You are on page 1of 13

Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 12

Pengaruh Ciri-Ciri Personal dan Ciri-Ciri Program Latihan terhadap Prestasi Belajar
(Influence of Personal Characteristics and Training Program Characteristics toward
Learning Performance)

Siti Zuliana binti Md Zuki1


Siti Fardaniah binti Abdul Aziz

Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat,


Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

1
Corresponding e-mail: [daniah@ukm.edu.my]

The effectiveness of training is an important aspect in the development of training. After


investing a lot of money to organize a training program, the organization often wants to know
about the effectiveness of training given to trainee as well as how it can gives impact to the
organization. This study was conducted to evaluate the effectiveness of training tested through
learning performance among trainees that undergo a transition in the Perbadanan Hal Ehwal
Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT). In this study, personal characteristics and training
program characteristics acted as the independent variables in predicting learning performance.
The instrument used in this study was adapted from Trainee Characteristic Scale, Training
Program Characteristic Scale and Training Effectiveness Scale by Siti Fardaniah (2013) for
personal characteristics, training program characteristics and learning performance.
Questionnaires to measure the dimension of training transfer for the training characteristics was
adapted from the Learning Transfer System Inventory (LTSI) by Holton et al. (2000). Data
obtained were analyzed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 23. The
multiple linear regression analysis indicated that extrinsic orientation, self-efficacy and
organizational commitment have significant influence on learning performance. Relevance of
training content and learning transfer design also affecedt learning performance. Findings in this
study can be used as a reference to improve training effectiveness by focusing on personal
characteristics and training characteristics conducted in PERHEBAT.

Keywords: training effectiveness, employee characteristics, training characteristics, training


motivation, learning performance

Umum mengetahui bahawa anggota kedua. Manakala selebihnya tidak bekerja


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tamat dan meneruskan hidup dengan
perkhidmatan pada usia yang agak muda menggunakan wang pencen. Hal ini terjadi
berbanding penjawat awam yang lain. kerana skop tugas mereka ketika dalam
Mereka ini rata-ratanya berumur antara 39 perkhidmatan tentera jauh berbeza dengan
hingga 45 tahun dan terdiri daripada anggota bidang tugas yang diperlukan dalam
berbeza pangkat. Menurut Normah (2013), industri. Menyedari kekurangan kemahiran
hanya 24% daripada anggota yang bersara, untuk diguna pakai apabila anggota tentera
bekerja semula dan memulakan kerjaya berpencen dan menjadi orang awam,
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 13

kerajaan di bawah Kementerian Pertahanan mengenai impak keberkesanan latihan di


telah menubuhkan Perbadanan Hal Ehwal PERHEBAT. Kajian ini lebih banyak
Angkatan Tentera (PERHEBAT). mengkaji berkenaan kursus dan tempohnya,
PERHEBAT berfungsi sebagai pusat latihan sistem pengajaran, kualiti tenaga pengajar
kemahiran vokasional dan keusahawanan dan latihan praktikal serta kualiti pelatih.
bagi bakal pesara tentera. Latihan yang Selain itu, ICU turut mengkaji berkenaan
diberikan di PERHEBAT adalah merupakan dengan tahap kebolehpasaran, kesepadanan
latihan berteraskan kemahiran yang telah atau matching, sosioekonomi dan taraf hidup
disediakan oleh Jabatan Pembangunan bekas pelatih (PERHEBAT, 2014). Di
Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Malaysia, kajian berkenaan dengan latihan
Manusia. untuk golongan dewasa telah banyak
dijalankan. Namun, latihan yang dijalankan
Selaras dengan objektif PERHEBAT kebanyakannya adalah bagi golongan
untuk menyediakan latihan yang berkualiti dewasa yang masih bekerja berbeza dengan
kepada bakal pesara tentera terutama dalam situasi di PERHEBAT yang menyediakan
bidang teknik dan vokasional serta latihan untuk bakal pesara yang akan
keusahawanan, penilaian latihan perlu memulakan kerjaya kedua. Disebabkan
dijalankan bagi menilai keberkesanan kesemua pelatih yang menjalani latihan di
latihan yang dijalankan. Kraiger et al. (1993) PERHEBAT adalah terdiri daripada
menyatakan bahawa penilaian penting bagi golongan dewasa pertengahan, sebarang
mengetahui sama ada objektif latihan telah latihan atau program pendidikan perlu
dicapai ataupun tidak. Menurut Campbell memahami ciri-ciri pelajar dewasa untuk
(1998), perkara yang paling penting perlu memastikan program ini dirangka
diambil kira dalam menilai sesuatu latihan berdasarkan keperluan mereka dan mencapai
adalah sejauh mana pelatih yang mengikuti objektif latihan.
latihan tersebut memahami perkara yang
diajar dalam latihan tersebut. Model Salah satu teori pembelajaran yang
Pembelajaran Kraiger adalah yang paling boleh digunakan dalam kajian ini adalah
meluas digunakan untuk menilai aspek model Characteristics of Adults as Learners
pembelajaran dalam latihan. Model ini (CAL). Model ini tidak hanya memfokuskan
memfokuskan kepada tiga kategori iaitu kepada perkara yang perlu dipelajari oleh
hasil kognitif (cognitive outcome), hasil golongan dewasa tapi juga bagaimana
berdasarkan kemahiran (skill-based mereka belajar. Model ini diperkenalkan
outcome), dan hasil afektif (affective oleh Patricia Cross pada tahun 1981.
outcome) (Kraiger et al., 1993). Menurut Mengikut model ini, pelajar dewasa
Grossman dan Salas (2011), input latihan dipengaruhi oleh dua ciri yang utama iaitu
sangat penting dalam menentukan hasil ciri personal dan ciri situasi. Ciri personal
latihan. Oleh yang demikian, adalah sangat adalah ciri yang berkait dengan keadaan
penting untuk mengetahui sejauh mana fizikal, psikologi dan sosiobudaya. Umur
pelatih dapat menyerap input latihan yang dan fasa kehidupan amat mempengaruhi
diberikan dan faktor-faktor yang proses pembelajaran golongan dewasa.
memengaruhi proses pembelajaran tersebut. Faktor umur ini mempengaruhi kemerosotan
keupayaan motor kepekaan tertentu seperti
PERHEBAT dengan kerjasama Unit penglihatan, pendengaran dan masa untuk
Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan bertindak. Sementara itu, faktor ini juga
Perdana Menteri telah menjalankan kajian mempengaruhi keupayaan kebijaksanaan
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 14

