You are on page 1of 2

SOALAN LAZIM (FAQ’s)

PANDUAN PENGOPERASIAN PEPERIKSAAN BAGI PELAJAR

1. Bilakah sesuatu peperiksaan diadakan?


Sila rujuk takwim peperiksaan yang terkini dari IPG Kampus

2. Bagaimanakah caranya untuk calon menduduki sesuatu peperiksaan?


Calon perlu mendaftar kursus yang ditawarkan pada semester baharu dalam
sistem iTEMS 7 hari sebelum kuliah bermula.
3. Adakah calon perlu hadir ke pusat peperiksaan secara bersemuka?
Ya. Walau bagaimanapun, jumlah maksimum calon dalam sesebuah pusat
peperiksaan adalah mengikut SOP terkini.
4. Sekiranya tidak dilaksanakan peperiksaan secara bersemuka, adakah calon
perlu hadir ke pusat peperiksaan untuk peperiksaan online?
Tidak. Tiada pusat peperiksaan disediakan bagi urusan peperiksaan online.
Calon boleh mendudukinya di mana-mana lokasi asalkan ada kemudahan
internet.
5. Apakah yang perlu dilakukan jika kapasiti dewan/bilik peperiksaan tidak dapat
menampung bilangan calon selepas penjarakan sosial dibuat?
Pelajar boleh ditempatkan di bilik-bilik peperiksaan yang lain yang terdapat di
IPG Kampus.
6. Adakah pemeriksaan suhu badan akan dijalankan sebelum memasuki
dewan/bilik peperiksaan?
Ya.
7. Di manakah pemeriksaan suhu badan akan dijalankan?
Pemeriksaan suhu badan akan dijalankan di pintu masuk dewan/bilik
peperiksaan.
8. Adakah bacaan suhu badan pelajar perlu direkodkan setiap kali memasuki
dewan/bilik peperiksaan setiap hari sepanjang berlangsungnya peperiksaan?
Ya. Bagi tujuan pengesanan dan rekod perkembangan kesihatan pelajar.
9. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pemantau/ketua pengawas sekiranya
suhu badan pelajar 37.5 dan keatas?
Pemantau/Ketua Pengawas mesti mengambil tindakan seperti yang berikut:
a. Pelajar diminta untuk berehat di tempat yang disediakan dan suhu badan akan
diambil semula;
b. Sekiranya suhu masih 37.5 darjah celcius dan ke atas, pelajar akan dibawa ke
bilik isolasi untuk diasingkan dan diberikan pelitup muka;
c. Jika terdapat tanda gelaja yang ketara, IPG Kampus perlu menghubungi Pusat
Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan lanjut.

You might also like