You are on page 1of 6

Cabang-cabang Falsafah.

Cabang-cabang Falsafah.

Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang,iaitu


metafizik,axiologi,epistemologi,dan logik.

Metafizik (Ontologi)

Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti
sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya. Menurut takrifan dalam
kamus,metafizik merujuk kepada “... yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”.
Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah:

 Apa itu kebenaran?


 Adakah Tuhan wujud?
 Siapa itu manusia?
 Apakah itu kebebasan manusia?
 Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
 Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada
soalan-soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen
atau kajian saintifik.

Aksiologi.

Aksiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang
falsafah yang mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau
hodoh. Ia merangkumi dua aspek iaitu etika dan estetika.

1) Etika. Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang
paling sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada
kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang,
sesuatu masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas
seperti yang berikut:

· Meta ethics- kajian tentang konsep etika.

· Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika;

· Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.

Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:


· Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?

· Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?

· Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?

2) Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling


dan kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan
sentimen. Anatara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah:

· Apa itu kecantikan?

· Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?

Epistemologi.

Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan
kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ‘ilmu’
atau ‘sains’ dan logos yang bermaksud ‘keterangan’. Justeru,epistemologi berfokuskan
kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.

Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:

 Apa itu ilmu?


 Apakah sumber-sumber pengetahuan?
 Apa yang diketahui oleh manusia?
 Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
 Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?

Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan
cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah:

 Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan


tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum;
 Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh
dan bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam
sekeliling kita. Namun, cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang
tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa sebenarnya adalah arnab goreng,air
yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah sesuatu mirage.
 Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara
tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan sama
ada anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk
ke dalam rumah.
 Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang
dipunyai. Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato,
Dewey dan sebagainya.
 Logik. Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan
seterusnya mengetahui sesuatu;
 Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan
tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara
sistematik,misalnya menjalankan temu bual, membuat pemerhatian,
mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.

Logik.

Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu


jawapan yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan
sebagai sah dan yang mengelirukan.

Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:

 Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan


terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang
menjelaskannya.
 Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-
contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran
yang terhasil secara logik.

Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:

 Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik”?


 Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang
baik?

Sumber:

http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/cabang-cabang-falsafah.html
Sebelum bermula, kita perlu mengambil masa sedikit untuk memikirkan soalan-soalan
yang berikut:
• Mengapa saya melakukan perkara ini dalam kelas?
• Apakah yang akan saya memasukkan dalam pelajaran saya?
• Bila saya akan melakukan perkara ini dalam kelas saya?
• Bagaimana saya akan melakukan perkara ini?

2.1 Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pertama, kita perlu memahami pelbagai cabang falsafah yang menjadi asas kepada
pembentukan FPK dan FPG.
Cabang-cabang falsafah tersebut ialah
(a) metafizik/ontologi, (b) epistemologi, (c) aksiologi, dan (d) logik.

(a) Metafizik/Ontologi

Metafizik adalah berkaitan dengan sifat realiti. Ia didefinisikan sebagai yang jauh
melampaui hal fizikal dan kebendaan dengan persoalan-persoalannya jauh melampaui
yang boleh dijawab dengan merujuk kepada siasatan saintifik. Ia bersifat spekulatif dan
berfokus pada isu seperti hubungan sebab-akibat.
Ia berkaitan dengan mengajar hal berkenaan dengan fikiran tentang matlamat
pendidikan, pemilihan kandungan dan matlamat pendidikan yang sesuai, dan sikap
terhadap sifat semula jadi pelajar. Metafizik mengemukakan soalan-soalan yang berikut:
Adakah suatu bahan ilmu sejagat untuk dipelajari? Siapa yang harus menentukan hal
yang perlu dipelajari? Adakah pelajar umumnya baik dan amanah?

(b) Epistemologi

Cabang falsafah ini berkaitan dengan sifat semula jadi ilmu.


Jawapan-jawapan kepada persoalan epistemologi memberikan rasional untuk memilih
bahan yang layak untuk diajarkan dan dipelajari lalu mencadangkan cara maklumat harus
diajarkan.
Dua persoalan asas epistemologi adalah: “Apakah yang membentuk ilmu?” dan “
Adakah ilmu tetap atau berubah?”
Satu lagi soalan asas epistemologi tertumpu kepada apa yang boleh dihuraikan sebagai
cara untuk mengetahui dan kesahan kaedah mengetahui.
Pada asasnya, isunya adalah sama ada pengetahuan datang daripada wahyu, kuasa,
intuisi, pancaindera atau daripada penaakulan atau eksperimen.
Pendekatan guru semasa mengajarkan kandungan kepada pelajarnya memberitahu
banyak tentang jawapannya kepada persoalan asas epistemologi.
Contohnya, sekiranya guru menegaskan bahawa pelajarnya menguasai fakta dan prinsip
khusus yang telah ditemui oleh orang lain berdasarkan andaian bahawa terdapat apa yang
dianggap sebagai pengetahuan sebenar.
Sekiranya, dia lebih berminat untuk mengajarkan proses penyelesaian masalah, hal ini
membayangkan bahawa tidak terdapat kebenaran “mutlak” dan hal ini lebih bermakna
bagi muda-mudi mempelajari beberapa kemahiran yang akan membantu mereka
mendapat jawapan berdasarkan situasi-spesifik.

(c) Aksiologi

Aksiologi ialah cabang falsafah yang berhubung kait dengan nilai seperti etika dan
agama.
Aksiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’.
Aksiologi menumpukan perhatian kepada apa ‘yang seharusnya berlaku’.
Aksiologi berkaitan dengan nilai dan berhubung dengan pengajaran nilai moral dan
pengembangan sahsiah.
Topik moral, etika dan estetika terangkum dalam kategori falsafah ini.
Beberapa persoalan yang berkaitan dengan aksiologi ialah :
• Bagaimanakah seseorang itu hidup?
• Apakah unsur kewujudan?
• Adakah kehidupan mempunyai apa-apa makna?
• Apa itu moral dan tak bermoral?
• Apa itu kecantikan?

Satu lagi persoalan aksiologi yang penting adalah tentang sifat kelakuan yang ‘betul’.
• Bagaimanakah seseorang itu harus berkelakuan?
• Apakah itu kelakuan bermoral?
• Bagaimana individu mengetahui bila dia melakukan perkara yang betul?
Ada yang berhujah bahawa terdapat prinsip atau garis panduan sejagat yang boleh
dipatuhi. Terdapat juga pihak yang menolak idea ini tetapi berhujah bahawa kesesuaian
kelakuan adalah situasi spesifik.

(d) Logik

Logik ialah sains tentang pemikiran tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea
dan dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan antara pemikiran sah dan yang
mengelirukan.
Logik boleh juga membantu anda untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan
menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik.
Terdapat dua jenis logik asas, iaitu logik deduktif dan induktif.
Logik deduktif bermula dengan kesimpulan umum dan kemudian menerangkan
kesimpulan ini dengan mengemukakan contoh dan butiran yang mengalir secara lojik
daripadanya.
Logik induktif bermula dengan butiran dan kemudian penaakulan memberi fokus pada
butiran lalu membuat kesimpulan umum yang menerangkannya.
Bagaimanakah cabang falsafah ini berkaitan dengan FPK?
Analisis FPK dengan rujukan kepada pelbagai cabang falsafah

http://amaljaya.com/guru/2010/01/08/analisis-falsafah-pendidikan-kebangsaan-fpk-dan-falsafah-
pendidikan-guru-fpg/

You might also like