You are on page 1of 22

Lampiran A

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KONVENSYEN AMALAN TERBAIK


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2013

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

KATEGORI BAHASA MALAYSIA

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

NAMA GURU : HAFIFAH BINTI KUSIN

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING (1),


MASAI, JOHOR

TAJUK : POKJAD / MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN


MENGENAL ABJAD MENGGUNAKAN PENDEKATAN
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK MELALUI
POKJAD

Disahkan oleh:

…………………………………… ………………………………
(SHAMSUDIN BIN YAMHARI)

Cop Sekolah: Cop Jabatan:

Tarikh: ……………………………. Tarikh: ……………………


Lampiran B
MAKLUMAT CALON
KONVENSYEN AMALAN TERBAIK
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2013

MAKLUMAT CALON
Kategori Penyertaan ( tandakan √ pada kotak berkaitan di bawah).

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek

√ Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

No.K.P Baru : 830521-01-5076


Jantina : Perempuan
Nama : HAFIFAH BINTI KUSIN
No. H/P : 017-7308696 e-Mail : fiefafairuz@gmail.com
Alamat Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING (1),
JALAN ANGSANA 10,
TAMAN RINTING,
81750, MASAI, JOHOR
No. Telefon : 07-2518003 No. Fax : 07-2528106
Jawatan Di Sekolah : 1. Penyelaras Prasekolah
2. Guru Prasekolah
3. Guru Penasihat Pergerakan Pandu
Puteri
4. Guru Penasihat Persatuan Muzik
Kelulusan Akademik : SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Kelulusan Ikhtisas : KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (KDPM)

Tajuk / Tema Projek Amalan Terbaik : POKJAD / MENINGKATKAN PENGUASAAN


KEMAHIRAN MENGENAL ABJAD MENGGUNAKAN PENDEKATAN
PEMBELAJARAN BERASASKAN MELALUI PROJEK POKJAD

Lampiran D
KERTAS KONSEP
KONVENSYEN AMALAN TERBAIK
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2013

1. Tajuk : POKJAD

2. Sinopsis Projek :

Murid membina POKJAD untuk meningkatkan kemahiran mengenal


abjad. POKJAD adalah singkatan “Pokok Abjad”. Tajuk ini dipilih
berdasarkan pengetahuan sedia ada murid mengenai pokok iaitu pokok
mempunyai batang dan daun. Tidak semua kanak-kanak belajar dengan
cara yang sama. Oleh demikian, cetusan idea untuk menghasilkan projek ini
berdasarkan permasalahan yang dialami oleh kebanyakan guru-guru
prasekolah. Permasalah tersebut adalah penguasaan mengenal abjad
dikalangan murid prasekolah.

Murid memadankan daun gambar dengan daun abjad yang betul bagi
menghasilkan POKJAD. Kaedah ini digunakan untuk membantu murid yang
lemah dalam kemahiran mengenal abjad a-z dan juga menulis a-z.
Penghasilan projek POKJAD dapat menarik minat murid dalam pembelajaran
mengenal abjad dan memberi impak yang positif terhadap tahap penguasaan
mengenal abjad dengan lebih berkesan.

3. Objektif :

Meningkatkan penguasaan mengenal abjad berdasarkan gambar.

4. Dokumentasi Projek
4.1 Fasa 1 (Permulaan)

Skop projek ini merangkumi beberapa kemahiran dan pengetahuan


kanak-kanak. Antaranya adalah kemahiran membaca iaitu murid-murid perlu
menguasai mengenal bentuk huruf a-z, kemahiran motor halus iaitu murid-
murid perlu mempunyai kemahiran menggunting kertas dengan cara yang
betul dan kemahiran saintifik iaitu murid-murid perlu mempunyai daya ingatan
dan pengecaman yang kuat kerana mereka perlu memadankan gambar
dengan abjad yang betul.

Pengetahuan sedia ada murid adalah berkaitan dengan kehidupan


mereka. Kebanyakan gambar-gambar yang digunakan adalah gambar-
gambar objek yang biasa mereka lihat dan pernah mereka lihat. Namun
begitu, guru perlu memperkenalkan dahulu gambar-gambar yang digunakan
bagi membantu proses pembelajaran mereka.

