik daripada pemerhatian
semasa kutipan awal data. Hal ini memudahkan pengkaji untuk menyusun,
membanding beza dan mengklasifaikasikan peserta kajian mengikut tahap
pencapaian. Jumlah peserta kajian adalah seramai 5 orang dari kelas tahun 6.
Tahap akademik mereka sangat sederhana berbanding rakan sekelas mereka yang
lain dalam tahun dan kelas yang sama. Tahap akademik dan disiplin berada ditahap
yang sederhana. Mereka terdidi daripada 3 lelaki dan 2 perempuan dan kesemuanya
berbangsa melayu. Mereka dibahagikan kepada 1 kumpulan seperti pada jadual 1.

Maklumat peserta kajian

Nama Tahap Kelas Jantina Bangsa


akademik

Ain Sederhana 6 petang Perempuan Melayu

Syasya Sederhana 6 petang Perempuan Melayu

Azhad Sederhana 6 petang Lelaki Melayu

Dania Sederhana 6 petang Perempuan Melayu

Amirah Sederhana 6 petang Perempuan Melayu


RAJAH 1
1.8.3 Perancangan Tindakan

1.8.4 Pelaksanaan Perancangan Tindakan

Langkah-langkah perlaksanaan Teknik hiwar

FASA TINDAKAN RASIONAL


PELAKSANAAN
 Meninjau permasalahan yang Memberi persediaan
dihadapi dalam proses awal dalam merangka
Pengajaran dan Pembelajaran dan menjalankan
(PdP) dan juga melalui kritikan kaedah hiwar yang lebih
Fasa tentang tindakan semasa sesi baik dan juga
Perancangan pengajaran. mengetahui
permasalahan yang
 Setelah mengenal pasti dihadapi di sekolah.
masalah dalam pengajaran,
iaitu kurang melibatkan murid
dalam aktiviti yang
membiasakan mereka untuk
memahirkan diri dalam
bertutur, menyebut dan
membina ayat
dalam Bahasa Arab.

 Pengkaji merancang satu


kaedah yang melibatkan murid
dalam aktiviti yang
menggalakkan murid untuk
bertutur dan menyebut dan
dalam masa yang sama dapat
membina ayat dalam Bahasa
Arab iaitu menggunakan
kaedah hiwar.

 Peserta kajian yang terlibat Untuk melihat


iaitu 5 orang akan dibahagikan keberkesanan kaedah
kepada satu kumpulan. Contoh hiwar dalam
Fasa kumpulan 1 pembelajaran dari segi
Tindakan cara penggunaan dan
 Kumpulan 1 akan memulakan penglibatan murid dalam
penggunaan kaedah hiwar. pembelajaran koperatif
dalam kumpulan.
 Selepas penggunaan kaedah
hiwar. Kumpulan akan
diberikan lembaran kerja bagi
menguji kefahaman mereka
dan keberkesanan kaedah
hiwar.

 Pemerhatian akan dibuat Untuk mendapat


berdasarkan secara maklumat yang lebih
Fasa berkelompok mengikut satu terperinci dan usaha
Pemerhatian kumpulan. penambahbaikan dapat
dilaksanakan serta
 Hasil dapatan pemerhatian dapat melihat kesan
akan melalui rakaman video yang diperolehi selepas
dan lembaran kerja. tindakan.

 Refleksi dibuat atas Fasa Mengaplikasikan


Tindakan yang diperhatikan alternatif baru atau
berdasarkan hasil dapatan tadi. penambahbaikan bagi
Fasa mengubah perspektif
Refleksi  Hasil refleksi tadi, data kajian dan pencapaian murid.
akan diinterpretasikan untuk
sebagai bukti sekiranya
Berjaya. Sekiranya kurang
berkesan, akan balik semula ke
Fasa Perancangan untuk
penambahbaikan dan juga
pembaharuan dalam kaedah
hiwar yang digunakan.

