You are on page 1of 2

Bincangkan kesan-kesan sosial di Tanah Melayu akibat perubahan ekonomi yang

dilakukan oleh British.

Perubahan sosial yang dibuat oleh Inggeris ialah perubahan dalam sistem pendidikan.
Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, pendidikan di Tanah Melayu bersifat tidak
formal iaitu hanya terhad kepada pengajian Al-Quran dan keagamaan. Namun selepas
kedatangan Inggeris, terutamanya pada pertengahan abad ke-19, sistem pendidikan di
Tanah Melayu telah banyak berlaku perubahan dan ianya lebih bersifat perkauman @
vernakular kerana Inggeris tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dengan pendidikan
guru dan ini membawa kepada perbezaan sukatan pelajaran antara kaum. Masyarakat
Melayu tidak mendapat pendidikan akademik yang sempurna seperti mana kaum2 laindan
mereka hanya mendapat ilmu kemahiran sahaja.

Terdapat 4 jenis sekolah di Tanah Melayu iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina,
sekolah Tamil dan sekolah Inggeris. Di sekolah Melayu , terdapat 2 bentuk persekolahan
iaitu sekolah berbentuk keagamaan dan sekular. Sekolah berbentuk keagamaan telah lama
wujud sebelum kedatangan Inggeris. Sekolah ini mengajar tentang hal keagamaan dan
mengaji. Sekolah ini juga kurang mendapat tumpuan daripada pihak Inggeris kerana pihak
Inggeris mahu mengekalkan kestabilan dan memastikan kaum Melayu terus tinggal di
kampung sebagai petani. Manakala sekolah Melayu yang bersifat sekular pula
diperkenalkan oleh Inggeris melalui mubaligh Kristian. Sekolah ini kurang mendapat
sambutan daripada orang Melayu kerana mereka takut terpengaruh dengan agama Kristian
oleh mubaligh.

Selain itu, perluasan Inggeris juga telah menyebabkan berlakunya kewujudan


masyarakat majmuk @ masyarakat berbilang kaum . Terdapat 3 kaum utama di Tanah
Melayu iaitu Bumiputera @ Melayu, Cina dan India. Kewujudan masyarakat majmuk dapat
dibahagikan kepada aspek politik,ekonomi dan sosial. Dari aspek politik masyarakat majmuk
dikuasai oleh suatu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan tersendiri. Kewujudan
masyarakat majmuk ini adalah disebabkan oleh dasar terbuka inggeris terhadap kemasukan
buruh asing bagi memenuhi kepentingan mereka. Dari aspek ekonomi,kewujudan
masyarakat majmuk adalah bagi memenuhi tenaga buruh yang diperlukan oleh pihak British
dalam ekonomi perlombongan dan perladangan iaitu buruh Cina ditempatkan dikawasan
perlombongan manakala buruh2 India pula bekerja di estet2 atau di ladang2.Dalai aspek
sosial pula, kewujudan masyarakat majmuk adalah bagi meraih keuntungan ekonomi pihak
Inggeris iaitu apabila semakin ramai buruh asing datang ke Tanah Melayu, pengeluaran
ekonomi Tanah Melayu akan bertambah dan ini meningkatkan keuntungan para penjajah
yang sememangnya ingin meraih keuntungan di Tanah Melayu.
Masyarakat majmuk ini wujud akibat daripada kemasukan imigran pada
pertengahan abad ke-19 dan telah melahirkan satu masyarakat majmuk, organisasi sosial
dan budaya yang berbeza. Kewujudan masyarakat majmuk juga berlaku ketika perusahaan
bijih timah di Tanah Melayu berkembang pesat dan telah menyebabkan Inggeris membawa
masuk buruh-buruh Cina dan India bagi menambah tenaga buruh di lombong. Buruh India
juga digunakan dalam perusahaan getah serta projek-projek pembangunan seperti jalanraya
dan keretapi.

Kewujudan masyarakat majmuk telah menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi


pelbagai. Hal ini berlaku kerana mereka hidup secara individualistik serta hidup dengan cara
kehidupan yang berbeza-beza samada dari segi agama, kepercayaan, kebudayaan, adat,
bahasa, kegiatan ekonomi dan petempatan. Ia juga berlaku akibat daripada dasar yang
diperkenalkan oleh Inggeris iaitu dasar ‘Pecah’ dan ‘Perintah’ yang bermaksud pengasingan
masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu. Ini dapat dilihat daripada orang Melayu yang
hidup di kawasan luar bandar seperti kampung dan desa. Mereka juga masih mengamalkan
sistem ekonomi sara diri seperti nelayan, kegiatan pertanian secara kecil-kecilan dan
pegawai-pegawai rendah. Manakala orang Cina tertumpu di kawasan bandar dan
menjalankan kegiatan perdagangan dan perlombongan. Orang India pula tinggal di
kawasan-kawasan estet dan ladang getah bagi menjalankan kegiatan perladangan.

You might also like