Melalui projek ini juga, murid-murid akan berkongsi pengalaman dan idea
bagi menghasilkan POKJAD. Murid akan sentiasa berbincang bagi
menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang menjalankan projek ini.
Projek POKJAD ini memerlukan masa hampir sebulan kerana sebelum
menghasilkan POKJAD mereka perlu menjalani beberapa proses
pembelajaran iaitu mengenal gambar sambil mengenal abjad yang dipelajari.
Kaedah yang digunakan adalah ‘Kaedah Pandang Sebut’. Murid-murid akan
memandang gambar yang ditunjukkan dan menyebut abjad awal bagi setiap
gambar tersebut..

4.2 Fasa 2 (Perkembangan)

Bagi melaksanakan projek ini, beberapa aktiviti telah dirancang. Berikut


adalah objektif dan standard pembelajaran yang dipilih bagi menghasilkan
projek ini.

4.2.1 Objektif: Pada akhir projek ini murid dapat:


4.2.1.1 Memadankan bentuk huruf dengan gambar yang ditunjukkan

4.2.1.2 Menyebut huruf secara rawak


4.2.1.3 Mengenal bentuk huruf kecil

4.2.2 Standard Pembelajaran:


BM 3.1.2 Memadankan bentuk huruf dengan bentuk objek persekitaran
BM 3.1.3 Menyebut huruf secara rawak
BM 3.1.5 Mengenal pasti bentuk huruf kecil

4.2.3 Kajian lapangan

Sebelum menghasilkan projek ini, murid-murid perlu mengenal terlebih


dahulu gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru dan menyebut abjad
yang sesuai dengan gambar tersebut. Kaedah pandang sebut digunakan
kerana pengajaran tidak terus dimulakan dengan mengenal abjad tetapi
dimulakan dengan menyebut nama sesuatu benda yang bermula dengan
awal abjad tersebut dan disertai dengan gambar kemudian disusuli
dengan bentuk abjad dan nama abjad tersebut. Sebagai contoh ADIK –
a, BAPA – b, CAWAN – c

4.2.4 Pengumpulan data dan maklumat

Segala maklumat yang diperolehi daripada kad gambar dan kad


huruf yang ditunjukkan oleh guru murid akan menghafalkannya dan Buku
KALAM (1) sebagai bahan rujukan dan latihan di rumah. Jika tiada bahan
rujukan untuk dibawa pulang maka mereka tidak dapat mengulang
kajinya di rumah. Ini kerana kebanyakan murid prasekolah yang
mempunyai masalah mengenal huruf antara sebabnya adalah mereka
kurang latihan di rumah dan pembelajaran hanyalah bergantung kepada
guru di sekolah semata-mata.

4.2.5 Kesepaduan

Setelah murid mengumpulkan maklumat dan menyimpan


maklumat yang dipelajari maka murid akan memulakan projek tersebut.
Kesepaduan yang digunakan adalah Tunjang Fizikal dan Estetika,
Tunjang Sains dan Teknologi dan Tunjang Ketrampilan. Berikut adalah
standard pembelajaran yang disepadukan dapam penghasilan projek ini:

Standard Pembelajaran:
PFK 1.1.15 Menggunting menghasilkan satu bentuk
ST 2.1.4 Memerhati dan bercerita secara verbal tentang pemerhatian
yang dibuat
ST 2.1.8 Memerhati dan merekod pemerhatian dalam tulisan yang mudah
dengan bimbingan.
PSE 3.2.7 Berkongsi idea, barangan dan peralatan

Murid-murid akan mengunting gambar-gambar daun dan batang-


batang pokok yang telah disediakan oleh guru. Setelah itu, murid-murid
akan menampal gambar-gambar yang telah mereka pelajari di atas daun
yang telah siap digunting. Kemudian murid akan menulis huruf
berdasarkan gambar di atas daun yang berasingan. Setelah selesai
kerja-kerja menampal dan menulis, murid akan memasukkan daun-daun
yang telah siap ke dalam plastik laminate untuk di laminate oleh guru.