RAJAH 2

1.9 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan. Kaedah yang dicadangkan dan
digunakan adalah bersesuaian untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan kaedah tersebut dan
disokong dengan borang soal selidik. Kaedah yang digunakan dalam meningkat
minat dan kefahaman pelajar adalah “hiwar”. Dengan menggunakan pendekatan
dengan kalimah yang mudah dan pendek. Seterusnya kepada kalimah yang susah
dan panjang.
SEBELUM PENGGUNAAN SEMASA PENGGUNAAN SELEPAS PENGGUNAAN
KAEDAH HIWAR KAEDAH HIWAR KAEDAH HIWAR
 Guru memberi  Guru  Guru menggunakan
tugasan untuk memperkenalkan kaedah hiwar
membina ayat dalam dan menggunakan semasa set induksi.
bahasa Arab kaedah hiwar
berasaskan nama- semasa set induksi.  Semasa aktiviti 1:
nama haiwan. kumpulan 1
 Semasa aktiviti 1: memberikan
 Semua ahli kumpulan membina ayat dalam respons yang sangat
1 keliru dan tidak Bahasa Arab, baik dan mereka
mampu untuk kesemua murid mampu untuk
menghasilkan ayat boleh dan mampu menyebut dan
dengan untuk menyebut dan membina ayat
menggunakan nama- bertutur dalam dalam Bahasa Arab
nama haiwan yang Bahasa Arab dengan dengan betul serta
telah dipelajari. berasakan nama- menulisnya dengan
nama haiwan dalam baik.
 Kebanyakan ahli Bahasa Arab.
kumpulan 1 tidak  Latihan pengukuhan
mampu untuk  Wujud semangat dapat disiapkan
membina ayat koperatif dan dengan sepenuhnya.
disebabkan tidak kesefahaman
biasa dengan dimana kesemua  Mereka memberi
penggunaan Bahasa anggota kumpulan semangat koperatif
Arab dan tiada memberikan dan kerjasama yang
kerjasama yang baik kerjasama untuk sepenuhnya didalam
di antara ahli menyelesaikan kumpulan sepanjang
kumpulan. tugasan yang telah aktiviti dijalankan.
diberikan.

RAJAH 3 Perbezaan sebelum, semasa dan selepas kaedah hiwar.

1.9.1 Tindakan Yang Dijalankan

Perancangan yang rapi telah pengkaji lakukan sebelum, semasa dan selepas kajian
tindakan ini dilaksanakan. Prosedur pelaksanaan kajian ini adalah berdasarkan
kepada model kajian yang dibina oleh Stephen Kemmis. Bagi memastikan kajian ini
berjalan dengan lancar dan efektif, pengkaji telah menyediakan kertas kerja kajian.
Selain itu, pengkaji turut membuat bacaan tambahan melalui buku dan kajian-kajian
lepas bagi mengetahui lebih lanjut mengenai masalah yang pengkaji hadapi dan
jalan penyelesaian yang perlu dipilih. Kajian-kajian lepas yang berkaitan juga
pengkaji masukkan dalam penulisan ini untuk mengukuhkan kajian tindakan yang
dilakukan. Perancangan pelaksanaan telah pengkaji rangka dan jadualkan mengikut
bahagian-bahagian tertentu supaya mudah untuk pengkaji jalankan kajian. Bahkan,
pengkaji juga menggunakan instrumen pengumpulan data yang sesuai bagi
membantu kajian tindakan ini. perbincangan bersama rakan-rakan yang turut
melakukan kajian hampir sama telah pengkaji lakukan dalam memastikan kajian
tindakan yang pengkaji laksanakan bermutu dan terbaik.

Pemerhatian tidak berstruktur (catatan bebas)

Tarikh:

Kelas:

Pemerhatian Catatan
KESIMPULAN

RUJUKAN

Affizal Ahmad. T.t. Kepentingan Pendidikan Dalam Penbentukan Kualiti Hidup


Sejahtera. Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia,
Kubang Kerian, Kelantan.

Amat Juhari Moain. 1996. Perancangan Bahasa: Sejarah aksara Jawi. Ampang:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anuar bin Sopian. 2019. Kemahiran Menulis Bahasa Arab: Analisa Kelemahan
Pelajar UITM Melaka. International Journal of Humanities, Philisophy and
Language. Volume 2 (7).

Aisyah Sjahrony, Maimun Aqsha Lubis, Harun Baharudin, dan Mohd Sham Kamis.
2017. Kepentingan Pembelajaran Motivasi Bahasa Arab Dalam Kalangan
Pelajar Ipta Dari Perspektif Sorotan Kajian. ASEAN Comparative Education
Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2)
September 2017.