individu seperti kemahiran dalam membuat et al. (2010) mendefinisikan orientasi


keputusan, perundingan dan pertuturan. intrinsik sebagai motivasi yang lahir
disebabkan faktor-faktor dalaman diri
Untuk menilai sejauh mana individu pelatih seperti ingin menguasai kandungan
memahami kandungan latihan yang diikuti, latihan, sifat ingin tahu dan sukakan
prestasi belajar mereka perlu dititikberatkan. cabaran. Namun, Chyung et al. (2010)
Young et al. (2003) mengatakan bahawa menggunakan terma orientasi matlamat
prestasi belajar menilai pelbagai dimensi intrinsik (intrinsic goal orientation).
dalam hasil pembelajaran seperti penilaian Mengikut Facteau et al. (1995; dalam Siti
kendiri oleh individu berkenaan dengan Fardaniah et al., 2011, p. 10), orientasi
pengetahuan, pemahaman dan juga ekstrinsik merujuk kepada sejauh mana
kemahiran serta keinginan mereka untuk pelatih berminat terhadap ganjaran dari luar
terus belajar. Prestasi belajar dikatakan seperti bayaran dan kenaikan pangkat.
mempunyai kaitan dengan sikap yang lebih Dalam kajian ini, orientasi ekstrinsik dilihat
positif terhadap kursus, persekitaran dan sebagai faktor dari luar diri pelatih yang
juga tenaga pengajar (Abrantes et al., 2003). menarik minat pelatih untuk
Menurut Siti Fardaniah (2013), prestasi mengaplikasikan kemahiran dan
belajar ialah peningkatan ataupun perubahan pengetahuan yang dipelajari ketika latihan.
dalam pengetahuan deklaratif, pengetahuan Kajian berkenaan dengan pengaruh orientasi
prosedural dan metakognitif hasil daripada intrinsik dan ekstrinsik terhadap pencapaian
proses pembelajaran yang berlaku dalam pelajar telah dijalankan oleh Taylor et al.
latihan. (2014) yang mendapati pelajar yang
mempunyai orientasi intrinsik bermotivasi
Tziner et al. (2007) mengatakan untuk belajar dengan lebih berjaya dalam
bahawa individu yang mempunyai keinginan akademik.
yang tinggi untuk menguasai sesuatu
kemahiran baharu akan berusaha untuk Selain itu, organisasi yang
mencari strategi yang lebih baik yang menggembirakan ahlinya akan
seterusnya akan membawa kepada prestasi menyebabkan ahlinya menunjukkan
yang lebih baik. Hal ini juga disokong oleh komitmen yang tinggi terhadap organisasi.
Ceylan (2015) yang mengatakan bahawa Komitmen saling berkait dengan emosi
efikasi kendiri yang tinggi mempengaruhi kerana individu memerlukan sokongan dari
keputusan yang baik dalam pelajaran. Dalam segi fizikal dan emosi (Yahya et al., 2008).
umur dewasa pertengahan, untuk belajar Kajian yang dibuat oleh Adey dan Bahari
sesuatu perkara yang baharu bukanlah (2010) juga menunjukkan bahawa
sesuatu yang mudah. Tambahan pula, kecerdasan emosi berkait rapat dengan
keinginan mereka untuk belajar semakin komitmen organisasi. Para pekerja yang
menurun. Individu yang lebih berusia selalu lebih komited terhadap organisasi dari aspek
mengalami kesukaran mengikuti proses kesetiaan akan menjadikan organisasi
pembelajaran yang formal kerana faktor sebagai sebahagian dari mereka kerana
usia. menerima matlamat dan nilai organisasi
serta berbangga dengan organisasi
Selain efikasi kendiri, orientasi berkenaan (Daud, 2010). Oleh yang
intrinsik dan ekstrinsik juga dilihat sebagai demikian, mereka akan lebih bermotivasi
pemangkin yang menguatkan lagi keinginan untuk bersama-sama organisasi mencapai
individu untuk melakukan sesuatu. Chyung matlamat yang telah ditetapkan.
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 15

