You are on page 1of 6

PENGENALAN CCTV (CLOSED-CIRCUIT TELEVISION)

Closed-circuit television (CCTV) adalah kamera yang merakam imej video dan menghantar isyarat
video komposit tempat-tempat tertentu. CCTV sering digunakan untuk tujuan pengawasan yang
biasa terdapat di bank, lapangan terbang, bangunan-bangunan malah sekarang ini juga digunakan di
rumah-rumah. CCTV pertama telah dipasang oleh syarikat Jerman Siemens AG pada Test Stand VII di
Peenemünde, Jerman pada tahun 1942, digunakan untuk memerhati perlancaran roket V-2. 

Kelengkapan Sistem CCTV

Kelengkapan utama dalam system pengoperasian CCTV adalah seperti berikut:

1)  Kamera

Kamera CCTV berfungsi sebagai alat perakam imej


bergerak (video) dan menukarkannya kepada isyarat
video komposit. Terdapat beberapa jenis kamera
yang berbeza dari segi kualiti, penggunaan dan
fungsi-fungsinya. Setiap kamera akan disambungkan
ke Digital Video Recorder (DVR) secara langsung.
Terdapat pelbagai jenis kamera yang dijual dipasaran
antaranya ialah :

i. Dome Camera
ii. Waterproof Camera
iii. Infra-Red Camera
iv. IP Camera
v. Standard Box Camera

2) Digital Video Recorder (DVR)

DVR adalah sistem yang digunakan oleh CCTV untuk merakam video
dalam bentuk digital. Bagimenyimpan data atau maklumat yang
dirakam, DVR hendaklah disertakan dengan hard disk dengan kapasiti
yang besarsekurang-kurangnya 80Gb.

Pada masa kini terdapat pelbagai lagi jenis sistem CCTV hasil
daripada penyelidikan dan kemajuanberterusan. Antaranya seperti
kepelbagaian DVR yang boleh disambungkan ke talian internet,
sistem pemantauan berkomputer dan yang menjadi perhatian masa kini adalah IP Camera.

Sistem IP (Internet Protokol) Camera menghantar isyarat video dan audio melalui jaringan tanpa
wayar dengan memakai protokol TCP/IP.Menarik sistemini, ianya boleh dipantau di mana sahaja
melalui internet. Ia juga tidak memerlukan DVR.
3) Monitor

Monitor digunakan untuk memaparkan imej yang dirakam oleh kamera secara langsung. Paparan
imej pada monitor bergantung kepada bilangan port yang digunakan pada DVR. Monitor computer
adalah yang paling popular digunakan kerana harganya yang murah dan mudah dipasang. 

Contoh penyambungan dalamsistem pemasangan CCTV adalah seperti gambarajah di bawah.

JENIS KAMERA CCTV

 1.        Dome Camera

Sesuai dengan namanya - Dome Camera – kamera ini berbentuk seperti


kubah. Reka bentuknya yang simple menjadikannya jenis kamera yang
paling popular dan sering digunakan dalam pemasangan CCTV, kerana
kamera ini  sangat mudah untuk dipasang.

Posisi kanta kamera yang tidak kelihatan kerana terhalang oleh lapisan
dome, membuatkan kita tidak dapat mengetahui arah mana yang sedang
di fokuskan oleh kamera tersebut.

Kamera jenis ini sesuai digunakan untuk pemasangan di dalam ruang (indoor), baik di dalam rumah
atau pun di ruang pejabat.

2.  Standard Box Camera

Berbentuk seperti kotak, kamera ini sering digunakan untuk pemasangan


baik indoor mahupun outdoor. Jenis kamera ini boleh juga digunakan
untuk keperluan surveillance jarak jauh.Apabila pemasangan di outdoor
dengan posisi yang boleh di capai oleh tangan, sebaiknya di tambahkan sebuah pelindung, supaya
dapat mencegah kerosakan terhadap kamera tersebut.
 3.        Vandal Proof Camera

Vandal proof camera bermaksud kamera tersebut anti kerosakan. Ia


diperbuat daribahan yang di reka khusus untuk melindungi kamera dari
sebarang kesan kerosakan yang melampau.

 4.    Waterproof Camera

Kamera ini biasanya untuk pemasangan outdoor.Berbentuk bullet


camera – kamera yang mempunyai reka bentuknya seperti peluru. Reka
bentuk pelindung luarannya direka khusus agar dapat menahan air
hujan, debu, dan suhu yang melampau.

5.    Infra Red Camera

Tingkat pencahayaan yang kurang di malam hari menyebabkan perlunya


pemasangan kamera yang menggunakan Infra Red. Semakin banyak titik
infra red di dalam kamera, maka akan semakin jelas kecerahan gambar
yang dirakam oleh kamera.

     6.    PTZ Camera / Speed Dome Camera

PTZ Camera/Speed Dome Camera adalah kamera serba lengkap yang


memiliki lensa zoom hingga puluhan kali dan mekanisme 'pan tilt' berupa
motor servo yang mempunyai pergerakan yang halus. Pergerakan focus
kamera ini tidak dapat dikesan oleh individu.

