You are on page 1of 13

PATAH

TULANG
PKES3053
DEFINISI
▪ Kecederaan patah tulang adalah merujuk kepada luka
yang berlaku ke atas tulang, dalam bentuk retakan,
patah atau yang menjulur keluar dari tubuh.
▪ Patah tulang adalah kecederaan yang lazim berlaku
semasa gempa bumi, akibat terkena runtuhan, dipijat
atau ditolak oleh orang.
JENIS KECEDERAAN PATAH TULANG
▪ Patah:
Tulang mengalami trauma / impak yang
menyebabkannya retak tetapi tidak patah dua.
▪ Patah tertutup:
Tulang retak tetapi masih berada di dalam tubuh.
▪ Patah terbuka:
Tulang retak dan menjulur keluar dari tubuh.
SIMPTOM TULANG PATAH
▪ Hitam dan kebiruan
▪ Lebam
▪ Sangat sakit apabila disentuh atau digerakkan
▪ Perubahan bentuk
▪ Patah tulang leher boleh dikenal pasti apabila terdapatnya
luka di kepala dan leher.
▪ Patah tulang belakang boleh dikenal pasti jika terdapatnya
perubahan kepanjangan kaki.
▪ Patah tulang rusuk lazimnya diikuti dengan kesukaran
bernafas.
PRINSIP BANTU MULA UNTUK
KECEDERAAN PATAH TULANG
▪Pertama ialah melalui pengekalan (fixation)
untuk rehat / meminimumkan aktiviti antara dua
sendi yang terlibat dengan patah.
▪Ini adalah perlu untuk mencegah geseran tulang
yang patah. Geseran tulang yang patah boleh
menyakitkan (aggravate) lagi luka.
PENGURUSAN KECEDERAAN
Tindakan berikut perlu diambil semasa memberi bantu
mula kepada mangsa kecederaan patah tulang:
1. Jangan gerakkan mangsa kecuali perlu untuk
mengelakkan kecederaan lanjutan.
Ambil langkah-langkah berikut dengan serta merta
semasa menunggu bantuan perubatan:
2. Hentikan pendarahan
Aplikasikan tekanan ke atas luka dengan pembebat
yang steril, kain bersih atau sehelai pakaian.
PENGURUSAN KECEDERAAN
3. Berhentikan pergerakan pada bahagian yang cedera
▪ Jangan cuba betulkan tulang atau menolak tulang yang terjulur
keluar ke dalam tubuh semula.
▪ Jika anda telah dilatih untuk membalut dengan kayu belat (splint),
letak satu kayu belat di atas dan di bawah tulang yang patah.
▪ Membalut dengan kayu belat akan mengurangkan kesakitan,
mencegah kerosakan lanjutan kepada otot, saraf dan salur darah.
▪ Mencegah fraktur tertutup dari menjadi fraktur terbuka serta
mengurangkan pendarahan dan bengkak.
▪ Dalam situasi kecemasan, apa-apa sahaja objek yang kukuh
boleh bertfungsi sebagai kayu belat, seperti batang kayu, papan,
surat khabar.
PENGURUSAN KECEDERAAN
▪ Jika tiada yang dapat dijumpai, gunakan pakaian atau
selimut yang bergulung.
▪ Anggota yang tercedera boleh juga diikat bersama-
sama dengan anggota yang tidak cedera bagi
mengelakkannya dari bergerak.
▪ Sebagai contohnya, anda boleh ikat jari yang cedera
dengan jari sebelah yang tidak cedera, atau kaki kiri
yang patah dengan kaki kanan yang tidak patah, untuk
mengelakkan pergerakan.
PENGURUSAN KECEDERAAN
▪ Kayu belat perlu diletak dengan kemas di kedua-dua
permukaannya yang menyentuh anggota. Jika tidak,
kayu tidak akan tetap dan tidak akan berfungsi dengan
berkesan untuk mencegah pergerakan.
▪ Sebelum meletakkan kayu belat, luka terbuka perlu ditutup.
▪ Satu peraturan asas menggunakan kayu belat ialah
sendi di atas dan di bawah tulang patah perlu dicegah
daripada bergerak.
▪ Sebagai contohnya, jika anggota kaki bawah patah,
kayu belat perlu memastikan lutut dan pergelangan
kaki dicegah bergerak.
PENGURUSAN KECEDERAAN
▪Ikat kayu belat dalam kedudukan kukuh dengan
balutan, pita pelekat pakaian, atau apa-apa bahan
yang sesuai.
▪Gunakan anggota yang tidak cedera
untuk mengukur panjang kayu belat.
▪Jika boleh, seorang akan memegang
kayu belat dan seorang lagi
mengikatnya.
PENGURUSAN KECEDERAAN
▪ Walaupun kayu belat perlu diletakkan kukuh, pastikan ikatan
tidak terlalu ketat sehingga mengganggu peredaran darah.
– Jika anda mengikat kayu belat pada lengan
atau kaki, cuba pastikan jari-jari terdedah.
– Jika hujung jari menjadi biru atau sejuk, anda akan
ketahui balutan atau kayu belat telah diikat terlalu ketat.
▪ Anda perlu memeriksa anggota yang diikat kayu
belat setiap 30 minit dan melonggarkan ikatan
sekiranya didapati mengganggu peredaran darah.
▪ Ingat, mana-mana bahagian yang cedera akan
bengkak, dan kayu belat atau balutan yang
diikat akan menjadi ketat selepas itu.
RAWATAN MANGSA YANG
MENGALAMI LENGAN PATAH
TERIMA KASIH
DITERJEMAH & DISEDIAKAN OLEH:
ENCIK CHIA CHIOW MING
P E N S YA R A H A K A D E M I K
J A B ATA N P E N D I D I K A N J A S M A N I D A N K E S I H ATA N
IPG KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS (PKES3053)


P I S M P A M B I L A N J U N 2 0 1 6 ( S E M E S T E R 1 TA H U N 2 )
SEMESTER JUN – NOVEMBER 2017

You might also like