Berikut adalah gambar proses menghasilkan POKJAD

Sesi menggunting batang pokok dan daun


Sesi menampal gambar

Sesi menulis abjad/mengumpulkan maklumat


Sesi memasukkan daun yang telah siap ke dalam plastik laminate

Sesi latihan pengukuhan

Sesi memadankan daun gambar dengan daun


abjad dan menampalnya di batang yang telah disediakan oleh guru
POKJAD sebelum

POKJAD semasa

POKJAD selepas

4.3 Fasa 3 (Kesimpulan)

Melalui penghasilan POKJAD ini selain dapat meningkatkan penguasaan


mengenal abjad, murid akan belajar dalam keadaan seronok dan gembira kerana
hasil usaha mereka untuk menghasilkan POKJAD dapat dipaparkan di dalam kelas
dan rakan-rakan dapat melihat hasil usaha mereka. Murid akan rasa diri mereka
dihargai kerana hasil usaha mereka dipaparkan di dalam kelas. Menurut Reggio
Emilia, salah satu pendekatan persekitaran pembelajaran kanak-kanak adalah
dengan memaparkan hasil kerja murid dalam pelbagai bentuk, (Gandini, 2004)

Selain itu, pentaksiran dan penilaian dapat dijalankan sepanjang projek ini
berjalan. Guru dapat merekod dan membuat analisis mengengai tahap penguasaan
murid terhadap kemahiran mengenal abjad a-z. Nilai murni juga dapat diterapkan
semasa projek ini berjalan kerana murid akan bekerjasama dalam kumpulan, bantu
membantu rakan yang lemah, bertanggungjawab, menghormati rakan sebaya,
setiakawan dan bekerja secara berpasukan.

4.4 Impak projek secara keseluruhan

Impak kepada murid.

Berdasarkan data dan maklumat yang telah diperolehi oleh murid melalui sesi
pembelajaran dan pengajaran mengenal gambar dan abjad maka murid dapat
memadankan gambar dengan abjad yang betul. Murid dapat menguasai mengenal
abjad dengan lebih pantas dan berkesan. Peningkatan penguasaan daripada 50%
kepada 90%. Murid akan berasa diri mereka dihargai kerana hasil mereka
dipamerkan di dalam kelas mereka.

Impak kepada guru.

Aktiviti pembelajaran dan pengajaran tidak terhad terhadap bahan yang terdapat
dipersekitaran kita sahaja. Sebagai guru kita perlu pandai mengolah dan
mengaitkan apa yang terdapat dipersekitaran kita dengan kehidupan seorang kanak-
kanak. Memandangkan murid prasekolah suka terhadap penghasilan sesuatu
bahan yang mereka hasilkan dan dipamerkan, maka POKJAD telah saya pilih untuk
dijadikan projek dalam pembelajaran dan pengajaran saya. Ternyata hasil idea saya
ini memberikan impak yang sangat berkesan dan mengembirakan murid prasekolah.

Impak kepada ibubapa/komuniti

Selain itu, ibubapa atau penjaga juga dapat berpeluang mempelajari cara atau
kaedah yang digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah pembelajaran anak
mereka disekolah. Segala bahan yang telah mereka pelajari di sekolah dibawa
pulang oleh anak mereka dan mereka akan membuat ulangkaji di rumah. Oleh itu,
ibubapa dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak-
anak mereka semala berada disekolah.

Aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan boleh dilakukan di rumah bersama


anak-anak mereka seperti mana yang telah dilakukan oleh guru di sekolah.
Disamping itu juga, aktiviti projek ini juga dapat membantu ibubapa atau penjaga
untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai pendidikan awal kanak-
kanak.

6. Bibliografi

Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010. Dokumen Standard Kurikulum


Prasekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011. Modul Teras Asas Bahasa
Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Edwards, C. Forman, G. & Gandini, L. (Eds.), 1998. The Hundred languages


of children: The Reggio Emillia approach to early childhood education –
Advance Reflections. Norwood, NJ: Ablex Publishing.

Hasnah Awang, Habibah Mohd Samin, 2010. Literasi Bahasa Melayu.


Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mahzan Arshad, 2012. Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak Teori dan


Amali. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Prof. Madya Dr Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad,
2007. Panduan Kurikulum Prasekolah, Kuala Lumpur: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Penutup

Diharapkan amalan terbaik yang saya lakukan ini dapat memberi faedah dan
manfaat kepada semua guru prasekolah agar dapat meningkatkan mutu pendidikan
prasekolah dengan lebih berkesan. Pendekatan yang menyeluruh dan seimbang,
khasnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek juga sosial dapat diselaraskan
dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), sebagai
salah satu elemen penting di dalam NKRA.
Nama: ____________________________ Tarikh: __________

Warnakan gambar dan suaikan.