dan menyediakan rangka latihan yang


Umum mengetahui dalam mengandungi maklumat yang jelas berupaya
menjalankan sesuatu latihan, ciri-ciri latihan meningkatkan keberkesanan latihan. Kajian
perlu dititikberatkan. Ciri-ciri latihan yang dijalankan oleh Lim (2000) mendapati
mestilah mampu memberi kesan kepada bahawa pembelajaran yang tinggi dan
pelatih. Mengikut Norhasni (2006), objektif berkesan adalah disebabkan oleh faktor
latihan akan dapat dicapai sekiranya faktor perkaitan antara kandungan latihan dengan
reka bentuk latihan direka dengan sempurna kerja dan peluang untuk mengaplikasikan
dan terancang. Azman dan Nurul Inani ilmu dan kemahiran yang diperolehi.
(2010, p. 85) mengatakan bahawa
kebanyakan kajian dahulu yang Oleh itu, Rajah 1 dibangunkan sebagai
menggunakan model kesan langsung kerangka kosneptual kajian di mana ciri-ciri
mendapati bahawa, program latihan yang personal dan program latihan mampu
direka dan ditadbir secara teratur, seperti mempengaruhi prestasi belajar pelatih.
mengadakan latihan berkaitan dengan tugas

Rajah 1. Rangka konsepsual pengaruh ciri-ciri personal dan ciri program latihan terhadap
prestasi belajar.

Kaedah Kajian Bangunan dan Kejuruteraan, Pusat


Pengajian Automotif, Pusat Pengajian
Responden kajian Pengurusan Perkhidmatan Makanan dan
Sajian serta Pusat Pengajian Elektrik dan
Subjek dalam kajian ini adalah terdiri Elektronik terlibat dalam kajian ini. Populasi
daripada para pelatih di kampus induk pusat di keempat-empat pusat yang terlibat ialah
latihan PERHEBAT yang terletak di Kem 550 orang. Jadi, menurut Sekaran dan
Sungai Buloh dan merupakan bakal pesara Bougie (2013), saiz sampel yang sesuai
tentera. Sebanyak empat pusat latihan yang ialah seramai 222 orang. Para responden
terdiri daripada Pusat Pengajian Binaan juga merupakan anggota tentera yang
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 16

sedang menjalani latihan dalam bidang Alat ujian Skala Ciri-Ciri Pelatih
vokasional dan perkhidmatan di (Trainee Characteristics Scale)
PERHEBAT. dibangunkan oleh Siti Fardaniah (2013).
Alat ujian ini mengandungi 16 item soal
Pemilihan sampel kajian dilakukan selidik yang terdiri daripada empat dimensi
dengan menggunakan teknik persampelan iaitu orientasi intrinsik, orientasi ekstrinsik,
rawak dalam kalangan pelatih yang komitmen organisasi dan efikasi kendiri.
mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi
(SKM) sekurang-kurangnya tahap 1. skala ciri-ciri Pelatih ialah α= 0.824
Kriteria ini ditentukan sebagai ciri populasi manakala bagi kajian ini nilai Alfa Cronbach
pilihan kerana pelatih yang telah adalah α= 0.773.
mempunyai SKM Tahap 1 telah menjalani
latihan selama lebih dari tiga bulan dan ia Bagi Skala Ciri-Ciri Program Latihan
memudahkan mereka untuk menilai sendiri (Training Program Characteristic Scale)
faktor-faktor yang berkaitan dengan latihan yang dibangunkan oleh Siti Fardaniah
yang telah dijalani. Sebelum mengedarkan (2013) mempunyai kebolehpercayaan yang
soal selidik kepada responden, pengkaji tinggi dan kuat iaitu α= 0.814. Selain itu,
dikehendaki berjumpa dengan Pengarah untuk diselaraskan dengan keadaan latihan
Kanan Latihan bagi memohon kebenaran di PERHEBAT, pengkaji turut
untuk melakukan kajian kepada pelatih di menggunakan satu lagi dimensi dalam
PERHEBAT. Selepas itu, pengkaji telah kriteria latihan iaitu reka bentuk pemindahan
berjumpa dengan ketua di setiap pusat dan latihan daripada Inventori Sistem
meminta kebenaran untuk mentadbir soal Pemindahan Pembelajaran (Learning
selidik kepada para pelatih yang menjalani Transfer System Inventory) oleh Holton
latihan di bawah pusat pengajian mereka. (2000) yang mempunyai nilai pekali Alfa
Soal selidik diberikan kepada para pelatih Cronbach α= 0.85. Manakala nilai Alfa
dan pengkaji akan memantau mereka ketika Cronbach untuk kajian ini ialah α= 0.795.
proses menjawab soal selidik berjalan.
Bagi mengukur kriteria prestasi
Instrumen Kajian belajar, soal selidik daripada Skala
Keberkesanan Latihan (Training
Alat kajian yang digunakan diadaptasi Effectiveness Scale) oleh Siti Fardaniah
daripada Skala Ciri-Ciri Pelatih (Trainee (2013) digunakan. Terdapat empat skala
Characteristic Scale), Skala Ciri-ciri yang mengukur keberkesanan latihan dalam
Program Latihan (Training Program model yang diperkenalkan oleh Siti
Characteristic Scale) dan Skala Fardaniah (2013) iaitu kepuasan,
Keberkesanan Latihan (Training pembelajaran, prestasi individu dan prestasi
Effectiveness Scale) oleh Siti Fardaniah organisasi. Namun, hanya faktor
(2013) bagi kriteria personal, kriteria latihan pembelajaran yang dipilih dalam kajian ini
dan prestasi belajar. Bagi soal selidik kerana ia bertepatan dengan keadaan pelatih
berkenaan dimensi reka bentuk pemindahan di PERHEBAT yang masih mengikuti
latihan yang terdapat dalam kriteria latihan, latihan dan bakal bersara kelak serta tidak
ia diadaptasi daripada Learning Transfer terikat lagi dengan mana-mana organisasi.
System Inventory (LTSI) oleh Holton et al. Bagi skala ini, nilai kebolehpercayaan
(2000). adalah tinggi dan kuat iaitu α=0.812.
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 17

