You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN IPOH, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT BIL 1/2016

Tarikh : 6 Januari 2016 ( Rabu )


Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik i-Think

Pengerusi : En.Mohamad Ashri bin Ismail ( Guru Besar SK Ipoh )

Kehadiran : 3 Orang

1. En. Kamarulzaman bin Mat Jusoh


2. En. Mohamad Ramzi bin Hussain
3. Pn. Zuhailla bt Zulkifli

Nama Yang Tidak Hadir :

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan bacaan ummul kitab.
1.2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa ketua panitia dan setiausaha panitia perlu
bergabung untuk memperkasakan pengurusan panitia. Semua KP dan setiausaha akan
dipanggil untuk kemaskini fail dan semua fail panitia perlu diletakkan di dalam
kabinet di bilik gerakan dan dilabelkan. Hal ini bagi memudahkan urusan apabila nazir
datang memantau.
1.3 Mesyuarat mengambil maklum bahawa surat jemputan mesyuarat perlu menggunakan
format baru, seperti berikut:
- Perutusan pengerusi
- Pembentangan minit mesyuarat lepas
- Perkara berbangkit
- Fokus mesyuarat – merangkumi KSSR, PBS, RPT dan RPH
- Hal-hal lain
1.4 Mesyuarat mengambil maklum bahawa, matapelajaran RBT penting untuk melatih
murid mereka cipta bagi meningkatkan kreativiti sehingga ke peringkat antarabangsa
seperti SK Batu Gajah yang telah mewakili Malaysia dalam Pertandingan Robotik di
Korea.
1.5 Mesyuarat mengambil maklum bahawa PBS perlu dibuat 2 kali setahun iaitu pada
bulan Mac dan September.
Tindakan: Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

2.1 Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Pn. Zuhailla bt Zulkifli dan
disokong oleh En.Kamurulzaman bin Mat Jusoh.

Tindakan : Makluman

1
3. PERKARA BERBANGKIT
- Tiada
Tindakan : Makluman

4. FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengesahan ahli jawatankuasa panitia 2016


Mesyuarat mengesahkan bahawa penyelaras panitia RBT 2016 ialah
En. Mohamad Ramzi bin Hussain dan Setiausaha ialah Puan Zuhailla bt Zulkifli

Tindakan : Makluman

4.2 DSKP/RPT/RPH dan PBS


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa DSKP dan dokumen berkaitan untuk PdP
RBT boleh diperolehi daripada S/U Panitia.
- Mesyuarat juga mengambil maklum RPH ditulis berdasarkan format KSSR bagi
semua tahap. RPH juga mestilah bertulis tangan dan tidak digalakkan print dan
tampal.
- Mesyuarat memutuskan bahawa PBS perlu dibuat 2 kali setahun iaitu pada
23.3.2016 dan 21.9.2016.
Tindakan : Makluman

4.3 Aktiviti panitia 2016


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa antara aktiviti panitia yang dirancang
adalah seperti berikut:
a. Mesyuarat panitia – 2 kali setahun
b. Kemaskini bilik/ bengkel RBT
c. Minggu panitia RBT – pertandingan reka cipta
- Bergabung dengan Panitia Sains dan i-Think
d. Membuat mural di bangunan sekolah
e. Projek menanam sayur
Tindakan : Guru RBT

4.4 Perbelanjaan panitia


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa wang peruntukan panitia sama seperti
tahun sebelumnya. Peruntukan akan disenaraikan dan akan dimaklumkan oleh
ketua kerani.
- Pihak panitia boleh merancang perbelanjaan bagi menambah peralatan untuk PdP.

Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa kemasukkan guru baru yang akan
menggantikan En. Kamarulzaman yang akan bertukar akan diketahui selepas
16.1.2016
5.2 Mesyuarat memutuskan bahawa tapak untuk PdP pertanian adalah di belakang rumah
guru iaitu berhampiran musalla.
5.3 Mesyuarat mengambil maklum bahawa PdP bagi RBT dan TMK akan dilakukan
secara bergilir-gilir.

2
6. PENUTUP

6.1 Pengerusi berharap agar program yang dirancang tahun ini berjalan dengan lancar.
6.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Asr.
6.3 Mesyuarat Panitia RBT ditangguhkan pada jam 2.35 petang hingga ke suatu tarikh
yang akan ditetapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... ............................................................

(ZUHAILLA BT ZULKIFLI) (EN MOHAMAD RAMZI BIN HUSSAIN)


Setiausaha Panitia RBT. Ketua Panitia RBT,
SK. Ipoh, SK. Ipoh,
17500 Tanah Merah, Kelantan. 17500 Tanah Merah, Kelantan.

You might also like