You are on page 1of 2

Subjek : Pentaksiran Dalam Bilik Darjah

Tajuk Tutorial : Konsep Asas Pentaksiran

Soalan :

1) Definisi dan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Kemukakan contoh yang
relevan bagi menyokong fakta dan hujah yang dikemukakan

Pengujian ialah kaedah sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang pelajar dalam
sesi pembelajaran di sekolah. Contoh pengujian ialah guru memberi satu set soalan Pendidikan
Islam kepada pelajar. Pelajar dikehendaki menjawab soalan dengan sempurna. Hal ini bertujuan
memudahkan guru menentukan perubahan tingkah laku dan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran.

Pengukuran ialah kaedah penetapan nombor-nombor atau angka angka kepada sesuatu objek atau
perkara mengikut piawan dan peraturan yang telah dibuat. Dengan erti kata lain, satu sistem yang
dilaksanakan untuk menetapkan nilai kuantitatif sesuatu benda. Contoh markah 80 hingga 100
dapat skor A. Oleh itu, guru dapat menentukan tahap pencapaian pelajar dalam kelas.

Penilaian ialah kaedah mengumpul menentukan, mendapatkan, memberikan maklumat yang


bermanfaat yang bertujuan membuat pertimbangan secara tepat seperti penilaian aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, penilaian yang tepat dan wajar memberi ruang kepada
guru untuk membuat tindakan yang selanjutnya. Sebagai contoh guru menilai 20 daripada 25 orang
pelajar mencapai objektif pembelajaran berdasarkan markah lulus kertas ujian. 5 orang pelajar telah
gagal.

Pentaksiran ialah kaedah yang dilakukan sepanjang sesi pdpc dijalankan untuk mengetahui tahap
perkembangan pembelajaran. Pentaksiran bertujuan untuk kita merekod, dan menyimpan data
pencapaian serta merancangn masa hadapan pelajar kelak. Hasil perkembangan pelajar boleh
digunakan oleh guru untuk memberi bimbingan dan sokogan kepada pelajar . sebagai contoh guru
memberikan bimbingan kepada pelajar yang lemah dalam pembelajaran
2)Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan dalam situasi sebenar di sekolah anda seperti
berikut :

a) Pentaksiran tentang pembelajaran

b) Pentaksiran untuk pembelajaran

c) Pentaksiran sebagai pembelajaran

Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning) ialah cara menilai pengetahuan pelajar
dalam 1 tempoh yang terhad contoh peperiksaan akhir tahun subjek Pendidikan Islam tahun 3 atau
peperiksaan awam seperti STAM. Hasil markah dan gred perlu disimpan untuk menilai tahap
pencapaian pelajar. Penilaian ini berbentuk sumatif.

Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for Learning) ialah cara menilai pengetahuan pelajar
secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran dalam kelas seperti cara berwuduk dengan
betul. Apabila guru selesai memberi tunjuk ajar cara berwuduk dengan sempurna. Guru meminta
pelajar untuk berwuduk. Guru akan memperbetulkan cara wuduk yang salah. Penilaian ini berbentuk
formatif

Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as learning) ialah cara pelajar menilai diri tentang
pembelajaran yang telah dipelajari dalam 1 tempoh tertentu. Penilaian bergantung kepada tahap
kemampuan pelajar berfikir untuk menguasai pembelajaran. Penilaian berbentuk sumatif. Hasilnya,
dapat membentuk keyakinan dan keberanian dalam peribadi pelajar.

You might also like