Manakala nilai Alfa Cronbach untuk kajian tahun ialah yang teramai iaitu sebanyak 159
ini ialah α= 0.745. orang (71.7%). Manakala bagi responden
yang berumur 45 tahun hingga 49 tahun
Skala soal selidik ini adalah ialah 30 orang (13.6%).
berdasarkan pilihan jawapan yang terdiri
daripada skala likert 5 poin. Setiap poin Bagi profil pendapatan, seramai 9
diberi markah sama ada Sangat Tidak Setuju orang (4.1%) mempunyai pendapatan
(STS)= 1, Tidak Setuju (TS)= 2, Hampir kurang dari RM 2000. Seramai 132 orang
Tidak Setuju (HTS)= 3, Setuju (S)= 4 dan (59.5%) mempunyai pendapatan sebanyak
Sangat Setuju (SS)= 5. RM 2000 hingga RM 4000. Bagi
pendapatan RM 4000 ke atas, jumlah
Keputusan responden adalah seramai 81 orang (36.5%).

Hasil keputusan deskriptif Hubungan antara Pembolehubah


menunjukkan majoriti daripada responden
ialah lelaki iaitu seramai 201 orang (90.5%). Jadual 1 menunjukkan korelasi antara
Manakala selebihnya iaitu 21 orang (9.5%) pembolehubah. Didapati kesemua
adalah perempuan. Seramai 33 orang pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini
(15.0%) responden berumur antara 35 tahun mempunyai hubungan yang signifikan (p <
hingga 39 tahun. Jumlah bilangan responden 0.01).
yang berumur antara 40 tahun hingga 44

Jadual 1
Korelasi antara pembolehubah

1 2 3 4 5 6 7 8
Orientasi intrinsik 1 2.72** .440** .407** .531** .356** .487** .535**
Orientasi ekstrinsik 1 .249** .279** .229** .271** .247** .326**
Komitmen organisasi 1 .556** .496** .458** .564** .482**
Efikasi kendiri 1 .440** .600** .483** .484**
Reka bentuk latihan 1 .466** .475** .515**
Relevan kandungan 1 .500** .550**
Reka bentuk 1 .593**
pemindahan latihan
Prestasi belajar 1
**p<0.01

Pengaruh Kriteria Personal terhadap Seterusnya pengaruh kriteria personal


Prestasi Belajar (orientasi intrinsik, orientasi ekstrinsik,
komitmen organisasi dan efikasi kendiri)
terhadap prestasi belajar pula diteliti.
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 18

Jadual 2
Analisis regresi stepwise pengaruh kriteria personal terhadap prestasi belajar

Kriteria Prestasi belajar


personal
R2 F β t Sig.
.337 36.934
Efikasi .384 5.894 .000
kendiri
Orientasi .169 2.402 .017
ekstrinsik
Komitmen .143 2.104 .037
organisasi
*p < 0.05

