You are on page 1of 1

6.

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN DALAM MENIMBANG KELULUSAN


PEROLEHAN PENGANJURAN MAJLIS/ACARA RASMI KERAJAAN DAN
JAMUAN KERAIAN RASMI KERAJAAN

6.1. Bagi tujuan pematuhan kepada PK 7.1, pihak kuasa melulus adalah
diberi kuasa menimbang dan meluluskan perolehan penganjuran
Majlis/Acara Rasmi Kerajaan dan Jamuan Keraian Rasmi Kerajaan
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) Peruntukan

Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan peruntukan


yang dibenarkan untuk menganjurkan satu-satu Majlis/Acara
Rasmi Kerajaan dan Jamuan Keraian Rasmi Kerajaan
berkenaan telah diluluskan dan mencukupi. Selaras dengan
Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bil.1 Tahun 2016,
semua Majlis/Acara Rasmi Kerajaan dan Jamuan Keraian
Rasmi Kerajaan hendaklah dibuat secara sederhana dan
mengambil kira langkah-langkah yang digariskan di
perenggan 4.10 Surat Pekeliling tersebut.

(ii) Kadar kelayakan dan lain-lain perbelanjaan

Kadar-kadar semua pihak yang terlibat dengan Majlis/Acara


Rasmi Kerajaan dan Jamuan Keraian Rasmi Kerajaan
tersebut hendaklah mematuhi kadar kelayakan pekeliling
kewangan yang berkuatkuasa. Sekiranya penganjuran
Majlis/Acara Rasmi Kerajaan dan Jamuan Keraian Rasmi
Kerajaan tersebut melebihi kadar kelayakan semasa,
kelulusan perlu dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KKM
untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian
Kewangan.

You might also like