You are on page 1of 2

KONSTRUK KONTEKS ARAS KUNCI PEMBINA

MENGANALISIS BAB 7 TING 4 SEDERHANA C SIRO

1. Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob, memperjuangkan


kemerdekaan tanah air. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr
Burhanuddin Helmi meneruskan perjuangan KMM selepas KMM diharamkan.

Apakah idea negara merdeka yang diperjuangkan oleh KMM dan PKMM?

A Merdeka dengan Darah


B Merdeka melalui perundingan
C Merdeka melalui konsep Melayu Raya
D Merdeka melalui konsep keadilan sosial

KONSTRUK KONTEKS ARAS KUNCI PEMBINA


MENGINGAT BAB 7 TING 4 RENDAH B SIRO

2. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 yang
menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum. CLC berperanan
menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum.

Apakah isu-isu yang cuba diselesaikan oleh CLC.

I Kedudukan ekonomi orang Melayu


II Kedudukan ekonomi orang bukan Melayu
III Kewarganegaraan orang Melayu
IV Kewarganegaraan orang bukan Melayu

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

KONSTRUK KONTEKS ARAS KUNCI PEMBINA


MENGINGAT BAB 7 TING 4 RENDAH D SIRO

3. Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein
selaku Menteri Pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pendidikan yang
sedia ada.
Apakah teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan yang dikemukakan oleh
jawatankuasa pelajaran tersebut.

I melahirkan pekerja mahir


II meningkatkan ekonomi negara
III memupuk intergrasi
IV membentuk perpaduan rakyat

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

You might also like