You are on page 1of 2

பள்ளி மேலாளர் வாரியம்

தேசிய வகை சபாக் பெர்ணம் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி


LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH
SJK TAMIL LADANG SABAK BERNAM
45200 Sabak Bernam Selangor
Kod Sekolah : BBD6040 Tel : 012-5005190 Pengerusi LPS : 018-3975664

Rujukan Kami :
LPS/LSB/Bgn/01/20
Rujukan Tuan :
Tarikh : 13 Januari 2020
Muka Surat : 1/2

Yang Berhormat,

YB PUAN TEO NIE CHING


Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan,
Aras 9, Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 W.P. PUTRAJAYA.

Yang Berhormat,

RAYUAN :
CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN YANG MENGANDUNGI 24
BILIK (JENIS 3 BAY) UNTUK MENGATASI MASALAH KEKURANGAN BILIK-
BILIK KEMUDAHAN ASAS YANG PENTING BAGI PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN DI SJKT LADANG SABAK BERNAM DAERAH SABAK
BERNAM SELANGOR DARUL EHSAN.

Dengan segala hormatnya perkara tersebut yang berlarutan selama 10 tahun sejak
pemindahan sekolah pada tahun 2010 adalah di rujuk untuk perhatian yang serius dan
tindakan yang sewajar secepat mungkin oleh jasa baik pihak YB.

2. Kekurangan kemudahan asas yang penting bagi PdPc yang selesa adalah seperti di
senaraikan dalam Lampiran ‘A’.

3. Sekolah bangunan 2 tingkat jenis 2 bay sedia ada yang di usahakan oleh KPM telah di
bina oleh JKR seperti di tertera dalam Lampiran ‘B’. rujukan : J.N.SEL 5/2/05-2.2(37)
bertarikh 25 Mei 2010.

4. Enrolmen kini adalah 153 orang murid termasuk pra sekolah. Namun terdapat satu
kekangan yang amat ketara iaitu pihak sekolah hanya mendapat 10 buah bilik jenis 2 bay
sahaja. Bilik-bilik tersebut digunakan seperti berikut :
4.1 Bilik Darjah - 6
4.2 Pejabat - 1
4.3 Bilik Guru - 1
4.4 Bilik Pemulihan- 1
4.5 Bilik PSS - 1

Sila rujuk lakaran pelan Lampiran ‘C’.


5. Dengan kecewa dimaklumkan bahawa enrolmen murid tidak meningkat sebab
ramai murid enggan memasuki sekolah ini sebab tidak ada langsung kemudahan asas
yang penting terutama MAKMAL KOMPUTER/IT, MAKMAL SAINS dan
MAKMAL RBT/KH.

6. Oleh yang demikian besarlah harapan kami bahawa pihak YB akan dapat
MELULUSKAN pembinaan 1 blok bangunan 4 tingkat yang mengandungi sekurang-
kurangnya 24 bilik jenis 3 bay bagi kegunaan kemudahan asas dengan serta merta demi
kepentingan pembelajaran anak-anak kita. Dengan iini juga di sertakan Lampiran ‘D’ yang
mengandungi butir-butiran anggaran kos pembinaan sejumlah RM 3.7 juta.

8. Sekiranya perlu, LPS bersiap sedia untuk mengurus dan melaksanakan pembinaan
dengan peruntukan / sumbangan dari pihak YB / KPM.

Sekian, kelulusan pihak YB akan sentiasa di sanjung tinggi oleh ibu bapa dan semua lapisan
masyarakat dipersekitaran sekolah kita.

Terima kasih.

Yang berharap,

SANTHIRAN A/L SUBRAMANIAM PRAKASH RAO


Pengerusi Pengerusi
Lembaga Pengelola Sekolah Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
SJKT Ladang Sabak Bernam SJKT Ladang Sabak Bernam
H.P : 017 3775 664 H.P : 016 3762 380

Dengan penoh harapan saya menyokong permohonan murni ini.

NAARAYANASREE A/L RAMANAIDU


Guru Besar merangkap Setiausaha LPS
SJKT Ladang Sabak Bernam
H.P : 012 5005 190

You might also like