Hasil analisis regresi stepwise yang personal iaitu efikasi kendiri, orientasi
diperolehi [F (3,218) = 36.934, p < .05] ekstrinsik dan komitmen organisasi. Jadual
menunjukkan nilai R² yang diperoleh adalah menunjukkan tiga pembolehubah
.337 yang menjelaskan bahawa 33.7% mempunyai pengaruh yang signifikan iaitu
varians yang berkaitan dengan prestasi efikasi kendiri (β = 0.384, p < .05), orientasi
belajar disumbangkan oleh faktor kriteria ekstrinsik (β = 0.169, p < .05) dan komitmen
organisasi (β = 0.143, p < .05). Manakala pemindahan latihan dan relevan kandungan
orientasi intrinsik tidak meramal secara mempengaruhi prestasi belajar. Nilai r² yang
signifikan terhadap prestasi belajar. diperoleh adalah .331 yang menjelaskan
bahawa 33.1% varians yang berkaitan
Pengaruh Kriteria Latihan terhadap dengan prestasi belajar disumbangkan oleh
Prestasi Belajar kriteria latihan. Jadual menunjukkan dua
pembolehubah mempunyai pengaruh yang
Selain itu, analisis regresi diteruskan signifikan iaitu reka bentuk pemindahan
untuk mengkaji pengaruh kriteria latihan latihan (β = 0.062, p < .05) dan relevan
terhadap prestasi belajar. Keputusan yang kandungan (β = 0.061, p < .05). Manakala
diperoleh [F (2,219) = 54.073, p < .05] reka bentuk latihan tidak meramal secara
mendapati hanya faktor reka bentuk signifikan terhadap prestasi belajar.

Jadual 3
Analisis regresi stepwise pengaruh kriteria latihan terhadap prestasi belajar

Kriteria latihan Prestasi belajar


R2 F β t Sig.
.331 54.073
Reka bentuk .062 5.524 .000
pemindahan
latihan
Relevan .061 3.815 .000
kandungan
*p<0.05
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 19

Perbincangan mempunyai tahap keterbukaan yang agak


rendah. Latihan peralihan yang sedang
Dapatan kajian menunjukkan dijalani oleh mereka merupakan fasa yang
menunjukkan 3 dimensi kriteria personal amat penting untuk mereka beradaptasi
(orientasi ekstrinsik, komitmen organisasi dengan kehidupan sebagai orang awam
dan efikasi kendiri) memberi pengaruh yang apabila tamat perkhidmatan sebagai anggota
positif dan signifikan terhadap prestasi tentera selain daripada mempelajari ilmu
belajar dalam kalangan pelatih yang terlibat baru untuk digunakan apabila bersara nanti.
dengan kajian yang dijalankan di Jangka masa selama enam hingga 12 bulan
PERHEBAT. Dapatan kajian ini menyokong menjalani latihan di PERHEBAT mampu
dapatan kajian terdahulu oleh Facteau et al. untuk mengubah sikap personal mereka.
(1995) yang mengatakan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara orientasi Hasil dapatan kajian ini yang
ekstrinsik dan komitmen organisasi dengan menunjukkan bahawa efikasi kendiri
keberkesanan latihan. Kajian oleh Tziner et mempengaruhi prestasi belajar juga selari
al. (2007) pula mengatakan bahawa efikasi dengan kajian oleh Alaei et al. (2012).
kendiri mempunyai hubungan signifikan Kajian mengenai pengaruh efikasi terhadap
yang positif dan kuat dengan gred latihan prestasi belajar turut dikaji oleh Seyed et al.
yang boleh diklasifikasikan sebagai prestasi (2017). Dapatan kajian tersebut mengatakan
belajar. Selain itu, dapatan kajian ini juga bahawa pelajar yang mempunyai masalah
adalah selari dengan dapatan kajian oleh Siti pembelajaran pelajar turut dipengaruhi oleh
Fardaniah (2013) yang mendapati bahawa efikasi kendiri yang rendah selain daripada
kriteria personal mempunyai hubungan yang faktor motivasi pencapaian, intrinsik dan
positif dengan keberkesanan latihan. juga faktor persekitaran. Manakala Wang et
al. (2017) mengatakan bahawa pelajar yang
Perlu diingatkan bahawa kesemua mempunyai orientasi intrinsik yang tinggi
responden yang terlibat dalam kajian ini akan mempunyai keinginan yang tinggi
merupakan tentera yang sudah berkhidmat untuk belajar seterusnya menunjukkan
lebih daripada sepuluh tahun dalam prestasi memberangsangkan. Namun, hasil
Angkatan Tentera Malaysia (ATM). dapatan kajian ini menunjukkan sebaliknya
Pekerjaan tentera secara rutinnya terdedah iaitu orientasi intrinsik tidak memberi
kepada pekerjaan yang unik dan pengaruh secara signifikan terhadap prestasi
persekitaran kerja yang mencabar (Pflanz & belajar. Ini berlaku kerana kehadiran pelatih
Ogle, 2006). Kehidupan sebagai seorang PERHEBAT yang menjalani kursus adalah
tentera dalam komuniti ketenteraan amat mengikut arahan yang diwajibkan oleh
mempengaruhi personaliti mereka. Kementerian Pertahanan Malaysia.

