You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BINJAI

MERU, 41050 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN


Tel: 03-33921048 Faks : 03-33921048 email:sksbmeru@yahoo.com

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

BIL 2 TAHUN 2016

Tarikh : 22 Mac 2016


Hari : Selasa
Masa : 12.50 tengah hari

Tempat : Makmal Komputer B, SK Sungai Binjai

Pengerusi : En Zainuddin bin Daman

Kehadiran : 7 Orang

Nama Yang Hadir:

1. En Zainuddin Bin Daman


2. Cik Ruqaiyah Binti Jamal
3. En Nik Zawawi Bin Nik Hussain
4. Pn Nurulfatin Binti Ibrahim
5. En Mohd Latif Bin Hamdan
6. En Mohd Saleh B Marhat
7. En Azlan B Alias

Tidak hadir tanpa sebab:

Tiada

Urus Setia Mesyuarat : En Zainuddin Bin Daman (Pengerusi Panitia RBT)


1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke mesyuarat panitia kali
kedua untuk tahun 2016.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana meluangkan masa untuk
hadir ke mesyuarat pada kali ini.
1.3 Seterusnya menyemak kehadiran guru-guru.
Tindakan: semua guru

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

01 1 MAC 2013 00

HakCipta Terpelihara@JPNSel.2010
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pengesahan minit mesyuarat :
2.1.1 Pencadang : En Mohd Latif Bin Hamdan
2.1.2 Penyokong : En Nik Zawawi Bin Nik Hussain
Tindakan: Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pengerusi membentangkan borang maklum balas mesyuarat yang lalu.
3.2 Beliau memaklumkan bahawa beberapa perkara berkaitan belum dilaksanakan
sepenuhnya.
3.3 Perlaksanaan bagi perkara yang berbangkit akan berjalan dari masa ke semasa.

Tindakan: Makluman

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN


4.1 Peperiksaan bagi tahun 2016
4.1.1 Ketua Panitia meminta setiap penyelaras tahun 4,5 dan 6 untuk
menyediakan jadual penggubal soalan
4.1.2 Penggubal soalan diminta untuk menggubal soalan berdasarkan JSU
dan menghantar kertas soalan untuk disemak oleh Ketua Panitia sebelum
dicetak.
Tindakan: Guru RBT
4.2 Borang Transit
4.2.1 Setiap guru diminta untuk menyediakan borang transit dan
melengkapkannya dari masa ke semasa mengikut tahap pengusaan murid.
4.2.2 Lampirkan dalam BRM untuk disemak oleh pentadbir.
4.2.3 Guru diingatkan supaya mengisi tahap pengusaan murid di makmal
komputer dari masa ke semasa.
Tindakan: Guru RBT
4.3 Gotong-royong RBT
4.3.1 Pengerusi meminta cadangan tarikh yang sesuai untuk
membuat gotong-royong yang melibatkan kedua-dua bengkel.
4.3.2 Penglibatan yang menyeluruh dari semua guru
amat digalakkan dan dapat melibatkan juga murid-murid.
Tindakan: Guru RBT
4.4 Penggunaan Bahan / Penjagaan Bengkel
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

01 1 MAC 2013 00

HakCipta Terpelihara@JPNSel.2010
4.4.1 Pengerusi meminta guru menjaga keadaan bengkel dan sentiasa
mengunci bengkel apabila tidak menggunakan bengkel untuk mengelak
bahan dan alatan bengkel dibawa keluar oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
4.4.2 Penggunaan bahan hendaklah menyeluruh kepada semua murid.
Tindakan: Guru RBT
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Taklimat RBT bersama PPD Klang.
5.1.1 Cik Ruqaiyah memaklumkan bahawa PPD Klang akan menganjurkan
Bengkel RBT yang akan melibatkan semua guru RBT di daerah Klang.
5.1.2 Untuk memudahkan penggubalan soalan, satu email ditubuhkan untuk
memudahkan guru RBT berkongsi soalan gubalan.

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh
semua guru dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Mesyuarat ditangguhkan pada 1.45 petang.

Disediakan oleh:

(CIK RUQAIYAH BINTI JAMAL)


Setiausaha Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
SK Sg. Binjai

Tarikh : 25 Mac 2016

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

01 1 MAC 2013 00

HakCipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like