You are on page 1of 1

GARIS PANDUAN BAGI PENGANJURAN MAJLIS/ACARA RASMI

KERAJAAN DAN JAMUAN KERAIAN RASMI KERAJAAN

1. TUJUAN

Garis panduan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan mengenai peraturan


dan syarat-syarat bagi perolehan penganjuran Majlis/Acara Rasmi Kerajaan
dan Jamuan Keraian Rasmi Kerajaan dan peraturan kewangan lain yang
berkuatkuasa.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.4 Tahun 2013


(SPP4/2013) mengenai Tatacara Perolehan bagi Penganjuran
Majlis/Acara Rasmi Kerajaan dan Jamuan Keraian Rasmi Kerajaan,
Kementerian Kewangan telah bersetuju membenarkan Kementerian
menguruskan perolehan perkhidmatan penginapan, makan minum,
sewaan dewan/bilik mesyuarat, sewaan peralatan dan kemudahan
lain yang berkaitan secara pakej atau katering bagi penganjuran
Majlis/Acara Rasmi Kerajaan dan Jamuan Keraian Rasmi Kerajaan
secara rundingan terus. Sehubungan itu juga, Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaku Pegawai Pengawal
KKM telah bersetuju untuk mewakilkan kuasa melulus seperti
berikut:

Bil. Had Nilai Kuasa Melulus


1. Sehingga (i) Ibu Pejabat KKM - Ketua
RM50 ribu Program/Setiausaha
Bahagian/Pengarah Bahagian

(ii) JKN/Institusi KKM - Pengarah


Kesihatan Negeri/Institusi
2. Melebihi RM50 (i) Ibu Pejabat KKM - JK Sebutharga di
ribu sehinga peringkat Ketua Program/Bahagian
RM500 ribu
(ii) JKN/Institusi KKM – JK Sebutharga di
peringkat JKN/Institusi
3. Melebihi Lembaga Tender KKM (mengikut had nilai
RM500 ribu yang ditetapkan)

You might also like