Kesemua responden yang terlibat Menyedari pentingnya latihan yang


dalam kajian ini merupakan anggota tentera sedang diikuti oleh mereka ini untuk
lain-lain pangkat (LLP) yang menjalankan memulakan kerjaya kedua apabila bersara
tugas berdasarkan arahan daripada pegawai kelak menyebabkan timbulnya perasaan
tentera. Faktor persekitaran kerja mereka ingin menguasai kandungan latihan yang
yang kurang berautonomi amat sedang diikuti. Kandungan latihan yang
mempengaruhi ciri-ciri peribadi mereka. disediakan di PERHEBAT adalah bersifat
Daripada pemerhatian pengkaji, mereka teori dan praktikal. Selepas mempelajari
lebih bersikap mengikut arahan dan teori sesuatu topik di dalam kelas, pelatih
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 20

akan turun ke lapangan untuk mempelajari boleh diguna pakai apabila bersara kelak.
dengan lebih mendalam melalui aktiviti Persamaan matlamat inilah yang
praktikal. Daripada proses ini, efikasi menyebabkan komitmen organisasi pelatih
kendiri pelatih akan dapat ditingkatkan meningkatkan kerana adanya rasa kesatuan
apabila mereka sendiri mengetahui sejauh dengan organisasi PERHEBAT. Seterusnya
mana kebolehan mereka untuk menguasai menyebabkan pelatih menjalani latihan
kandungan latihan apabila melakukan dengan bersungguh-sungguh demi mencapai
aktiviti praktikal. Apabila efikasi kendiri matlamat mereka dan organisasi. Secara
meningkat, pelatih akan lebih berusaha langsung, prestasi belajar mereka juga akan
untuk menguasai ilmu dan kemahiran yang turut meningkat. Dapatan kajian ini adalah
diajar ketika latihan, seterusnya selari dengan dapatan kajian oleh Facteau et
meningkatkan prestasi belajar mereka. al. (1995) yang mengatakan bahawa
komitmen organisasi mempunyai hubungan
Sebagai anggota tentera, pelatih yang signifikan dengan keberkesanan latihan
diterapkan dengan semangat patriotisme dan (r = 0.36, k<0.01).
nilai menyayangi negara dan organisasi
yang tinggi. Sejak dari memulakan Bagi kriteria latihan pula, dapatan
perkhidmatan dalam ATM, mereka sudah kajian mendapati bahawa kriteria latihan
melalui proses transformasi fizikal, minda mempunyai hubungan yang signifikan
dan spiritual. Mereka dibangunkan dalam dengan prestasi belajar yang mengukur
dimensi budaya ketenteraan yang keberkesanan latihan. Dapatan kajian ini
mengutamakan disiplin dan menjunjung turut menyokong hasil dapatan kajian oleh
semangat kesetiaan sama ada kepada negara Siti Fardaniah (2013) yang mengatakan
atau organisasi. Di dalam Manifestasi bahawa ciri-ciri program latihan mempunyai
Komitmen Tentera Darat Malaysia (2011), hubungan yang signifikan dengan
terdapat elemen kesetiaan sebagai salah satu keberkesanan latihan (r = .357, k<0.0001).
nilai teras yang penting dan perlu ada Latihan yang dijalankan di PERHEBAT
sebagai anggota ATM. Semangat kesetiaan adalah mengikut silibus yang disediakan
yang diterapkan dalam diri mereka berpuluh oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di
tahun inilah yang meningkatkan komitmen bawah Kementerian Sumber Manusia.
organisasi dalam diri mereka. Komitmen Pelatih yang berjaya tamat menjalani latihan
organisasi ini akan terus dibawa oleh mereka peralihan di PERHEBAT akan
tanpa mengira organisasi apa yang disertai dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia
oleh mereka. Tambahan pula, daripada soal (SKM) sama ada tahap 1, 2 atau 3. Selain
selidik, kebanyakan pelatih mendapati itu, diploma lanjutan juga akan diberikan
matlamat PERHEBAT dan pelatih adalah kepada pelatih yang layak.
sejajar.
Holton (2005) mengatakan pelatih
PERHEBAT ditubuhkan dengan akan mudah memindahkan kandungan
matlamat untuk memberi latihan dan latihan kepada konteks kerja apabila mereka
bimbingan bermutu tinggi bagi merasakan bahawa program latihan tersebut
melengkapkan pesara dengan kemahiran direka dan disampaikan dengan cara yang
pekerjaan, perdagangan dan keusahawanan memaksimakan kebolehan mereka untuk
mengikut kehendak masing-masing. memindahkan latihan tersebut. Kenyataan
Manakala matlamat pelatih pula ialah untuk Holton (2005) ini disokong oleh dapatan
melengkapkan diri dengan kemahiran yang kajian ini yang mengatakan bahawa reka
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 21