Nama: _________________________ Tarikh: _________
Nama: _________________________ Tarikh: _________

Nama: _________________________ Tarikh: _________


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(SLOT PENGAJARAN INDIVIDU)

Kelas : Prasekolah Permata Hati (2)


Tarikh : 20 Mei 2013
Masa : 10.20 hingga 10.50 pagi
Bilangan Pelajar : 8 orang
Modul : Teras
Tema/Tajuk : POKJAD
Tunjang Utama : Komunikasi
Standard Kandungan : BM 3.1 Mengenal bentuk huruf A-Z
Standard Pembelajaran : BM 3.1.2 Memadankan bentuk huruf dengan bentuk objek dipersekitaran
BM 3.1.3 Menyebut huruf secara rawak
BM 3.1.5 Mengenal pasti bentuk huruf kecil
Kesepaduan Tunjang : PSE 3.2.7 Berkongsi idea, barangan dan peralatan
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Mengaitkan gambar dengan huruf
2. Menyebut dan mengenal bentuk huruf kecil
Alatan/bahan : Daun gambar, daun huruf, buku kalam (1), kad gambar dan kad huruf
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah mengenal bentuk-bentuk huruf
2. Murid pernah melihat gambar-gambar yang digunakan.
Kemahiran Berfikir (KB) : Membanding beza dan menghubung kait
Penerapan Nilai : Kerjasama, kerajinan, keberanian, berdisiplin, berdikari, berhati-hati
Fokus MI : Verbal linguastik, Visual dan ruang, logik matematik
Kosa Kata : adik, bapa, cawan, dadu, emak, foto,

AKTIVITI PENGAJARAN DAN


LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN CATATAN
PEMBELAJARAN
1. Menyanyikan lagu abjad 1.Murid diperdengarkan lagu BBM;
abjad. Kad imbasan
2. Murid menyanyikan lagu abjad Nilai:
Set induksi
dengan bimbingan guru. Berdisiplin
(3 minit)

Kesepaduan:
Kreativiti dan Estetika
1. Mari kenal abjad 1.Murid menyebutkan gambar BBM:
yang ditunjukkan oleh guru. Kad imbasan
2. Murid menamakan abjad awal Nilai:
bagi gambar yang ditunjukkan. Keberanian
Perkembangan P&P
- ADIK - a
Langkah 1
- BAPA -b
( 5 minit )
- CAWAN – c
- DADU -d
- FOTO -f

Langkah 2 1. Kenali POKJAD 1. Guru memperkenalkan POKJAD BBM:


kepada murid dan memberi ruang Daun gambar, Daun abjad, batang
kepada murid untuk melihat dan pokok
meneroka hasil daun gambar dan
( 5 minit ) daun huruf. Kesepaduan:
2. Guru menampal batang pokok Sains dan teknologi
di dinding.

1. Mari bina POKJAD 1. Murid mencari gambar yang BBM:


disebutkan oleh guru kemudian Daun gambar, daun abjad, batang
memadankan dengan abjad yang pokok
betul dengan bimbingan guru dan
rakan-rakan. KB:
2. Murid menampal daun gambar Menghubungkait, menjana idea
Langkah 3 bersama daun abjad di batang
(10 minit) pokok yang telah disediakan oleh Kesepaduan:
guru. Ketrampilan diri

Nilai:
Kerjasama, berhati-hati

Langkah 3 1. Penilaian 1. Guru mengedarkan lembaran BBM:


(5 minit) kerja kepada murid. Lembaran kerja, POKJAD
2. Murid perlu memadankan
gambar dengan abjad KB:
Menghubungkait

Kesepaduan:
Fizikal

1. Refleksi 1. Guru mengimbas kembali BBM:


2. Hasil kerja pembelajaran hari ini. Hasil kerja murid
Penutup 2. Guru memberi respon terhadap
(2 minit) hasil kerja murid Nilai:
3. Murid dan guru menyanyikan Berhati-hati, berdisiplin
lagu abjad bersama-sama

You might also like