You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN,

77200 BEMBAN, MELAKA.

CADANGAN KERTAS KERJA


MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

1.0 Pendahuluan

Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik
SK Seri Bemban. Ia  merupakan satu program tahunan Panitia Sains dan Matematik. Program
ini bertujuan untuk menarik minat pelajar SK Seri Bemban terhadap mata pelajaran Sains dan
Matematik. Program-program yang telah dirancang mampu memberi perangsang kepada
pelajar SK Seri Bemban supaya minat terhadap mata pelajaran sains dan teknologi serta
matematik dan dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.

2.0 Matlamat
2.1 Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains dan
matematik dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi.
2.2      Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
2.3      Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai
target yang telah ditetapkan.
2.4      Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan
teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua
iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.
2.5      Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan
secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara
iaitu konsep ”1 Malaysia”.

3.0 Objektif Program


3.1      Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
3.2      Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains dan
Matematik.
3.3      Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
3.4      Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran
Sains dan Matematik dan seterusnya mencapai target yang telah
ditetapkan.

4.0 Kumpulan Sasaran

4.1 Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar dan warga
pendidik SK Seri Bemban.
5.0 Tarikh Pelaksanaan

5.1 Tarikh : 6 – 9 Oktober 2015


5.2 Hari : Selasa – Jumaat
5.3 Masa : Waktu P&P Sains dan Matematik

6.0 Tempat

7.1 Kelas masing-masing

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

7.1 Jawatankuasa Induk


Penasihat : Tn Hj Wahid B Abdullah
Pengerusi : En Azman B Ahmad
Setiausaha : Pn Aslinah Bt Abdul Rahman (Ketua Panitia Sains)
En Zulfakar B Maszalan (Ketua Panitia Matematik)
Bendahari : Pn Nor Aini B Razali

AJK : Semua Guru Sains & Matematik

8.0 Kewangan

8.1 Anggaran Perbelanjaan Panitia Sains

Perkara Kuantiti Harga (RM)


1. Kuiz Sains Tempat 1 (18 x RM 5) 90
Tempat 2 (18 x RM 4) 72
Tempat 3 (18 x RM 3) 54

Jumlah 216

8.2 Anggaran Perbelanjaan Panitia Matematik

Perkara Kuantiti Harga (RM)


1. Kuiz Matematik Tempat 1 (18 x RM 5) 90
Tempat 2 (18 x RM 4) 72
Tempat 3 (18 x RM 3) 54

Jumlah 216
8.3 Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan

Perkara Kuantiti Harga (RM)


1. Panitia Sains 54 216
2. Panitia Matematik 54 216

Jumlah 432

9.0 Jadual Pelaksanaan

9.1 Panitia Sains

Hari Aktiviti Masa Guru Bertugas


Selasa Kuiz Sains 10.30 – 11.00  Pn Siti Hamiza
(6.10.2015) Tahun 1&2  En Kamarulzaman
 Pn Siti Nor Aida
Rabu Kuiz Sains 11.00 – 11.30  Pn Norhayati
(7.10.2015) Tahun 3&4  Pn Siti Nor Aida
 Pn Aslinah
Khamis Kuiz Sains 11.00 – 11.30  Pn Nor Azah
(8.10.2015) Tahun 5&6  En Kamarulzaman
 Pn Aslinah
Jumaat Majlis Penutup & 7.45 – 8.15  Pn Aslinah
(9.10.2015) Penyampaian Hadiah  Pn Nor Azah
 Pn Norhayati

9.2 Panitia Matematik

Hari Aktiviti Masa Guru Bertugas


Selasa Kuiz Matematik 9.40 – 10.10  Pn Rossidah
(6.10.2015) Tahun 1&2  Pn Siti Nor Aida
 Pn Suzeiliana
Rabu Kuiz Matematik 9.40 – 10.10  Pn Yong
(7.10.2015) Tahun 3&4  En Junaidi
 En Kamarulzaman
Khamis Kuiz Matematik 10.10 – 10.40  En Sabaruddin
(8.10.2015) Tahun 5&6  En Zulfakar
 Pn Rozita
Jumaat Majlis Penutup & 10.10 – 10.40  Pn Rossidah
(9.10.2015) Penyampaian Hadiah  En Zulfakar
 Pn Rozita

10.0 Penutup

Adalah diharapkan program yang dirancang dan akan dilaksanakan ini, dapat
melahirkan murid yang berkeyakinan serta mampu meningkatkan pencapaian UPSR 2016.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………….. ……………………
(PUAN ASLINAH BT ABDUL RAHMAN)
Ketua Panitia Sains
SK Seri Bemban

You might also like