bentuk pemindahan latihan mempunyai dalamnya. Perbezaan bidang khusus ini akan
hubungan yang signifikan dengan menyebabkan bias kerana kaedah
keberkesanan latihan iaitu prestasi belajar. pengajaran dan kandungan latihan yang
Pada usia pertengahan, ada di antara pelatih berbeza. Kajian ini juga menggunakan alat
yang telah kurang kemampuan dari segi ujian yang bersifat laporan kendiri (self-
fizikal dan kebolehan untuk mengingat. Jadi, report). Laporan kendiri pula adalah
seharusnya reka bentuk latihan digubah daripada persepsi para pelatih terhadap
untuk memenuhi tahap keupayaan mereka latihan yang dijalani oleh mereka. Maka,
selain daripada perlu mengambil kira jangka jawapan yang diberikan oleh responden
masa bagi golongan ini menyerap ilmu yang mungkin tidak tepat dan bersifat bias. Selain
disampaikan. itu, hasil kajian juga tertakluk kepada
kejujuran dan keikhlasan responden dalam
Selain itu, kerelevanan kandungan menjawab soal selidik.
juga adalah penting dalam latihan. Namun
dapatan kajian ini adalah bercanggah dengan Pengkaji ingin mencadangkan
kenyataan Bell dan Ford (2007), di mana beberapa cadangan untuk kajian pada masa
dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan hadapan. Soal selidik yang diguna pakai
yang signifikan antara relevan latihan dan dalam kajian ini juga boleh diedarkan untuk
keberkesanan latihan. Pelatih di kajian bagi bekas pelatih terutamanya bekas
PERHEBAT telah menjalani kursus yang pelatih yang sudah memulakan kerjaya
mereka ikuti berdasarkan minat dan kedua. Oleh yang demikian, kriteria yang
kemampuan mereka. Kebanyakan pelatih menyebabkan pemindahan latihan dapat
mengharapkan agar mereka dapat dikaji dengan lebih mendalam. Selain itu,
menggunakan pengetahuan dan kemahiran kajian secara longitudinal juga dicadangkan
yang dipelajari apabila bersara kelak. untuk dijalankan di PERHEBAT. Daripada
Sebagai contoh, pelatih yang mengikuti kajian tersebut akan dapat diketahui
kursus binaan bangunan. Mereka telah peningkatan prestasi pelatih sebelum
merancang untuk menjadi kontraktor apabila memulakan latihan hingga tamat latihan.
bersara. Jadi sudah semestinya ilmu dan Kerangka kajian yang sama juga boleh
pengetahuan yang diberikan kepada mereka digunakan untuk menguji keberkesanan
harus relevan dengan industri binaan yang latihan bagi kajian lain yang melibatkan
bakal diceburi oleh mereka terutama sekali latihan dalam komuniti. Contohnya kursus
berkaitan dengan proses membina latihan yang dianjurkan di institusi
bangunan. Keberkesanan latihan akan kemahiran seperti Giat Mara dan Kolej
berkurangan sekiranya pelatih merasakan Komuniti yang melibatkan orang awam.
bahawa kandungan latihan tidak relevan
dengan kursus yang sedang diikuti mereka Pengkaji juga mencadangkan pada
dan pekerjaan yang bakal dilakukan apabila masa hadapan untuk diadakan kajian yang
bersara nanti. melibatkan metod campuran iaitu metod
kualitatif dan kuantitatif supaya data yang
Limitasi dan Cadangan Kajian diperolehi adalah tepat. Kedua-dua metod
ini boleh dijalankan secara serentak. Di
Bidang latihan yang diikuti oleh samping mengisi borang soal selidik,
responden adalah pelbagai seperti bidang responden juga akan ditemu bual. Hasil
perkhidmatan, vokasional dan pengurusan dapatan kedua-dua metod ini akan
yang mengandungi pelbagai kursus di digabungkan untuk menghasilkan dapatan
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 22