    7.    IP Camera

Kamera yang mengirimkan 'discrete streaming video'


melalui kabel UTP. Umumnya ia dilengkapi dengan IP
Address. Dengan adanya IP Camera, kita dapat
maklumat secara langsung dan boleh mengakses hasil
rakaman melalui jaringan LAN/WAN tanpa harus
menggunakan tambahan converter.

 8.    Covert Camera / Hidden Camera

Sesuai dengan namanya, kamera ini merupakan kamera


CCTV yang dimaksudkan untuk penggunaan yang tersembunyi di mana ia tidak
dapat dikesan oleh individu tertentu .Bentuknya bermacam-macam, ada yang
seperti smoke detector, jam dinding, lampu, bahkan pemancut air. 

KAEDAH PEMASANGAN CCTV


Pelajar terlebih dahulu mengenal pasti tentang peralatan yang diperlukan dalam pemasangan CCTV.
Spesifikasi bagi system CCTV untuk pemasangan CCTV di rumah kediaman atau ruang pejabat adalah
mencakupi seperti berikut :

i.            1 unit DVR (4-channel/ 1 BNC output/ 1 VGA output / 1 network port) model

ii.          Hard Disk SATA (80Gb)

iii.         4 biji kamera Dome

iv.     Monitor - bolehguna monitor komputer 

Rajah asas pemasangan CCTV 

(Set router adalah aksesori tambahan bagi mengawal DVR melalui internet)

Projek pendawaian amali seterusnya adalah melibatkan pemasangan CCTV. Berikut adalah perkara
utama dalam proses pemasangan CCTV :

 1. Tentukan kabel yang sesuai

Dalam projek amali ini, kabel CCTV yang digunakan


adalahjenis  coaxial cable RG59/6 series. Ini merupakan
kabel standard yang sering digunakan untuk
penyambungan antara kamera CCTV dan DVR. Manakala
penyambung yang digunakan adalahjenis BNC connector.Ia
menyambungkan antara panel video pada DVR dan kamera
jenis Dome.
2. Tentukan lokasi dan area pantauan CCTV

Lokasi pemasangan CCTV ditentukan berdasarkan jarak pandangan yang hendak di kawal samada
jauh atau dekat dan apakah untuk keadaan gelap atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi
mendapatkan titik fokus kawasan yang hendak di kawal.

3. Penetapan Kedudukan kamera CCTV

Terutama untuk pemasangan CCTV di rumah, perletakkan sudut kamera CCTV di bawah tempat
berbumbung boleh melindungi kamera CCTV anda dari hujan, angin, dan sebagainya. Selain itu,
penempatan di bawah bumbung juga biasanya memberikan paparan yang lebih baik dan mudah
untuk menarik kabel jaringan. 

Kamera jenis Dome infrared digunakan.Ia boleh menghasilkan gambar yang terang walau pun pada
waktu malam atau dalam suasana yang gelap.

Kabel video dan bekalan kuasa di sambung secara berasingan di mana bekalan kuasa menggunakan
palam 3-pin yang di sambung ke soket alir keluar 13A.

4. Proses Menarik Kabel (Lay-out cabel)

Setelah menentukan titik pemasangan CCTV, berikutnya adalah mencari titik masuk untuk menarik
kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas siling atau laluan conduit dan sebagainya. Pada
kebiasaannya pada ruang pejabat lebih praktikal menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ia
Nampak lebih kemas dan tersusun. DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa
secara berasingan. Oleh itu kabel untuk bekalan kuasa kamera CCTV perlu disambungkan kepada
punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera tersebut.

5. Penempatan Monitor dan DVR

Monitor dan DVR adalah peralatan  yang melengkapi sistem CCTV anda.
Tentukan tempat dimana monitor dan DVR akan diletakkan secara
bersebelahan bagi memudahkan proses ‘setting’ (biasanya pengguna
akan merujuk kepada buku manual yang disediakan oleh pihak pembekal
DVR). Untuk keselamatan ada baiknya set DVR diletakkan secara
tersembunyi terutama di rumah kediaman bagi mengelakkan penceroboh
merosakkan atau mengambil set DVR.
6. Lay-out kabel& 'Setting'

Setelah mendapatkan posisi perletakkan kamera CCTV dan lokasi penempatan monitor serta DVR,
maka berikutnya adalah proses terakhir iaitu menarikkabel RG59 yang menghubungk anantara CCTV
dengan monitor dan DVR. Maka lengkaplah proses pemasangan set CCTV di rumah kediaman atau di
bangunan pejabat. Setelah set CCTV selesai di pasang dan boleh disambung bekalan kuasa, maka
proses 'setting' DVR merujuk kepada manual yang disertakan dapat dilakukan.

Sambungan kabel kamera, monitor dan mouse untuk proses 'setting' DVR 

Sambungan semua komponen yang telah lengkap di mana monitor memaparkan imej yang telah
dirakam oleh  kamera CCTV

You might also like