Asyraf Ridwan Ali & Berhanundin Abdullah. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi dalam
memperkasakan tamadun Islam di Malaysia. Proceedings of ICIC2015-
International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st
Century. Malaysia: Universiti Sultan Zainal Abidin, 6-7 September 2015.

Awatif Abdul Rahman, Hairun Najuwah Jamali, Ku Fatahiyah & Siti Nurhajariah Mat
Isa. (2016). Penguasaan Bahan Bacaan Bahasa Arab Melalui Teknik
Membaca SQ3R. Special Issue 3. E-Bangi Journal of Social Science and
Humanities. Faculty of Social Science and Humanities Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Habibah binti Mhd. Said. 2012. Keberkesanan Pembelajaran Koperatif di Dalam


Pengajaran Bahasa Arab Program j-Qaf. Fakulti Bahasa dan Linguistik
Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Hairun Najuwah Jamali, Awatif Abdul Rahman , Ku Fatahiyah Ku Azizan , Siti


Nurhajariah Md Isa. 2017. Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa
Arab Melalui Kajian Tindakan. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Special Issue.

Hairun Najuwah Jamali, Awatif Abdul Rahman , Ku Fatahiyah Ku Azizan , Siti


Nurhajariah Md Isa. 2016. Membina Kemahiran Bertutur Dalam Bahasa
Arab Melalui Teknik Main Peranan. Volume 3. e-Journal of Aeabic & Islamic
Civilization. Jabatan Bahasa, Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam
AntArabangsa Selangor.

Ibtisam Abdullah & Zamri Ahmad. 2012. Pengajaran kemahiran mendengar bahasa
Arab.

Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong:
PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd

Khazriyati Salehuddin. 2012. Penilaian ke atas kerumitan kognitif dalam proses


membaca Jawi. Journal of Language Studies, Volume 12(4).

Ku Fatahiyah Ku Azizan Awatif Abd Rahman Hairun Najuwah Jamali. 2014. Tahap
Kemahiran Asas Bahasa Arab di IPT Malaysia. Pusat Pengajian Teras Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Mansor Sulaiman. 2012. Tulisan Jawi sebagai penanda aras penguasaan tamadun
Islam di Nusantara: Meneladani peranan tamadun Islam silam dalam
mengukuhkan penggunaan tulisan Jawi. Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi &
Teknologi.

Mohd Hazli bin Yah, Maimun Aqsha Lubis bin Abdul Lubis & Mahani binti Mohamad.
2019. Kemahiran Membaca Teks Arab Sebagai Bahasa Kedua : Penilitian
Dari Perspektif Teori Dan Kurikulum. INSANIAH: Online Journal of Language,
Communication and Humanities. Volume 2 (1).
Mohd Zaki Ismail, Kaseh Abu Bakar, Nik Farhan Nik Mustapha & Nurazan M
Rouyan. 2016. Strategi Pembelajaran Kosa Kata Berimbuhan Bahasa Arab.
Malaysian Journal of Learning and Instruction: vol. 13.

Samruhaizad Samian @ Samion & Azahan Awang. 2017. Pendidikan Sebagai


Komponen Kualiti Hidup Masyarakat Pinggir Bandar. Asian Journal of
Environment, History and Heritage September 2017,) Published by Malay
Arts, Culture and Civilization Research Centre, Institute of the Malay World
and Civilization.

Siti Marpuah. 2017. Penguasaan Komunikasi Bahasa Arab Melalui Kaedah Aktif
Komunikatif Di Sekolah Menegah Agama. Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Sumaiyah Sulaiman, Nik Farhan Mustapha, Pabiyah Toklubok@Hajimaming & Wan


Muhammad Wan Sulong. 2018. Permasalahan Kemahiran Menulis Bahasa
Arab Dalam Kalangan Pelajar Peringkat Pengajian Tinggi. Jurnal Sultan
Alauddin Sulaiman Shah. Vol 5 Bil 2.

Yahya Othman. 2005. Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuantan: PTS
Profesional.

Zainur Rijal Abdul Razak & Rosni Samah. 2018. Saiz Kosa Kata Bahasa Arab Dalam
Kalangan Pelajar di Peringkat Pengajian Tinggi : Permasalahan dan Strategi
Pengajaran. International Journal of Language and Applied Linguistic
(IJLEAL). Universiti Malaysia Pahang.

LAMPIRAN

You might also like