kajian yang lebih lengkap. Selain itu, bagi Azman Ismail & Nurul Inani Ibrahim.
mengelakkan bias, kajian seterusnya (2010). Motivasi latihan sebagai
dicadangkan agar melibatkan tenaga pembolehubah penghubung antara
pengajar dan pelatih dalam menentukan program latihan dan keberkesanan
keberkesanan sesuatu latihan. latihan. Jurnal Kemanusiaan, 16, 83-
98.
Kesimpulan Bell, B. S., & Ford, J. K. (2007). Reactions
to skill assessment: The forgotten
Secara keseluruhannya, kriteria factor in explaining motivation to
personal dan kriteria latihan dilihat memberi learn. Retrieved [5th June 2016], From
pengaruh terhadap prestasi belajar. Kriteria Cornell University, Ilr School Site:
personal dan kriteria latihan dianggap Http://Digitalcommons.Ilr.Cornell.Edu
penting dalam menentukan sejauh mana / Articles/392/
penerimaan pelatih terhadap proses latihan Campbell, C. P. (1998). Training
yang dijalani. Selain itu juga, keputusan course/program evaluation: Principles
kajian ini menyediakan sokongan tambahan and practice. Journal of European
bagi pengaruh kriteria personal dan kriteria Industrial Training, 22(8), 323-344.
latihan terhadap prestasi belajar. Secara Chyung, S. Y., Moll, A. J., & Berg, S. A.
praktikalnya, kajian ini diharapkan dapat (2010). The role of intrinsic goal
membantu Jabatan Pembangunan orientation, self efficacy, and e-
Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia learning practice in engineering
dalam mereka bentuk program latihan yang education. The Journal of Effective
sesuai untuk golongan dewasa ini menjalani Teaching, 10(1), 22-37.
latihan. Hasil dapatan kajian boleh diguna Ceylan, Y. L. (2015). The relationship
pakai untuk merangka program intervensi between students’ academic self-
bagi pelatih. efficacy and language learning
motivation: A study of 8th graders.
Rujukan Procedia - Social and Behavioral
Sciences, 199, 472-478.
Abrantes, J. L., Seabra, C., & Lages, L. F. Daud, N. (2010). Investigating the
(2007). Pedagogical affect, student relationship between quality of work
interest, and learning performance. life and organizational commitment
Journal of Business Research, 960– amongst employees in Malaysian
964. firms. International Journal of
Adey, N. H., & Bahari, F. H. (2010). Business and Management, 5(10), 75-
Hubungan antara kecerdasan emosi, 82.
kepuasan kerja dan komitmen Facteau, J. D., Dobbins, G. H., Russell, J. E.,
terhadap orgnisasi. Jurnal Ladd, R. T., & Kudisch, J. D. (1995).
Kemanusiaan, 16, 62-82. The influence of general perceptions
Alaei, K. R, Narimani, M., & Alaei, K. S. of the training environment on pre-
(2012). A comparison of self-efficacy training motivation and perceived
beliefs and achievement motivation in training transfer. Journal of
students with and without learning Management, 21(1), 1-25.
disability. Journal of Learning Grossman, R., & Salas, E. (2011). The
Disabilities, 1(3), 85–104. transfer of training: What really
matters. International Journal of
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 23

Training and Development, 15, 103– academic performance. Journal of


120. Educational Pschology, 82, 33-40.
Holton, E. F. (2005). Holton’s evaluation Seyed, S. 1., Masoomeh, S., Fatemeh, M.
model: New evidence and construct N., & Reyhaneh, N. (2017). Self-
elaborations. Advances In Developing efficacy, achievement motivation, and
Human Resources, 7(1), 37-54. academic progress of students with
Holton, E. F., Bates, R. A., & Ruona, W. E. learning disabilities: A comparison
A. (2000). The development of a with typical students. Middle East
Generalised Learning Transfer System Journal of Rehabilitation Health, 4(2),
Inventory. Human Resource e44558.
Development Quarterly, 11(4), 344- Siti Fardaniah Abdul Aziz. (2013).
346. Mediation effect of training
Kraiger, K., Ford, J. K., & Salas, E. (1993). motivation on the relationships
Application of cognitive, skill-based, between trainee, training,
and affective theories of learning organizational characteristic support
outcomes to new methods of training and overall training effectiveness.
evaluation. Journal of Applied Unpublished Doctoral Dissertation,
Psychology, 78(2), 311-328. Universiti Putra Malaysia, Serdang,
Lim, D. H. (2000). Training design factors Selangor, Malaysia.
influencing transfer of training to the Siti Fardaniah Abdul Aziz & Shamsuddin
workplace within an international Ahmad. (2011). Stimulating training
context. Journal of Vocational motivation using the right training
Education & Training, 52(2), 243- characteristics. Industrial and
258. Commercial Training, 43(1), 53-61.
Manifestasi Komitmen Tentera Darat Tziner, A., Fisher, M., Senior, T., &
Malaysia. (2011). Bahagian Weisberg, J. (2007). Effects of trainee
Inspektorat Tentera Darat, Markas characteristics on training
Tentera Darat Malaysia. effectiveness. International Journal of
Norhasni, Z. A. (2006). Effective Selection and Assessment, 15(2), 167-
supervision of research students: A 174.
Study of university practices and Wang, Y., Shuttlesworth, D., & Ahanonu, C.
foreign students’ experiences. The (2017). Motivation and learning
Journal of Human Resource and Adult behaviors of mississippi graduate
Learning, 2(1), 97-107. students in education: A qualitative
Normah Zakaria. (2013). Kompetensi case study. Delta Journal of
mengurus kerjaya dalam kalangan Education, 7(2), 1-13.
pesara tentera berpangkat rendah. Phd Yahya, K. K., Johari, J., Adnan, Z., Isa, M.
Thesis, Universiti Putra Malaysia. F., & Daud, Z. (2008). Faktor-faktor
Pflanz, S. E., & Ogle, A. D. (2006). Job yang mempengaruhi komitmen dalam
stress, depression, work performance kalangan penjawat awam.
and perceptions of supervisors in International Journal of Management
military personnel. Military Medicine, Studies, 15, 199-223.
171(9), 861-865. Young, M. R., Klemz, B. R., & Murphy, J.
Pintrich, P. R., & De Groot, E. V. (1990). W. (2003). Enhancing learning
Motivational and self-regulated outcomes: The effects of instructional
learning components of classroom technology, learning styles,
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 12-24 ISSN-2289-8174 24

instructional methods, and student Education, 25(2), 130-142.


behavior. Journal of Marketing

You might also like