You are on page 1of 3

SK SERI PERLIS

JALAN RAJA SYED ALWI,


01000 KANGAR,PERLIS.
TEL: 04-9762708 FAX: 04-9762708
__________________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB BIL 4 / 2018
Tarikh : 21/11/2018
Masa : 12.00 tghari
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun
Kehadiran (Bilangan) : 6/ 6 orang
Nama Yang Hadir :
1. Pn. Nafizah binti Ibrahim
2. Pn. Kasuma bt Yaakob
3. Pn. Nordawati bt Md Napiah
4. Pn. Wan Fathiah bt Wan Husain
5. En. Farizul bin Abd fatah
6. En. Khairunmizan bin Romly
1. Perutusan Pengerusi
1.1 Ucapan syukur dan terima kasih kerana dapat mengadakan mesyuarat Panitia kali keempat,
semoga perjumpaan kali ini memberikan input terbaik dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar-
pelajar khususnya dalam mencapai target KPI panitia yang ditetapkan.

1.2. Tujuan: pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat bagi memaklumkan dan memutuskan beberapa
perkara berkaitan KSSR Bahasa Arab Tahun 3 kegunaan 2019 dan, pembahagian tugas dan lain-lain yang
berkaitan.

2.Ucapan LDP Bahasa Arab Tahun 3 Kegunaan 2019


2.1. Ustazah Nafizah memaklumkan bahawa setiap guru yang mengajar Bahasa Arab tahun 1 hingga
6 perlu memiliki beberapa dokumen penting sebagai pentaksiran dalam KSSR ini. Dokumen tersebut
adalah Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi. Dokumen boleh dinaik turun melalui laman web SPI
Perlis.
2.2. Beliau menyatakan pentaksiran KSSR Bahasa Arab dalam Pengajaran dan Pembelajarn pula
memerlukan 3 dokumen berkaitan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Selain itu borang rekod pentaksiran perlu disediakan sebagai bukti kita telah
melaksanakan pentaksiran. Ketiga-tiga dokumen dan borang tersebut boleh diambil daripadanya dan
dibukukan.

2.3. Beliau turut mengingatkan cara penulisan dalam boring pentaksiran dengan menuliskan tarikh
penilaian bukan tanda betul ( / ). Masa untuk menyiapkan pentaksiran seeloknya pada bulan yang akan
ditetapkan nanti. Intrumen penilaian yang dibukukan serta lembaran kerja perlu disimpan di dalam fail
KSSR Bahasa Arab masing-masing sebagai bukti sekiranya nazir datang memantau

2.4. Ustazah Nafizah turut menerangkan makna Deskripter, Instrumen, Evidens, Band dan
sebagainya. Beliau turut menerangkan tentang aras 6 Band dalam penilaian KSSR yang perlu
dilaksanakan sepanjang tahun. Band tersebut mengikut prestasi murid dan guru diminta memasukkan
markah atau pencapaian murid dalam system PBS offline.

2.5. Beliau turut memaklumkan mengenai guru yang mengajar tahun 1 Bahasa Arab akan dibekalkan
Modul Transisi Bahasa Arab yang perlu dilaksanakan pada bulan pertama dan disertakan dengan cara
penulisan Rancangan Pengajaran Hariannya.

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu


Cadangan : Ust. Nordawati bt Md Napiah
Sokongan : Ust. Farizul bin Abd Fatah

4Analisa peperiksaan PBS-SAPS- Tahun 1 hingga 6

Pembentangan analisa peperiksaan PKSR 2 Bahasa Arab.


Tahun 1 dan 2 :Pn Nafizah
Tahun 3 dan 4 :Pn Nafizah / Pn Nordawati / En, Farizul
Tahun 5 dan 6 :Pn. Nafizah / En. Farizul
5. Pengumpulan soalan tahunan 2018
Pengerusi memohon semua guru Bahasa Arab agar mengumpulkan semua soalan tahunan untuk
dimasukkan ke dalam fail bank soalan panitia.
Tindakan semua guru bahasa arab

6.Perbincangan rancangan aktiviti tahunan panitia:


Membincangkan aktiviti tahunan panitia untuk dilaksanakan pada tahun akan datang.
Tindakan semua guru bahasa arab

7. Hal-hal lain:
- Membincangkan teknik dan juga cara untuk meningkatkan prestasi murid dalam menguasai Bahasa
Arab.
- Membincangkan cara untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

........................................ …………………………………………………….
(NORDAWATI BT MD NAPIAH) (NAFIZAH BT IBRAHIM)
Setiausaha Panitia Bahasa Arab Ketua Panitia Bahasa Arab

Disahkan oleh:

.........................................
(NORHAYATI BT MOHAMAD)
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Seri Perlis.

You might also like